Dania mengambil tempat duduk di sebuah meja makan yang agak tersembunyi . Skrin di telefonnya direnung , mengharapkan Niel menelefonnya . Sungguh dia rindu akan lelaki itu .Namun apa yang mampu dia buat . Hanya pendam sahaja yang bisa dilakukan tika ini .
"Abang , saya rindu awak sangat ..." Perlahan-lahan air matanya mengalir tanpa disedari .
Dania mengerling ke arah pintu kafe itu . Hampir tersembul keluar biji matanya melihat lelaki yag sangat dinanti-nantikannya sedang bersama dengan seorang gadis yang dalam anggarannya masih belajar lagi .
Kepala ditundukkan sedikit supaya lelaki itu tidak terperasan akan kehadirannya disitu .
"Abang , Nad nak makan Bingsu boleh tak ? " soal perempuan itu , manja .
Dania yag mendengar suara itu mula mencebik .
"Boleh , sayang . Nad nak makan apa-apa pun abang tak kisah . "balas Niel bernada sama .
Dania mengenggam penumbuknya . Hatinya sakit tika ini .Tidak sangka yang Niel boleh mencari pengantinya dalam masa yag singkat . Baru seminggu mereka berpisah . Hesyyy , dasar playboy !!!
"Thank you abang "
Niel mengangguk . Beg dompetnya dikeluarkan . 3 keping note RM 50 dihulurkan kepada gadis itu .
"Nad prgilah oder . Abang nak cari tempat duduk dulu ."
Nadine mengangguk . "Okay abang ."
Niel terus bergerak mencari tempat duduk . Matanya meliar-liar . Dan tidak disangka gadis yang telah menambat hatinya kini telah muncul di hadapan mata .Terus sahaja meja itu didekati .
Dania memandang Niel yang sudah berada di hadapan matanya . Seketika kemudian wajahnya ditundukkan semula .
"I rindu you , Nia ." Niel mengambil tempat disebelah gadis itu .
Dania merenung ke dalam anak mata lelaki itu .
"You dengar tak apa yang I cakap ni ? " Soal Niel kembali .
Dania mengangguk . Matanya meliar mencari gadis yang bersama Niel sebentar tadi .Perlahan-lahan kelunya dilepaskan .
"Saya nak balik dulu ." Dania terus bangun dari duduknya lau mencapai beg tangannya yang berada di atas meja .
Niel pantas menarik beg tangan wanita itu .
" You nak mengelak dari I ke , Nia ? "
Dania mengetap bibir . Pantas beg tangannya ditarik semula . Mulalah adegan merebut beg tangan disitu .
Niel yang geram dengan wanita itu pantas menarik lengan wanita itu mengikuti langkahnya sehingga ke luar kafe .
"Awak nak apa lagi , Niel ? "
Niel memegang erat kedua-dua belah bahu wanita itu . Matanya menikam tajam memandang Dania .
"Apa salah I sampai you marah sangat dekat I ? Apa dosa I dekat you ? Besar sangat ke kesalahan I sampaikan you benci I sebegini rupa ? " bertubi-tubi bait-bait soalan keluar dari mulut Niel .
Dania mengeleng laju . Lelaki itu dipandang kembali.
"Awak tak ada salah dekat saya . Cuma say yang bersalah dekat awak . Saya suka buat keputusan melulu tanpa fikir baik buruk disebalik keputusan saya itu . Sekarang saya cuma malu nak berdepan dengan awak Niel . Saya tak kuat berhadapan dengan awak . "
Niel terpana .Perlahan bahu gadis itu dilepaskan . Mata gadis itu ditilik mencari kejujuran dari sebalik kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu .
"Awak sayang saya , Nia ? "
Perlahan-lahan Dania mengangguk . Wajahnya ditundukkan .
"Lusa kita nikah ye..."
"Whatttt ??! "
Niel mengangguk laju . Menyakinkan si gadis di hadapannya itu .
"Awak serius ke ni ? "
"Ye , abang serius wahai bakal isteriku yang tercinta ."
Dania terdiam . Apabila menghadam perkara yang diutarakan Niel membuatkan dia banyak kali berfikir .Memang benar lusa ini adalah hari selasa tetapi bukankah mereka telah memutuskan hubungan ? Kenapa Niel masih tetap ingin melangsungkan majlis ini .
"Awak jangan bergurau , Niel . Seriously saya tak percaya apa yang awak cakap ni ..."Dania masih teragak-agak .
Niel mengelengkan kepalanya berkali -kali . Pening dengan Nia ni . Hesyyyy , muka aku ni ada nampak macam penipu ke ??
"Nur Dania Rayna Redza , listen me carefully . Semua yang melibatkan majlis kita dah siap . Saya tahu dalam kepala otak awak masih memikirkan sama ada betul ata tak apa yang dikatakan saya . Seriously saya betul . KIta tinggal naik pelamin je . Awak tak payah keluar duit satu sen pun .Awak cuma perlu jadi pengantin saya je hari selasa ni ."
Dania terdiam . Lidahnya kelu tiba-tiba . Otaknya tidak dapat mencerna dengan baik . Bagai ada satu benda yang membuatkan dia masih was-was.
"Apa dia Dania Rayna ? Just tell me ...I know you have something to say ."
"Hmmmm ,bu..kan ...awak dah jumpa penganti saya ke ? Kenapa perlu mengharapkan saya lagi ? "
Berkerut dahi Niel mendengar ujaran gadis itu .
"Penganti ? Siapa ? "
Dania memanjangkan lehernya mencari kelibat gadis yang bersamalelaki itu tadi . Terus sahaja jarinya ditunding ke arah seorang gadis yangsedang duduk bersendirian di sebuah meja .
Niel tergelak kecil melihat gadis yang ditunjukkan Nia . Payahlah minah ni ! Suka sangat terus lompat ke konklusinya . Hmmmm...
"Wahai Nia ku sayang , Dia tu adik abang . My biological sister ! So ???"
Muka Dania mula kemerahan . Malu untuk berhadapan dengan lelaki itu . itulah kau Nia , suka sangat buat satu pernyataan tanpa bukti ,kan dah termalu sendiri .
"Dahlah , Nia . Jomlah masuk dalam . Kesian dekat girlfriend baru saya tu nanti ." Terus sahaja Niel menghilangkan diri sesudah menghabiskan kata - katanya .
Dania mengigit bibir . Geram dengan lelaki itu . Ada hati kau nak ejek aku . You wait eh , my Niel ! Dania tersenyum sendiri . Terus sahaja dia memasukkan dirinya ke dalam kafe itu .
Share this novel