Rate

Chapter 3 - Jumpa someone

Mystery & Detective Completed 452185

Adam cuba membuka matanya.

"Aku kat mana ni?" Pening Adam.

Adam terlihat ada makhluk yang melihatnya. Terus Adam bangun duduk.

"Siapa tu?"

Suasana sunyi sepi.

"Siapa tu? Keluar, jangan sembunyi"

Diam.

Perlahan-lahan Adam bangun ke arah makhluk tersebut.

Adam tersentak!

" Perempuan?" Terkejut Adam.

Adam cuba mendekati perempuan tersebut.

"Harghhh..hargh" garang perempuan tersebut.

Haih,ni orang ke haiwan?,bisik hati Adam

"Jangan takut. Aku tak apa-apakan kau"

Perempuan itu merangkak menjauhi Adam dan menyembunyikan dirinya.

Adam mencari perempuan yang dia lihat tadi.

Namun begitu, Adam melihat ada rantai yang begitu panjang. Adam mengikuti rantai tersebut.

Tetiba langkah Adam terhenti apabila kaki perempuan tersebut dirantai.

Maknanya perempuan ini tidak boleh keluar dari rumah ini. Dia hanya bisa bergerak bebas di dalam pondok ini sahaja.

"Mari keluar. Jangan takut. Saya tak akan apa-apakan awak" pujuk Adam.

Perempuan itu kelihatan takut.

Adam cuba mendekati perempuan tersebut tetiba Adam terdengar suara seorang wanita yang geram.

Cepat-cepat Adam menyembunyikan dirinya.

Pintu diketuk kuat.

"Buka pintu ni!" Jerit wanita tersebut.

"Hoiii,buka pintu. Kau nak bagi aku mati sebab babi hutan sondol aku ke huh?" jerit wanita itu lagi.

Perlahan-lahan perempuan yang lari darinya tadi merangkak membuka pintu.

Adam memerhatikan gerak geri perempuan tersebut.

Patut la semalam aku ketuk pintu ni ada orang buka pintu ni. Lambat pula tu. Mesti dia ingat aku ni suara wanita yang ada dekat luar. Sebab tu dia buka pintu,bisik hati Adam.

Perempuan tersebut membuka pintu.

Terus saja,wanita itu menolak perempuan misteri tersebut sehingga jatuh terlentang.

"Bodoh kau!" Tengking wanita itu

"Kau buat apa lembab sangat, huh?" Marah wanita itu

Perempuan tersebut mengerang kesakitan.

Aku macam kenal suara ni, tapi siapa eh?,bisik hati Adam

"Eeee geramnya aku dengan mama kau. Tak habis-habis nak menyusahkan aku" wanita tersebut menolak kepala perempuan tersebut

Adam cuba untuk menghalang. Namun terus dia terfikir agar mendiamkan diri sebelum apa-apa akan terjadi lagi teruk.

"Eeeee, sakit hati aku tahu tak?!" Wanita itu menolak kepala perempuan tersebut ke lantai.

Perempuan tersebut menangis.

Kayu yang berada di dinding tersebut diambil. Terus saja wanita itu memukul perempuan itu.

Pap! Pap!
Perempuan itu menjerit kesakitan.

"Ha,puas hati aku!" Ketawa wanita itu.

Wanita itu memukul perempuan tersebut dengan kayu lagi.

Sesekali mendengar jeritan kesakitan perempuan itu.

Adam memejamkan matanya. Seakan-akan dapat merasakan kesakitan tersebut.

Wanita itu ketawa kuat.

"Bagus juga aku culik kau ni. Ada gunanya bila aku geram dengan mama kau,aku boleh lepaskan dekat kau" wanita itu senyum jahat.

Perempuan itu menangis kesakitan lagi.

"Nah! Bekalan untuk kau selama 2 bulan ni. Kau tak jimat pandai-pandai kau cari makan untuk hidup. Dah la mahal. Mama papa kau kedekut! Kaya saja! " tengking wanita itu sambil lemparkan beberapa paket roti kepada perempuan itu

"Dah la roti ni pun mahal. Aku nak beli bahan mentah, kau pula tak reti masak. Bodoh!" Wanita tersebut menolak kepala perempuan itu.

Adam cuba melihat wajah wanita itu. Namun wanita itu membuka pintu untuk keluar.

"Huffh...hufhhh...hargh"

"Ish apa lagi kau nak ni? hufhh...hufhh. Mulut tak ada nak cakap ke huh?" Marah wanita tersebut

"Oh lupa. Kau mana tahu cara cakap. Pergi sekolah pun tak. Hilang ingatan pula tu. Nasib la kau hilang ingatan kan. Tidak, kau kenal la sapa aku" tawa wanita tersebut.

Wanita itu melemparkan sebungkus lolipop ke arah kepala perempuan tersebut.

Wanita itu sengih apabila bungkusan lolipop itu terkena tepat pada kepala perempuan itu.

Wanita itu terus keluar. Pintu ditutup kuat.

Adam mendekati perempuan tersebut. Adam cuba mengangkat perempuan itu duduk.

Adam melihat dirinya yang tak terurus.

Rambut panjang yang tak terurus,muka yang comot ,baju yang kusam dan carik. Tangan dan kakinya terdapat kesam lebam dan darah akibat pukulan tadi. Adam memerhatikan rantai yang diikat di kaki perempuan tersebut.

"Sakit?" Lembut Adam.

Perempuan tersebut kelihatan ketakutan.

"Jangan takut. Saya tak akan apa-apakan awak"

Adam memandang kaki perempuan tersebut.

"Saya buka ni ya?"

Perempuan itu memandang Adam.
Adam mencari sesuatu.

Terus saja Adam mencapai batu. Gelungan rantai terbuka. Perempuan tersebut melarikan dirinya dan menyembunyikan dirinya di balik almari.

Adam mencapai roti. Adam mendekati perempuan tersebut.

Bungkusan roti dihulurkan pada perempuan tersebut.

"Ambil la. Jangan takut. Saya tahu awak lapar" lembut Adam

Perempuan tersebut merampas bungkusan roti tersebut pada Adam.

"grrrrhhh" garang perempuan itu

Adam memerhatikan perempuan itu makan.

Plastik roti tidak dibuka. Dia hanya terus makan sekali dengan plastik sehingga gigi dia menembusi plastik tersebut.

Adam mengukirkan senyuman. Comel!

Adam duduk bersandar pada tiang. Tubuhnya juga masih sakit akibat jatuh dari gaung.

Adam memejamkan matanya.

Tak lama kemudian,Adam membuka semula matanya apabila dia tidak lagi mendengar bunyi plastik roti.

Alangkah terkejutnya Adam apabila perempuan tersebut memerhatikannya.

Yang paling tak sangka sekali, Adam yang terkejut, tetapi perempuan tersebut yang membaling roti padanya.

Adam ketawa. Comel tengok reaksi perempuan tersebut.

Akibat penat dan sakit,Adam menggosok perutnya. Perempuan tersebut menghulurkan roti kepada Adam.

Adam mengambil roti tersebut lalu Adam memejamkan matanya.

"Hufgh..hargh..hargh" bunyi perempuan itu

Adam membuka mata.

"Apa?"

"Hufghh"

"Saya tak larat. Boleh bagi saya berehat?"

Adam memejamkan matanya lagi.

"Hufghhh..hargh"

Adam membuka matanya.

"Awak nak suruh saya makan?"

Perempuan itu angguk.

"Terima kasih. Tapi ni makanan awak"

"Harghhh..hafghh" bunyi perempuan itu lagi

"Okay-okay, saya makan" Adam mengalah

Adam membuka plastik roti. Perempuan tersebut memandang Adam.

Terus saja dia mendekati Adam. Dia memerhatikan cara Adam membuka plastik dan cara Adam makan.

Adam tersenyum.

"Lain kali nak makan roti, buka macam ni. Bukan gigit macam awak buat tadi" lembut Adam.

Adam mengambil satu lagi bungkusan roti apabila memandang wajah perempuan tersebut seperti ingin belajar cara membuka plastik roti.

"Mula-mula pegang macam ni." Beritahu Adam.

"Lepastu tarik. Dan keluarkan roti. Dah siap! Dah boleh makan. Tangan tak kotor, mulut pun tak comot" ajar Adam.

Adam memberikan roti yang dibukanya tadi kepada perempuan tersebut.

Perempuan tersebut melihat cara Adam makan. Dia juga ikut cara Adam. Adam senyum.

"Jangan ikut saya. Saya tak larat. Awak lapar,awak makan la cepat-cepat"

Terus perempuan itu menyumbat semua roti ke dalam mulutnya.

Mata Adam terbeliak!

"Menyesal aku suruh kau makan cepat-cepat!" Ujar Adam pada dirinya.

Adam tepuk dahi apabila melihat perempuan itu makan.

Itu la, lain kali jangan main-main dengan orang tengah lapar ni. Dah berapa hari perempuan tu tak makan. Memang la akan jadi macam tu.

Sumbat sebungkus roti, no hal la!

Adam dengan dua orang perempuan itu ada kaitan ke? kenapa Adam macam kenal dengan suara tu? nak tahu...tunggu next chapter ye

Share this novel

Ain Intan
2022-02-04 11:21:10 

rasanya yg pukul perempuan tu putri and yg kene culik tu medina

liyana
2021-02-19 23:32:16 

saya rasa perempuan yg kena culik tu medina,yang menculik tu putri kot? tiba tiba otak terfikir benda tu

Allya Maisarah
2020-12-07 15:07:02 

Mcm pernah tengok la cerita ni... Mcm sama degn cerita filipina tu. Nama apa entah?.... X ingat


NovelPlus Premium

The best ads free experience