Bab 9

Short Story Completed 6180

Di dalam bilik, Datin Suraya berbincang dengan Datuk Hamdan tentang keadaan Shazril.

"Abang, saya risaulah tengok Shazril macam tu. Dia dah bukan macam diri dia dah. Makan pun kena paksa. Saya risaulah bang." - Datin Suraya

"Saya pun risau tengok keadaan dia macam tu. Tapi, nak buat macam mana? Dah Fatihah tak nak terima dia? Takkan kita nak paksa pula?" - Datuk Hamdan

"Kesian saya tengok Shazril tu, bang. Mesti dia rindu dengan Fatihah dan anak dia. Saya tak tahu lah nak buat macam mana lagi." - Datin Suraya

"Hmm... Ha, apa kata awak jumpa mak Fatihah?" - Datuk Hamdan

"Nak buat apa jumpa dia?" - Datin Suraya

"Awak pergi jumpa mak Fatihah minta dia pujuk Fatihah untuk terima Shazril. Mungkin dengan cara ni, Fatihah boleh terima Shazril." - Datuk Hamdan

"Hmm, tengoklah macam mana." - Datin Suraya

Selang beberapa hari, Datin Suraya pergi ke rumah Puan Khadijah. Fatihah berkurung di dalam bilik apabila melihat Datin Suraya datang ke rumahnya. Puan Khadijah pula menjemput Datin Suraya untuk masuk ke dalam rumah.

"Sebenarnya, datin datang sini untuk apa? Nak jumpa Diah ke? Kalau nak jumpa Diah, saya ambil dia kejap." - Puan Khadijah

"Eh, tak apa, kak. Saya sebenarnya datang ke mari ada benda nak beritahu akak sesuatu." - Datin Suraya
"Apa benda tu, datin?" - Puan Khadijah

"Boleh tak saya nak minta tolong akak?" - Datin Suraya

"Boleh. Tapi, apa yang datin nak saya tolong?" - Puan Khadijah

"Saya nak minta tolong dengan akak. Tolong pujuk Fatihah untuk terima Shazril. Shazril dah macam bukan diri dia, kak. Dia dah berubah sangat. Dia dah macam orang tak siuman. Saya rasa dia terlalu rindukan Fatihah dengan Diah." - Datin Suraya

"Oh... Tapi, saya tak jamin yang Fatihah boleh terima Shazril. Saya pun bersimpati dengar datin cerita fasal keadaan Shazril tadi." - Puan Khadijah

"Saya minta tolong sangat dengan akak. Pujuk Fatihah ya, kak? Pujuk dia untuk terima Shazril." - Datin Suraya

Puan Khadijah hanya berdiam diri. Tanpa disedari, Fatihah curi-curi dengar perbualan antara Datin Suraya dengan Puan Khadijah.

Pada petang itu, Fatihah sedang bermain dengan Diah Hadirah di ruang tamu. Puan Khadijah terus memanggil Fatihah untuk duduk di atas sofa bersamanya. Fatihah terus mendukung Diah dan duduk di atas sofa.

"Mak ada nak cakap apa-apa dengan Tihah ke?" - Fatihah

"Hmm, mak sebenarnya rasa serba salah nak cakap. Tapi, mak kena cakap juga." - Puan Khadijah

"Apa dia, mak? Mak janganlah buat Tihah suspen." - Fatihah

"Tihah... Tadi Datin Suraya datang, dia cakap Shazril dah macam tak siuman. Dia terlalu rindukan Tihah dengan Diah." - Puan Khadijah

Fatihah hanya buat muka tidak tahu. Dia tidak kisah apa pun yang terjadi dekat Shazril.

"Tihah... Mak tahu Tihah marah. Tapi, mak mohon sangat, Tihah terimalah Shazril dalam hidup Tihah. Dia betul-betul dah berubah, Tihah. Tihah kesiankanlah Shazril. Mak kesian tengok datin cerita fasal Shazril." - Puan Khadijah

"Mak... Tolonglah. Tihah dah tak nak dengar lagi fasal lelaki tu." - Fatihah

"Tihah, janganlah macam ni. Manusia ni tak terlepas dari melakukan kesilapan. Dia pun ada kesilapan sendiri." - Puan Khadijah

"Mak, sebab dia hidup Tihah hancur. Dulu, Tihah hampir gugurkan kandungan Tihah. Nasib baik Kak Wahida sentiasa nasihatkan Tihah. Mak, lepas apa yang dah jadi, memang susah Tihah nak terima dia mak." - Fatihah

"Tihah..." - Puan Khadijah

Fatihah yang masih mendukung Diah terus pergi menuju ke biliknya. Puan Khadijah rasa kecewa melihat Fatihah berkelakuan seperti itu.

Datin Suraya menelefon Puan Khadijah untuk menanyakan tentang Fatihah.

"Akak, macam mana dengan Fatihah? Dia setuju tak?" - Datin Suraya

"Saya minta maaf, datin. Fatihah masih keras hati. Dia masih tak boleh terima Shazril dalam hidup dia." - Puan Khadijah

Datin Suraya terdiam apabila mendengar ungkapan itu. Dia berasa sedih kerana Fatihah masih tidak boleh terima Shazril dalam hidupnya.
Pada keesokan harinya, Datin Suraya masuk ke dalam bilik Shazril sambil membawa makanan.

"Ril... Ni mama ada bawakan makanan untuk Ril." - Datin Suraya

Shazril hanya terdiam sambil melihat gambar Fatihah dan Diah Hadirah. Datin Suraya hanya lihat sahaja kelakuan Shazril itu.

"Ril, Ril masih tak boleh lupakan Fatihah ke?" - Datin Suraya

Shazril hanya diam tidak menjawab pertanyaan ibunya.

"Macam ni, apa kata Ril kahwin dengan Alisya anak Datin Basyirah. Dia cantik, baik pula tu orangnya. Ril nak mama pinangkan dia untuk Ril?" - Datin Suraya

Muka Shazril kelihatan bengis apabila mendapat tahu ibunya ingin masuk meminang anak Datin Basyirah untuknya.

"Ma, kalau mama nak kusutkan lagi kepala Ril, baik mama keluar. Semaklah ma macam ni!" - Shazril

Datin Suraya terkejut melihat Shazril yang meninggikan suara kepadanya. Dia terus keluar dari bilik Shazril kerana tidak mahu mengusutkan lagi kepala Shazril yang sedang memikirkan Fatihah dan Diah Hadirah.

Datin Suraya berbincang dengan Datuk Hamdan tentang Fatihah di ruang tamu.

"Saya peliklah, bang. Fatihah tak boleh terima Shazril. Yang Shazril pula tak boleh terima orang lain selain Fatihah." - Datin Suraya

"Hmm, nak buat macam mana.Mungkin sebab Ril sayangkan Fatihah sebab dia dah lahirkan zuriat Ril." - Datuk Hamdan

"Tapi anak tu kan anak luar nikah, bang?" Datin Suraya

"Awak ni... Saya tahu, tapi dia tetap anak kepada Shazril. Macam ni, apa kata awak yang jumpa Fatihah sendiri. Mungkin dia berubah hati bila jumpa awak?" - Datuk Hamdan

"Hmm, tengoklah macam mana." - Datin Suraya

Pada malam itu, Datin Suraya menelefon Fatihah. Telefon Fatihah berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

"Eh, nombor siapa ni? Call aku malam-malam macam ni dah kenapa?" - Fatihah

Lalu Fatihah menjawab panggilan yang masuk itu.

"Hello? Siapa ni?" - Fatihah

"Hello... Fatihah, ni saya mama Shazril. Maaf kalau saya ganggu Tihah malam-malam macam ni." - Datin Suraya

Fatihah kelihatan pelik. Dia tertanya, dari nama Datin Suraya mendapatkan nombor telefonnya.

"Dari mana datin dapat nombor saya?" - Fatihah

"Dari mak Fatihah. Fatihah jangan marah mak Tihah. Saya yang paksa dia nak nombor Fatihah." - Datin Suraya

"Ada apa datin call saya ni?" - Fatihah

"Hmm, kalau saya nak jumpa Fatihah esok boleh tak? Ada benda saya nak bincang dengan Fatihah." - Datin Suraya

"Nak jumpa dekat mana?" - Fatihah

"Hmm, dekat kedai makan Pak Harun?" - Datin Suraya
"Hmm, yalah. Esok saya datang." - Fatihah

"Terima kasih, Tihah." - Datin Suraya

"Hmm... Saya dah nak tidur ni, assalamualaikum." - Fatihah

"Waalaikumussalam..." - Datin Suraya

Datin Suraya terus pergi ke bilik untuk memberitahu dengan suaminya tentang khabar gembira ini.
"Alhamdulillah, bang. Dia nak jumpa dengan saya." - Datin Suraya
"Alhamdulillah lah kalau macam tu..." - Datuk Hamdan

Datin Suraya kelihatan tersenyum riang dan menarik nafas lega.
Pada pagi esoknya, Fatihah berjumpa dengan Datin Suraya di kedai makan Pak Harum seperti yang dijanjikan.

"Assalamualaikum..." - Fatihah

"Waalaikumussalam, Fatihah. Jemput duduk. Hmm, Tihah tak bawa baby Diah sekali ke?" - Datin Suraya

"Datin sebenarnya ada apa nak jumpa saya ni?" - Fatihah

"Sebenarnya... Saya nak lamar Tihah untuk anak saya." - Datin Suraya

"Apa ni?" - Fatihah

Datin Suraya terus memegang tangan Fatihah.

"Tihah, saya mohon sangat. Terimalah Shazril dalam hidup Tihah. Shazril dah tak macam dulu. Dia dah macam kusut sangat. Dah dekat sebulan dia macam tu. Bahagia dia terletak pada Fatihah dengan Diah Hadirah." - Datin Suraya

Fatihah bersimpati juga mendengar kata-kata itu.

"Fatihah, tolonglah. Saya sanggup buat apa je untuk kebahagiaan anak saya." - Datin Suraya

"Datin kan orang kaya? Apa-apa datin boleh bagi dekat Shazril. Takkan tu pun tak cukup?" - Fatihah

"Tak, Fatihah. Kebahagiaan tak boleh dibeli. Dan, kebahagiaan Shazril terletak pada Fatihah dan anak Tihah." - Datin Suraya

Fatihah hanya terdiam. Dia sebenarnya kasihan juga dengan Shazril. Disebabkan dia, Shazril jadi seakan-akan orang tidak siuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience