BAB 33

Humor Completed 78158

DATIN Mazni terjengah-jengah keluar bilik.Orang yang dinanti tak jua muncul.Yang muncul pagi ni bibik saja.Tadi bibik nak mandikan pun dia tak mahu.Alasan boleh mandi sendiri.

Pada hal dia tertunggu akan Aisyah.Nak ditanya pada bibik dia jadi segan.Ya lah semua dalam rumah ni tahu yang dia tak suka kan Aisyah.Tak kan nak cakap terang yang dia dah mula suka kan Aisyah.

Tercunggap-cunggap Aisyah masuk ke dalam rumah.Habis satu katil ditukar cadar.Bukan apa dia tak perasan dia 'bocor'.Mujur pagi ni Adam bangun dulu dan pergi kerja kalau tak mana dia nak letak muka.

Habis cadar biru muda Adam bertompok dengan kesan darah.Nak bangun awal pagi pun rasa sejuk saja tapak kaki ni.Selalu sengugut Aisyah akan pakai stoking.Cari stoking pun tak jumpa dah.Jadi semalam Aisyah letak kakinya tepi kaki Adam.Merasa haba dari kaki Adam.Harap Adam tak perasan.

Dah habis sidai cadar semuanya,Aisyah bergegas masuk ke dalam bilik Datin Mazni bersama sebotol minyak angin di tangan.

Datin Mazni juga hairan melihat Aisyah seperti tak cukup nafas.

"Maaf lambat Datin.Saya buat kerja sikit."beritahu Aisyah bila eksperesi Datin Mazni seakan terpinga melihat dia yang kepenatan.

"Bibik kan ada.Kenapa tak suruh bibik."

"Tak apa.Sikit saja kerja tu."Tak kan nak bagitahu yang dia 'bocor'.Malu tau.

"Dah tu sampai tak cukup nafas.Kang pengsan pula kat sini."

"Saya okay."Aisyah senyum segaris.

Aisyah mula mengurut perlahan kaki Datin Mazni.Menurut doktor kaki Datin Mazni ada potensi untuk pulih.Kena rajin buat fisioterapi.Mengurut dapat melancarkan perjalanan darah.Aisyah cuma berikhtiar.Semoga kaki Datin Mazni cepat pulih seperti sediakala.Itu doanya setiap hari tiap waktu solat.

"Kata nak pergi bagi makan ikan?"terpacul juga pertanyaan dari mulut Datin Mazni.

Aisyah angkat sedikit kepala.Lupa sebenarnya.

"Err..petang ni kita pergi.Pagi ni kita urut kaki dulu.Insyallah semoga kaki Datin boleh berjalan seperti biasa balik."Aisyah senyum kecil walau tahu tidak berbalas.

"Kau tak jijik dengan aku?"Datin Maznj dengan muka serius.Selalu orang sakit terlantar macam ni memang tak ramai sudi menjaga.Bibik pun sebab dibayar gaji.Mana ada yang ikhlas mahu menjaga.

Aisyah geleng laju.
"Kau ni tak ada perasan ker.Aku marah pun kau tetap macm ni juga.Kau tak reti nak marah balik ker?"tanya Datin Mazni.Selalu dia tengok air muka Aisyah tenang saja bila kena marah.

"Maaf ya Datin.Saya tak pandai nak marah.Lagi pun Datin berhak marah saya sebab saya yang masuk dalam keluarga Datin.Tapi saya janji.Saya akan pergi.Saya janji tak akan ganggu keluarga Datin.Saya dengan Tuan Adam tak ada apa-apa.Sekadar hubungan suami isteri atas kertas sahaja.Tak lebih dari itu."

Aisyah angkat tangan seperti bersumpah.Biar dia jelas kedudukan sebenar.Tak mahu buat Datin Mazni salah faham.Harapkan Adam nak jelaskan.Lagi dia pesong ada lah.

Datin Mazni diam seketika.Maksudnya dia dengan Adam tak pernah bersama.Tapi Adam kata dia mengandung.

"Sumpah Datin.Saya tak mengandung.Saya tahu saya tak layak untuk kandung anak Tuan Adam."sambung Aisyah seperti tahu apa yang ada dalam fikiran Datin Mazni.Biar lah dia berterus terang dari disalah erti.

"Jangan bermain dengan sumpah nanti makan diri sendiri." kata Datin Mazni.

Aisyah pula diam.Tangan masih lagi lincah mengurut kaki Datin Mazni.Ada rasa sentuhan di situ.Patut lah dia beria nak urut.Datin Mazni beriak tenang.Berasa selesa dengan urutan dari Aisyah.

Pada masa yang sama terdetik rasa bersalah.Dia pun tak tahu kenapa dia benci sangat dengan Aisyah.Tapi sekarang dia nak Aisyah selalu temani dia.Dia sendiri pun pelik.

Tak kan dia dah jatuh suka dan sayang pada Aisyah?Macam suaminya,Adam,Aidil dan Adella.Aisyah hanya gadis biasa yang bertudung dan menutup aurat.Tapi tiap kali memandang Aisyah,Datin Mazni rasa sejuk hati.Ajaib kan hati kita.Boleh berubah dalam sekelip mata.

"Datin,esok saya urut lagi.Datin rehatlah dulu.Saya keluar dulu."

Datin Mazni angguk kecil.Aisyah terus berlalu.

Petang itu,Ais6ah bawa Datin Mazni ke taman rumah.
Aisyah menyorong kerusi roda Datin Mazni hingga depan kolam.Nampak muka Datin Mazni yang teruja dan penuh senyuman.Belum pernah lagi Datin Mazni nak senyum macam tu bila berdua dengan Aisyah.

"Tengok ikan pun dah sabar nak makan."sambil menunjuk ke arah kumpulan ikan koi yang berenang ke dasar tepi kolam.

Aisyah hulurkan bekas makanan ikan.Tanpa tunggu lama Datin Mazni taburkan sedikit demi sedikit makanan ke dalam kolam.Seronok dia tengok ikan berebut-rebut makanan.Teruja sama sekali.

"Tengok tu Aisyah,ikan warna oren tu suka buli yang kecil."katanya sambil tawa riang.

Aisyah ikut senyum tapi ragu-ragu.Datin sebut nama dia ker tadi?ker dia salah dengar.

"Geram tau tengok ikan berenang.Adam dulu suka bela ikan.Sekarang dah kerja tak sempat nak bela apa dah."

Aisyah masih terpingga.Datin Mazni seperti mahu berkongsi tentang tabiat anaknya Adam.Aisyah hanya menjadi pendengar saja tak mahu menyampuk.Takut hilang mood Datin Mazni.

"Wah!patut lah mummy tak bosan sekarang ni.Dah ada hobi rupanya."usik Aidil yang baru pulang dari kerja.

"Ish Aidil ni terkejut mummy.Ni mummy bagi ikan makan.Seronok tau."dengan senyuman tak lekang dari bibir.

Aisyah turut senyum.

Perkembangan baru mummy kata baba.Siapa lagi kalau bukan Aisyah.Walau mummy tak terima Aisyah sepenuhnya.Sekurangnya Aisyah dapat lembutkan hati mummy.Bukan senang tau.

"Aidil nampak mummy dah makin ceria.Macam ni lah mummy Aidil."Aidil cium kedua belah pipi mummy nya yang di tutupi dengan selendang nipis.

Sebelum nak keluar tadi,Datin Mazni minta Aisyah ambilkan selendang.Aisyah ikut saja tanpa banyak soal.Tak sangka pula Datin Mazni nak pakai.Itu perubahan yang menarik.Syukur sangat.

"Dah la mummy nak masuk dulu.Dah lama kat luar ni."

Aisyah segera mahu menyorong tetapi Datin Mazni menegah.Dipanggilnya bibik untuk menyorongnya masuk.Aisyah dah Aidil ditinggalkan berdua di taman.

"Terima kasih banyak-banyak sebab tolong jaga mummy."Aidil senyum ke arah Aisyah.

Mereka sama-sama duduk di kerusi.

"Tak jadi masalah.Saya ikhlas."kata Aisyah.

"Bukan senang tau nak ambil hati mummy.Kak Adell kalah pun kalah ni.Saya kagum dengan awak."

Aisyah tergelak kecil.

"Mana ada lah awak.Saya ni orang luar.Kak Adell tu anak mummy.Macam mana pun dia lagi suka kalau anak sendiri yang selalu ada dengan dia."

Aidil tahu mereka bertiga tidak banyak luangkan masa dengan mummy.Memang ada mereka temankan mummy tapi kekangan kerja kadang menghadkan.

Sekarang ni mereka tak risau dah.Mummy dah boleh makan sekali di meja makan.Kalau tak dulu mummy asyik membentak sebab keupayaan diri terbatas.Tapi sekarang mereka lihat mummy dah tak macam dulu.Muka pun sentiasa ceria.Kaki mummy pun dah boleh bergerak sikit-sikit.

Siapa lagi kalau bukan Aisyah.Hari-hari dia urut kaki mummy.Layan mummy.Tengoklah tadi,selama mummy sakit ini kali pertama wajah mummy ceria.Emosi mummy pun dah tak terganggu.Mummy siapa berselendang lagi.Dah dekat dua puluh enam tahun Aidil hidup.Ini pertama kali mummy pakai selendang dekat rumah.Selalunya kalau pakai pun ke majlis kenduri.Tu pun tak tutup habis.Masih nampak jambul di depan.

Ini satu perubahan yang drastik.

"Aisyah kalau awak dengan Adam......"tak sempat Aidil nak cakap, Adam tiba-tiba muncul.

"Sayang..kat sini rupanya.Abang cari tadi patut tak jumpa.Abang rindu."Adam terus duduk berhimpit di tepi Aisyah.

Macam nak luruh jantung Aisyah.Nasib kerusi panjang kalau tak dia boleh pengsan.Dah la himpit rapat.Pastu suara tu dah macam kucing jantan gatal.
Malu tau dekat Aidil.

Aidil yang melihat adegan di hadapan segera meminta diri.Tak mahu lah lama di situ.Adam pun sengaja kan cium pipi Aisyah depan dia.

"Apa awak ni.Jangan lah buat macam tu.Malu saya tau tak."kata Aisyah.Dia tak sempat nak elak bila bibir Adam mendarat di pipi kirinya tadi.

"Seronok sangat bersembang tadi.Berduaan pulak tu.Sampai tak perasan abang balik."Adam tarik muka masam.

"Saya dengan Aidil berbual kosong saja.Tadi mummy pun ada sekali."

"Alasan.Kenapa tak ikut mummy masuk?Suka lah sembang dengan Aidil.Abang nampak sayang gelak seronok tadi.Tapi bila dengan abang,sayang diam membisu."Intonasi suara Adam berubah tapi masih dikawal.Dia cemburu sebenarnya.

Dari dalam kereta lagi dia nampak Aisyah dan Aidil berbual mesra.Bergelak tawa.Sakit hati.

Aisyah malas nak terang dah.Terang macam mana pun Adam tak akan percaya.Dia angkat punggung mahu pergi dari situ.

"Packing semua barang.Kita balik rumah malam ni jugak!"Tegas Adam.

Aisyah mahu membantah tetapi tak jadi bila tengok muka Adam serius semacam.Baik dia jangan cakap apa-apa.Adam ni bukan boleh dikira.Bantah macam mana pun dia tetap macam tu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience