Bab 10

Short Story Completed 6180

Datuk Hamdan pelik melihat isterinya pulang dengan riak wajah yang sangat ceria.

"Hai, awak ni dah kenapa? Senyum boleh cakap sampai ke telinga." - Datuk Hamdan

"Apalah abang ni. Sebenarnya..." - Datin Suraya

Semasa di kedai makan Pak Harun tadi, Fatihah terima cincin yang diberikan oleh Datin Suraya kepadanya.

"Terima kasih, Fatihah. Saya yakin, Fatihah dapat buat Shazril bahagia." - Datin Suraya

Fatihah hanya tersenyum sedikit. Dia tenung sahaja ke arah cincin itu.
Sekarang baru Datuk Hamdan faham mengapa isterinya senyum apabila pulang ke rumah.

"Alhamdulillah lah kalau macam tu. Syukur sangat. Harap Fatihah dapat buat Shazril happy macam dulu." - Datuk Hamdan

"Saya yakin, bang. Fatihah dengan anak dia boleh buat Shazril happy. Saya tahu, kebahagiaan Shazril terletak pada Fatihah dan Diah Hadirah." - Datin Suraya

Datuk Hamdan hanya tersenyum. Datuk Hamdan dan Datin Suraya kelihatan tidak sabar melihat Shazril gembira seperti dulu.

Di rumah Puan Khadijah, Fatihah tenung sahaja ke arah cincin yang diberikan oleh Datin Suraya. Dia terus memandang ke arah Diah Hadirah yang sedang lena tidur dan berkata kepadanya.

"Diah, tak lama lagi kita akan hidup dengan papa Diah. Mama tak tahu pilihan mama ni betul ke tak. Tapi, mama kesian dekat papa Diah. Dia sakit sebab mama. Mama tak nak orang lain susah sebab mama." - Fatihah

Puan Khadijah yang berada di luar bilik mengintai Fatihah yang sedang bercakap dengan anaknya. Dia juga terlihat Fatihah memegang kotak cincin berwarna merah. Dia terus masuk ke dalam bilik untuk bertanya kepada Fatihah.

"Tihah... Kotak tu kotak cincin kan?" - Puan Khadijah

"Ya, mak." - Fatihah

"Siapa yang lamar Tihah? Kenapa mak tahu pun?" - Puan Khadijah

"Mak tahu. Datin Suraya yang lamar Tihah untuk Shazril." - Fatihah
"Jadi, Fatihah terimalah ni?" - Puan Khadijah

"Ya, mak." - Fatihah

"Alhamdulillah..." - Puan Khadijah

"Tihah sebenarnya kesian dekat Shazril. Datin kata dia sekarang kusut sangat. Tihah tak nak dia kusut sebab Tihah." - Fatihah

"Tihah, dengar cakap mak ni. Walau apa yang terjadi, mak yakin ni pilihan yang terbaik. Mak yakin Shazril boleh bahagiakan Tihah." - Puan Khadijah

"Mak doakan Tihah ya, mak?" - Fatihah

"Mak sentiasa doakan anak mak." - Puan Khadijah

Fatihah tersenyum dan melihat ke arah anaknya. Puan Khadijah gembira anaknya dapat terima Shazril kembali.

Pada pagi esoknya, Datin Suraya masuk ke dalam bilik Shazril untuk memberitahu khabar gembira.

"Ril, ada benda yang mama nak cakap dengan Ril." - Datin Suraya

"Apa dia, ma." - Shazril

"Fatihah terima lamaran mama untuk Ril." - Datin Suraya

"Betul ke, ma?" - Shazril

Kelihatan senyuman terukir pada wajah Shazril.

"Ya... Dalam 2 minggu lagi, Ril akan nikah dengan dia. Kita buat kecil-kecilan je." - Datin Suraya

"Thank you, ma!" - Shazril

Shazril terus memeluk ibunya dengan rasa yang sangat gembira. Datin Suraya senyum gembira melihat anaknya gembira.

"Mama akan buat apa je asalkan anak mama happy." - Datin Suraya

Dua minggu kemudian. Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Hari ini merupakan hari pernikahan antara Shazril dan Fatihah. Majlis dilangsungkan di rumah Datuk Hamdan. Fatihah merenung ke luar jendela di dalam bilik. Puan Khadijah lantas masuk ke dalam bilik itu dan menanyakan Fatihah mengapa dia termenung.

"Kenapa termenung ni, sayang? Ada apa-apa ke?" - Puan Khadijah

"Mak... Kalaulah arwah ayah dan arwah abang Aiman masih ada kan? Mesti dia seronok tengok Tihah nak kahwin." - Fatihah

Air mata menitis jatuh ke pipi Fatihah. Puan Khadijah terus memeluk Fatihah.

"Ya, sayang. Mesti dia orang gembira kalau dapat tahu adik nak kahwin hari ni." - Puan Khadijah

Air mata Puan Khadijah turut jatuh ke pipi.

"Sudahlah, sayang. Pengantin baru mana boleh sedih-sedih. Kan ni hari bahagia Tihah?" - Puan Khadijah

Fatihah hanya tersenyum. Datin Suraya menuju ke bilik itu untuk memberitahu Fatihah yang semua orang sudah sedia.

Fatihah kelihatan cantik berjalan menuju ke pelamin diiringi Puan Khadijah dan Datin Suraya. Datin Suraya mendukung Diah Hadirah pada ketika itu. Fatihah sah bergelar isteri Shazril dengan sekali lafaz sahaja. Air mata Fatihah menitis ke pipi. Dia terus memeluk ibunya.

"Tihah, sekarang syurga Tihah pada Shazril. Jangan berkasar atau lawan cakap dia ya, nak?" - Puan Khadijah

"Ya, mak. Insha Allah." - Fatihah

"Fatihah, terima kasih sebab terima Shazril. Mama rasa happy sangat." - Datin Suraya

"Mama... Terima kasih juga sebab terima Fatihah sebagai menantu mama." - Fatihah

Datin Suraya hanya tersenyum. Fatihah merenung ke arah Wahida yang hadir majlis perkahwinannya. Wahida kelihatan senyum gembira melihat Fatihah berkahwin dengan Shazril.

Kini, tiba masa Shazril menyarungkan cincin ke jari manis Fatihah. Setelah disarungkan cincin, Shazril mencium dahi isterinya, Fatihah. Semua orang kelihatan gembira.

Wahida mengambil peluang bertemu dengan Fatihah.

"Tihah, tahniah! Tihah sekarang dah sah jadi isteri kepada Shazril. Lepas ni akak tak tahu lah akak dapat jumpa Tihah dengan baby Diah lagi. Hmm..." - Wahida

"Ala akak ni mengada lah. Tihah tinggal kat sini je, bukannya kat bandar pun. Akak selalu boleh jenguk Tihah dengan anak Tihah kat sini." - Fatihah

Wahida hanya tersenyum. Dia memeluk Fatihah dengan rasa gembira.

Pada malam itu, Fatihah mendukung dan bermain dengan Diah Hadirah di dalam bilik. Shazril masuk ke dalam bilik tersebut.

"Assalamualaikum." - Shazril

"Waalaikumussalam." - Fatihah

"Sayang tengah buat apa, tu?" - Shazril

"Tengah main dengan Diah." - Fatihah

"Ala, anak papa ni comelnya dia, ya? Hehe..." - Shazril

Shazril mencubit sedikit pipi Diah Hadirah. Dia tak tahan dengan kecomelan Diah Hadirah.

"Sayang, terima kasih." - Shazril

"Terima kasih untuk apa?" - Fatihah

"Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang yang sah." - Shazril

"Tihah pun nak ucap terima kasih dekat abang sebab sudi terima Tihah seadanya." - Fatihah

Shazril hanya tersenyum. Dia bersyukur, Fatihah sudi menjadi isterinya. Shazril mencium pipi Diah Hadirah.

"Kalau abang nak kiss mamanya juga boleh tak?" - Shazril

"Apa abang ni?" - Fatihah

"Aik, Fatihah kan isteri abang? Takkan abang nak kiss pun tak boleh?" - Shazril

"Mengada-ngada lah abang ni." - Fatihah

Fatihah tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Shazril juga tersenyum melihat wajah isterinya yang cantik itu.

Lima tahun kemudian. Diah Hadirah kini sudah berumur  lima tahun. Dia seorang yang comel dan pandai. Diah makan bersama Nek Jah di meja makan.

"Nek Jah, Nek Su dengan Tok Ham dekat mana? Tak ada pun Diah tengok?" - Diah Hadirah

"Nek Su dengan Tok Ham pergi outstation." - Puan Khadijah

"Outstation? Apa tu?" - Diah Hadirah

"Dia orang ada kerja. Dalam beberapa hari dia orang tak balik." - Puan Khadijah

"Hmm, Diah nak pergi dekat mamalah." - Diah Hadirah

Puan Khadijah tersenyum geli hati melihat karenah budak kecil itu. Diah Hadirah pergi menuju ke arah ibunya yang sedang menepuk Ayden Rizqy, anak kedua Fatihah yang sedang lena tidur di ruang tamu.

"Mama!" - Diah Hadirah

"Shh! Diam sikit, Diah. Baby Ayden kan tengah tidur?" - Fatihah

"Mama, boleh tak Diah nak tanya mama satu soalan?" - Diah Hadirah

"Boleh, sayang. Nak tanya apa tu?" - Fatihah

"Betul ke Diah ada pak long? Siapa pak long Diah?" - Diah Hadirah

"Ya, Diah ada pak long. Nama dia Aiman." - Fatihah

"Aiman? Pak long Diah dekat mana sekarang, mama?" - Diah Hadirah

"Dia dah pergi jauh sayang. Dia dah tinggalkan kita buat selama-lamanya." - Fatihah

Diah Hadirah membuat muka sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan pak longnya, Aiman. Fatihah terus memeluknya.

"Diah nak jumpa pak long dengan atok tak?" - Fatihah

"Nak! Tapi, kan Diah dah ada atok? Tok Ham?" - Diah Hadirah

"Ni atok Diah yang lagi satu." - Fatihah

"Oh... Dia pun dah pergi tinggalkan kita ke mama?" - Diah Hadirah

Fatihah hanya mengangguk sahaja. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana dia berasa sedih pada waktu itu.

Pada petang itu, Fatihah, Shazril, Puan Khadijah pergi ke tanah perkuburan. Diah Hadirah dan Ayden Rizqy juga turut dibawa oleh Fatihah. Mereka pergi ke kubur arwah Aiman dan arwah Pak Ismail. Kubur mereka berdua bersebelahan.

"Abang, ayah... Tihah ada bawa anak Tihah." - Fatihah

"Pak long... Atok... Diah teringin nak jumpa pak long dengan atok. Tapi, pak long dengan atol dah pergi. Diah doakan pak long dengan atok baik-baik dekat sana." - Diah Hadirah

Puan Khadijah, Fatihah dan Shazril tersenyum melihat Diah Hadirah berkata sedemikian.

Setelah selesai menziarahi kubur arwah Aiman dan arwah Pak Ismail, Shazril menghantar Puan Khadijah ke rumah lama sebelum pulang ke rumahnya.

Sampai sahaja di rumah Shazril, kelihatan ada seorang wanita di hadapan pintu rumah itu.
Setelah keluar dari kereta, Shazril mendekati wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience