Bab 6

Romantic Comedy Series 60772

Sarah memalingkan mukanya ke sisi kanan. Hendak dijadikan cerita ketika itulah juga lelaki itu berdiri betul-betul di sebelah kanannya. Muka menghadap muka, hidung mereka hampir saja beradu bersama. Cepat-cepat Sarah berkalih ke belakang.

Muka Sarah dah merona merah. Marah, geram bercampur menjadi satu. Sakit hati yang teramat sangat.

"Kau ni kenapa? Dari kecil sampai sekarang tak habis-habis dengan KAy Poh ci kau tu," marah Sarah. Suara masih dikawal agar tidak terlalu menarik perhatian orang.

Syafiq ketawa. Suka dia apabila melihat Kay pOh Ci marah-marah begitu. Macam comel je.

"Aku suka nama tu. Sama macam aku sukakan kaulah." Sakat Syafiq lagi bersama senyum nakal yang terukir di bibirnya.

"Bengap sungguh la kau ni. Banyaklah kau punya suka. Dahlah, malas aku nak layan budak bengong macam kau ni." Sarah berlalu pergi meninggalkan Syafiq.

Senyuman tidak lekang dari bibir Syafiq. Tidak kisah la apa yang dikatakan Kay Poh Ci sekali pun. Apa yang dia tahu, hatinya mat gembira kerana berjumpa buah hati yang dipuja dalam diam itu. Dia mengekori Kay Poh Ci dari belakang.

Sarah melajukan langkahnya. Kali ini dia memang betul-betul lewat masuk kelas Dr. Muazam.

"Wei, tunggulah aku." Panggil Syafiq menyaingi langkah Sarah.

"Kau ni kenapa? Kau ikut aku uat apa?" kata Sarah mengetap giginya.

"Tak ada masa aku nak ikut kau. aku nak masuk dewan kuliahlah. Kelas kita kan sama, tunggulah aku sekali," Syafiq tersengih tanpa rasa bersalah menyakitkan hati Kay POh Ci.

Sarah menjeruk rasa. Disabarkan hatinya menghadapi karenah Syafiq. Dia pasti esok lusa Syafiq akan terus mengganggunya seperti masa dulu-dulu. Malapetaka sudah bermula. Keluh hati Sarah. Episod otaknya berasap akan bermula.

***********

Berapi hati Sarah hari ini. Sejak akhir-akhir ini selalu sahaja Syafiq mengganggu hidupna. Segalanya sudah kucar-kacir.

"Kay Poh Ci jom makan tengah hari dengan aku," ajak Syafiq beria-ia. Suaranya perlahan kerana mereka ketika itu sedang berada di dalam perpustakaan.

"Eh, kau ni dah kenapa? Setiap kali jumpa aku je Kay Poh Ci." Sarah menahan amarah yang mula hendak meletus.

Hari ini sudah berapa kali nama itu meniti di telinganya. Sakit hatinya. Kenapa nama KAy Poh Ci menghantuinya? Dia tidak suka nama itu kerana dia pernah dimalukan di khalayak ramai. Malau yang tidak akan dilupakan buat selamanya.

Muka Sarah mencuka. Malas dia hendak melayan karenah Syafiq.

"Kay Poh Ci, Kau marah aku ke?" soal Syafiq buat-buat tak tahu.

Boleh pula dia tanya Sarah marah ke tidak. Buta ke apa mamat ni. Tak nampak kepala aku sudah berasap ni. Aik, memanglah tak nampak, asap halimunan. Sarah ketawa kecil dengan fikirannya sendiri.

"Yang kau tersengih sorang-sorang tu kenapa?" soal Syafiq hairan. Masalah hormon terlebih terkurang ke apa. Fikir Syafiq.

"Sarah menutup buku yang dibacanya. habis bersepai fokus dia hendak mengulang kaji pelajaran.

Syafiq memandang sayu langkah Sarah yang makin menjauh darinya. Di amemang suka menyakat Kay Poh Ci dari dulu lagi. Hanya itu cara dia menunjukan rasa cintanya kepada gadis itu. Tapi dari dulu Sarah tidak faham akan suara hatinya. Kay Poh Ci nampak cantik tapi otak bengap. Hari-hari Syafiq membuntutinya tapi Satrah boleh buat tak tahu. Buta ke apa? Rungut Syafiq dalam hatinya.

NAmun untuk berputus asa tidak sama sekali. Cukuplah masa lalu yang dia tinggalkan. Kali ini dia nekad hendak memiliki sekeping hati Kay Poh Ci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience