Bab 10

Other Series 2183

Aku bangun apabila jam locengku berbunyi. Aku mematikannya. Aku melihat sekeliling. Hana takde? Ke mana pulak minah ni pergi? Namun tak sempat aku ingin bangun dari katil, dia sudah keluar. `Ehh awal kau bangun Hana. Selalunya aku bangun dulu'. Ujarku. `Aku takleh tidurlah semalam'. Balas Hana. Aku mengangguk. Aku segera menuju ke bilik air. Hana duduk di atas katil. Ya. Dia sudah buat keputusan. Dia harus berjumpa dengan Khairul! Dia terus memakai telekung untuk solat. Ketika aku keluar dari bilik air, Hana sudah habis solat dan sedang baca doa. Aku lalu perlahan-lahan di belakangnya. Hana membuka telekung lalu menyerahkannya kepadaku. Aku menyambut lalu memakainya. Aku segera menunaikan solat. Hana pula hanya duduk termenung sambil membetulkan tudungnya. Asal aku rasa lain macam ni? Asal aku berdebar sangat? Hana! Kau kena tenang! Kalau tak macam mana nak berhadapan dengannya? Ujar Hana dalam hati. Dia memandang aku yang sudah selesai solat. Aku yang perasan buat tidak tahu saja. Aku sibuk membetulkan tudung aku. Aku memandang Hana yang masih memandangku. Aku pantas memetik jari di hadapannya. Tersentak Hana. Aku tersengih. `Jom.. Ehh tapi awal lagi ni.. Nak lepak kat luar dulu ke?'ujarku. Memang hari ni terlalu awal pula. `Kita berjalan dah berapa minit? Naik tangga lagi. Kita jalan je lah perlahan-lahan'.balas Hana. Aku hanya mengangguk sebelum kami sama-sama keluar. Setelah aku mengunci pintu, kami bergerak ke kolej. `Kau dah buat keputusan ke? 'soalku. Hana menggeleng. Sorry Qilla. Aku tak nak bagitau kau apa keputusan aku. Nanti kau akan tau jugak. Gumam Hana dalam hati. `Dah tu kalau Khairul tanya?' soalku lagi. `Pandai-pandailah aku jawab nanti'. Balas Hana. Aku mengangguk. Nasib kaulah Khairul! Kami sampai ke kolej tepat pukul 8:00. Hari ni kelas mula pukul 8:15. Betullah apa yang Hana cakap tadi. Aku tersenyum seketika. Aku menjeling Hana di sebelahku. Aku lihat dia sedang mencari seseorang. Dan seseorang itu mestilah Khairul! Aku hanya membiarkan sahaja. Lambat pulak mereka berdua ni datang! Selalunya sebelum aku ngan Hana datang, mereka dah ada dah! Gumamku dalam hati. Aku pantas tersenyum bila melihat mereka masuk dalam kelas. Panjang umur! Aku melihat Hana asyik memandang ke arah mereka. Aku pantas menyiku lengan Hana. Hana memandang. Aku hanya tersengih. Hana faham itu. Tetapi malas nak layan. Yang penting sekarang dia ingin berjumpa dengan Khairul! Tanpa Qilla Dan Hafi! Hana pantas mengeluarkan handsetnya. Hana menaip sesuatu. `Khai, aku nak jumpa kau nanti'. Tulisnya. Dia tekan butang send. Harap-harap dia baca! Khairul yang ketika itu sedang bermain handset tersentak apabila mendapat mesej dari Hana! Pantas dia membukanya. Nak balas tak? Nak balas tak? Arhhh tak payahlah! Khairul membiarkan saja mesej itu. Dia tahu Hana sedang online. Dia harap Hana takkan terasa. Tiba-tiba pensyarah mereka masuk. Aku sedikit pelik bila melihat dua orang lelaki di belakangnya. Aku cuba memandang muka mereka. Kembar? Aku memandang Hana. Hana turut memandangku ketika itu sambil mengangkat kening. Aku hanya mengelenggkan kepala tanda tidak tahu. `Selamat pagi semua. Seperti kalian lihat di hadapan ini 2 orang lelaki. Mereka adalah kembar. Di sebelah kiri saya adalah Arif Danial dan sebelah kanan saya adalah Arif Haikal. Dia adalah pelajar baru di sini'. Ucap puan Nasuha. Puan Nasuha memandang mereka. `Kamu berdua boleh duduk di tempat kosong itu. Silakan'. Sambungnya lagi. Mereka hanya mengangguk sambil tersenyum. Aku melihat Hana memandang mereka tanpa berkelip. Dan aku perasan dari salah seorang budak kembar itu turut memandangnya sambil tersenyum. Aku memandang ke hadapan. Khairul! Dia sedang pandang Hana! Jealous ke? Namun aku lihat hanya seketika. Khairul memalingkan mukanya ke hadapan. Sakit hatinya bila melihat Hana memandang mereka berdua. Puan Nasuha memulakan pelajaran. Aku menyiku sedikit lengan Hana bagi menyedarkannya. Hana memandang. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku terus memandang ke hadapan begitu juga Hana. Masa pun tamat. Kami mengemas barang-barang kami. `Qilla, kau jalanlah balik kolej dulu. Aku nak gi tandas kejap, lepastu aku nak gi kafe'. Ujar Hana. Aku hanya mengangguk. `Sorrylah, aku malas nak jalan'. Balasku sambil tersengih. Hana tersenyum mendengarnya. `Aku gi dulu. Jumpa nanti'. Ujarku. Aku terus keluar dari kelas. Hana melihat sekeliling. Mana Khairul ni? Yang Hana nampak budak kembar tu adalah! Baik aku cari! Aku harus jumpa jugak! Hana bergegas keluar dari kelas. Dia memang ingin ke tandas. Ketika Hana ingin keluar dari tandas dan menuju ke kafe, dia terlanggar orang. `Sorry, sorry'. Ucap Hana. Hana memandang. Ehh ni bukan budak kembar ke? Mana lagi sorang? `Takpe.. Salah saya.. Saya yang tak pandang depan. Dok leka dengan handset je.. Sorry ye? 'balas lelaki tu. Hana hanya mengangguk. `Nama saya Arif Danial'. Ujarnya sambil menghulurkan tangan. `Hana'. Balasnya pendek tanpa menyambut huluran. Tapi dia masih memandang lelaki di hadapannya ini. Arif Danial yang faham, terus menarik tangannya. `Saya Pergi dulu.. Saya ada hal'. Ujar Hana. Lelaki itu mengangguk. Hana berlalu pergi. Arif Danial memandangnya sambil tersenyum. Hana masuk ke kafe. Dia mencari kelibat Khairul. Tidak ada! Mana pulak dia ni! Seleranya ingin makan bersama mati begitu saja. Dia terus keluar dari kafe itu. Dia masih mencari Khairul. Kecewa! Dia tidak dapat mengesan Khairul! Khai.. Mana awak? Kenapa awak buat saya macam ni? 'Gumam Hana dalam hati. Hana sudah berkira ingin pulang, tetapi tidak jadi apabila terasa tangannya ditarik ke belakang. Hana menoleh. Khairul! `Kau ke mana tadi?' soal Hana. Matanya masih berkaca. `Aku balik kelas kejap tadi.. Ada barang aku tertinggal'.balas Khairul. Sebenarnya dia tipu. Dia bukan pergi ke kelas sebaliknya mengikut Hana secara Diam dari belakang. Hati dia sakit! Sakit apabila melihat Hana dengan lelaki tadi! Dia harus menyelesaikannya segera. Kalau Hana tidak mahu menerimanya, dia akan guna cara lain. Hana hanya miliknya seorang. `Kenapa nak jumpa aku? 'soal Khairul pula. Hana memandang khairul. Ya. Dia tahu dia memang buat keputusan yang paling tepat. Khairul membalas pandangan Hana. `Aku nak cakap yang aku.. Percakapan Hana terhenti. Khairul masih memandangnya. `Kau apa? Cakap lah!' paksa Khairul. Hatinya berdebar - debar. Hana tergelak kecil melihat kelakuan Khairul. `Kau gelak? Okay takpe. Aku chow lu'. Balas Khairul. Dia berlalu pergi. Namun Hana menahannya dengan memegang tangannya. Khairul terhenti. Hana mendekatkan dirinya ke arah Khairul. Dia melepaskan tangannya perlahan-lahan. Dia merapatkan wajahnya sedikit ke telinga Khairul. Dia terpaksa menjengket sedikit kerana ketinggiannya hanya sampai di bahu Khairul. `Aku terima'. Ujar Hana. Tanpa sebarang balasan, dia terus berlalu meninggalkan Khairul yang masih terpinga-pinga. Malu! Malu untuk berhadapan dengan Khairul. Khairul terpempan. Betul ke apa yang aku dengar ni? Betul ke? Ya Allah!! Terima kasih!! Dia pantas mengejar Hana. `Hana qelisha! Jerit Khairul sekuat hati. Hana memalingkan muka. Ehh cepatnya mamat ni kejar aku! Hana semakin melajukan langkahnya. Dia masih malu untuk berhadapan dengan lelaki itu! `Hana Qelisha!'panggil Khairul lagi. Kalau malu ye pun, tak yahlah lari dari aku. Hishh. Gumam Khairul dalam hati. Khairul terus berlari. Dia mesti dapatkan Hana. Apabila semakin hampir dia terus menyambar tangan Hana lalu menariknya ke belakang. Hampir terjatuh Hana dibuatnya. Namun Khairul sempat memaut pinggang Hana. Hana terkejut. Dia memandang Khairul tanpa berkelip. Khairul membalasnya. Seketika mata mereka bertaut. Khairul merapatkan wajahnya perlahan-lahan ke wajah Hana. Hana yang tersedar pantas menolak lembut wajah Khairul. Dia terus berdiri. Khairul hanya tersenyum. Dia berdiri di depan Hana. Dia merapati Hana perlahan-lahan. Hana semakin ke belakang hingga dia tersandar ke dinding. Khairul mendepakan kedua-dua belah tanganya ke dinding bagi menggelakkan Hana terlepas. Hana tunduk.`Hana Qelisha.. Please.. Look at me'. Pinta Khairul. Nasib mereka berdua tersorok sedikit daripada dilihat orang ramai. Kalau tak, Khairul sendiri pun tidak berani buat macam ni. `Hana.. Nak aku panggil nama penuh kau terus ke? Baru kau akan pandang aku? 'sambungnya. Hana mengangkat mukanya perlahan-lahan. Dia membalas pandangan Khairul. Khairul tersenyum. `Thanks dear. Sebab terima aku. Aku janji aku akan jaga kau sepenuh hati aku. Aku takkan lepaskan kau walau apa jadi sekalipun. Sekali lagi aku nak ingat.. Aku ikhlas sayang dan cintakan kau. Terlalu. Please.. Jangan pergi dari hidup aku. Aku nak kita harungi segalanya bersama'.ujar Khairul panjang lebar. Hana kembali tunduk. Sungguh! Dalam hidupnya dia tidak pernah rasa bahagia seperti ini. Dia hanya mampu menangis. Khairul memegang dagu Hana lalu mengangkatnya sedikit. Khairul menyeka air mata di pipi. Dia masih memegang pipi Hana. Dia merapatkan sedikit wajahnya ke telinga hana`Kali ni saya nak awak janji.. Air mata Ini hanya untuk air mata kegembiraan.. Bukannya kesedihan. Kalau awak sedih, awak perlu cerita kat saya supaya saya boleh tolong awak dan kembalikan kegembiraan awak. Saya akan selalu ada untuk awak, sayang.. Saya janji'. Ujar Khairul lagi. Dia kembali memandang Hana. Hana membalas pandangannya. Dengan lembut dia mencapai tangan yang berada di tangannya lalu mengenggam erat. `Air mata yang Khairul Ridwan lihat sekarang adalah air mata kebahagiaan, Khai. Jujur saya cakap, saya tak pernah rasa bahagia seperti ni. Terima.. Terima kasih.. Sebab sudi hadir dalam hidup saya'.balas Hana. Dia senyum memandang khairul. Khairul membalasnya. Khairul melepaskan tangannya. Dengan berhati-hati dia mendekatkan wajahnya sekali lagi. Dan sekali lagi, Hana menolaknya lembut. Khairul tersenyum. `Awak saja kan? 'duga Hana. Khairul tergelak. `Saya tahu batas lagi.. Saya takkan buat macam tadi pada yang bukan muhrim saya'. Balas Khairul. Hana hanya tersenyum mendengarnya. `Jom, saya hantar awak balik'. Ajak Khairul. Hana mengangguk. Mereka berjalan beriringan. Mereka masuk ke dalam kereta. Hana melihat Khairul masih tersenyum. `Yang awak tersenyum tu kenapa? 'soal Hana. Saja. Khairul memandang. `Salah ke saya senyum? Bukan senyum kat perempuan lain pun. Saya senyum pandang depan je' balas Khairul. Hana hanya tersenyum. Tahu yang Khairul Saja mengusiknya. Kereta berhenti. Mereka saling memandang. `Saya keluar dulu.. Bye jumpa sok'. Ujar Hana. Khairul tersenyum dan mengangguk. Hana keluar dari kereta dan menutupnya. Hana masuk ke dalam bilik lalu menutupnya. Dia melihat Qilla tidur di meja belajar. Mungkin terlena. Hana membiarkan saja. Tertiba handset Qilla berbunyi. Melatah Qilla dibuatnya. Hana menahan ketawa. `Hello'. Sapa Qilla. Dia menguap seketika. Dia masih tak perasan yang Hana ada di belakang! `Hello.. Qilla.. Ni aku Hafi.. Kau tidur ke? 'soalnya. Qilla yang mendengar pantas matanya terbuka luas. `Ehh Hafi.. Mana ada aku tidur'.tipuku. `Kenapa kau call aku? ' sambungku lagi. `Err.. Ni aku nak tanya kau.. Malam ni kau free tak? 'soalnya. `Free je.. Kenapa?' soalku lagi. `Kalau aku nak ajak kau keluar makan boleh tak? Ada hal yang aku nak bincang dengan kau'. Balas Hafi. `Bincang pasal apa? 'soalku lagi. `Nanti aku bagitaulah.. Kau nak tak?' soalnya lagi. `Yelah.. Yelah.. Kol baper? 'soalku. `Erm.. Lepas isyak.. Pukul 9:00 macam tu aku sampai.. Kau siap-siaplah '. Balas Hafi. `Okay bye'. Balasku. `Okay bye jumpa kau nanti'. Balasnya. Aku mematikan handsetku. Aku berpaling ke belakang. `Mak!!! Hantuu!! 'jeritku. Sungguh! Aku tak perasan! Bila Hana Ada belakang aku? Bila dia balik? Dia dengar semua ke? Hana ketawa besar melihat Qilla. Sambil berair matanya. Qilla menjadi geram. `Sudahlah gelakkan aku! Kau ni! Buat terkejut aku je tau tak? Kalaulah aku ada penyakit jantung.. Alamatnya meninggallah aku kat sini'. Ujarku. Hana yang mendengar perkataan meninggal pantas menepuk lembut bahu Qilla. Lalu memaut bahu kawannya itu. `Sorrylah.. Lagipun mana kau nak perasan.. Kau Kan tidur Kat meja tadi.. Aku pun baru balik.. Sorrylah.. Janganlah cakap pasal meninggal-meninggal ni. Sorry'. Ujar Hana. Aku yang melihat pantas mencubit pipi Hana sekuat hati sebelum melepaskannya. Hana menggosok pipinya. `Dahlah.. Ni kau dah solat belum? 'soalku. Hana menggeleng. `Kau gi lah solat lu'. Balasku. `Nanti aku nak bersiap lagi'sambungku lagi. `Date ngan Hafi lah tu'. Sepantas itu, Hana pantas berlari ke bilik air lalu menguncinya. Qilla mengetap bibir. Sah! Hana dengar semuanya! Arhh! Malu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience