BAB 5

Family Completed 341

Semuanya bermula....

Pertengkaran Fasiha dengan kedua ibu bapanya di rumah sehingga menyebabkan Nad yang menyebelahi mamanya ditampar kuat oleh Fasiha . Semuanya berlaku sewaktu mereka mahu berpindah ke rumah yang baru. Di dalam kereta. Fasiha memaki Nad di dalam hati dan mengeluarkan ayat yang menyinggung hati dan perasaan Hidayat dan Gigi .

“Fasiha tidak mahu mama dan papa yang banyak duit. Fasiha Cuma mahu papa dan mama yang sayangkan Fasiha . Kalau mama dan papa nak tahu, Fasiha keluar rumah, lari rumah dan curi semuanya sebab mama dan papa. Dalam hati Fasiha setiap saat berdoa agar mama dan papa bukannya mama dan papa Fasiha . Biar Fasiha dapat mama dan papa yang tua dan miskin..lebih baik dari papa dan mama yang selalu bertengkar dan berleter pada Fasiha ” jerit Fasiha di dalam kereta.

Fasiha dapat melihat dengan jelas air mata mamanya mengalir membasahi pipi. Waktu pertengkaran itu berlaku, Fasiha langsung tidak mahu memandang wajah Gigi . Selepas makan di kawasan R&R pun, dia masih tidak mahu memandang Nad, mama dan papanya. Dia Cuma mengambil bungkusan roti yang dibelikan oleh mamanya sahaja.

“Maafkan mama, sayang” ucapan maaf itu tidak diendahkan.....dan bermulalah segalanya. Kerana tidak mahu memandang wajah kedua orang tuanya, Allah mengaburi mata Fasiha dengan menjadikan pandangannya melihat kereta lembu pasangan tua yang bukannya berasal dari tanah itu seperti kereta mama dan papanya. Terkejut besar Fasiha apabila melihat wajah orang tua yang mempunyai seorang anak perempuan sebaya dengannya itu. terbongkok – bongkok dan menakutkan.

Saat dia memeluk Nad di dalam bilik rupanya dia memeluk anak jin yang berbau busuk dan bertanduk itu. tubuh Nad menggeletar. Yang membuatkan dia bertenaga ialah roti dan air kotak yang dibelikan oleh mamanya itu sahaja.

Fasiha membuka matanya. Kali ini dia hampir pengsan apabila menyedari yang dia sedang duduk di atas rangka manusia. Perempuan itu tersenyum lagi. Tanda lahir di dagunya itu direnung Fasiha .

“kemarahan mengaburi mata kamu dari melihat kasih sayang dan cinta ibubapa pada anaknya.” Perempuan itu menoleh ke arah cahaya yang menerangi mereka.

“Kamu ikutlah cahaya itu dan kamu akan pulang ke alam nyata dan berjumpa semula dengan kedua orang tua kamu. Ketahuilah oleh kamu yang cahaya ini terjadi atas doa dan zikir ibu bapa kamu setiap masa. Insaflah...sayangilah mereka”

Fasiha menangis teresak – esak.

“Jin tu bagaimana?” soal Fasiha .

“Ini memang tempat dia. Kamu yang harus pergi. Aku juga mahu pergi. Aku ke sini kerana Allah dan janjiku pada wanita paling mulia untukku. Ingatlah ..Allah telah berikan apa yang terbaik buat hambanya. Hargailah. Ikutilah cahaya itu sebelum keluarga jin itu pulang dari buruan mereka”

Fasiha memeluk perempuan itu.

“Siapa kamu?”

“Aku...... Nurul Zalikha binti Hidayat ” itulah kata – kata terakhir perempuan yang membantunya keluar dari alam yang menakutkan itu. Fasiha mengikuti cahaya itu dan terdengar namanya dipanggil beberapa orang. Fasiha pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience