20xx
Di lapangan terbang Kyres International Airport kelihatan seorang kanak-kanak yang lesu sedang menarik beg bagasi beroda sambil dipimpin oleh bapanya. Mereka berdua menjadi tumpuan kerana perbezaan si bapa yang mempunyai wajah orang eropah dan anaknya memiliki rupa orang asia. Adam Bin Yusuf, berusia 10 tahun berjalan pantas kerana tidak sabar mahu berjumpa dengan adiknya di hospital pulau berkenaan. Adiknya itu menerima rawatan pembedahan oleh saudara mereka yang berkerja sebagai seorang doktor pakar bedah sebaik sahaja berita pulau terbaru itu dijumpai. Baru sahaja berlepas dalam 2 jam dari Malaysia dan dia agak kepenatan. " Ayah, bila adik boleh balik dengan kita?", Adam bertanya kepadanya ayahnya yang merupakan seorang mualaf setelah berkahwin dengan ibunya semasa bercuti di Malaysia. "Setahu ayah esok boleh. Jadi ayah nak along teman adik until malam ni sampai esok pagi. Tempat kerja ayah panggil ayah last minute pula. Temankan adik, apabila adik sudah sedar nanti sebab pak cik kamu kena pergi ke klinik dia. " . Lalu mereka berdua menaiki teksi dan pergi ke hotel yang ditempah. Di tingkat 10 bilik bernombor 223 , Adam mengemas beg galas untuk adiknya dibantu ayah. Ayahnya memasukkan sebuah lagi beg galas pvc bertali ke dalam kedua- dua beg anaknya berserta sedikit makanan ringan, 2 botol mineral , 2 tin air bersoda dan bahan mandi di dalam pouch travel. Sejurus selesai mereka terus berlepas dengan menaiki teksi menuju ke hospital. Hospital di Kyres sangat terkenal begitu juga pulau tersebut kerana dijana secara berterusan oleh tenaga reaktor nuklear yang berjaya dicipta oleh seorang saintis barat Edward Bech, beliau berjaya mencipta sebuah mesin buatannya yang mampu menggunakan tenaga nuklear dikawal oleh komputer utama hasil ciptaannya. Tenaga nuklear yang tidak perlu dibuang dan dapat digunakan berterusan. Disokong oleh ramai pihak kerana usaha saintis tersebut berjaya memendapkan tindakan radioaktif nuklear menjadi neutral seperti air biasa yang cuma berbahaya jika tidak dikendalikan sendiri oleh syarikatnya iaitu Bio- ecobech.
Usai tiba di hadapan pintu hospital, bapa Adam iaitu Yusuf Islam terus bertanya maklumat anak bongsunya pada khidmat pelangga. hospital lalu ke arah wad VIP bagi membawa Adam menemui Danial. Setelah tiba di pintu kelihatan susuk tubuh anak keduanya yang terbaring di atas katil hospital di samping menerima rawatan normal saline melalui branula di tangan kanan dan masih memakai nasal prong. Kelihatan juga tanda vital Danial sedang dimonitor secara berterusan. Adam menyimpan beg galasnya ke dalam almari yang tersedia dan bapanya melihat keadaan anak bongsunya itu. " Ok , Adam dengar ayah nak bagitahu. Sekarang Adam kena teman adik, jadi Adam tak boleh jalan keluar dari bilik ni, kalau nak apa- apa minta dari jururawat. Tekan call bell di atas meja sebelah adik. Tu nampak tak?" Yusuf menunding ke arah meja tersebut. Adam mengangguk faham. " Adam tahu kan kalau nak pergi mana- mana mesti ada orang besar teman Adam, jadi nanti ayah pergi ke tempat kerja rasanya di Keyah kalau tak silap. Jadi petang ni akan ada jururawat yang akan tanggalkan semua alat pada adik kamu dan jarum kat adik kamu tu. Nanti kalau adik sudah sedar Adam boraklah dengan adik. Nanti main psp sama-sama dengan adik ye. Ayah dah lambat ni." Yusuf berkata lalu memberikan anaknya beberapa keping duit kertas dan mencium dahi anak sulungnya itu. Adam menyalami tangan bapanya dan melihat bapanya berlalu pergi. Adam membuka smart televisyen yang berada berhampiran pintu dan duduk di atas sofa sambil mencari siaran kartun tersedia.
Pukul 2 petang setelah Adam selesai menjamah makanan tengah hari yang dihantar ke bilik, akhirnya seronok menerima kehadiran seorang doktor barat yang kelihatan hebat baginya. Dia tidak sabar mahu menunggu doktor tersebut menanggalkan branula dan saluran oksigen daripada adiknya. Lalu doktor itu pergi ke arah Adam dan duduk di sofa berhadapan budak kecil itu. " Hai, Adam do you know English?" , doktor tersebut bertanya. Adam mengangguk. (perbualan di dalam Bahasa English). " Ok bagus, begini tadi doktor dah cabut semua yang adik kamu tidak perlukan. Dalam 2 jam begitu adik kamu akan mula sedar. Nanti panggilkan jururawat , doktor akan periksa adik kamu ye. " terang doktor itu dengan bahasa english yang mudah untuk difahami. "Ok, terima kasih doktor." balas Adam. Setelah menunggu akhirnya adik kecilnya tersedar dan Adam pun menekan call bell. Lalu datanglah seorang jururawat bersama- sama doktor yang sama memeriksa keadaan Danial. 15 minit berlalu Adam menghirup air coklat yang telah dihidang oleh jururawat tadi semasa menunggu adiknya. Doktor itu pun berlalu pergi diikuti jururawatnya. Kemudian datang pula Pak cik nya iaitu uncle Hathen menemui mereka. "Hai Adam, kamu dah besar." Lelaki tersebut memeluk Adam dan memberinya sebuah beg galas tepi yang kecil berwarna hitam dan melarangnya membuka beg tersebut. "Adam nanti boleh buka bila kamu betul-betul terdesak ye." Adam mengangguk sambil hairan akan arahan pak ciknya itu. "Adik kamu dah sihat cuma perlu tunggu sampai esok. Uncle dah maklumkan pada Yusuf. Jadi malam ni tidur dengan adik ye. Lagi satu mari ke sini ." arah doktor tersebut. Adam pergi ke arah lelaki itu. Lalu doktor tersebut mengeluarkan dua botol air kaca berwarna coklat. " Nanti kamu minum satu sampai habis lepas tu bagi Danial. Memang ada rasa masam tapi rasa macam yogurt coklat sahaja. Kamu minum ye. Ni ubat yang semua orang di sini dah ambil secara suntikan tapi ni khas datuk kamu buatkan untuk cucunya , supaya tak sakit. Kamu mesti minum ye sebab sekarang ada penyakit yang berjangkit, walupun ayah kamu tempah kelas VIP tapi uncle nak berjaga- jaga. Jangan sampai kamu berdua terkena. Ok uncle nak kembali bekerja . Nanti kalau Adam nak apa-apa beritahu jururawat, kalau uncle boleh dapatkan nanti uncle datang jika barang kamu nak kena beli di luar hospital. Esok uncle akan bawa mak cik May dan anak uncle, Sarah jumpa kamu berdua sebelum kamu semua pulang ke Malaysia. Nanti auntie May nak bagi hadiah pada ibu kamu. Ok bye anak - anak uncle ni. Jaga adik kamu. Tu dah sedar. " Hathen berlalu pergi selepas melihat Danial yang membuka kelopak matanya dan memeluk budak itu. "Adam. Lupa pak cik , bawah laci tu ada ubat yang adik kamu perlu makan nanti bila dah keluar dari hospital. Nanti bagi pada ayah kamu ye. " Lelaki itu beredar. Adam menjengguk adiknya. "Hai , dah sedar tak? ," Adam mengusap rambut perang adiknya. Walaupun dari ayah dan ibu yang sama dirinya lebih banyak mengikuti genetik ibunya yang berketurunan melayu namun dia juga mempunyai sepasang mata biru, adiknya pula memiliki tubuh besar, tinggi, rambut perang dan bermata biru. " Abang , dah ok. Adik rasa pening sikit je ni." Lalu Danial memeluk abangnya melepas gian rindunya setelah sebulan berada di hospital itu menerima rawatan untuk penyakitnya. " Nah, tadi uncle bagi suruh minum . Abang dah. Ok je rase macam yogurt kat Malaysia. Pak cik kata, kita wajib minum." Danial pun meneguk air tersebut menggunakan straw sedikit demi sedikit. Lalu mereka berdua berbual-bual mengenai keadaan keluarga dan kawan- kawan di sekolah. Kemudian Danial menyambung tidurnya. Adam mengambil psp yang dibawa menghilangkan kebosanan di atas kerusi bersebelahan katil hospital. Tiba- tiba dia terasa sangat mengantuk. "Ouh" Adam menguap panjang dan pening kepala. Sebelum sempat meletakkan psp di atas meja dia rebah. Kepalanya bersandar pada katil adiknya dan psp jatuh dari tangan menuju ke lantai.
Tulis untuk suka-suka, kalau ada yang berminat saya akan update lagi. Assalamualaikum
Share this novel