Suatu masa dulu
'Ku dibuai keliru
Terlena dengan dosa
Kau hadir melengkapi
Segala kekurangan
Di hati kau sejati
Biar berjuta halangan
Rela 'ku tempuhi
'Ku genggam abadi
Demi cinta suci
Hanya dirimu pujaan hatiku
Hanya padamu kuserah cintaku
Kau segalanya bagiku terindah
Hingga ke akhirnya nafas ini
Lagu 'Pujaan Hati' yg dinyanyikan oleh Adira Shuhaimi melintas di telinga Munirah. Setiap rangka lirik lagu itu jelas sahaja di telinga Munirah. Cepat-cepat Munirah keluar dari biliknya untuk mencari dari manakah datangnya alunan lagu itu. Munirah menekup telinganya ke pintu bilik Mikhail. Memang sah Mikhail yg sedang memasang lagu itu. Segera dia menguak kasar pintu Mikhail.
Padam lagu tu sekarang!! Padam!! Marah Munirah sambil berjalan menuju ke arah Mikhail. Telinganya rasa bingit saja mendengar baris lirik lagu itu. Rasa benci sangat dengan lirik lagu itu. Terkejut Mikhail cuba menutup lagu itu tergopohnya. Tetapi lambat saja tanganya untuk menekan butang tutup di telefonnya lalu pantas saja tangan Munirah merampas telefon itu dahulu. Munirah terus mehempap kuat telefon Mikhail ke lantai. Selepas itu dia memijak telefon itu sehingga menjadi lunyai. Tergamam Mikhail dengan tindakan Munirah ini. Terlihat ada kesan darah mula menitis di tengah tapak kakinya.
Ya Allah..Apa ni Munirah!! Telefon aku baru beli tahun ni kot..Tak sampai dua bulan aku guna. kalau ye pun sabarlah!!! Marah Mikhail dengan tindakan gila Munirah kali ini. Habis telefonnya hancur berkecai di sebabkan oleh Munirah. Munirah nengundurkan badannya ke belakang sedikit. Membiarkan Mikhail melihat telefon jenama I-Phone 8 plus sudah hancur berkecai seperti hatinya. Telefon ini adalah duit gaji 3 bulan Mikhail simpan untuk membelinya guna duit sendiri. Munirah memandang tajam saja ke arah Mikhail yg sudah pasrah dengan semua ini. Cepat betul Mikhail mengalah dengan dirinya kali ini. Munirah tidak suka orang di dalam rumah ini merasa kasihan dengan dirinya disebabkan oleh semua masalah yg dihadapinya sekarang.
Fine!!! Nanti aku gantikan balik telefon kau itu. Kau nak yg lebih mahal pun boleh. Semua aku bagi. But, lepas ni aku tak nak dengar lagi lagu jiwang-jiwang karat kau tu. Rasa bingit tahu tak telinga ini. Atau kau memang suka menyakat aku Mikhail? Seronoklah perli aku dengan semua inikan?? Kata Munirah mula rasa panas hati dengan semua ini. Ke mana saja dia pergi, dirinya masih lagi tidak boleh lari dengan masalah ini. Rasa satu beban yg berat perlu ia bawa ke mana-mana saja.
Ehhh, bila masa aku nak perli kau ni? Cuba kau bawa bertenang sebentar. Cukuplah Munirah..aku malas nak bertekak dengan kau..Kau tu tengah..Ayat Mikhail terus mati di situ saja. Malas dia mahu teruskan ayatnya kerana tidak mahu menyakiti hati Munirah lagi.
Sudahlah Munirah..duduk dulu. Biar aku cuci luka dekat kaki kau tu. Tambah Mikhail pula mula rasa kasihan dengan keadaan Munirah sekarang. Marahnya perlu dikawal dahulu. Keadaan Munirah lebih penting sekarang. Mereka perlu merawat sakit Munirah ini. Kembalikan dirinya yg sebenar. Mikhail sebagai adiknya sanggup berkorban apa saja asalkan kakaknya ini pulih seperti biasa. Hanya Munirah saja yg dia ada. Mikhail tak sanggup lagi mahu lihat Munirah menderita dan menyiksa jiwanya sendiri. Munirah masih ada ahli keluarga. Inilah tempat ia bergantung sekarang.
Biarlah!! Apa yg korang kisah pasal aku?? Kalau korang kisah sudah lama korang ambil berat pasal aku..Kenapa sekarang? Ujar Munirah sudah lama menahan sebaknya itu. Munirah terus berjalan keluar dari bilik Mikhail. Sakit di kakinya sudah tiada rasa apa-apa lagi. Hatinya yg terluka ini lebih dalam sakitnya.
Ya Allah..Munirah kenapa kaki kamu tu?? Mika kenapa ni?? Tanya Puan Ruziah apabila terserempak dengan Munirah semasa dia melangkah keluar dari bilik Mikhail. Munirah tidak mempedulikan soalan Puan Ruziah itu terus berjalan masuk ke dalam biliknya semula. Dihempap kuat pintu bilik itu. Mikhail mendengus kasar sambil mengutip semula sisa telefon bimbitnya di atas lantai. Puan Ruziah yg melihat situasi ini sudah faham apa yg telah terjadi. Dia mengucap banyak kali sambil mengurut dadanya. Puan Ruziah terus berjalan menuju ke arah bilik Munirah. Mahu tidak mahu dia kena memaksa Munirah juga. Kakinya sudah cedera dan perlu dirawat dahulu.
Irah..buka ini nak..Biar umi lihat kaki kamu dahulu..Bersuara Puan Ruziah dari arah luar pintu bilik Munirah. Dia cuba mengulas tombol pintu bilik itu tetapi telah dikunci dari arah dalam. Banyak kali Puan Ruziah memanggil Munirah tetapi dia buat tidak endah saja. Perasaan risau mula menjalar di dalam diri Puan Ruziah. Apa yg perlu ia buat untuk memujuk hati Munirah semula. Dia tidak sanggup melihat keadaan Munirah seperti ini lagi. Cukuplah dengan derita yg sudah Munirah lalui selama ini. Jika boleh bertukar tempat mahu sahaja dia menggantikan tempat Munirah. Sebagai seorang ibu inilah yg mampu ia lakukan demi kebaikan Munirah.
Pergilah!!! pergi!! Jangan ganggu Irah lagi..Biar Irah sendiri..pergi..jangan ganggu Irah..Irah mahu sendiri..Kata Munirah sudah menangis teresaknya di tepi pintu. Munirah memeluk tubuh kecilnya sambil bersandar di tepi pintu. Menangis semahunya selagi tidak keluar air mata darah. Semua yg telah berlaku ini membuatkan hidupnya sengsara. Bukan ini yg Munirah mahukan dan bukan ini yg Munirah pinta. Kejadian itu masih lagi menghantui dirinya. Munirah tidak dapat berlari dari semua ini lagi. Fikirannya terus memikirkan semua itu. Munirah menampar kepalanya berkali-kali agar semua ini hilang dan pupus dari ingatannya. Sampai bila dirinya harus dihantui oleh semua ini. Sampai bila..
.............................................................................
Munirah tunggu..Awak nak pergi mana?? Jangan pergi Munirah..Jangan pergi..Awak mahu tinggalkan saya? Setelah apa yg berlaku ini..Awak masih mahu pergi?? Panggil Azhar apabila melihat Munirah melangkah kakinya untuk pergi dari sini. Azhar menarik lengan Munirah sebelum ia melangkah pergi jauh lagi. Langkah Munirah terus mati di situ. Dia menghembus nafas perlahan sebelum memandang ke arah Azhar semula. Munirah menarik tangan Azhar turun daripada terus memegangnya. Di tatap lama wajah orang yg masih berharap dekatnya. Satu senyuman kelat terus diberikan kepada Azhar.
"Setelah apa yg berlaku abang masih mahu saya kekal bersama dengan abang? Setelah apa yg berlaku abang masih anggap diri saya ini isteri abang? Sampai bila abang mahu kekalkan hubungan kita seperti ini? Sampai bila? Yee, saya mengaku saya isteri yg tak diiktiraf, Bukan calon isteri malah bukan isteri pilihan. Saya mengaku saya tidak ada hak untuk bersuara, mengambil tahu apa yg abang buat di belakang saya. Saya tak ada hak langsung untuk semua itu. Sampai bila abang mahu saya bertahan hidup seperti ini? Hubungan kita terjalin tanpa ada restu kedua belah keluarga kita sendiri. Beginikah abang anggap kita boleh mencapai satu kebahagian sedangkan abang sendiri tidak jujur dengan Munirah! Kalau abang sayangkan Irah..Abang tak akan layan Irah seperti ini. Abang tak akan bodohkan diri Irah..Irah mengaku abang..Irah masih lagi mentah!! Irah terlalu bodoh dalam bab perkahwinan ini. Tapi ada abang pernah fikir Irah tidak ada perasaan? Ada abang fikirkan semua itu tak??!!! Tolong abang..Irah sudah lama menderita..tolong jangan tambahkan derita Irah lagi..kalau abang sayangkan Irah..Irah tak minta banyak..tolong lepaskan Irah dengan cara baik..Kalau abang sudah jemu dan penat melayan perangai Irah yg sakit mental dan jiwa ini.. lepaskan Irah sekarang. Irah tak nak tambahkan beban dalam hidup abang lagi.. Irah sendiri akan mengundur. Irah tak akan marahkan abang kalau abang memberitahu Irah..malah Irah sendiri akan terima semua ini dengan hati yg terbuka..asalkan abang dapat hidup bahagia semula.."
Luah Munirah segalanya dekat Azhar dan di depan semua orang di situ. Apa yg terpendam di lubuk hatinya ini dapat diluahkan juga akhirnya. Munirah mengenggam erat baju Azhar di dadanya sebelum melepaskan Azhar pergi. Jadi, inilah kali terakhir dia akan melihat wajah Azhar berpakain baju melayu serba serbi putih di hadapannya. Inilah tatapan kali terakhir sebelum ia melangkah pergi dari hidup Azhar buat selamanya.
Munirah Safiyah..selama kita berkahwin..adakah awak mencintai diri saya? Bukan kerna saya sudah banyak menolong awak tetapi kasih sayang awak terhadap saya sebagai seorang suami? Tanya Azhar sebelum melepaskan Munirah pergi dari sini. Dia menatap tajam anak mata Munirah. Azhar memegang kedua belah wajah Munirah. Mahu satu kejujuran dalam dirinya itu.
Maaflah..saya tidak pernah ada perasaan kasih dan sayang dekat abang..abang hanya orang yg menjaga saya saja selama ini. Tidak lebih dari seorang 'Cikgu' Ujar Munirah lalu memberikan satu senyuman manis ke arah Azhar. Sudah lama dia mahu menjawab pertanyaan Azhar ini. Sekarang semuanya sudah terang lagi bersuluh. Selama ini mereka berdua hidup dalam keadaan tanpa rela saja. Azhar terus melepaskan tangannya dari wajah Munirah. Bukan ini yg ia mahu mendengar dari mulut Munirah sendiri. Azhar mengusap wajahnya perlahan-lahan. Dia menghela nafas panjang sebelum bersuara semula.
Baiklah..kalau itu yg awak mahukan..saya tak akan ceraikan awak Munirah. Sampai mati saya tak akan lepaskan awak. Saya nak awak tahu..Separuh mati saya sayangkan awak. Separuh jiwa saya hanya ada awak seorang saja. Awak yg telah buat saya jatuh cinta Munirah. Tidak mudah saya akan jatuhkan talak kepada awak. Awak boleh pergi..saya izinkan. Ambil lah masa yg awak perlukan Munirah. Sehari? Seminggu? Setahun? Saya akan tetap tunggu awak Munirah. Cinta mati saya hanya untuk awak Munirah Safiyah. Anak mata awak tak pandai berbohong kepada saya.. Jangan paksa diri awak untuk terus membenci saya. Maafkan saya Abah dan umi..saya tak akan tinggalkan Munirah. Kata Azhar tegas saja ton suaranya itu. Dia menatap lama wajah Munirah sebelum berlalu pergi dari situ. Wajah orang yg sangat dia cintakan. Sukar Azhar mahu melepaskan Munirah pergi dari hidupnya selamanya.
Abang!!! Abang!! Jangan buat Irah macam ni..sampai bila abang nak siksa hidup Irah!!! Meraung Irah kuatnya di situ. Dirinya sudah jatuh terjelopak ke lantai. Menangis semahunya selepas mendengar setiap bibit ayat yg keluar dari mulut Azhar itu. Puan Ruziah terus datang memeluk tubuh Munirah. Cuba untuk menenangkan keadaannya dahulu. Ruang tamu rumah itu hanya didengari oleh tangisan Munirah saja. Semua orang tidak percaya apa yg telah mereka semua dengar tadi. Azhar betul-betul cintakan Munirah. Tidak mungkin dia akan melepaskan Munirah pergi dengan mudah sekali. Pada masa yg sama juga mereka kasihan melihat Munirah terluka dengan semua ini. Mengetahui satu kebenaran memang menyakitkan sangat. "Tiada kebenaran kalau tidak wujud satu penipuan".
Share this novel