(ottantadue) 82

Other Series 152481

Setelah mendapat saja makluman kedatangan musuh yang diketuai oleh Dom, Martin yang sedang enak menikmati wain malamnya mula panik.

"Che cosa?! Assicurati che nessuno possa venire qui!" (Apa?! Pastikan tiada sesiapa yang dapat jejak ke rumah ni!) arahnya marah. Gelas di tangan dilempar kuat, berkecai ke lantai.

"Hun, Dival, voi due mi seguite." (Kau berdua ikut aku.) arahnya kepada kedua orang suruhannya yang turut berada di dalam bilik tersebut.

Laci meja kerjanya dibuka sebelum sepucuk pistol taurus diambilnya bersama.

Mereka perlu lari. Ya. Itulah satu-satunya cara yang mampu dia lakukan.

Bayangkan saja, hanya Dom dan Jacqueline pada awal pertempuran mereka dahulu hampir-hampir saja meragut nyawanya.. inikan pula apabila Dom membawa sekumpulan elitnya bersama.

Dia pasti akan mati!

Dia akan berlindung di bilik kebal bawah tanah di halaman belakang rumah. Itu ideanya.

Tiada siapa yang tahu akan kewujudan bilik itu, hanya beberapa orang anak buah yang dipercayainya saja.

Martin yang menuruni tangga utamanya tergamam dan terduduk apabila sebuah jeep merempuh kuat pintu utama mansionnya dan..

BHOM!

Dival sempat menarik kuat Martin yang baru hendak menuruni tangga, terjatuh ke belakang agar mengelak daripada terkena tempias letupan plasma tersebut.

Tetapi malang bagi Martin kerana dia sudah tercedera akibat tertolak gelombang letupan tersebut. Tubuh tuanya tak mampu menahan.

"Aiutami! Dobbiamo uscire di qui!" (Tolong aku! Kita kene pergi dari sini!) arahnya lagi. Kesakitan pada tubuh cuba ditahan.

Hun membantu Martin bangun dan memimpinnya berjalan ke arah bertentangan. Dival di belakang berkawal dengan pistol diangkat, berjaga-jaga dengan kehadiran musuh.

"Stupido! Cosa stai facendo qui? Out!" (Bodoh! Apa yang kau buat di sini?! Pergi ke luar!) arah Martin garang apabila beberapa orang anak buahnya kelihatan berjaga di bahagian koridor belakang mansion.

"Sì grande signore." terkejut dengan amarah si tuan, mereka tidak lagi berkawal di belakang. Terus menuju ke bahagian hadapan. Kalut.

Tetapi semuanya tidak lama apabila bunyi tembakan mula berdentam-dentum di bahagian yang agak jauh dari Martin. Di lorong koridor anak-anak buahnya melalui tadi.

Dival yang berjaga di belakang berpaling dan melihat setiap daripada orang suruhan Martin seramai lebih lima orang itu mati ditembak daripada lorong gelap dari arah mereka datang tadi.

Dan bayangan lelaki itu pun keluar..

Dom Mikhail.

'Jesus Kristus.'

"Pota subito il maestro. I'll try to delay him." (Kau bawa tuan segera. Aku akan cuba lengahkan dia.) ujarnya kepada Hun sebelum mula merancang rancangannya pula.

Ruangan gelap itu ditelitinya sebelum Dival mengambil keputusan untuk melakukan serang hendap bagi membunuh lelaki itu saja.

Mahu berlawan secara berhadapan? Memang dia tak akan punya kesempatan untuk menang.

Dival bersembunyi di sebalik sebuah lorong kecil yang gelap di sepanjan g koridor yang punya cahaya lampu samar-samar itu.

Dia memerhati Dom yang berjalan longlai dan sesekali lelaki itu tergeleng-gelengkan kepalanya seperti menahan pening.

Dapat dia lihat kondisi Dom yang sudah parah. Dengan aliran darah yang tak henti mengalir dari kepalanya dan baju yang sudah berlubang-lubang, Dival yakin lelaki itu tak akan bertahan lama.

'I'll kill you and be the one who killed Dom Mikhail. The first class murderer.' angan Dival.

Pistol yang masih penuh lagi isinya itu sudah siap sedia untuk memuntahkan isinya. Dival tersenyum sinis.

~~~~~~~~~~~~~

Dom perlu membunuh puluhan anak buah Martin yang lengkap bersenjata seorang diri di bahagian bawah tadi.

Ditembaknya mereka bagai tiada hari esok. Peluru gauge pada bawah kot yang sudah habis tidak dia pedulikan.

Dia cuba mempertahankan diri dengan pisaunya. Diserangnya musuh yang ada dengan jarak dekat, ditusuk, ditikam semua yang ada di ruangan tersebut bagai haiwan buas.

Sehinggalah satu ketika, sesuatu menghentak kuat kepalanya dari belakang.

Tiada kesakitan yang Dom rasai tetapi badannya lemah membuatkan tubuhnya mahu tumbang beberapa ketika.

Dia tak dapat berpaling melihat kerana sibuk mempertahankan diri dengan serangan-serangan yang tidak henti.

Sampai satu tahap, kesabarannya memuncak. Salah seorang yang menembaknya rakus diterkam, tangan dilipatkan hingga patah ke belakang seraya mengambil senjata di tangan dan..

Ditembaknya mereka yang ada hingga mati. Mati. Mati. Dan mati.

Waktu ini, Dom merasakan dirinya yang paling lemah. Dia sudah tidak larat lagi. Apabila sudah memastikan kesrmuanua sudah mati, didakinya anak tangga yang bersisa api-api letupan tadi ke atas, longlai.

Dan apabila kelibat seseorang yang dipapah di hadapan matanya agak jauh, dia kembali bersemangat.

Ya! Tujuan sebenar dia ke mari belum selesai lagi. Lelaki tua itu harus mati!

Dengan dorongan emosi dan dendam yang melonjak, tubuh yang sepatutnya sudah rebah itu berjalan perlahan, cuba mengikuti dari arah belakang.

Kepala yang dirasakan pening dan berpinar akibat kehilangan darah yang banyak sesekali cuba dihilangkan dengan menggeleng kepalanya kasar.

Dia tak akan pejamkan mata selagi keselamatan keluarga kecilnya tidak terjamin. Dengan itu dia perlu pastikan Martin mati terlebih dahulu. Pasti!

Tiba-tiba sekumpulan orang suruhan Martin kelihatan lagi. Mereka mungkin saja tidak melihat dia kerana dia berjalan dalam kegelapan lorong.

Pistol yang dikutipnya pada mayat-mayat di bawah tadi diambil dari pinggangnya. Dia sudah tidak terdaya lagi. Dia akan habiskan segalanya segera.

Kedua pistol di tangannya dibidik mudah dan ditembaknya mereka yang leka berjalan. Bagaikan permainan saja pembunuhan ini buatnya.

Tiada jeritan.. tiada balasan tembakan..semuanya mati sekelip mata.

Mata dipejam kuat menahan rasa mahu pitam sambil kaki masih melangkah ke hadapan. Sesekali dia memegang dinding agar dapat menahan tubuhnya dari jatuh, tumbang..

Dia melihatkan kelibat Martin yang sedang dipapah agak jauh darinya. Mereka sudah menuruni anak tangga di hujung mansion ke bawah.

'Shit. Am fucking tired your damn.' keluh Dom dalam hatinya.

Digagahkan juga dirinya cuba mengejar langkah mereka. Tetapi sesuatu menghentak bahagian belakangnya kuat membuatkan Dom terhumban jatuh ke lantai.

Dia berdesis seketika sebelum mendengar suara ketawa mengejek seseorang. Dia memusingkan tubuh melihat Dival yang sedang tersenyum sinis melihat kondisi lemahnya.

"È questo il Dom Mikhail pìu temuto? Debbole.." (Inikah Dom Mikhail yang ditakuti sangat tu? Lemah..) ejeknya.

Melihatkan Dom yang sedaya upaya cuba bangkit, disepaknya perut lelaki itu sekuat hatinya.. berkali-kali sehingga Dom memuntahkan darah dari mulutnya.

"Malato? Non puoi sentire il delore guesto? Let's find out how long you can take it okay" (Sakit? Kau bukan tak boleh rasa sakit ke?) ujarnya sinis lagi.

Disepaknya wajah Dom sekuat hati hingga patah hidung mancung itu.

Pistol di tangannya dimain-mainkan sesekali sebelum berkata,

"I think... sei troppo debole per essere ucciso con una pistola." (aku terlalu lemh untuk dibunuh dengan pistol.) pistol tersebut dijatuhkan ke lantai. Jauh dari Dom.

"You don't deserve to die right away Dom." ujarnya dalam nada berbisik.

"Ma userò qursto.. ti piace?" (Tapi aku akan gunakan ini.. kau sukakan?) sebilah pisau kecil sepanjang tapak tangan dibawa keluar dari belakang tubuhnya.

Dia ingin menikmati saat indah pembunuhan terulungnya ini. Pasti pelbagai penghormatan dan keagungan yang akan dia terima setelah membunuh Dom.

"Let's start with your thigh first.." ditikamnya kuat pisau itu hingga ke pangkal, membelah isi peha dan tulang berulang Dom.

Lelaki itu tidak bereaksi kasar membalas, hanya beberapa ketika wajah Dom akan berkerut seperti kesakitan..

Dan Dival sukakannya..

'You've gone to far.. little.' desis hati Dom cuba bertahan dari pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience