BAB 2~PAKCIK

Romance Completed 138998

HARI ini adalah, masanya untuk membayar hutang ayahnya kepada Tuan Qalid. Walaupun tak dapat membayar sepenuhnya, namun setiap bulan aku tidak pernah lewat membayarnya. Well, bak kata perpatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi intinya, janganlah berputus asa.

Kalau di ceritakan tentang Tuan Qalid, dia dulunya pemilik Blue.A Group tapi kini di serahkan pada anak lelakinya, yang telah berjaya membuat Blue.A Group semakin maju dan berkembang. Prestasi anaknya selalu membuatkan Tuan Qalid bangga dan berharap agar anak perempuannya juga seperti itu.

"RM 1500. Good, ada peningkatan. Biasanya RM 1000. But, kalau kamu bagi uncle duit ni?. Kamu cukup ke?." Soal Tuan Qalid, sambil menghitung duit di tangannya.

"Cukup, sebab gaji bulan ni ada lebih sikit."

"Oh ya. Tapikan, jika kamu berkerja untuk uncle, maka hutang kamu segera di lunaskan. Itu pun kalau kamu sudi."

"Kerja apa tu Uncle?."

"Jadi pembantu peribadi uncle. Maka, saya jamin bahwa hidup kamu senang tanpa harus menjadi pembantu rumah yang semestinya melelahkan. Akan uncle layan kamu bagaikan ratu yang tinggal di istana."

"Eh, kenapa pulak di ratukan. Bukankah saya pekerja, bukan boss."

"Kamu ni poloslah, sebab tulah uncle suka. But, lupakan. Ni, tak lama lagi uncle ada buat pesta untuk menyambut kepulangan Anita. Jadi kamu boleh bantu uncle?."

"Siapa Anita?."

"Anak bongsu uncle."

"Oh, jadi apa yang saya boleh bantu?."

"Jadi pendamping uncle, yelah uncle nak juga, mempunyai pendamping di acara penting tu nanti."

"Yeke?. Tapi, maaflah. Saya busy dalam beberapa harini, jadi saya tak dapat nak jadi pendamping uncle. Lebih baik uncle cari orang lain yang lebih cantik, lebih sexy dari saya. Uncle layak mendapat perempuan yang sempurna dari saya."

"Busy tentang apa?. Nanti uncle tolong uruskan jadual kamu."

"Eh, tak payah susah-susahlah uncle. So, kalau takda pape, saya pergi dulu. Assalamualaikum." Lalu segera melangkah pergi.

"Waalaikumsalam." Jawab Tuan Qalid dengan senyumannya.

"Siapa tu pa?." Soal seorang pemuda yang baru saja datang dari pintu utama, lalu duduk di sofa bersebelahan ayahnya.

"Bakal ibu tiri kamu. Cantikkan."

"Bakal ibu tiri?. Wah, cepatnya papa dapat penganti mama."

"Sudah tentu. Tapi dia ni susah sikit nak dapat. Orangnya tegas dengan pendirian dia, sehingga papa menawarkan kekayaan dan kemewahan. Dia menolak, dengan alasan dia bersyukur dengan kehidupan dia sekarang. Itu membuatkan papa bertekad untuk dapatkan hati dia."

"Kenapa papa tak guna je, cara kotor. Macam selalu papa buat. Lagipun, Aniq tengok dia, macam masih muda. Jadi mudahlah nak tawan dia. I think, tenaga dia tak sekuat papa. Jadi apa lagi, nak Aniq tolong ke?."

"Dia ni istimewa sikit, papa nak dapatkan dia dengan usaha papa sendiri. Jadi, kamu buat apa dekat sini?."

"Sengaja, nak lawat papa. Tak boleh ke?."

"Bagus juga, kamu datang ni. Papa ada banyak benda nak bincang dengan kamu."

"Ok. Apa dia?."

"Pasal adik kamulah. Papa dah ada tempat yang cantik, untuk pesta dia nanti. Tapi, papa tak tahu apa yang dia suka. Jadi papa serahkan pesta ni, pada kamulah. Apa yang kurang nanti, cakap dekat papa. Lagipun, papa busy dalam beberapa harini. Jadi tolong papa ya."

"Jangan risaulah. Serahkan semuanya pada Aniq."

"Papa percaya kamu. So, mama kamu macam mana?. Dia datang ke majlis tu nanti?."

"Mestilah datang pa, anak kesayangan dia kot. And papa juga datang, jangan macam tahun lepas. Mama datang, papa tak datang. Mama tak datang, papa datang pulak. Ingat, buat ni untuk anak papa. Kalau Aniq tak kisahlah, tapi ni Anita."

"Yelah, yelah. Kamu ni, takut sangat papa tak datang."

"Aniq, pesan je."

"Yelahtu."

*****

KAMPUNG SENTOSA,

Terlihat Mak Leha bersama Mak Ja sedang duduk santai di bawah pokok rambutan sambil menikmati kuih baulu buatan mereka bersama.

"Lamakan, Hana tak balik sini?. Tak rindu ke dekat rumah dia ni?. Kalau akulah jadi mereka, dah lama aku jual tanah dengan rumah tu sekali. Biar ada penghuni, taklah di tinggal kosong macam tu. Seram bila malam." Kata Mak Ja.

"Macam mana nak balik Ja, mulut orang kampung ni tak pandai taubat. Lagipun aku rasa mereka dah bahagia dekat bandar tu. Doa yang baik-baik jelah."

"Aku bukan apa, aku rindu dengan nasi lemak buatan mak dia. Sedap tau. Tapikan, aku dengar yang ada orang cari dia. Betul ke?."

"Lajunya mulut orang kampung. Sampai juga ke telinga kau ya."

"Biasalah tu. Jadi, betul ke?."

"Betul, dia cari Hana. Tapikan Hana dah pindah, jadi macam tulah."

"Aku rasa, dialah vip yang mengandungkan si Hana tu sebab tulah dia cari Hana sampai ke sini." Teka Mak Ja.

"Aku pun tak tahu. Dahlah, panas ni. Ceritakan orang pulak."

"Aku nak tahu je. Dahlah, aku balik dulu nak tengokkan anak aku balik sekolah." Pamit Mak Ja sebelum melangkah pergi.

"Baiklah." Jawab Mak Leha.

*****

SEMENTARA di sebuah kondominium mewah, terlihat Hana di tarik paksa oleh seseorang, untuk mengikutinya. Tidak di hiraukan lagi, mata yang memandang.

"Lepaslah Tuan Zahrul.  Saya nak baliklah."

"Kita bersenang-senang dulu, buat apa balik awal."

"Saya penatlah. Takda tenaga nak layan tuan. Lepaslah, sakit." Rintih Hana, tika tangannya di genggam kuat oleh Zahrul. Dengan keberanian yang dia ada, lalu di gigitnya tangan Zahrul sehingga genggamannya di lepaskan. Dengan kesempatan yang ada, dengan pantas Hana berlarikan diri, dari binatang yang ingin menjadikan dirinya, lauk makan malamnya hari ini.

"Sakitlah perempuan." Rintih Zahrul, lalu mengejar mangsanya.

Semasa Hana melarikan diri, tanpa sengaja dia terlanggar seorang pemuda gagah, dan tinggi membuatkan ia jatuh ke lantai.

"Aduh, sakitnya." Rintih Hana, dengan mengosok-gosok sikunya.

"Maafkan saya. Kamu ok?." Soal pemuda itu, dengan membantu gadis yang ia langgar untuk berdiri.

"Saya ok." Jawab Hana, lalu mendongak melihat gerangan siapa yang ia langgar. "Pakcik ok ke?."

Seketika Aniq, mematung tika melihat wajah gadis di depannya. Adakah ia sedang bermimpi, atau terlalu merindukan Hana sehingga gadis didepannya menjelma seperti Hana. Sang pemilik hati.

"Oi, perempuan. Mana kau nak lari hah." Teriak Zahrul, membuat Hana pantas bersembunyi di belakang pemuda yang ia sendiri tidak mengenalinya. "Sini kau sundal." Kata Zahrul lagi dengan menarik tangan Hana untuk ikut dengannya, akan tetapi Aniq dengan pantas menepisnya.

"Kau ni siapa ya?. Jangan masuk campur urusan akulah."

"Aku bukan bermaksud nak masuk campur urusan kau, tapi budak ni dalam ketakutan berarti, kau orang jahat. Betulkan? "

"Aku suami dia. Jangan masuk campurlah, urusan rumah tangga orang."

"Jangan nak tipu ya. Saya bukan isteri tuan, pandai-pandai je. Dia ni pakcik nak rogol saya."

"Oi, siapa juga yang nak rogol kau. Bukan kau suka ke, dengan layanan aku. Jangan sok sucilah."

"Tu pun sebab tuan paksa saya." Balas Hana, lalu mengenggam erat tangan pemuda itu. "Tolonglah pakcik, saya tak nak jadi hamba dia lagi." Mohon Hana.

"Hamba?."

"Ya."

"Aku beli kau tau, jadi kau kena turuti tuan kau."

"Berapa kau beli dia?, biar aku yang ganti duit tu dengan jaminan, kau jangan kacau dia lagi."

"RM 500,000 sanggup?. Aku rasa kau mana mampukan. Dahlah, ikut aku." Lalu menarik Hana untuk mengikutinya.

"Tak naklah jantan."

"Oi !." Satu tumbukkan kuat melekat di pipi Zahrul sehingga jatuh ke lantai, membuatkan Hana terkejut dengan tindakan pakcik hot di depannya.  "Jadi laki tu gentlemanlah sikit, kalau perempuan dah tak nak. Ya, jangan paksalah." Katanya dengan mengeluarkan sesuatu dari dalam koceknya, lalu di lemparnya kad tersebut tepat ke wajah Zahrul. "Aku beli budak ni dengan 2 kali ganda. Jadi, tuntut duit kau esok dekat syarikat yang tertulis dalam kad tu and one more thing, jangan ganggu budak ni lagi. Kalau aku dapat tahu yang kau, kacau dan jadikan dia hampa pemuas nafsu kau lagi. Jangan salahkan aku, kalau mayat keluarga kau berada depan rumah kau nanti." Ugut Aniq, lalu melangkah pergi membawa Hana bersamanya.

'Ish, siapa dia ni?.' Soalnya sendiri lalu di bacanya kad tersebut. 'Tengku Aniq Irfan, ceo Blue.A Group. What !. Biar betul.' Terkejutnya, apabila mendapat tahu siapa yang ia lawan tadi.

*****

DI dalam kereta menuju pulang, terlihat Hana hanya mendiamkan diri di dalam kereta pakcik hot yang telah menolongnya tadi. Sudah berulang kali dia menolak, agar tidak mengantarnya pulang kerumah, tetapi tetap saja dia berkeras ingin mengantarnya.

"Takpalah pakcik, saya boleh balik sendiri. Tak perlu hantar kot, sebab pakcik dah tolong saya tadi tu dah buat saya tak berhenti berterima kasih."

"Saya dengan suka rela mengantar kamu, saya free."

"Terima kasih sekali lagi. But, sekarang saya berhutang dengan pakcik sebanyak RM 1 Juta. Mana saya dapat duit sebanyak tu. Kalau bayar bulan pun, mungkin 20 tahun kemudian baru lunas. Tapi takpa, saya akan lebih berusaha lagi untuk bayar balik wang pakcik."

"Jangan di fikirkanlah tentang wang tu, RM 1 Juta bagi saya, jumlah yang sedikit. Itu tak membuatkan saya jatuh miskin, yang paling penting kamu tak jadi hamba dia lagi. Intinya,
RM 1 Juta tu jangan bayar balik. Saya ikhlas membantu."

"Mana boleh pakcik, RM 1 Juta tu bukan sikit."

"Bagi saya, itu sikit jadi jangan cakap tentang tu lagi. So, siapa yang jual kamu jadi hamba pemuas nafsu jantan tak guna tu?." Soal Aniq sedikit kasar.

"Hah. Sebenarnya, bukan dia sorang je pakcik, ada beberapa lagi vip yang langgan saya. Semua ni, kerja bekas bapa tiri sayalah ni. Dia jual saya sebab nak lunaskan hutang judi dia."

"Kenapa kamu nak?."

"Kalau saya tolak, dia ugut nak bunuh mak saya. Saya tak nak kehilangan mak saya. Jadi saya turutilah, permintaan dia. " Jawab Hana dengan mata mula berkaca-kaca.

"Mak kamu tahu?."

"Tak, saya takut nak bagitahu dia. Mesti dia kecewa, kalau dapat tahu yang saya dah rosak. Pakcik juga mesti menyesalkan, selamatkan pelacur macam saya?."

"Tak. Saya tak menyesal sama sekali, kerana kamu di paksa bukan kehendak sendiri. So, jom kita pergi makan. Mesti laparkan, biar saya yang belanja. Kamu nak makan dekat restorant mana?. Nanti saya bawakan."

"Takpalah, pakcik yang pilih. Saya ikut je."

"Baiklah. Kalau macam tu." Kata Aniq, lalu memandu ke restorant yang menjadi pilihannya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience