Sejak tadi, Ayriz merenung susuk tubuh yang terbaring di hadapannya. Sudah seharian lelaki itu tidak sedarkan diri. Ayriz juga sudah seharian tidak balik ke tempat penginapannya walaupun dipaksa keluarganya.
“Kenapa kau buat macam ni Isac? Kenapa kau bodoh sangat.” luah Ayriz yang mula mengalirkan air mata. Apa yang jadi sungguh terkesan dengan dirinya.
“Ayriz… dah la jangan cakap macam tu.”
“Tengoklah Fariz apa jadi? Dia terbaring dekat sini tak sedarkan diri. Saya tahu semua yang jadi ni dah dirancang.” beritahu Ayriz dengan nada keras. Sungguh apa yang berlaku semalam sudah diketahuinya sejak awal lagi. Ayriz sudah menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dia juga dapat merasakan perkara pelanggaran itu akan berlaku jadi dia sengaja melintas dengan berjalan perlahan dan tekaannyq tepat namun tidak sangka kehadiran Isac mengubah segalannya.
“Apa awak cakap ni Ayriz?” soal Fariz yang masih lagi tidak faham.
“Langgar semalam tu dah dirancang. Awak tak perasan ke? Masa saya melintas tak ada kereta, yang ada kereta yang parking dekat tepi jalan… mustahil kereta tu tak nampak saya.”
“Aaaa…awak ada musuh ke Ayriz?”
“Sejak awal kahwin dengan awak saya ada musuh Fariz Mikael.”
“Apa maksud awak?”
“Tak ada apa. Awak keluarlah. Jack kata kejap lagi Lim nak sampai.”
“Siapa dia ni sebenarnya Ayriz? Siapa lelaki dekat luar tadi? Awak sorok apa daripada semua orang?” sejak kehadiran Jack semalam, hati Fariz mula tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang jadi.
“Tak ada apa saya sorokkan Fariz. Dia kawan saya. Awak tunggu luar dulu. Jangan pergi mana mana tunggu saya sampai saya keluar.” arah Ayriz. Dia takut Fariz pula menjadi sasaran. Dia tidak dapat mengecam kereta itu namun fikirannya sperti dapat mengagak siapa orangnya.
“Abang…. jomlah kita pergi hospital. Adik daripada semalam tak balik. Saya risaulah. Tu kawan dia tu… masih tak sedarkan diri. Isac tu siapa? Saya tak pernah dengar pun kawan adik nama Isac.”
“Awak sendiri tahu anak awak tu degil macam manakan. Takpelah… Fariz kan ada. Awak jangan risaulah.”
“Cakap dengan abang ni sama je cakap dengan adik. Ayie jom bawak mama pergi hospital. Mama nak melawat kawan adik.”
“Okay ma. Sekalilah dengan kitaorang. Kitaorang pun nak pergi.”
“Apa apa bagitahu kitaorang dekat sini. Kalau nak pergi pun bukannya boleh ramai nanti terkejut pula kawan Ayriz tu kita family dekat situ.” beritahu Abi.
“Okay abi. Nanti apa apa Ayie bagitahu. Mama siaplah dulu. Pa nak ikut ke?”
“Ye papa ikut. Nak jumpa juga dengan kawan adik tu.”
“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Lim bengang melihat tuannya terbaring tidak sedarkan diri.
“A…aku lintas jalan lepastu kereta tu laju semacam tahu tahu aku kena tolak ke tepi je.” terang Ayriz sedikit takut apabila sejak tadi Lim memandang tajam ke arahnya.
“Ni mesti kerja perempuan gila tu. Kau tahu sebab kau banyak benda jadi kat dia. Kau buat apa ha dekat dia sampai dia jadi macam ni?” Mel hanya diam sejak tadi. Dia sendiri tidak tahu ingin menenangkan keadaan bagaimana.
“Aku tak buat apa apa. Aku tahu semua benda ni dah dirancang sebab tu aku saja melintas jalan tapi aku tak sangka dia datang. Sumpah aku tak nak libatkan sesiapa.”
“Kau tahu?”
“Ye aku tahu… Aku dah perasan ada orang ikut kitaorang sejak kitaorang keluar tadi…. aku betul betul tak sangka perempuan tu betul betul nak aku mati.”
“Bukan awak je Ayriz, tapi Fariz sekali.” kata Mel perlahan. Ayriz merenung perempuan itu lalu matanya terpandang ke arah leher Mel lantas itu dia terus ke arah Mel.
“Kenapa dengan leher? Siapa yang buat?” soal Ayriz keras. Mel serba salah ingin menjawab lalu Ayriz memandang tepat ke arah Lim yang berdiri di sebelah katil Isac. Lim dapat membaca fikiran wanita itu.
“Bukan akulah…. Isac suruh aku jaga dia adalah… kau ingat nak sangat aku bawak dia kat sini. Ni kerja perempuan gila tu.”
“Mel?”
“Ye… saya cuba halang dia tapi dia still berkeras and cekik saya. Saya minta maaf lambat bagitahu sebab saya tak sedarkan diri. Mungkin kalau saya cepat bagitahu semua ni tak akan jadi.” Terbutang mata Ayriz ketika itu.
“Dah pergi check.”
“Dah.. tak ada yang terus cuma lebam.”
“Apahallah aku kena terlibat masalah hidup korang.” baru sahaja Ayriz ingin membuka mulut, Isac seperti bergerak lalu perlahan lahan membuka mata.
“Isac? Isac? Sorang panggil doktor.” arah Ayriz namun tangan Isac memegang lengan Ayriz dan menggelengkan kepala. Lim membantu Isac bangun.
“Kau okay? Kau nak air tak?” soal Ayriz lagi. Jelas nada Ayriz berubah menjadi sebak. Sangkaannya dia tidak dapat berjumpa dengan lelaki itu lagi. Isac hanya mengangguk perlahan lalu Ayriz terus menuangkan air dan disuakan ke mulut Isac. Lim dan Mel hanya menjadi penonton. Tiba tiba pintu dibuka.
“Keluarga Ayriz nak melawat.” beritahu Jack. Ayriz memandang Isac dan Lim lalu dia memandang semua ke arah Jack.
“Jack cakap je yang Isac tengah rehat dia tak nak sesiapa ganggu.” Ayriz tahu lelaki itu tidak biasa dengan keadaan itu.
“Suruh diaorang masuk.” kata Isac perlahan. Lim seakan terkejut dengan arahan itu.
“Tapi….”
“ Tak apa… tak akan nak biar diaorang balik macam tu.” Ayriz seakan terharu dengan kata kata Isac. Tidak sangka lelaki muka ketat itu berhati mulia seperti ini. Ayriz tersenyum memandang lelaki itu.
Selang beberapa saat semua masuk ke dalam bilik itu. Ayriz pula seperti orang tidak tentu arah apabila abang abang dan kakak sepupunya turut ada di dalam bilik itu.
“Kalau kau tak selesa bagitahu aku boleh suruh diaorang keluar.” bisik Ayriz namun Isac hanya menggelengkan kepala.
“Eh dah sedar… maaf ya datang ramai ramai macam ni. Isac okay?” soal mamanya lembut. Isac tersenyum sebaris. Senyumannya kali ini nampak manis walaupun sebaris.
“Okay sikit cuma kepala berdenyut.”
“Ouh… lupa pula aunty nak kenalkan diri… aunty mama Ayriz… panggil mama je.” terkejut mereka semua di dalam bilik itu apabila mama Ayriz menyuruh memanggil begitu.
“Ma! Apa ni….” merah muka Ayriz menahan malu.
“Apa salahnya kan bang?”
“Betullah tu… panggil je papa. Terima kasih selamatkan adik. Kalau bukan sebab Isac papa tak tahu la apa yang jadi… terima kasih Isac.”
“Pa…….”
“Jangan macam tu aunty uncle… saya hanya bantu je.”
“Kan mama cakap panggil je mama dengan papa.”
“O…okay ma.” jawqb Isac seperti kekok. Lim dan Ayriz mengemam mulut untuk tidak ketawa. Buat pertama kali mereka lihat Isac malu malu seperti itu.
“Senyum apa?” soal Isac memandang tepat ke arah mereka berdua.
“Mana ada.” jawab mereka serentak.
“Bro ni kitaorang ada bawak bubur. Aku Am abang sepupu baby.”
“Baby?” soal Isac pelik. Ayriz pula sudah menunduk malu. Tiada guna untuk sorok jika keluarga mereka memang begini.
“Dahlah…. baby tak nak kawan semua dalam ni. Isac pinjam Jack nak pergi beli air.” jawab Ayriz pasrah sambil berjalan keluar. Semua di dalam bilik itu tertawa. Sudah masak dengan perangai Ayriz. Faiz pula hanya seperti tidak wujud di situ. Kecewa, cemburu semua dirasakan. Ayie di sebelah menepuk bahu Fariz, dia tahu perasaan lelaki itu ketika ini
korang team mana Isac ke Fariz? cepat cepat author nak tengok undi ni
Share this novel
team isac...
team isac!!!!! faris tk nk sbb dah di beri peluang..gagal!! hehe
team Isac