BAB 1

Romance Series 135662

KU Amri mengerling jam tangannya. Jam sudah menunjukan 12 tengah malam. Sang isteri masih lagi belum pulang. Dia mengeluh. Anna di pangkuannya sudah tersengguk-senguk dek rasa mengantuk yang menggila.

Hari ini adalah ulang tahun Anna yang ke 7 tahun. lilin yang tadi menyala sudah di matikan di sebabkan Anna ingin ibunya bersama menyambut hari jadinya. Sudah berulang kali Ku Amri mengingatkan sang isteri tetapi sang isteri anggap ini adalah hal yang remeh.

Telefon di tangan masih lagi dia mengedail nombor sang isteri. Masih lagi tiada jawapan. Dia mengeluh lagi sekali. Dia amat simpati pada pada anak tunggalnya. Sepatutnya pada usia begini dia masih lagi memerlukan perhatian ibunya. Tetapi ibunya ibarat tiada. Siang malam kerja saja sehingga tiada masa untuk keluarga.

“Anna, bangun Anna. Kita sambut berdua sajalah ya.” Ku Amri menggoyangkan sedikit bahu anaknya. Anna masih mamai.

“Mama mana?” Tanya Anna sambil menggosokan mata.

“Err.. Mama tak balik lagi. Tak apa. Kita sambut sama-sama ya?” Jawap Ku Amri dengan rasa serba salah. Mendengar jawapan yang tidak di harapkan membuatkan Anna marah.

“Mama ni! Asyik kerja kerja kerja. Mama tak sayang Anna lagi!” Anna memberontak. Bukan kali ini saja Ku Ana mungkiri janji tetapi sudah banyak kali. Hati berulang kali kecewa. Dia bangun dari kerusi lalu berjalan ke lift rumahnya dengan kaki di hentak-hentakan.

Ku Amri mengeluh lagi. Dia sedih melihat puteri tunggalnya di abaikan. Dia hanya menghantar anaknya ke lift dengan pandangan sehingga menghilang. Tak apalah. Esok dia akan memujuk Anna. Kek di atas meja dia simpan semula bersama makanan yang di hidang tadi. Makanan pun tak berusik lagi. Sudah sejuk pun.

Selang beberapa minit Ku Ana pulang ke rumah. Nampak sangat keletihan. Dia terus masuk ke bilik. Dia menanggalkan subang yang di pakai. Kemudian mekaupnya di tanggalkan. Dia mahu tidur secepat yang mungkin. Esok pagi ada meeting lagi. Ku Amri masuk dalam bilik.

“You dari mana? Kenapa balik lambat sangat?” Suara Ku Amri meninggi. Ku Ana mendengus.

“Kan I dah cakap, I ada event. I jumpa kawan-kawan I lah. Leka borak, tahu-tahu dah tengah malam. You ni kenapa nak marah-marah ni?”

“Kan I suruh you balik awal. Hari ini birthday Anna. Dia nak you sambut sekali dengan dia. Why you lebihkan kawan-kawan you dari anak you sendiri?” Ku Amri menengking. Semakin lama, Ku Ana semakin lalai tentang tanggungjawapnya sebagai seorang ibu.

“I buat semua ni sebab bisnes! Tanpa kawan-kawan I, bisnes I tak semaju ini! You tahukan I buat semua ni untuk keselesaan kita jugak! You boleh je sambut dengan dia. Kenapa nak kena I ada sekali?”

“I pun bisnes juga! Tapi tak lupa tanggungjawap! You? Everything you lupa! You lebih pentingkan bisnes you dari anak sendiri! Ibu jenis apa you ni?”

“You tahukan, bisnes I tu ibarat nyawa I. Bisnes you tu suam-suam kuku je. Nak beli handbeg I pun tak mampu!” Tengking Ku Ana. Ku Amri sudah menaikan tangan untuk menampar isterinya tetapi sedaya upaya di tahan.

“Apa? You nak tampar I? Tamparlah! Hei, you kena ingat ya Amri. Kalau tak ada I, bisnes you dah lama lingkup! Dulu I tak nak anak, you yang beria-ria nak anak. I dah bagi you anak! You jagalah!” Tengking Ku Ana lagi.

Habis saja ayatnya. Dia segera masuk ke tandas. Malas dia mahu bertikam lidah malam-malam begini. Esok awal pagi dia harus menghadiri mesyuarat penting.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

LANGKAH kaki di bawa ke pejabat dengan longlai kemudian dia labuhkan punggung pada kerusi pejabatnya. Wajah suram, tiada semangat mahu bekerja. Pagi-pagi lagi dia kena layan rajuk puteri tunggalnya. Nasib baiklah Anna mengerti padanya. Mahu juga ke sekolah.

Tok Tok Tok! Ketukan pintu buat perhatiannya teralih. Maria muncul di muka pintu dengan membawa secawan kopi panas. Selepas meletakan cawan itu atas meja Maria duduk di hadapan Ku Amri. Maria adalah setiausahanya. Dia selalu menjadi pendengar setia Ku Amri. Segala masalah Ku Amri ada pada dia.

“Monyok je? Kenapa ni?” Tanya Maria. Ku Amri menggaru kepala yang tidak gatal.

“Macam biasalah. Ku Ana buat hal lagi.” Jawap Ku Amri dengan lemah.

“Kenapa? Dia terlupa birthday anak dia lagi?”

“Kali ni bukan lupa. Sengaja buat-buat lupa. Dia lebih mementing kerjayanya dari keluarga. Kasihan pada Anna.” Jawap Ku Amri lemah bersama keluhan.

Maria kasihan pada Anna, kecil lagi sudah di layan ibunya begitu. Ada juga dia berjumpa dengan Anna beberapa kali. Anna juga anak yang baik. Jarang memberontak dan mendengar kata. Anna juga manja padanya. Selain itu, Anna tak segan memanggilnya ibu. Hubungan mereka agak rapat sejak kebelakangan ini.

“Sabar jelah you. Nanti dia sedarlah tu.” Itu sajalah yang Maria boleh katakan. Nak kata berlebihan boleh mengundangan pergaduhan antara suami isteri itu. Tiba-tiba Maria dapat satu akal.

“Apa kata kalau kita bawa Anna bercuti. Celebrate sama-sama.”

Cadangan Maria buat Ku Amri terangguk- angguk. Dia bersetujui dengan cadangan itu. Tetapi dia memikirkan Ku Ana. Hurm! Alah, kalau aku dengan Anna ke mana-mana pun dia bukan ambil kisah pun. Buat apa aku kisah pasal dia.

“Nanti I fikirkan.” Jawap Ku Amri.

Mereka terdiam seketika. Maria sebenarnya ada sesuatu hendak maklumkan pada Ku Amri tetapi rasanya ini bukan masa yang sesuai. Melihat muka Maria ada sembunyikan sesuatu buat Ku Amri curiga.

“You ada nak bagitahu I apa-apa ke?”

“Errr…” Mata hitam Maria ke kiri ke kanan. Dia ragu-ragu nak bagitahu.

“You? Cakaplah. You ada nak bagi tahu apa-apa ke?” Desak Ku Amri. Akhirnya Maria menyerah. Nak tak nak dia kena bagitahu juga. Dia tarik nafas panjang sebelum menyeluk sakunya. Kemudian dia meletakan test kehamilan di atas meja Ku Amri.

“I pregnant.” Jawap Maria. Serta merta wajah Ku Amri berubah ceria.

“Are you serious?” Ku Amri ucap syukur. Selain memegang jawatan sebagai setiausaha Ku Amri, Maria juga adalah isteri keduanya. Mereka telah bernikah secara senyap. Sudah dua tahun usia pernikahan mereka tetapi Ku Ana masih lagi tak mengetahuiannya kerana terlalu sibuk dengan dunia kerjayanya.

“You tak takut ke?” Maria pelik dengan reaksi Ku Amri. Tiada riak kerisauan sedangkan dia pula yang risau kalau-kalau hubungan mereka dapat di hidu oleh Ku Ana. Ku Amri tarik nafas panjang pula. Kali ini dia sudah bersedia walau apapun rintangan.

“I rasa dah tiba masanya kita terus terang pada Ku Ana tentang hubungan kita.” Maria terkejut. Dia takut kalau Ku Ana akan berdendam padanya.

“You jangan bimbang. Ku Ana takkan buat yang bukan-bukan pada you. Trust me.” Seperti mengerti apa yang di fikirkan oleh Maria. Ku Amri cuba menenangkan perasaan Maria.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

KU Ana sedang menulis senarai nama jemputan, dia tahu dia telah terlambat tetapi tak salah kalau nak buat majlis sambutan hari jadi Anna minggu ini. Nanti orang cakap aku tak sayang anak pulak. Sengaja dia pulang awal untuk memikirkan hal ini. Nak buat kejutan untuk anak tunggalnya. Siapa tak sayang anak oii.

Kedengaran deruman enjin kereta Ku Amri dari luar. Tak lama Ku Amri masuk pintu rumah bersama Anna. Mereka baru pulang dari bersiar-siar selepas menjemput Anna dari sekolah. Wajah Anna berseri kerana papanya baru menghadiahkan teddy bear pink besar untuknya sebagai hadiah hari jadinya. Mudah sungguh memujuk kanak kana perempuan ini.

Langkah mereka di ikuti dengan Maria di belakang. Mata Ku Ana masih lagi dengan buku cacatannya. Langsung tidak memandang si suami. Dia hanya mendengar riuhan suara Anna.

“Anna, Anna naik dulu. Mandi. Lepas tu turun kita buat homework sama-sama ya.” Suruhan Ku Amri di iyakan Anna. Sesungguhnya mereka sangat rapat. “Kiss me first” Ku Amri menunjukan pipinya. Tanpa menunggu lama Anna mengucup pipi ayah tercinta. “Good girl. Dah naik atas.”

Kemudian naik Anna ke atas sesuai dengan suruhan Ku Amri. Setelah yakin anaknya menjauh, dia melangkah pada Ku Ana yang leka menulis sesuatu di kerusi tepi kolam renang. Maria mengikut dari belakang dengan dadanya berdebar.

“Ana, saya ada benda nak cakap sikit.” Ujar Ku Amri.

“Hurm, cakaplah.” Jawap Ku Ana tanpa memandang sedikit pun wajah suaminya.

“I nak bagitahu you tentang hubungan I dengan Maria.” Ujar Ku Amri lagi. Dia menghulurkan salinan surat nikahnya di dalam sampul surat bersaiz A4.

Terbeliak biji mata Ku Ana. Dia meletakan pen dengan kasar. Dadanya berdebar-debar. Sampul surat itu di buka dan di baca. Nafasnya laju menahan amarah di hati. Selama ini dia beri kepercayaan sepenuhnya pada sang suami. Rupanya Ku Amri berani mencuranginya. Benar khabar angin yang dia pernah dengar sebelum ini tetapi dia tak percaya selagi dia tak lihat dengan mata kepala sendiri.

Hari ini tuhan sudah menunjukan segalanya. Ku Amri sendiri yang mengaku. Sudah dua tahun mereka menikah? Bermakna sudah dua tahun dia hidup bermadu. Ku Ana mengoyakkan salinan surat nikah itu. Nasib baik hanya salinan. Ku Ana marah. Tak guna punya laki! Dasar tak kenang budi!

“Apa ni? Apa semua ni? Bagus sangat ke perempuan ni sampai you sanggup curang belakang I?” Tengking Ku Ana. Ku Amri hanya tenang.

“Ana, dengar dulu penjelasan I.”

“Nak jelaskan apa?! Nak jelaskan yang kau dah madukan aku dalam diam! Macam tu? Hei, apa kurangnya aku? Kau nak anak, aku dah bagi! Harta pun aku bagi! Apalagi tak cukup! Bagus sangat ke perempuan ni sampai kau sanggup curang dengan aku!” Ku Ana menangis. Dia sakit hati kesetiaannya di permainkan.

“Ini semua salah you! You pernah ambil berat pasal I? I dah makan ke tak ke? Sedangkan perasaan Anna pun you tak pernah ambil kisah apatah lagi perasaan I? Yang you fikir cari duit duit duit! You ingat dengan duit you tu boleh beli kebahagiaan you? Tak Ana!” Tengking Ku Amri. Tangan Ku Ana menggigil. Ingin saja dia menampar lelaki ini. Dasar tak kenang di untung!

“I bersengkang mata cari duit untuk kesenangan kita. You boleh salahkan I atas kecurangan you! You yang gatal tak bertempat. You langsung tak hargai apa yang I buatkan! Tak apa. You nak hidup dengan perempuan ni silakan! Tapi You kena ceraikan I! Ceraikan I!” Pekik Ku Ana bergema satu rumah.

“No. Ana please. I nak bagitahu you bukan untuk berpisah. I sayangkan you tapi I sayangkan Maria juga. I janji I akan adil dengan you.”

“No! Kau nak gunakan aku untuk bela korang kan? Sebab tu kau tak nak ceraikan aku kan?!” Tengking Ku Ana.

“Ana!” Pekik Ku Amri.

“Kau dengar sini Tengku Zamri. Aku takkan halalkan duit aku yang kau pakai untuk bisnes kau! Dasar jantan tak kenang budi!” Pekik Ku Ana. “Aku tak nak hidup dengan lelaki dayus macam kau!”

“Ana!” Pang! satu tamparan melekat di pipi Ku Ana.

“Oh! Pasal perempuan ni! You sanggup pukul I. Dasar perempuan tak guna! Perempuan murah. Apa yang kau pandang kat laki aku ni? Hei perempuan! Jantan ni hidup mewah pun sebab aku tau! Dasar perempuan jalang!” Pekik Ku Ana. Matanya tajam meratah wajah Maria.

Maria kecut perut. Tiada niatnya ingin merampas suami orang tetapi hatinya sudah terpalit rasa cinta pada Ku Amri. Makian Ku Ana membuatkan hati Ku Amri membara dengan kemarahan. Sememangnya Ku Ana tak pernah sedar silapnya.

“Kalau you tak nak jadi dayus! Lebih baik you ceraikan I. I tak nak hidup bermadu!” Ku Ana mencabar ego Ku Amri.

“Baik! Kalau itu yang you nak. Tengku Hanani, aku ceraikan kau dengan talak satu!” Kerana amarah, dengan lancar saja dia melafazkan. Maria terkejut. Dia tak sempat nak menghalang kata-kata itu keluar dari mulut sang suami. Ku Ana senyum sinis.

“BIBIK!!!” Pekik Ku Ana sekuat hati. Tak lama kemudian datang dua orang pembantu rumah. “Naik atas, kemas semua barang Tuan Amri dan campakan kat luar sekarang! Jangan tinggal satu pun!” Dua orang pembantu itu angguk kepala dan terus bergegas naik ke atas. Sememangnya Ku Ana adalah majikan yang menggerunkan.

“Mulai hari ini Tengku Zamri, kau di larang berjumpa Anna.”

“No! You tak boleh buat macam tu!” Tengking Ku Amri.

“Yes! I akan upah peguam terbaik untuk dapatkan hak penjagaan Anna. I akan make sure you takkan dapat jumpa dia.” Ku Ana Senyum sinis.

“Ibu.” Panggilan Anna bergema satu rumah. Dia berlari mendapatkan Maria. Dia baru saja turun. Anna memeluk tubuh Maria dengan manja. Maria pula senyum tawar. Anna sangat manja dengan ibu tirinya. Maria balas pelukan itu. Dia risau inilah kali terakhir dia memeluk Anna.

Tindakan Anna buat Ku Ana bertambah marah. Bermakna selama ini Ku Amri selalu membawa Anna berjumpa Maria. Dengan Ku Ana, Anna tak pernah manja begitu.

“Anna sini!” Ku Ana memanggil Anna agar menjauhi Maria. Anna menggeleng kepalanya. Anna takut dengan muka bengis ibunya. Tajam mata Ku Ana meratah Anna.

“Tengku Adriana Sofia sini!” Kali ini lebih tegas dan meninggi tetapi Anna tetap gelengkan kepala. Ku Amri memeluk anaknya.

“Budak ni tak nak, tak payahlah paksa-paksa.” Marah Ku Amri. Ku Ana mendengus. Kemarahannya sudah kemuncak.

“Kau keluar dari rumah aku!” Tengking Ku Ana sambil menolak tubuh Ku Amri dan Maria keluar rumah. Tangan pula menarik Anna masuk ke dalam namun gagal. Genggaman tangan mereka sangat kuat.

“SECURITY!!!!!” Pekik Ku Ana memanggil guard di hadapan rumahnya. Anna dah mula menangis apabila ibunya cuba memisahkan dia dan ayahnya.

“Masuk aku cakap!” Tengking Ku Ana pada anaknya sambil cuba memisahkan anak dan ayahnya. Tak lama dua orang lelaki datang.

“Tarik dua orang ni keluar dari rumah saya!” Arahan Ku Ana sambil menunjukan Maria dan Ku Amri. Tanpa melengah dua orang lelaki itu menjalankan tugas walaupun ada rasa bersalah kerana selama ini Ku Amri sangat baik pada mereka. Tubuh Ku Amri di tarik oleh security guard.

“Papa!” Jerit Anna sambil menangis. Tangannya masih berpegangan tangan ayahnya. Ku Amri menangis. Tak sangka hari ini hari perpisah dia dan anak kesayangannya. Akhirnya genggaman itu terlepas. Makin kuat Anna menjerit. “PAPA!!!”

“Anna” Jerit Ku Amri.

Tubuhnya di heret oleh sekuriti sehingga pintu utama. Anna pula di heret oleh Ku Ana sehingga bilik yang terdekat. Segala rontaan Anna tidak di pedulikan. Sampai saja di bilik itu, Ku Ana menolak tubuh Anna lalu menutupnya dengan sepantas kilat. Pintu di kunci dari luar. Jeritan Anna kedengaran dari dalam langsung tidak di pedulikan.

Beberapa minit pembantu rumah turun dengan membawa beberapa bagasi besar. Bagasi itu di letakan pada pintu utama. Ku Amri dan Maria sudah ada di luar. Mereka menangis kerana harus berpisah dengan Anna. Ku Ana berdiri di pintu utama. Ku Amri melutut pada Ku Ana. Bukan kerana mahu kembali bersama tetapi dia ingin memeluk puterinya buat kali yang terakhir.

“Ana, aku merayu pada kau. Bagilah aku jumpa Anna sekejap pun jadilah.” Ku Amri menangis. Dia menyesali tindakannya menceraikan Ku Ana.

“No! You jangan datang sini lagi! I haramkan you jejakan kaki kat rumah I lagi!” Ku Ana terus menutup pintu. Sikit pun tiada rasa bersalah di hatinya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

DUA minggu berlalu. Sejak kejadian itu Anna langsung tidak menemui ayahnya. Kini kehidupannya di urusankan sepenuhnya oleh orang gaji. Pulang sekolah ada driver yang menjemput. Nak harap Ku Ana yang jemput? Dalam mimpi Anna saja. Kehidupan Anna sunyi. Dia mula rasakan kehidupannya tiada sinar kebahagiaan. Kebahagiaan itu sudah di ragut oleh ibunya. Benci mama!

Jamuan sambutan hari jadi Anna berjalan seperti yang di rancang tetapi tanpa kehadiran Ku Amri. Suasana rumah Ku Ana meriah dengan para tetamu yang hadir. Namun Anna tak gembira walaupun jamuan ini di buat untuknya.

Anna duduk di kerusi laman rumahnya sambil memeluk teddy bear yang Ku Amri bagi tempoh hari. Dia rindukan Ku Amri separuh mati. Selama ini, Ku Amrilah yang selalu menemaninya, teman duka dan lara. Kini dia seorang. Air mata yang mengalir segera dia seka. Dia tak mahu para tetamu nampak di menangis di sini.

“Hei, jomlah main.” Tegur seorang budak lelaki pada Anna. Anna cukup menyampah dengan budak ni. Kerana Ku Ana selalu juga banding dirinya dengan budak ni, lebih-lebih lagi dalam akademik. Bukan result Anna tak bagus tetapi Ku Ana mahu yang lebih bagus.

“Hei, jomlah main.” Ajak Dani lagi. Dari dulu lagi dia cuba berbaik dengan Anna tetapi Anna sombong. Mentang-mentanglah anak orang kaya raya jutawan. Anna mendengus. Tak faham bahasa ke!

“Tak naklah! Pergilah main sana!” Tengking Anna. Dia langsung tiada mood. Bukan tak ada budak-budak lain di sini. Dani geram dengan kesombongan Anna. Orang ajak baik-baik malah di tengking pulak. Matanya teralih pada teddy bear yang Anna peluk.

“Wah, comelnya bear kau ni. Nak tengok!” Dani merampas teddy bear yang Anna peluk. Lalu di belek-belek. Anna jadi marah. Dia tak mahu ada sesiapa yang memegang teddy bearnya.

“Hei, bagi balik!” Anna menarik teddy bear itu. Dani tidak mahu melepaskannya. Mereka bergaduh. Ada aksi tarik menarik seketika. Kerana masing-masing tidak mahu kalah akhirnya teddy bear itu koyak terbelah dua. Masing-masing jatuh terlentang.

Anna bangun dengan segera. Dia melihat teddy bear kesayangannya sudah terbelah dua. Bagaikan di rasuk setan. Anna bertindak di luar kawalannya. Dia mendatangi Dani lalu duduk atas Dani yang terbaring lalu menumbuk muka Dani. Tak cukup Itu dia ambil batu hiasan lalu di hentakan pada kepala Dani. Ketak! Bunyinya.

“Arghhh! Mummy sakit!” Kepala Dani berdarah dan menjerit kesakitan. Terus kecoh suasana rumah banglo Ku Ana.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“SANDRA, aku minta maaf sangat-sangat bagi pihak anak aku. Aku tak sangka dia boleh bertindak macam tu. Tak pernah dia ganas macam tu.” Ujar Ku Ana pada Ku Sandra sahabat baiknya dari di bangku sekolah.

Rasa bersalah pada Ku Sandra menebal. Kesan keganasan Anna, berjahit dahi si Dani. Nasib baik tak teruk. Dia sendiri pun terkejut dengan tindakan Anna yang tiba-tiba bertukar ganas. Dia sedia membayar kerugian jika Ku Sandra mahukan. Ku Sandra hanya tersenyum sambil belai rambut Dani yang sedang tidur di pangkuannya.

“Tak apalah Ana. Sikit je ni.” Tenang saja Ku Sandra menjawap. Dia tidak mahu panjangkan lagi isu ini. Inilah sikap Ku Sandra yang sememangnya tenang walau apa pun keadaan. Dan kerana itu, hanya dia yang bertahan dengan sikap angkuh Ku Ana.

“Sikit kau cakap? Siap berjahit kau kata sikit? Kau nak tunggu kepala anak kau ni pecah ke baru kau nak kalut?” Ku Ana pula marah. Dia cukup tak berkenan dengan sikap tenang Ku Sandra yang sememangnya suka ambil mudah tentang semua perkara.

“Alah… Bukan cacat pun anak aku ni. Elok lagi, boleh berjalan lagi. Luka sikit aje. Anak aku ni kuat.” Ujar Ku Sandra dengan tawa kecil.

“Suka hati kaulah. Ni ambil ni. Kau anggap aje sebagai pampasan dari aku.” Ku Ana menyerahkan sehelai cek pada Ku Sandra.

“Eh, kan aku cakap tak payah.” Ku Sandra cuba menolak.

“Ambil jelah. Aku ikhlas.” Desak Ku Ana. Akhirnya Ku Sandra mengalah. Cek itu di letakan pada meja kopi. Kopi panas terhidang dari tadi Ku Ana hirup. Sengaja di bertandang ke rumah sahabat baiknya. Memang di sinilah lokasinya jika dia ada masalah. Ku Sandra adalah teman setia mendengar.

“Kes cerai kau dengan Amri dah settle belum?” Pertanyaan Ku Sandra buat Ku Ana hampir tersedak. Nasib baik sempat menelan.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?”

“Tak adalah. Aku dengar Amri dah jual semua aset dia kat sini. Dia nak terbang ke London katanya. Nak mulakan hidup baru.”

“Biarlah dia. Aku dah tak nak ambil tahu. Yang penting Anna ada dengan aku.” Ujar Ku Ana dengan muka menyampah. Ana Ana, bilalah kau nak berubah ni. Ego! Desis hati Ku Sandra.

“Dia ada jumpa Anna tak sebelum dia nak terbang ni?”

“Tak, aku tak bagi. Nak buat apa jumpa Anna. Dia pun tak lama lagi nak ada anak dengan perempuan tu!” Ucap Ku Ana dengan marah. Nampak sangat Ku Ana masih marahkan Ku Amri. Ku Sandra geleng kepala. Tak habis-habis dengan egoisnya.

“Ana Ana, jangan sampai Anna salahkan kau sebab di tak dapat kasih sayang seorang ayah.” Kata-kata Ku Sandra buat Ku Ana tergamam sekejap. Ada benarnya juga apa yang Ku Sandra katakan namun dia masih dengan egonya.

Ku Sandra geleng kepala dengan sikap Ku Ana yang terlalu mementingkan diri. Beginilah sikap Ku Ana. Tegas pada pendiriannya. Susah nak dengar nasihat orang. Puas juga di menasihat Ku Ana agar kurangkan aktiviti di luar memandangkan dia sudah berkeluarga tetapi Ku Ana tetap dengan perangai hard workernya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience