BAB 3

Family Completed 6948

Seperti yang mereka janjikan, hari itu mereka berjumpa untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama di perpustakaan.

“Wah, Haikal awak ni memang geniuslah! Awak tahu, saya guna macam-macam formula untuk jawab soalan ni semalam tapi tak dapat-dapat!” puji Sara.

“Dah formula awak tu salah, nak buat macamana??” ujar Haikal lalu tersengih.

“Eyala, saya ni tak pandai macam awak. Saya ni biasa-biasa je…” ujar Sara lalu mencatat sesuatu dalam buku notanya.

“Tulah awak, saya suruh awak pindah dekat sekolah saya awak tak nak. Kalau awak pindah kan senang saya nak ajar awak.” bebel Haikal.

“Sekolah awak tu jauh, sekolah saya dekat. Saya jalan kaki je sampai.” balas Sara.

“Saya kan ada, saya boleh ambil awak!” ujar Haikal.

“Tak payahlah nak jadi gentleman sangat! Saya bukan macam pelajar-pelajar perempuan sekolah awak tu hah! Tergila-gila sangat nak naik kereta awak tu!” usik Sara.

“Ehh, ada ke saya cakap pasal tu? Ohh, awak jelous ekk??” balas Haikal.

“Ehh, takde maknanya saya nak jealous!” ujar Sara lalu tersenyum.

“Yela, banyak-banyak lelaki saya je awak tak pandang kan!” rajuk Haikal.

“Ehh, sekarang ni saya pandang awak kan?” Sara bergurau.

Pantas Haikal menolak kepala Sara menggunakan pen ditangannya lalu tersengih.

“Dah cepat, mana lagi awak nak saya ajarkan? Saya dah lapar dah ni!” bebel Haikal.

“Yela, yela!” Sara turut tersengih.

********************************************

DUA TAHUN KEMUDIAN…

Selama dua tahun, setiap kali Sara mengunjungi rumah anak yatim mereka, dia akan memerhatikan gadis itu dari jauh. Bukan apa, setiap kali dia bertentang mata dengan Sara, dia rasa malu. Bila dia ceritakan hal itu pada Fitri, Fitri mengatakan itu perkara biasa. Semakin kita membesar, semakin rasa malu sesama berlainan jenis itu akan menebal.

Walaubagaimanapun, dia tahu bahawa perasaannya terhadap Sara agak berlainan dengan perasaannya terhadap perempuan yang lain. Hal ini demikian kerana, di sekolah dia juga ramai kawan pelajar perempuan namun begitu dia tidak pernah rasa malu sebegitu terhadap mereka.

“Adam!” suara Sara mengejutkannya.

“A..eya??” Adam terpaku melihat wajah Sara. Wajah Sara semakin matang, seiringan dengan umurnya. Wajah Sara berbeza dengan wajah Sara yang dahulu. Kini, Sara tampak lebih cantik dan manis!

“Apa Adam buat kat sini sorang-sorang? Yang lain semua kat sana.” ujar Sara lalu duduk disebelah Adam. Adam jadi tidak keruan. Dia dapat merasakan jantungnya berdegup kencang.

“Erm,,err…Adam, Adam tak suka tempat yang sesak kak Sara.” jujur Adam memberitahu. Ya, dia tidak suka tempat yang sesak kerana dia akan berasa tidak selesa, rasa mabuk dan pening.

“Ohh, nah!” Sara mengangguk lalu menghulurkan satu beg plastik kecil kepada Adam. Adam menyambut huluran itu.

“Nanti Adam pasanglah dekat handphone Adam,” ujar Sara.

Adam melihat isi kandungan beg plastik itu. Keychain! Pada hari jadinya tahun lepas, Sara menghadiahkan dia sebuah handphone. Betapa gembiranya dia saat memiliki sebuah handphone seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain.

“Tapi, belum hari jadi saya lagi.” ujar Adam.

“Adam, nak bagi hadiah tak payah tunggu hari jadi pun boleh.” ujar Sara lalu tersenyum.

“Eya ke?” Adam berfikir.

“Eya, nanti bila Adam dah besar, dah keluar dari sini, dah ada kerja, nanti Adam tahulah!” ujar Sara gembira.

“Keluar dari sini??” Adam bertanya.

“Eyalah, takkan Adam nak tinggal sini selama-lamanya? Mesti Adam pun nak ada hidup Adam sendiri, ada kerja, ada rumah, ada girlfriend…hehehe~” usik Sara.

Mendengar kata-kata Sara mebuatkan Adam semakin bersemangat. Bersemangat untuk menghadapi kehidupannya, bersemangat untuk buat yang terbaik untuk dirinya!

“Nanti bila Adam dah ada kerja, Adam belanja kak Sara makan. Boleh?” tanya Adam gembira.

“Boleh! Tapi, mungkin Adam akan lupa kak Sara bila Adam dah besar.” ujar Sara.

“Kenapa??” tanya Adam takut.

“Eyalah, Adam akan jumpa dan kenal ramai orang bila Adam keluar dari sini. Mungkin Adam dah tak ingak kakak dah.” ujar Sara.

Mendengar kata-kata Sara, Adam pantas berdiri. Wajahnya berubah.

“Adam janji, Adam tak akan lupa kak Sara! Walau apa pun yang terjadi, Adam akan sentiasa ingat kak Sara!” Adam berkata separuh menjerit lalu berlari meninggalkan Sara. Sara terpaku seketika sebelum tersenyum.

“Kak Sara pun harap macam tu.” ujar Sara.

Bukan apa, baginya, penghuni rumah anak yatim itu sungguh bermakna buat dirinya. Mereka cukup rapat dan dia sayangkan semua anak yatim di situ. Walaupun ada sesuatu yang buruk terjadi akan tetapi apabila dia mengunjungi rumah anak yatim itu, dia akan berasa tenang dan bersemangat semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience