Rate

BAB 32 - SANGAT SEMPURNA!

Romance Completed 454604

''Morning my sunshine!'' kata Raif sebaik dia melihat Inas membuka matanya..

''morrnniiing...'' balas Inas.. Yang masih mengantuk... Menarik semula selimut menutup wajahnya..

''manis.. Jom mandi sama..'' Raif menarik semula selimut yang menutup kepala Inas..

''taknak! Tak cukup lagi ke?'' menarik selimutnya kembali.

''cukup apa? Manja ajak mandi lah.. Manis nak lagi ke?'' Raif megelus pipi Inas.

''Tak-nak! Manja pergilah mandi dulu.. Lepas tu baru manis mandi..'' suruh Inas.. Menolak dada Raif..

''jomlah! Lepas tu kita boleh solat subuh sama.. Bangun-bangun!'' kata Raif.. Menarik tangan Inas bangun.

''alasan! '' Inas ikut bangun bersama.

''manja bagi pahala ni.. Rugilah, kalau manis tak kutip pahala mudah macam ni..''

Selesai solat.. Mereka turun bersama kebawah.. Untuk bersarapan di dewan makan.. Kemudian mereka naik semula keatas.. Bersiap untuk ke majlis aqiqah anak Shahreza.

Raif yang baru keluar dari bilik air terpaku melihat Inas yang sudah siap mengenakan busana pilihannya.. Baju yang berwarna putih pada dasarnya.. Dihiasi dengan sedikit corak bunga dan daun merah dan hijau... Diserikan lagi dengan sulaman kemas disetiap sudut baju itu..

''sangat sempurna..!'' kata yang terkeluar dari bibi Raif secara spontan...

''cantik tak?'' tanya Inas.. Sebaik meletakkan satu selendang yang sedondon dengan bajunya di bahu..

''kita cancel! Tak payah pergi, boleh?'' tanya Raif.. Terus membulat mata Inas.

''alah! Kenapa...'' kata Inas tak puas hati.

''siapa suruh manis cantik sangat!.. Cancel!'' kata Raif mengusik Inas.

''manja! Tak boleh la macam ni..'' Inas mencapai tangan raif dan menarik-nariknya. Raif masih menayangkan wajahnya yang serius.. Mengekalkan keputusannya tadi...

''sekarang tengok perangai siapa yang macam budak-budak..? '' tanya Raif. Menunduk melihat kepda tangannya yang dipegang oleh Inas.

''ya-ya-ya... Manis macam budak-budak.. Boleh la kita pergi majlis tu.. Boleh la?'' kata Inas sambil menganggukkan kepalanya..

''boleh.. Tapi manis kenaaaaaaa....'' Inas menanti hujung ayat Raif yang tak kunjung-kunjung tiba itu..

'jangan minta yang macam-macam!' berdebar-debar didalam dada Inas.

''persuade me!'' bisik Raif di telingan Inas.

''manja! Manis dan cantik-cantik ni.. Nak pujuk macam mana?'' rungut Inas.

''eh? Apa yang manis pikir ni... Kotornya fikiran manis.. Semuanya ke arah tu yea.. dari pagi tadi.. Agaknya tak cukup yang semalam kot.. Shall we continue..?'' Tangan Raif dibawa masuk kecelah-celah rambut Inas..

''tak.. Sorry.. Salah teka..'' kata inas menarik keluar semula tangan Raif.. Mukanya sudah bertukar merah membahang..

''a kiss from you, manis! A deep hot kiss..'' balas Raif menarik bibirnya senget keatas. Suka dia mengusik Inas.. Melihat wajah Inas yang kemerahan malu-malu itu menambahkan keayuan wajah Inas..

''I'm addicted to your deep and hot kiss.. Manis..'' Inas membalas dengan jelingan..

''ok .. Itu tiketnya.. Kalau manis tak nak pergi.. Manja ok je..'' ucap Raif memegang kedua bahu Inas.. Kemudian melepaskannya.. Berpaling pergi..

Belum sempat Raif menghayun langkahnya.. Tangannya sudah disambar semula oleh Inas.. Dalam hati Raif sudah berbunga-bunga.. Sekali lagi permintaannya ditunaikan.. Pipi inas dielus-elusnya lembut..

Mereka sama-sama keluar dari suite itu dan turun ke pakir kereta.. Sebelum ke majlis itu mereka singgah untuk membeli hadiah buat anak Shahreza.. Inas melayan saja Raif memilih baju dan barangan yang bakal di bentukkan menjadi hamper . Bukan main seronok lagi Raif .. Sampai tak sedar barang mereka pilih terlalu banyak.. Dari hamper bertukar menjadi bakul.

''nanti kita shopping untuk baby kita pula..'' bisik Raif ditelinga Inas yang sedang meneliti pekerja itu menghiasi bakul tempahan mereka.

''insya Allah ..'' Inas memegang tangan Raif dan menarik bibirnya tersenyum..

'harap hari tu tiba.. Manja.. ' Inas takut untuk menjanjikan perkara itu kepada Raif.. Kerana semua itu kuasa tuhan.. Siapa yang menolak untuk menimang cahaya mata.. Jauh di sudut hatinya.. Timbul rasa risau.. Takut itu akan menjadi punca sekali lagi, keretakan untuk perkhawinan keduanya..

Selesai urusan di butik bayi itu.. Mereka terus bertolak ke rumah Shahreza.. Inas mengikut arah yang telah diberikan oleh Shahreza sebelum ini.. Masuk kedalam kawasan perumahan yang tak terasa asing baginya...

'allahhu.. Rumah lama aku..' tak lepas inas melihat rumah lamanya yang sudah bertukar rupa..' bibirnya tersenyum melihat ada kanak-kanak perempuan yang sedang berbasikal di luar rumah itu ditemani oleh ibu dan ayahnya. Raif yang disebelah turut berpaling melihat kepada keluarga kecil yang ada di halaman rumah.

''one day.. Kita akan jadi macam tu..'' kata Raif.. Meraih tangan Inas yang ada di atas ribanya.. Inas sekadar mengangguk kepalanya..

Sampailah mereka di taman perumahan Shahreza.. Dari luar sudah kelihatan ramai tetamu yang hadir ke majlis itu.. Deretan kereta memenuhi lorong jalan menuju ke rumah Shahreza..

''Inas.. Inas!'' suara seorang wanita memanggil Inas yang sedang berjalan menuju ke rumah Shahreza..

''Nusrah...'' panggil Inas.

''ya Allah! Ya Allah!... Akhirnya.. Jumpa juga...'' Nusrah dan Inas saling berpelukan..

Raif yang memegang bakul sekadar melihat saja.. Dari jauh dia melihat seorang lelaki yang sedang berjalan bergandingan tangan dengan seorang wanita disampingnya.. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang pernah dia belasah sebelum ni.. Arman.

'buat apa dia disini? Awas kau! Kalau kau cari pasal.. !!' Raif memandang tajam kearah Arman.. Menghantarkan amaran melalui pandangan mata..

'ish.. Segaknya!.. Pandang aku dari tadi pulak tu..' Amalina membetulkan baju ditubuhnya.. Dia merasakan yang Raif sedang memandang kearahnya..

''jalan tu elok sikit.. Kalau jatuh nanti.. awak sendiri yang malu..'' tegur Arman kepada Amalina bila tiba-tiba Amalina menukar gaya jalannya.. Matanya tak lepas mengintai kepada dua wanita yang sedang berpelukkan tak jauh darinya.. Tapi dia segera memandang kearah lain bila melihat Raif yang sedang memandang tepat kepadanya..

'cantik kau inas.. Kenapa kau semakin cantik sekarang ni ..' Arman hanya mampu mengatakan itu didalam hatinya..

''perempuan itu..'' Amalina menunjuk kepada Inas yang berdiri disamping Raif.

'oh my!! Jangan cakap lelaki kacak tu suami baru dia!' melopong Amalina ketika itu.. Sampai langkahnya terhenti.. Tapi kakinya kembali melangkah bila Arman menariknya untuk berjalan semula.

''ni suami kau ya Inas?'' tanya Nusrah.. Sengaja bertanya.. Sebaik saja melihat Arman dan Amalina melintasi mereka.

''iya kenalkan ni suami aku.. Raif Althaf..'' Inas memperkenalkan Raif kepada Nusrah..

''wait the minute! Ungku-Raif-Althaf?..'' kata Nusrah menunjukkan kedua-dua jari telunjuknya ke arah Raif.

Raif dan Inas saling berpandangan.. Bukan hanya mereka berdua.. Arman dan Amalina juga saling melihat kepada pasangan itu.

''maaf! Macam mana cik kenal saya?'' tanya Raif.. Nusrah membalikkan matanya keatas..

''panggil saja Nusrah.. Tak payah cik-cik.. Saya Nusrah.. Anak kepada peguam keluarga ungku raif Althaf ..'' terang Nusrah..

''Uncle widad..??'' Nusrah segera mengangguk kepalanya bila mendengar nama ayahnya disebut oleh Raif..

''betul..!! Kejap lagi nak jumpa dengan my dad kan?'' kata Nusrah.

''ya betul.. Kebetulan sekali.. Tak sangka kawan Manis.. I mean Inas.. Anak uncle widad...'' balas Raif. Mereka bertiga sambung dengan gelak ketawa..

Manakala Arman dan Amalina memasang wajah mencuka.. Di gerbang masuk kedalam rumah Shahreza..

Shahreza menyambut kedatangan mereka semua.. menjemput mereka masuk kedalam untuk menjamu selera.. Walaupun dia ada melihat drama sepintas lalu dihadapan gerbang rumahnya..

Di bawah khemah terpancar aura yang tak enak di sana.. Amalina memasang wajah mencuka sepanjang berada di situ.. Berbeza dengan pasangan yang lagi satu.. Senyuman menghiasi wajah mereka.. Menaikkan seri seperti pengantin baru.

'ahh! Kenapa semua orang beri tumpuan kepada dia? Aku ni semua buat macam tak nampak je.. Mentang-mentang lah dapat lelaki kaya.. elok! Berlagak..' Amalina melihat Inas bangun dari duduknya untuk membasuh tangan.. Cepat-cepat dia juga turut ikut sama bangun..

'kau!' laju saja kakinya melangkah.. Matanya hanya tertumpu kepada Inas..

''arghh! Panas-panas..'' jerit Amalina.. Bila dia tak sedar dia terlanggar seorang gadis yang sedang membawa semangkuk bubur kacang hijau.

''kau tak nampak ke? Buta ke apa!'' marah Amalina mengibas-ngibaskan bajunya yang penuh dengan kacang hijau.

''kakak yang langgar saya.. Kenapa kakak marah saya..'' kata gadis itu.

Inas yang sedang mencuci tangannya berpaling melihat kepada suara kecoh-kecoh itu.. Dari ada dua orang.. Bertambah-tambah orang disitu.

''sudahlah! Awak yang salah..'' Arman menarik tangan Amalina.. Kemudian dia meminta maaf kepada gadis tadi dan keluarganya..

Terus dia menarik keluar Amalina dari rumah Shahreza.. Bebelan dari Amalina tak dia hiraukan.. Sempat dia bersalaman dengan Shahreza dan meminta diri untuk pulang..

''kau dah kenapa? Tak malu ke semua orang tengok tadi?!!'' kata Arman sebaik mereka sampai di hadapan kereta.. Tangan Amalina diepaskan.. Sampai tersandar Amalina di badan kereta.

''kenapa apa?''

''tak nampak ni..'' Amalina menunjukkan dada bajunya yang kotor..

''yang kamu nak kejar Inas kenapa? Ingat saya tak nampak? Sampai langgar budak perempuan tu.. Bukan saya saja yang nampak benda tu.. Semua orang nampak.. Tu kalau tadi bubur tu tumpah kena muka budak yang ada depan tu.. Nak jawap apa? Pikir boleh tak!'' kata Arman menunjuk kepada dahinya dengan jari telunjuknya.

''suka buat kerja tak pikir. Lepas tu malukan diri sendiri..'' sambung Arman lagi..

Amalina menghentakkan kakinya ketanah beberapa kali.. Tak puas hati dimarahi oleh Arman.. Ada beberapa orang yang sedang berjalan menuju ke rumah Shahreza turut memandang kepadanya.. Cepat-cepat dia berpaling menarik untuk membuka pintu kereta.. Arman mengeluarkan kunci kereta dan menekan punat untuk membuka kunci kereta.. Sebaik masuk kedalam Amalina menutup pintu itu dengan kasar sampai berbunyi kuat pintu itu..

Arman kembali berpaling melihat kepada rumah Shahreza.. Nak dia duduk disitu lama-lama lagi.. Mencuri-curi melihat Inas walaupun dari jauh..
Tapi, sebelum Amalina memalukan dirinya lagi.. rasanya elok mereka balik dulu..

Alhamdulillah.. Selesai untuk harini.. (^_-) Terima kasih semua kepada pembaca setia MANJA... (^-^) Waney sayang hampa semua... <waneyzack>

Share this novel

WaneyZack
2020-10-18 07:40:39 

Insya Allah ada nnt pkul 6ptg

Nur Raudhah
2020-10-18 07:29:03 

xdok sambungan dh ke....


NovelPlus Premium

The best ads free experience