BAB 3

Humor Completed 78146

ADAM terus keluar dari rumah dan mencari kekasih hatinya,Julia.Dia tahu mana nak cari Julia.Mana lagi kalau bukan di studio.

Julia dilihat sibuk memperagakan baju agak seksi.Di sebelahnya seorang model lelaki turut mengayakan aksi peragaan.Hanya lambaian tangan oleh Julia bila ternampak kelibat Adam di situ.

Model lelaki yang bertubuh sasa itu memeluk erat pinggang Julia.Tanpa sengan silu,Julia ikut membalas pelukan.Butang baju si lelaki di tanggal satu persatu.Julia tersenyum manja bersama lirikan si lelaki.

Adam tak senang duduk.Hatinya sakit tiba-tiba.Bukan dia tak pernah tengok sebelum ni.Memang kerja Julia sebagai model begitu.Kadang sampai terbawa asyik manja nya ke luar set.Julia ramah atau lebih tepat mesra dengan sesiapa pun.

Dia cuba menenangkan diri.Sesekali matanya jatuh pada model lelaki itu yang menyentuh tangan dan pipi Julia.Lagaknya bukan seperti di set tetapi di luar.Bukan Adam tak perasan lirikan mata model itu pada Julia.Julia pun ikut sama melayan.

Penumbuk di gumpalnya.Geram.

Julia yang baru selesai menukar baju terus mendapatkan Adam.Adam dengan muka serius.Di jelis sekilas pada model lelaki yang melambai mesra pada Julia.

Nafas di hembus kasar.Terus di tarik tangan Julia menuju ke keretanya.

"Sayang!kenapa ni.Sakit tau tangan I,"Julia menyeringai kesakitan.Dalam tak sedar Adam telah mengasarinya.

"Okay Julia.I'm sorry.I stress sangat ni.I geram tengok dia sesuka hati pegang dan peluk you."Tangan Julia di capai dan di usapnya lembut.

"You cemburu."Julia gelak kecil.

"Julia please stop it.I tak suka lah you senyum-senyum dengan lelaki tadi.Cukup lah dekat set saja.Kat luar tak payah la nak mesra sangat."

"Sayangg...you tahu kan I kena berpartner dengan dia.Takkan I nak tunjuk muka masam pula.You ni cemburu sangat lah.Rileks sudah lah.I tahu jaga batas I dengan sesiapa pun."Julia memeluk lengan Adam.Dia tahu marah Adam pasti hilang macam tu saja bila dipeluk begitu.

Adam tenang memandu keretanya menuju ke sebuah cafe.Julia di sebelah sudah terlintuk liur sambil memeluk lengannya.Adam senyum segaris.Julia tahu kelemahan Adam.Jadi dia tak tunggu lama untuk hilangkan nya.

"Jom kita makan dulu.Sambil tu I ada benda nak cakap sikit."

Mereka berjalan beriringan sambil berpegangan tangan.Pinggang Julia dipeluk Adam.Begitu mesra sekali mereka berdua hingga banyak mata yang melihat cemburu akan mereka.Adam bangga sebab dapat memiliki Julia sebagai kekasih hati.Dia tahu pasti ramai jejaka cemburu dan patah hati tak dapat menandingi dia.

Pelukan di pinggang di eratkan lagi.Dia tersenyum bangga.Julia di sebelah juga ikut senyum.Mereka tanpa segan silu mempamerkan kemesraan di khalayak ramai.Ini yang buat kan Dato Rais naik angin.

"Sayang you nak cakap apa tadi?"Pinggan yang berisi spageti bolognese hampir kosong dijamahnya.Jus epal disisipnya sedikit.

Tangan Julia dicapai dan diusap lembut.Adam dah tekad untuk mengajak Julia berkahwin dengannya.Dia nak butikkan apa yang baba cakap pasal Julia semuanya salah.Dia yakin Julia tidak akan menolak.

"Julia sayang...jom kita kawin."

Julia kerut kan keningnya.Tak lama dia tawa kecil.

"Are you serious,sayang?"katanya bersama sisa tawa.

Adam dengan muka seriusnya.

"Ya,Julia.I nak kita mulakan hidup baru.Kahwin dengan I.Lepas tu kita pindah rumah.You nak apa cakap saja I boleh belikan.Dan kita akan ada anak sendiri.Anak kita mesti comel kan macam you..."

Adam dah mula memasang angan-angan.Tak dapat dia bayangkan bila dah kahwin dengan Julia.Betapa gembira dan bahagianya hidup dia.Dia lah lelaki paling bertuah dalam dunia ni.Dah la dapat isteri cantik jelita.

"Wait Adam.Kenapa cepat sangat ni.I belum bersedia lagi untuk semua tu."

Julia menolak.Adam sedikit kecewa.

"Sayang,dah lama sangat kita bercinta.Jadi I rasa elok kita halalkan hubungan ini.Kalau boleh malam ni juga I nak nikah dengan you.Tapi I ingat nak buat hujung bulan ni paling cepat pun."

Adam cuba memujuk.

"No no no!Adam,I tak boleh.I terikat dengan kontrak. Lagi pun carrie I sekarang tengah naik.I tak boleh tinggal macam tu saja.I nak capai apa yang I impikan selama ni.You kena faham Adam.Bukan senang I nak sampai ke tahap macam ni."

Sia-sia saja apa yang dia buat selama ini.Kahwin bukan satu perkara yang mudah baginya.Leceh dan sangat merugikan.Tambahan nama nya tengah berada di kemuncak.Sebut saja nama Julia pasti semua orang kenal.Model terkenal kot.Mana pernah dia tolak tawaran.Tak kan dia nak tinggal macam tu saja.Bila kahwin pasti Adam akan control semuanya.Termasuk kerjaya dia.Nak kena layan makan minum suami dan anak.Anak?lagi lah leceh.Tukar lampin anak.Kena menyusu kan.

Arghhhh tidakkk!!!semua tu tak masuk akal.Habis la bentuk badan aku nanti.Aku tak akan dan tak mahu kahwin.Full stop!

"Sayang kita kahwin dulu.Yang lain kita fikirkan kemudian.I tahu tak semudah itu you akan tinggalkan dunia modelling you.Tak apa I akan bagi kalau you masih nak jadi model lagi lepas ni.Mungkin dalam setahun dua baru kita merancang untuk ada anak."Adam masih berusaha memujuk.

"Adam please...I tak boleh kahwin lagi buat masa sekarang.You pun tahu kan macam mana susah payah I nak cipta nama sampai ke tahap sekarang.I tak kan musnahkan carrie I untuk perkahwinan yang buatkan I rugi."Tegas Julia.

"Sayang..kenapa cakap macam tu.I akan pastikan you tak akan rugi.I tak nak kahwin dengan pilihan baba."Adam berterus terang.Dia harap Julia berubah fikiran.

"Oh!baba you dah ada calon.Bagus lah.I pun bukan calon menantu dia kan.Jadi I rasa elok you terima saja pilihan baba you."

Julia mula mendapat alasan kukuh untuk lepaskan diri.Dia tahu sampai bila pun Dato Rais tak akan menerimanya.Bukan sekali dua malah berkali-kali orang tua tu sendiri datang warning dia.Tapi hati Julia kental.Sikit pun dia tak takut dengan ugutan Dato Rais.

"Please Julia...I merayu sangat pada you.Tolonglah kahwin dengan I.Kita dah bercinta tiga tahun.I tak nak sia kan hubungan kita.I tahu pasti lambat laun baba akan terima you.I yakin.Kita kena buktikan yang kita bahagia bila bersama."

"Adam,I cintakan you.Tapi baba you tak restu hubungan kita.I tak boleh buat apa."

"Lepas kahwin you boleh ambil hati baba.I tahu baba akan terima you.Lebih-lebih lagi bila kita dah ada anak."Adam ukir senyuman.

Tak habis-habis Adam cakap pasal kahwin.Anak.Bosan dia.

"Adam macam ni lah I nak cakap.I tak nak kahwin lagi.Lebih lagi ada anak.Semua tu menyusahkan I.I akan hilang carrie I,bentuk badan I,apa yang I ada sekarang ni.Nama I paling top dalam modelling sekarang ni.Sekali lagi I cakap.I tak nak kahwin!"

Adam mula bengang.Julia yang dia harapkan tak sekepala dengannya.Malah tak sehati sejiwa.Macam mana dia boleh bercinta sampai tiga tahun pun dia tak tahu.Apa yang baba cakap ada betulnya, hati dia buta bila bersama Julia.Sadisnya.

Adam hela nafas berat.

"Julia kita cuba dulu..."lirih suaranya memujuk Julia.

Julia pula hembus nafas kasar.

"Adam,I dah cakap tidak kan.Jangan nak pujuk I lagi.I tak akan kahwin dengan you.I pilih carrie I!"Tegas Julia bersungguh.

Adam telan liur kasar.Geram marah kecewa bercampur aduk.

"Baiklah, kalau itu keputusan you.Jangan menyesal bila I kahwin dengan pilihan baba!"ugut Adam.

"Okay fine!Go head Adam.Baba you mesti bangga dapat anak macam you.Patuh dan taat cakap orang tua!"sindir Julia.

"You ni kan.Sengaja nak sakitkan hati I.Mulai hari ini kita putus!"katanya berang.

"Baik kita putus.Selamat pengantin baru Adam!Bye!"Julia terus pergi tanpa berpaling ke arah Adam.Dia dah tekad.Biar putus cinta dari putus kerjaya.Cinta boleh dicari ganti.Lagi pun dia yakin Adam sendiri akan cari dia balik.Dia kenal sangat dengan sikap Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience