Lapan

Other Completed 44796

Cinta yang duduk bersandar dikatilnya melihat kegelapan diluar dari tingkap yang terbuka luas.

"Lama lagilah aku kat sini." Katanya.

Pandangannya mulai kabur dek airmata yang mula bertakung dikelopak matanya.

"Kenapa aku yang harus menerima semua kesakitan ni. Kenapa mesti aku yang selalu tersakiti. Kenapa aku Allah." Cinta teresak menangis.

"Aku taknak melawan takdirMu. Tapi sampai bila aku harus bertahan dengan ujian yang Kau berikan." Kata Cinta lagi.

"Aku tak sanggup ya Allah. Bu, kenapa Ayah sanggup buat Cinta macam ni. Siapa Cinta pada Ayah hingga Ayah sanggup nak bunuh Cinta." Kata Cinta lagi.

Menangis semahunya. Tak sedar, Thariq yang berdiri dimuka pintu bilik.

"Kenapa kau sedarkan aku Allah, kalau aku akan menanggung sakit lagi." Kata Cinta.

"Allah sedarkan Cinta sebab Allah taknak pisahkan Cinta dengan Abang dan Hilal." Kata Thariq mendekati Cinta.

Thariq memeluk tubuh yang kurus didepannya.

"Abang taknak Cinta Jasmin tinggalkan Abang dan Hilal. Cinta adalah Cinta hati Abang dan Hilal selepas Ibu." Kata Hilal lagi.

"Habis tu, Cinta hati Cinta yang pertama sanggup nak bunuh Cinta nak lenyapkan Cinta dari dunia ni. Adil ke macam tu Abang." Tangisnya menjadi selepas membayangkan kejadian sebulan lalu.

"Cinta hati Adik abang ni adalah Abang bukan Ayah." Kata Thariq mengusap belakang adiknya.

"Cinta tak kuat Abang." Kata Cinta.

"Janji dengan Abang, Cinta akan kuat demi Abang dan Hilal." Kata Thariq melepaskan pelukannya dan mengangkat dagu Cinta agar melihatnya.

"Abang dah sewa rumah, Lepas ni Abang nak Cinta duduk dengan Abang dan Hilal. Abang nak Cinta sambung belajar." Kata Thariq.

Namun hanya gelengan yang diterima oleh Thariq.

"Cinta taknak sambung sekolah. Tapi.." Kata Cinta terhenti disana.

"Cinta nak berniaga semula." Kata Cinta Jasmin.

Thariq tersenyum. Kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi. Perangai Cinta sama persis seperti perangai Ibunya. Suka dalam perniagaan. Walaupun berlainan dari segi yang diniagakan.

Ibunya yang suka berniaga bauan wangian yang dibuatnya sendiri dari berbagai bungaan. Namun berbeza dengan adiknya Cinta yang gemar dalam menjual pelbagai jenis bunga dari dalam dan luar negara.

Wangian yang selalu dikenakan oleh Cinta adalah wangian yang dicipta oleh Ibunya sendiri dari bunga. Hanya Cinta yang minat belajar dari Ibunya sejak kecil. Dari Ibunya celik hinggalah Ibunya buta.

"Abang tak kisah. Nanti abang carikan kedai yang sesuai untuk Love abang ni." Kata Thariq.

Jelas dimata Thariq kini, Hanya Cinta dan Hilal yang harus dia pertahankan. Cinta satu-satunya Adik perempuannya yang harus dijaga rapi agar tiada satu yang berani ganggu atau mempermainkannya.

"Abang kenapa masih kat sini?" Tanya Cinta yang sedang duduk sambil meletakkan kepalanya yang masih berbalut dibahu Thariq.

"Abang bawakan Cinta makanan. Cinta makan tau." Kata Thariq.

"Sapa masak?" Tanya Cinta pelik kerana dia tahu Thariq tak pandai memasak apalagi adiknya Hilal.

"Kawan Abang, Akak Dinda." Kata Thariq.

"Eh eh. Kawan ke Girlfriend?" Cinta bertanya.

"Em kalau Abang cakap bakal kakak Ipar macam mana?" Tanya Thariq.

"Cinta ok jelah. Cinta tak kisah asalkan dia sanggup jaga Abang, Bagi kasih sayang pada abang, Cinta dah ok." Kata Cinta Jasmin.

"And most importantly, He does not care and is not jealous of Love. Because I can't move on with my younger Sister. And I want him to know, I can't if I don't kiss the cheek Love a day, I can go crazy." Kata Thariq.

"Jadi selama Abang Thariq pergi dari rumah tu, Abang tak gila pun sebab tak dapat Kiss Cinta tiap pagi?" Tanya Cinta.

"Sebab Abang ada ni." Thariq mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Perfume yang selalu digunakan oleh Cinta.

"Oo patutlah Cinta cari merata bilik dulu takde. Rupanya Abang yang ambik." Kata Cinta marah dan ingin merampas botol wangian 3ml dari tangan Thariq.

"No. Ni abang punya." Kata Thariq.

"Alaaa. Abang." Kata Cinta merayu.

"Tak. Kalau Cinta nak Cinta buat lagi. Ibu dah ajarkan cara buat." Kata Thariq.

Dia memasukkan semula botol wangian itu kedalam poket seluarnya. Dia terlihat rajuk adiknya ang memalingkan wajahnya melihat kearah pintu.

"Dah tak payah nak merajuk. Sini jom Abang suap. Kesian Hilal kat rumah sorang." Kata Thariq.

"Abang baliklah. Cinta tak lapar." Kata Cinta.

"Hmm Cinta tak boleh buat Abang macam ni. Cinta makan sikit." Kata Thariq.

"Cinta tak lapar." Balas Cinta.

Thariq tahu adiknya sedang merajuk padanya.

"Kalau abang bagi perfume ni, Jadi kalau abang Outstation ke, Kena posting ke?" Macam mana?" Tanya Thariq memancing Cinta.

"Ok. Fine." Akhirnya Cinta mengalah dengan pancingan Thariq.

"Good girl." Kata Thariq lalu menyuapkan bunur nasi dengan sup ayam kemulut adiknya.

"Nanti bawaklah Girlfriend Abang datang jumpa Cinta. Lama lagi Cinta duduk kat sini." Kata Cinta menelan bubur yang disuapkan oleh abangnya.

"InsyaAllah esok abang bawak jumpa Cinta." Kata Thariq akhirnya.

Selesai berbual dengan Cinta dan memberinya makan, Thariq menurunkan sedikit katil adiknya agar Cinta berada dalam posisi selesa.

"Abang balik dulu. Esok pagi abang datang hantar sarapan." Kata Thariq lalu mengucup dahi dan kedua pipi adiknya.

Itulah Candu Thariq sedari dulu sejak Cinta lahir kedunia. Kedua pipi Cinta menjadi mangsa ciuman Thariq dan Hilal. Pipi Cinta adalah Candu buat dirinya dan Hilal.

Thariq berlalu keluar meninggalkan adiknya dan pulang semula kerumah sewa.

Cinta yang masih tak dapat melelapkan matanya bangun dari pembaringan dan mencuba untuk bangun dan berdiri.

Namun kakinya tak dapat menampung berat tubuhnya dan dia terjatuh ditepi katilnya.

Dalam masa yang sama Layla yang melintas tak sengaja melihat dia tersungkur kelantai.

Layla menolak pintu biliknya kasar lalu berlari mendapatkan Cinta.

"Adik tak apa-apa?" Tanya Layla.

"Tak." Cinta melihat wajah perempuan didepannya.

"Ya Allah, Dahi adik luka ni. Kejap akak panggilkan Doktor." Kata Layla membantu Cinta duduk semula di atas katilnya.

Layla yang tadinya hendak pergi mengambil air panas, terbantut dan memanggil doktor yang bertugas malam merawat luka didahi Cinta.

"Awak jangan cuba berjalan jika tiada siapa dalam ruangan awak. Nasib Puan ni nampak." Bebel jururawat itu.

"Maaf. Saya nak ketandas je." Kata Cinta.

"Awak boleh panggil kami." Kata Jururawat itu lagi.

Cinta yang ditengking oleh jururawat itu mulai sebak.

"Takpe. Biar saya yang bantu dia." Kata Layla tak setuju gadis didepannya itu diherdik sedemikian rupa.

Cinta menyeka airmatanya yang hampir mengalir dipipinya.

Jururawat itu membebel hingga dia meninggalkan ruangan itu.

"Terima kasih kak. Maaf dah menyusahkan akak tadi." Kata Cinta.

"Takpe. Akak ok. Awak ok kan?" Tanya Layla.

"Saya ok." Kata Cinta.

"Kalau macam tu akak keluar dulu." Kata Layla.

Layla meninggalkan Cinta sendirian.

"Aku taknak duduk kat sini. Abang." Airmata yang ditahannya mengalir jua akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience