Bab 26

Romance Completed 78329

Akhirnya, mereka berdua tiba juga di rumah agam tersebut selepas menempuh perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya dari Manila ke Cebu. Gia menarik nafas panjangnya sebelum melangkah masuk bersama Vitalika.

Orang pertama yang menyambut kehadiran mereka berdua di muka pintu semestinya Lola dan ditambah lagi dengan dua orang pembantu rumah di dalam rumah ini. Gia dan Vitalika tersenyum kepada Lola.

“Oh my God! Gia dengan Vi dah besar sekarang! Selama ni Lola tengok Gia dalam majalah je…tak sangka Gia dah jadi secantik ni sekarang!” Lola memeluk tubuh Gia. Gia
turut membalas pelukan Lola.

“Thank you Lola. Apa-apa pun Gia takkan lupa Lola dengan masakan Lola tau!” Lola mengangguk perlahan sambil menyekakan air matanya yang mengalir.

Tak dinafikan dia memang rindu dengan Gia dan Vitalika. Sejak Gia dan Vitalika keluar dari rumah ini, suasana rumah menjadi sunyi. Eric pun duduk di rumah sendiri sekarang. Jadi yang tinggal dalam rumah ni pun hanya Mr. Scott Padilla, Madam Valona dan Danial.

“Welcome home my beloved daughter!” suara Madam Valona kedengaran. Gia dan Vitalika memandang Madam Valona yang berjalan turun dengan Mr. Scott Padilla.
Mereka berdua tersenyum kepada Mr. Scott Padilla. Kepada mummy? Senyuman yang dibuat-buat je.

“Gia dengan Vi apa khabar?” soal Mr. Scott Padilla sebaik saja berdepan dengan dua anak tirinya. Sudah lama sungguh Gia dengan Vitalika tak jejakkan kaki ke sini lagi sejak pindah dan duduk di Manila.

“Kitaorang baik je. Daddy pulak macam mana?” soal Gia. Dapat dia lihat tubuh daddy agak susut dari yang selalu.

“Baik je.”
“Baik apanya daddy? Gia tengok surut je daddy ni,” Gia mengerling Madam Valona di sebelah daddy. Muka mummy dah habis ikhlas tu sambut kepulangan anak-anak dia.

“Betul tu daddy. Vi pun nampak daddy makin surut…” Vitalika turut bersetuju dengan apa yang dikatakan kakak kembarnya.

“Biasalah…dah makin tua…” jawab Mr. Scott Padilla perlahan.

Gia memberi isyarat kepada Vitalika supaya bawa daddy ke ruang atas. Ada benda yang dia ingin bincangkan dengan mummy. Vitalika yang faham dengan arahan kakak kembarnya segera memapah daddy menuju ke lif dan menekan punat nombor tiga menuju ke ruang balkoni di tingkat tiga.

“Apa yang mummy cuba buat ni?”

“What?” Madam Valona tayang muka tak bersalah.

“Apa tujuan mummy serahkan duit sebanyak tu dekat ibu Dariya?! Why?! Lagi satu benda! Kenapa mummy pakai nama Gia hah?!”

Madam Valona cuma tersenyum sinis kepada Gia. “Why? Tak boleh?”

“Masalahnya bukan Gia yang bagi duit tu tapi mummy!”

“But the one who making all those messed was you! Takkan nak letak nama aku pulak kan? Fikir logiklah!”

“You’re too much mummy!”

“Just my two cents…” jawapan dari mummynya membuatkan darah Gia mula menggelegak panas.
Selama ini dia cuba bersabar dengan perangai mummynya tapi kali ini dia tak mampu nak bertahan lagi.

Sampul yang berisi surat dibawa keluar dari beg tangannya dan dilemparkan kepada mummynya. Sumpah! Rasa hormatnya kepada Madam Valona dah habis. Selama ini dia cuba pegang kata-kata tatay supaya kekal buat baik dengan mummy tapi kali ini mummy dah melampau!

“What the hell huh! Kau ni memang biadab eh! Apa-apa pun aku masih mummy kau! Kau kena hormat aku!”

“Rasa hormat Gia kepada mummy dah hilang lepas apa yang mummy dah buat! Tak pasal-pasal je ex fiancé Dariya fikir macam-macam pasal Gia disebabkan atas perbuatan mummy sendiri! Tak cukup lagi ke selama ni mummy dah serabutkan hidup Gia hah?! Apa lagi yang mummy tak puas hati dengan Gia?! Gia dah keluar dari rumah ni and leave you live happily tanpa bebanan dari Gia! But why?! Kenapa mummy masih messed dengan kehidupan Gia hah?! Why mummy?!” Air mata yang cuba ditahan dari mengalir akhirnya mengalir juga. Dia dah penat dengan apa yang jadi. Serius! Dia tak mampu nak tahan lagi.

Tanpa Gia ataupun Vitalika sedar, kepulangan mereka ke Cebu diekori oleh Luqman dan Idham. Mereka bersembunyi di sebalik pokok-pokok yang ditanam berhadapan dengan rumah agam keluarga Gia.

Luqman betul-betul nekad nak selidik latar-belakang keluarga Gia. First impressionnya sebaik saja tiba di hadapan rumah keluarga Gia, yang timbul dalam kepala otaknya adalah keluarga Gia bukan keluarga yang biasa-biasa. Memang keluarga yang berketurunan kaya-raya.

“Luq…kau sure ke kau nak siasat keluarga Gia? Kau tak rasa ke apa yang kita buat ni berisiko?”

“Aku nak make sure je tapi impression aku memang out of my expectation. Keluarga dia memang datang dari keluarga yang kaya-raya macam ni sekali.”

“Kan Lt. Darwin dah bagitahu yang keluarga dia memang datang dari keluarga kaya-raya even dari ayah dia yang dulu pun orang kaya jugak dan terkenal di Cebu ni,” ujar Idham. Sejujurnya dia seram main mengintip rumah orang macam ni. Buatnya orang dapat tangkap macam mana?

Vitalika yang tadinya seronok bersembang dengan daddy terhenti apabila terpandangkan ke arah dua orang manusia yang sedang berselindung di sebalik pokok-pokok sambil memandang ke rumahnya. Kalau tak silap dari pandangan matanya yang masih lagi tak rabun, dia boleh agak dua orang tu sebenarnya Luqman dan Idham. Vitalika mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej kepada kakaknya.

Vitalika: Akak! Bahaya!

Gia berhenti bertekak dengan Madam Valona dan memandang telefonnya lalu mesej dari Gia dibuka.

Gia: Apa yang bahayanya?

Vitalika: Vi nampak Luqman dengan Idham ada di luar rumah kita sekarang ni.

Jantung Gia tiba-tiba saja berdegup dengan kencang! Aduh! Apahal pulak dah Luqman dengan Idham boleh ada sampai sini pulak ni?!

Gia: Vi, tolong akak…tolong keluar pergi jumpa dengan
Luqman dan Idham please?

Vitalika: Orait…Vi turun sekarang.

Gia: Thanks…

Luqman ni sengaja cari nahas betullah! Dia punya tak puas hati dengan aku sampai ikut aku balik ke Cebu! Oh God! Pleaselah jangan jadi kejadian yang tak diingini!

Vitalika bergegas keluar ke rumah dan menghampiri ke arah Luqman dan Idham yang masih lagi berselindung di sebalik pokok.

“Luq! Aku dah cakap dah! Kita memang kantoi! Tu! Vitalika datang!” Idham menunjuk ke arah Vitalika yang makin menghampiri mereka.

“What are you both doing here?” soalan pertama yang keluar dari mulut Vitalika.

“Emmm…” tak tahu nak jawab apa.

“Korang berdua sengaja nak intip kak Gia ke? But why? Kenapa kena ikut kak Gia sampai ke Cebu?”

Luqman memandang Idham, Idham pun memandang Luqman. Masing-masing beku. Tak tahu nak jawab apa.

“Macam nilah Luq, Idham…awak belum tahu keluarga saya sepenuhnya. Awak belum kenal Madam Valona dengan Danial Louis macam mana. Better awak berdua pergi sekarang sebelum kehadiran awak berdua di sini dapat tahu oleh Madam Valona dengan Danial Louis. Please? Saya merayu sangat!”

Tapi sudah terlambat! Vitalika terpandangkan ke arah kereta Danial yang makin menghampiri rumah. Nak bersembunyi pun sudah terlambat apabila jelas pada pandangan Vitalika yang Danial memandang ke arah mereka bertiga melalui cermin kereta. Danial keluar dari kereta lalu menghampiri mereka bertiga.

“What you guys doing here? Why don’t just get in the house and having a comfortable chat time?” soal Danial sambil matanya memandang Luqman dan Idham. Cuba di scan gerangan di hadapannya dia tahu siapa gerangan di hadapannya ini. Luqman. Ex fiancé Dariya.

“Come in. Vitalika, invite them to the house. I will tell Lola to prepare something. Maybe tea or coffee of course,” Danial melangkah menuju ke rumah.

Vitalika menarik nafas dalam-dalam. Dapat dia rasakan yang akan ada benda yang terjadi memandangkan Danial memang kenal Luqman. Vitalika cuma mampu menghelakan nafas beratnya sebelum mengajak Luqman dan Idham masuk ke dalam rumah.

“It’s looks like we have guests mummy…” ujar Danial sambil bibirnya tersenyum sinis kepada Vitalika. Gia mula tak sedap hati.

“Who?” Madam Valona memandang ke arah luar. Dua orang lelaki bersama Vitalika melangkah masuk ke dalam rumah. Madam Valona agak terkejut dengan kehadiran Luqman dan Idham.

“Lola! Make two cups of tea for our guests!” Laung Danial. Lola mengangguk dari dapur.

“Lola! Make sure you make Ahmad English Tea and use new cups for our guests!” Tambah Gia. Ahmad English Tea satu-satunya yang sesuai untuk dihidangkan kepada Luqman dan Idham dan halal.

“Ok Gia!”

“Ohhh…kita ada tetamu ke?” soal Mr. Scott Padilla yang baru saja keluar dari lif dan menghampiri mereka. Mr. Scott Padilla memandang ke arah dua orang lelaki tak dikenalinya di hadapannya ini.

“Daddy, ito si Luqman at ito ay Idham. Pareho silang kaibigan ko mula sa Malaysia (ini Luqman dan ini Idham. Mereka berdua kawan Gia dari Malaysia),” ujar Gia kepada Mr. Scott Padilla. Kalau aku tak kenalkan diorang ni sebagai kawan aku, aku nak kenalkan apa sebagai apa pulak dekat daddy?

“Ohhh I see…”

“Pero daddy, naalala mo ba ang kaso ni Dariya? Ito ang kanyang kasintahan pero ngayon ay magkaibigan tayo at Mabuti sa bawat isa (Tapi daddy, daddy ingat tak kes Dariya? Ini tunang dia tapi sekarang ni kitaorang berkawan dan good to each other),” Mr. Scott Padilla mengangguk faham dengan apa yang dijelaskan oleh Gia.

Madam Valona dan Danial pula sekadar tersenyum sinis di dalam hati. Mereka berdua tahu yang Gia hanya reka cerita pasal dia berbaik dengan Luqman walhal yang sebenarnya berperang sakan.

“My condolence for late Dariya,” ujar Mr. Scott Padilla sambil tangannya naik menyentuh bahu Luqman. Luqman cuma mengangguk kecil.

“Vi, apa yang Gia dengan daddy kau cakap? Aku dengar tadi diorang ada sebut nama Dariya.” Tanya Luqman ingin tahu. Maklumlah tadi Gia bercakap dengan daddynya menggunakan bahasa Tagalog dan satu patah haram pun dia tak faham apa.

“Mula tu dia perkenalkan awak dengan Idham dekat daddy yang korang berdua ni kawan kak Gia dari Malaysia. Lepas tu kak Gia bagitahu jugak yang awak ni tunang kepada late Dariya dan kak Gia cakap awak berbaik dengan kak Gia,” jelas Vitalika.

“Ohhh…” tapi kenapa Gia tak bagitahu je benda yang sebenarnya? Kenapa perlu berbohong yang kami ni sebenarnya berkawan baik?

“Tea handa na (teh dah siap),” ujar Lola sambil meletakkan dulang yang berisi teh di atas meja makan. Satu persatu cawan dituang air teh yang masih lagi suam.

Mereka menuju ke meja makan dan duduk di tempat masing-masing. Luqman dan Idham agak kekok di tempat mereka. Niat datang nak mengintip je last-last terjebak sampai ke dalam rumah.

“Luq…awak buat apa datang sini?” Gia bertutur menggunakan bahasa Melayu memandangkan yang faham bahasa Melayu di sini pun hanya dia, Vitalika, Luqman dan Idham. Ahli keluarganya tak faham bahasa Melayu.

“Kenapa? Tergugat? Takut?” Luqman mengangkat keningnya sinis kepada Gia. Gia menarik nafas dalam-dalam. Dia tak boleh tunjuk riak wajah marah atau tak senang di hadapan daddy. Kang daddy fikir lain pulak.

“Ini bukan masalah tergugat atau takut. Ini masalah keselamatan awak dengan Idham! Awak ingat apa yang cakap atau Vi cakap sebelum ni benda yang main-main ke?” walaupun nada suaranya ditekankan tapi riak wajahnya tetap dapat dikawal.

“Hebat sangat ke sampaikan aku perlu takut dengan keluarga kau?”

“Itu bukan isunya sekarang ni! Tolonglah Luq! Saya merayu sangat dekat awak supaya hentikan kerja gila awak kalau awak ada niat nak menyiasat pasal keluarga saya! Saya merayu!”

“Kau tahu tak? Makin kau merayu macam ni makin aku nak tahu jugak ada apa sebenarnya di sebalik keluarga kau yang kaya-raya ni. Kau jangan risau. Aku takkan ganggu-gugat keluarga kau.”

“Luq…tolonglah jangan macam ni. Tolonglah dengar cakap saya kali ini je!”

“What’s happening here? Hmmm? Is there any problem?” soal Madam Valona bila melihat anaknya bercakap lama dengan Luqman seolah-olah ada sesuatu yang disampaikan.

“Gia? Any problem?”

“Nothing daddy. I just asking him how did they both get here. How’s the journey…that’s it…” terpaksa Gia berbohong lagi.

“Really?” Danial mengukirkan senyuman sinis kepada Gia.

“Yes. Is there any problem with my answer?” Gia membalas dengan nada sinis.

“No,” jawab Danial sepatah.

Luqman dan Idham dapat membaca riak wajah Gia ketika membalas jawapan Danial. Riak wajah Gia seperti tak suka bila dirinya disoal oleh Danial dan Danial pula dibalas sinis oleh Gia, terus senyap. Hmmm…maybe
something had happened between them.

Selepas menikmati hidangan teh yang dihidangkan, Luqman dan Idham meminta diri untuk pulang. Namun, baru saja mereka berdua ingin beredar dari rumah agam tersebut, mereka berdua dipanggil dari belakang. Danial menghampiri mereka.

“I know you have your own reasons why you both come here, right? It’s not just because you’re friend with Gia, right?” Luqman dan Idham memandang antara satu sama lain.

“I’ve already knew about it. I knew you’re getting your revenge on Gia, right? That’s why you both came here?” Danial tersenyum penuh makna. “But honestly I want to warn both of you! Don’t you ever dare to mess with Gia’s life or you will get in trouble! Get it?”

“Why? Do you afraid if Gia might be jail one day?” kali ini Luqman turut membalas dengan nada sinis.

“I’ve warned you already and don’t you ever dare to do something stupid that might harm yourself then!”

Idham dapat agak yang Danial ini bukan calang-calang orangnya. Daripada news yang dia dapat daripada Darwin pun, Danial ni agak social orangnya dan perempuan kerap kali keliling pinggangnya dan agak terkenal di Filipina dengan perangai playboynya dan semestinya terkenal sebab datang dari keluarga kaya-raya.

“Danial!” Gia bersuara keras dari belakang. Pantas dia menyaruk selipar di kakinya dan berjalan ke arah mereka bertiga.

“Hindi ka ba nangahas na gumawa ng masamang bagay sa kanya (kau jangan berani buat something tak baik dekat dia)!” Gia memberi amaran dan cuma dipandang bodoh oleh Danial.

“Mukhang nagmamasalasakit ako (nampak macam aku kisah ke)?”

“Nanunumpa ako kung saktan mo siya, hindi kita papatawarin (aku sumpah kalau kau sakitkan dia, aku takkan maafkan kau)!”

Danial cuma menghadiahkan senyuman sinis kepada Gia sebelum beredar masuk ke dalam rumah. Gia menghela nafas beratnya sebelum pandangannya kembali diarahkan kepada Luqman dan Idham.

“Please balik dan jangan datang sini lagi. Tolonglah dengar cakap saya kali ni. Saya tak nak awak berdua diapa-apakan.”

“Hebat sangat ke abang kau tu?”

“Stop persoalkan dia hebat atau tak dan awak tak kenal dia macam mana! Baliklah! Please…”

Idham menarik tangan Luqman supaya beredar dari situ. Namun, sebelum beredar sempat Luqman bersuara kepada Gia.

“Ingat! Aku takkan lepaskan kes ni! Aku akan siasat sampai habis!” Dia dan Idham beredar pergi dari situ.

Gia melepaskan keluhan besarnya. Kali ini dia risau dengan keselamatan Luqman dan Idham. Dia tak nak something buruk terjadi kepada Luqman atau Idham kelak. Otak jahat Danial tak boleh dijangka. Kalau dia nak jalankan plan dia, terus dia akan buat. Gerak-geri dia kau tak dapat nak baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience