Rate

Bab 40 Penjelasan Dari Adib

Romance Completed 278239

"Terima kasih ya Allah kerana melembutkan hati Anis untuk menerima aku seadanya!" Doa Adib Umair dalam hati sambil memejamkan matanya.

Adib melakukan solat isyak di biliknya. Setelah itu Adib keluar bilik melihat keberadaan kedua orang tuanya Encik Amri dan Puan Saleha.

"Kamu kenapa Adib?" Soal Puan Saleha melihat Adib yang terjenguk-jenguk.

Adib tersentak dengan teguran Puan Saleha.

"Ibu ni, buat Adib terkejut...!" Sambil mengurut-ngurut dadanya.

"Ayah mana?"

"Ayah masih dekat luar tengah duduk-duduk minum kopi, pergilah ke sana kalau nak jumpa ayah." Puan Saleha berlalu pergi ke dapur untuk mengambil sesuatu.

"Ayah, boleh Adib duduk?" Tanya Adib sopan pada Encik Amri.

"Ha...duduklah! Ada apa?"

"Begini ayah, Anis dah tahu tentang perkahwinan kami, boleh ke Adib dan Anis hidup berdikari?"

"Ayah tak kisah, tapi Adib kena minta persetujuan dari kedua mertua kamu abah dan umie Anis." Sahut Encik Amri menasihati.

"Kalau itu Adib dah fikirkan, nanti Adib bertanya dengan mereka sekiranya mereka dah balik dari perjalanan bisnes." Sahut Adib datar.

"Ayah takkan menghalang kamu Adib, kamu sudah dewasa untuk membezakan mana yang baik dan buruk." Jelas Encik Amri.

"Jadi, kamu bercadang nak pindah ke mana?" Soal Encik Amri melihat Adib yang duduk di hadapannya.

"Sebenarnya Adib sudah beli rumah yang sederhana besarnya saja ayah."

"Okaylah tu, sekurang-kurangnya Adib sudah tahu tanggungjawab Adib sebagai seorang suami."

"Iya ayah!" Adib mengangguk singkat.

"Adib naik keatas dulu ayah!"

"Aik, cepatnya?" Sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Adib dah ngantuk ayah!" Dalih Adib.

"Masih awal Adib, baru jam9.45 pm ni!" Sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

Adib menggaru tengkuknya yang tak gatal.

"Pergilah, Anis dah tunggu tu!" Sahut Encik Amri ada makna.

"Adib naik ya assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam Adib, jangan pula gelojoh ye!" Ejek Encik Amri sambil tergelak.

"Ihhh ayah ni!" Adib tersenyum hambar melihat ayahnya membuli dirinya.

Anis termenung, kedua tangannya ia gunakan untuk menopang dagunya, Anis menggeleng-gelengkan kepalanya dan masih berfikir semua ini hanya ilusi dan khayalan cuma.

"Aku isteri Abang Adib? Biar betul?"

"Aku cuma bermimpi kan? Tapi kenapa seperti nyata? Kalau nyata kenapa aku seperti bermimpi?" Ucap Anis pada dirinya sendiri. Anis menampar-nampar ringan pipinya agar terjaga andai dia tertidur.

Tanpa Anis sedari Adib kini tengah bersandar di sisi pintu sambil meletakkan tangan di dadanya (bersedekap dada), dia tersenyum melihat perangai isterinya yang menurutnya begitu lucu.

"Aku boleh gila kalau macam ni!" Anis menggosok-gosok mukanya dengan lembut. Sukar dia nak percaya.

"Hemmm!"

Anis terdiam mendengar suara Adib, degup jantungnya tidak beraturan. Matanya terbelalak melihat Adib yang berdiri di tepi pintu sambil tersenyum.

Adib datang mendekati Anis duduk di tepi katil.

"Kita betul-betul sudah sah Anis!"

"Bila kita nikah?" Anis masih bingung dengan kenyataan yang dia hadapi.

"Dua minggu setelah abang mengajar di Sekolah Menengah Uthman, abang menikahi Anis."

Anis ternganga hairan, itu ertinya semasa umie dan abahnya melakukan kenduri kesyukuran.

"Macam mana boleh?"

"Kita sudah di jodohkan dari kecil Anis!"

"Ertinya, abang terpaksa menikahi Anis?" Tanya Anis menahan sesak.

"Abang tidak mungkin menerima sebuah perjodohan begitu saja, selalulah libatkan Allah dalam apa pun yang akan kita kerjakan, dan itulah yang abang lakukan, abang memilih Anis Umairah menjadi isteri abang, barulah abang menerimamu saat abah menyerahkanmu dalam akad."

Jelas Adib Umair pada Anis Umairah yang khusyuk mendengar.

Anis tersenyum mendengar kata-kata Adib yang menurutnya begitu romantik.

"Itulah mengapa selama ini abang selalu memberi Anis kode-kode yang sukar Anis faham?" Tanya Anis yang baru sedar akan setiap kata dan perlakuan yang diberikan Adib sebelumnya.

"Iya, abang juga bingung apakah Anis memang tidak mengerti ataupun pura-pura bodoh." Sindir Adib.

Anis memuncungkan mulutnya tidak terima apa yang dikatakan oleh Adib.

"Kenapa jahat sangat jadi suami Anis?"

"Memang nyatanya begitu." Sahut Adib Umair datar.

Mulut Anis terlopong mendengar ucapan yang Adib lontarkan.

"Tapi abang, Anis masih bingung, boleh ke nikah tanpa pengantin wanita?" Tanya Anis serius.

"Boleh."

Anis membetulkan duduknya di samping Adib , bersiap mendengar penjelasan Adib Umair.

"Rukun nikah ada 5 iaitu ijab kabul, pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dan 2 orang saksi. Oleh demikian akad nikah tetap dikatakan sah apabila dihadiri oleh wali , pengantin lelaki dan 2 orang saksi , sebagaimana Keterangan yang terdapat dalam kitab Kifayatul Akhyar, dijelaskan ertinya:

"Disyaratkan dalam keabsahan akad
nikah kehadiran empat pihak, yaitu wali, mempelai pria, dan dua orang saksi yang adil. Dan diperbolehkan wali dan pengantin lelaki diwakilkan." (Taqiyyuddin al-Husaini al-Hushni, Kifayah al-Akhyar fi Halli Ghayah al-Ikhtishar, Dar al-fikri, juz, 2, hal 390)..

Ketidakhadiran pengantin wanita tidak mempengaruhi sah atau tidaknya suatu perkahwinan, namun harus ada wali yang mewakilkan. Mengikut dari penjelasan ini, tidak hadirnya pengantin wanita diperbolehkan asalkan perempuan wanita redha dengan akad nikah tersebut dan memiliki bukti tertulis. Oleh karena itu, bukan menjadi permasalahan lagi apabila calon pengantin wanita tidak dapat hadir dalam proses akad nikah."

Adib menjelaskan pada Anis yang basic terlebih dahulu.

"Jadi Anis, jika wali menikahkan anaknya atau orang yang di walikannya dengan lelaki yang tidak memenuhi syarat, atau mungkin SI wanita tidak rela dengan pernikahan itu, maka dia boleh untuk memilih meneruskan pernikahannya atau berpisah. Kamu faham Anis?"

Anis mengangguk.

"Sekarang abang tanya, apa Anis menerima pernikahan ini? Abang tidak ingin ada paksaan, abang ingin kerelaan darimu." Tanya Adib Umair serius.

"Anis terima dengan redha abang." Ucap Anis pelan.

Memang betul, keluarganya pasti khuatir pada Anis, sama ada Anis dapat menerima perjodohan ini atau tidak. Walaupun Anis dapat terima dengan redha dan tidak di nafikan sempat terkejut dangan kenyataan ini.

"Alhamdulillah terima kasih Anis."

Setelah itu Adib memegang ubun-ubun Anis Umairah lalu berdoa.

Allahumma inni as-aluka khaira-ha wa khaira ma jabaltaha 'alaihi wa a-'udzu bika min syarriha wa min syarri ma jabaltaha 'alaihi

Artinya: Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiat yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa."

Adib mengucup dahi Anis.

Airmata Anis jatuh berlinangan, dia bersyukur kerana dia telah mengahwini seorang lelaki yang berilmu agama dan dapat membimbingnya kelak.

Semoga pernikahan rahsia ini mendapat rahmat dan berkah dari Allah swt,. Doa Anis Umairah di dalam hati.

semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience