Bab 12

Short Story Completed 6180

Dalam keadaan Shazril yang panas, boleh pula Sherry munculkan dirinya di depan Shazril. Makin panaslah dibuatnya!

"Abang Ril, ni makanan dan minuman untuk abang." - Sherry

Shazril merenung tajam ke arah Sherry. Wajah Sherry kelihatan ketakutan. Shazril terus menolak makanan dan minuman dia atas dulang itu hingga jatuh bersepah.

"Kau kemas semua ni! Kalau tak, aku halau kau!" - Shazril

Shazril terus pergi menuju ke bilik di mana Diah Hadirah tinggal di situ sebelum ini.

"Abang Ril ni dah kenapa? Abang! Hish!" - Sherry

Di dalam bilik Diah Hadirah, Shazril merenung gambar Diah Hadirah, Fatihah dan Ayden Rizqy. Shazril sangat merindui mereka.

Sementara itu, Sherry mengelap dan mengemas bilik Shazril.

"Hish! Bencilah macam ni! Anak orang kaya tapi tak reti nak ambil bibik. Aku pula yang kena buat! Ni semua Fatihah punya fasal! Kalau tak, dah lama Abang Ril jadi milik aku!" - Sherry

Setelah beberapa hari kemudian, Datuk Hamdan dan Datin Suraya balik daripada urusan kerja. Mereka pulang ke rumah dengan menaiki kereta Mercedes yang dipandu oleh Datuk Hamdan.

"Hai, tak sabar saya nak jumpa Diah dengan Ayden bang. Rindu sangat dengan cucu-cucu saya ni." - Datin Suraya

"Saya pun rindu kat cucu-cucu kita tu. Tak sabar rasanya nak cium pipi Ayden tu. Rindu betul saya dekat dia." - Datuk Hamdan

"Saya harap, Diah dengan Fatihah sukalah dengan hadiah yang saya bawa ni." - Datin Suraya

Sampai sahaja di rumah, Datin Suraya terus pergi masuk ke dalam rumah manakala Datuk Hamdan mengambil barang-barang. Datin Suraya terkejut apabila melihat Sherry ada di dalam rumah itu.

"Sherry?" - Datin Suraya

"Eh, aunty!" - Sherry

Sherry terus salam dan cium tangan Datin Suraya.

"Hmm, Shazril mana?" - Datin Suraya

"Ada dekat dalam bilik." - Sherry

Datin Suraya terus pergi menuju ke bilik Shazril. Dia terkejut melihat Shazril yang termenung seorang diri.

"Assalamualaikum." - Datin Suraya

"Waalaikumussalam." - Shazril

"Ril, kenapa termenung ni? Fatihah dengan cucu-cucu mama mana? Mama tak nampak pun dia orang. Mama rindu sangat dengan dia orang." - Datin Suraya

"Dia orang dah pergi, ma." - Shazril
Setelah berkata, Shazril mula berasa sedih dan air matanya jatuh membasahi pipi.

"Apa? Dia orang dah pergi mana?" - Datin Suraya

"Dia orang dah tinggalkan Ril, ma." - Shazril

"Apa? Kenapa dia orang tinggalkan Ril? Apa Ril dah buat kat dia orang?" - Datin Suraya

"Ril... Ril dikhianat, ma." - Shazril

"Dikhianat? Apa maksud Ril ni?" - Datin Suraya

"Sherry khianat Ril, ma. Masa tu, dia cuba goda Ril. Ril pun bodoh termakan dengan godaan dia. Lepas tu, Fatihah nampak yang Sherry usap pipi Ril. Sebab tu dia lari, ma." - Shazril

"Sherry?" Datin Suraya

Datin Suraya terus menuju ke bilik Sherry dan masukkan semua pakaian Sherry ke dalam beg. Setelah selesai, dia terus bawa beg itu ke ruang tamu. Sherry yang perasan terus pergi menuju ke Datin Suraya.

"Aunty, kenapa ni?" - Sherry

Datin Suraya memandang tajam ke arah Sherry lalu ditolaknya Sherry ke luar rumah. Sherry terduduk. Lalu Datin Suraya membaling beg berisi barang itu ke arah Sherry.

"Selagi Fatihah dan anak-anak dia tak balik, kau jangan datang sini!" - Datin Suraya

Datuk Hamdan yang melihat Datin Suraya memarahi Sherry terus pergi ke arahnya.

"Suraya, kenapa ni?" - Datuk Hamdan

"Abang tahu tak, Fatihah bawa lari anak-anak dia dari rumah ni sebab perempuan yang macam tak ada maruah ni!" - Datin Suraya

"Astaghfirullahal'azim..." Datuk Hamdan

"Hei perempuan, kau jangan jejakkan kaki kau kat rumah ni selagi Fatihah tak pulang ke rumah ni." - Datin Suraya

Datin Suraya lantas menutup pintu rumah.

"Aunty! Aunty!" - Sherry

Sherry menangis menyesal dengan perbuatan yang telah dia lakukan terhadap Shazril yang menyebabkan Fatihah dan anak-anaknya keluar dari rumah banglo itu. Sherry tiada tempat bergantung harap. Apa yang dia perlu buat, adalah dengan meminta maaf kepada Fatihah supaya dia dapat tinggal di rumah Datuk Hamdan. Dia sudah tiada sesiapa. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia. Dia merupakan anak tunggal. Datuk Hamdan dan Datin Suraya lah tempat untuk dia bergantung harap.

Sherry kuatkan diri untuk pergi ke rumah Fatihah. Tetapi, dia tidak tahu di mana rumah Fatihah. Syukur, dia ternampak Fatihah yang sedang menyiram pokok bunga di rumahnya. Setelah Fatihah masuk ke dalam rumah, barulah Sherry pergi menuju ke rumah Fatihah.

"Assalamualaikum..." - Sherry

"Waalaikumussalam..." - Fatihah

Fatihah terus membuka pintu rumahnya untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya. Apabila dia melihat Sherry di luar, dia terus menutup pintu rumahnya. Sherry lantas menahan pintu itu daripada ditutup oleh Fatihah.

"Fatihah, tolonglah jangan macam ni. Aku nak minta maaf dengan kau." - Sherry

"Siapa tu, Tihah?" - Puan Khadijah

Fatihah dan Sherry berbual di bangku yang terdapat di bawah pokok.

"Fatihah... Aku nak minta maaf. Aku tahu apa yang aku buat sebelum ni sakitkan hati kau." - Sherry

Fatihah hanya terdiam. Dia hanya buat-buat tidak tahu apa yang Sherry katakan.

"Tihah, tolonglah jangan macam ni. Tihah, boleh tak kau pergi balik rumah uncle?" - Sherry

"Kau jumpa aku sebenarnya nak apa? Kalau tak ada apa-apa aku masuk dulu. Ada benda aku nak kena buat." - Fatihah

Fatihah baru sahaja ingin berjalan ke rumahnya tiba-tiba langkahnya terhenti kerana tangannya ditarik oleh Sherry.

"Tihah, tolonglah. Aunty dah halau aku. Dia kata kalau aku tak bawa kau balik, aku tak boleh tinggal kat situ. Aku dah tak ada tempat tinggal, Tihah." - Sherry

Fatihah berasa kasihan dan simpati dengan apa yang dikatakan oleh Sherry.

"Sherry, kau pergi balik sana. Kau pergi cakap dengan Abang Ril yang aku minta cerai. Aku tak layak untuk dia, kau je yang layak untuk dia. Maaf kalau kau ingat aku rembat kekasih kau." - Fatihah

Fatihah terus pergi menuju ke rumahnya. Sherry berasa kesal dengan apa yang dikatakan oleh Fatihah. Semua masalah ini berpunca daripada dia.

Sementara itu, di rumah Datuk Hamdan, Datin Suraya kelihatan sedih duduk di atas sofa di ruang tamu.

"Sayang... Sudahlah tu." - Datuk Hamdan

"Abang, saya baru nak bagi hadiah-hadiah ni dekat Fatihah dan anak dia. Tengok-tengok, dia orang dah tak ada. Saya sedihlah, bang." - Datin Suraya

"Saya faham... Awak sabarlah. Nanti Sherry bawa balik Fatihah juga, kan?" - Datuk Hamdan

Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam.

"Assalamualaikum..." - Sherry

Datuk Hamdan terus pergi membuka pintu. Dilihatnya Sherry berada di luar rumah.

"Uncle? Uncle tolong maafkan Sherry?" - Sherry

Datin Suraya yang melihat Sherry di luar rumah terus pergi menuju ke arahnya.

"Kau buat apa datang sini, ha? Mana Fatihah dan anak-anak dia?" - Datin Suraya

"Aunty, tolong dengar penjelasan Sherry dulu." - Sherry

"Kau berhambus dari rumah ni! Aku dah tak nak dengar apa-apa dah!" - Datin Suraya

Datin Suraya terus menutup pintu rumah. Sherry sedih melihat kelakuan mak ciknya itu. Sherry hanya memberi penjelasan di luar rumah.

"Aunty, Fatihah cakap dengan Sherry, dia nak minta cerai dengan Shazril. Sherry dah minta maaf dan pujuk dia untuk balik semula dekat sini. Tapi, dia yang tak nak." - Sherry

Datin Suraya yang mendengar penjelasan itu dari dalam rumah menangis kerana terlalu rasa sedih. Sherry terus pergi dari rumah banglo itu.

Fatihah mengambil bakul lalu masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil pakaian yang telah dibasuh di dalam mesin basuh untuk dijemur. Setelah mengambil semua pakaian untuk dijemur, dia pergi ke luar rumah untuk menyidai semua pakaian itu. Sedang dia menyidai pakaian, dia terlihat ada seorang wanita yang sedang tidur di atas bangku di bawah pokok. Dia mendekati wanita itu. Dia terkejut apabila melihat Sherry yang sedang tidur di atas bangku itu.

"Sherry... Kenapa tidur dekat sini?" - Fatihah

Sherry yang baru sedar dari tidurnya, terus salam dengan Fatihah dan mencium tangannya.

"Fatihah, aku minta maaf dekat kau. Aku dah banyak buat salah dekat kau. Aku minta maaf." - Sherry

"Sherry... Aku dah maafkan kau. Kenapa kau tidur dekat sini?" - Fatihah

"Aunty dah halau aku, Tihah. Aku dah tak tahu nak pergi mana lagi. Jadi, aku tumpang tidur dekat sini. Sini je yang redup. Tapi, kalau kau nak aku pergi, aku pergi sekarang." - Sherry

"Sherry... Kau tinggal je lah kat rumah aku. Kau nak tinggal kat mana kalau kau pergi? Kau tinggal dekat sini je lah." - Fatihah

"Terima kasih, Tihah. Aku tak tahu nak balas budi kau macam mana." - Sherry

"Dah, jom masuk. Kat sini banyak nyamuk." - Fatihah

"Ok..." - Sherry

Lalu Fatihah dan Sherry masuk ke dalam rumah. Sejak tinggal di rumah Fatihah, hubungan antara Sherry dengan Puan Khadijah, Fatihah, Diah Hadirah dan Ayden Rizqy semakin rapat. Fatihah senyum gembira melihat Sherry yang sudah berubah. Sherry sangat suka bermain dengan Diah Hadirah dan Ayden Rizqy.

Pada keesokan harinya, Shazril pergi ke rumah Puan Khadijah untuk berjumpa Fatihah.

"Assalamualaikum..." - Shazril

"Waalaikumussalam..." - Puan Khadijah

Puan Khadijah terus membuka pintu. Shazril bersalaman dengan ibu mertuanya.

"Mak sihat?" - Shazril

"Mak sihat. Alhamdulillah." - Puan Khadijah

Shazril terkejut melihat Sherry yang ada di dalam rumah itu. Pada ketika itu, Sherry sedang bermain dengan Diah Hadirah dan Ayden Rizqy.

"Sherry!" - Shazril

Shazril menjerit memanggil nama Sherry lalu pergi ke arah wanita itu. Dia terus menarik rambut Sherry dengan kuat.

"Ya Allah! Abang Ril dah kenapa ni?" - Sherry

"Kau buat apa dekat sini, ha? Kau memang cari nahas, kan?" - Shazril

Shazril tetap menarik rambut Sherry tetapi kali ini lebih kuat. Puan Khadijah menghalang Shazril daripada terus menarik rambut Sherry.

"Ya Allah! Shazril sudahlah tu!" - Puan Khadijah

Puan Khadijah menghalang Shazril daripada terus menarik rambut Sherry. Shazril terus melepaskan tangannya. Fatihah hanya curi-curi lihat di dalam biliknya. Diah Hadirah hanya berdiam diri dan bermain dengan Ayden Rizqy.

"Shazril! Kamu ni dah kenapa?" - Puan Khadijah

"Mak, mak tahu tak? Sebab perempuan ni, hancur rumah tangga Ril! Dia punca Tihah tak dapat maafkan Ril!" - Shazril

"Shazril!" - Fatihah

Tiba-tiba Fatihah datang ke arah Shazril.

"Kau dah gila ke apa? Kenapa kau sakitkan Sherry?" - Fatihah

"Sayang... Abang nak minta maaf dekat sayang. Maafkan abang?" - Shazril

Shazril terus melutut minta maaf kepada Fatihah.

"Kau pergi dari sini! Aku dah tak nak tengok muka kau!" - Fatihah

"Sayang, tolong maafkan abang! Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Sayang tolonglah!" - Shazril

"Tihah... Abang Ril tak salah, aku yang salah. Kau maafkan lah Abang Ril." - Sherry

"Kau pergi dari sini! Aku nak kau lepaskan aku! Aku akan tuntut fasakh!" - Fatihah

"Ya Allah, sayang! Jangan cakap macam tu, sayang!" - Shazril

"Ya Allah, Tihah! Apa Tihah cakap ni?" - Puan Khadijah

Fatihah terus masuk ke dalam biliknya. Shazril sedih melihat Fatihah berkelakuan seperti yang sedemikian. Shazril terus keluar dari rumah itu dan terus masuk ke dalam keretanya.

"Arghhh! Semua salah kau, Sherry! Semua salah kau!" - Shazril

Shazril menjerit di dalam kereta tidak dapat menerima kenyataan bahawa Fatihah tidak boleh menerimanya.
Sherry terus pergi menuju ke arah bilik Fatihah. Dia mengetuk pintu bilik Fatihah.

"Fatihah janganlah macam ni. Bukalah pintu ni, Tihah. Tihah, maafkanlah Abang Ril. Dia tak salah. Tihah, dia hampir gila masa kau tinggalkan dia. Aku sendiri nampak dia dah macam orang tak siuman. Tihah, pulanglah dekat Abang Ril." - Sherry

Puan Khadijah pula menyusul selepas Sherry berkata-kata.

"Tihah, Shazril kan suami Tihah? Tihah, tak baik seorang isteri lari dari suaminya. Berdosa! Tihah, kesiankanlah Shazril." - Puan Khadijah

Fatihah yang berada di dalam bilik hanya diam dan menangis. Diah Hadirah terus pergi menuju ke bilik Fatihah.

"Mama... Kenapa mama marah papa? Papa kan dah minta maaf?" - Diah Hadirah

Puan Khadijah dan Sherry sedih mendengar kata-kata Diah Hadirah.

"Diah, Diah pergi main dengan baby Ayden, ya? Mama Diah penat." - Puan Khadijah

"Ok..." - Diah Hadirah

Diah Hadirah terus pergi ke arah Ayden Rizqy. Sherry juga pergi ke arah Ayden Rizqy. Hanya tinggal Puan Khadijah sahaja di situ.

"Tihah... Pergilah ke pangkuan Shazril. Dia kan suami Tihah? Tihah tak kesiankan anak-anak Tihah ke? Takkan Tihah nak tuntut cerai? Kalau Tihah cerai dengan Shazril, nanti Ayden dah besar, mesti dia tanya siapa papa dia. Tihah, dengar cakap mak. Pulang kepada Shazril ya, nak?" - Puan Khadijah

Shazril yang berada dalam biliknya menjadi tidak keruan.

"Arghhh! Kenapa? Kenapa?" - Shazril
Shazril menolak semua bantal dan selimutnya hingga bersepah di lantai. Datin Suraya terus masuk ke dalam bilik Shazril apabila mendengar Shazril menjerit.

"Ril, kenapa ni? Ya Allah!" - Datin Suraya

"Fatihah ma..." - Shazril

"Kenapa dengan Fatihah?" - Datin Suraya

"Dia minta cerai, ma." - Shazril

"Astagfirullahal'azim... Ril dah ceraikan dia, ke?" - Datin Suraya

"Tak, ma. Ril takkan ceraikan dia. Ril betul-betul sayang dia dan anak-anak Ril, ma." - Shazril

Datin Suraya hanya terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Dia terus mengemas bilik Shazril.

Pada malam itu, Datin Suraya dan Datuk Hamdan melihat Shazril yang sedang menangis di dalam bilik. Dia merenung ke gambar kahwinnya.

"Sayang... Kenapa sayang nak abang lepaskan sayang? Abang betul-betul sayangkan Tihah. Abang sayangkan anak-anak kita. Kenapa Tihah sanggup buat macam ni?" - Shazril

Shazril memeluk gambar itu kerana terlalu sayang dan rindu kepada isterinya. Datin Suraya dan Datuk Hamdan sedih melihat anaknya seperti itu. Mereka terus pergi dari bilik Shazril kerana tidak mahu mengganggunya.

Di rumah Puan Khadijah, kelihatan Fatihah baru sahaja selesai berdoa selepas menunaikan solat sunat. Dia terkenang perkara yang sudah terjadi dahulu. Dia terkenang tentang dia bersama-sama dengan Shazril dahulu sehingga dia mengabaikan ibunya di rumah. Dia juga terkenang ketika Datin Suraya menghalaunya dari rumah banglo Datuk Hamdan. Tetapi, dia juga teringatkan kata-kata ibunya bahawa tidak baik seorang isteri lari dari suaminya dan bila Ayden Rizqy sudah besar, jika dia cerai dengan Shazril, pasti Ayden akan bertanya kepadanya tentang ayah kandungnya. Fatihah teringat semasa Shazril terpikat dengan godaan Sherry. Tetapi, dia mula sedar bahawa Sherry sudah insaf dengan perbuatannya sebelum ini.

Fatihah merenung ke arah dua orang anaknya. Dia melipat sejadah lalu pergi ke arah anak-anaknya. Dia mencium kedua-kedua anaknya itu.

"Ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini. Berikanlah aku kekuatan untuk harungi segala ujianMu. Berikanlah aku petunjuk, Ya Allah." - Fatihah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience