BAB 6

Humor Series 8150

"Assalamualaikum, Wada.. Saya Eshal, awak masih kenal saya lagi kan?" ujarnya setelah menjejakkan kaki ke dalam bilik Waadah Sakinah.

"Waalaikumsalam. Ohh, Eshal. Awak buat apa kat sini?" soalnya pelik. Sejak bila pulak dia balik Malaysia? Bukan ke sepatutnya dia duduk di UK sekarang ni?

"Saya balik sini sebab rindukan awak lah. Itu pun tak tahu. Ke awak buat-buat tak tahu?" Usik Eshal bernada nakal. Sengaja mahu mengusik gadis di hadapannya ketika ini. Nak pasang umpan pun ada juga. Hehehe. Fokus utamanya kini, ingin mengembalikan keceriaan di wajah Wada. Dia tidak mahu melihat Wada bersedih lagi.

"Ishh, ada-ada je kan awak ni." balas Waadah dengan reaksi wajah malunya itu. Namun, sebentar saja reaksi itu singgah di wajahnya. Setelah itu, muram kembali.

Ahhh! Sakit hati aku tengok kau macam ni, Wada. Tergamak Mika buat begini pada sepupunya itu. Kalau diikut-ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mencari lelaki itu untuk memberikan pengajaran sepuas-puasnya. Kalau aku jumpa kau, siap lah kau Mika! Memang nahas kau aku kerjakan cukup-cukup. Bentaknya di dalam hati sambil mengetap bibir tanda geram yang teramat sangat.

"Awak? Awak? Hello, Encik Eshal Zafri bin Dato' Amiruddin. Saya tengah cakap dengan awak ni. Awak tak dengar ke?"

"Huhh? Apa? Awak cakap apa Wada? Sorry, i can't focus."

"Ishh, awak ni! Saya tanya, bila awak balik sini? Mengelamun pulak. Ingatkan siapa entah," ujarnya sambil mencebikkan bibirnya.

"Ohh, yup saya baru je balik seminggu. Emm, Wada.. Jom, ikut saya keluar kejap."

"Ehh, nak pergi mana? Tak nak lah. Saya nak duduk rumah je. Saya tak nak pergi mana-mana."

"Wada, please. Teman saya jalan-jalan. Kejap je. Please. Awak tak kesian ke kat saya? Saya balik sini nak lepak-lepak dengan awak tapi awak pulak yang tak nak. Hmm, takpe lah. Saya sedar siapa lah saya ni di mata awak tu kan," ujarnya sengaja buat-buat merajuk. Nanti mesti dia akan termakan pujuk rayu aku ni. Hahaha. Eshal, Eshal! Kau memang nakal.

"Yaa okey, okey fine. Hishh, ngada-ngada kan awak ni! Kalau tak disebabkan awak tu sepupu saya, dah lama saya kasi kung fu satu kali tau. Awak tunggu kejap kat bawah. Saya nak ganti baju."

Yes! Akhirnya. Aku berjaya juga pujuk hati si minah ni untuk keluar dengan aku. Peluang ni harus digunakan sebaik mungkin untuk meraih hati Waadah Sakinah. 'Yeahh, you can do it, Eshal!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience