ROSE
Aku bagai di alam mimpi. Disangkakan impian yang dibina musnah begitu saja, tapi tidak. Hari yang paling dinanti nantikan olehku telah tiba. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah menunjukkan kebenaran.
Berdebar debar aku menunggu di dalam bilik. Sebentar lagi aku bakal dikahwinkan dengan lelaki yang telah lama bertakhta di hatiku, Hamka. Apa yang paling mengejutkan ialah aku diberi busana yang menjadi idamanku, gaun Elsa.
"Rose, jom keluar. Semua dah sampai, majlis dah nak mula."
Husna terjengul di depan pintu bilikku. Perasaan gemuruh menguasai diri apabila kata kata Husna menyapa gegendang telinga. Aku menyusun langkah dengan berhati hati untuk keluar dari bilik. Peluh dingin mula merintik keluar.
"Janganlah gemuruh sangat. Rileks la." Ujar Husna. Dia mengukir senyuman riang, mungkin cuba menenangkan hatiku.
Aku mengukir senyuman nipis. Perasaan gemuruh yang bertandang diusir jauh jauh. Saat melangkah turun dari tangga, semua mata di ruang tamu memandangku. Cahaya daripada kamera yang tidak putus putus menyilaukan pandangan mataku.
Aku mengambil tempat di sebelah Mak Mah, wanita yang bakal menjadi ibu mertuaku. Sempat aku menjeling ke arah Hamka. Dia menundukkan wajah sambil memejamkan mata, entah apa yang difikirnya.
"Muhammad Hamka bin Hamid, dah sedia?" Tanya lelaki yang duduk bersila berhadapan dengannya.
Hamka mengangguk yakin. Lega aku melihat wajahnya. Dalam hati tidak putus putus berdoa agar urusan pada hari ini berjalan lancar.
"Rose binti Idris, adakah anda membenarkan saya untuk menjadi wali anda?" Tanya lelaki itu kepadaku.
Aku turut mengangguk yakin. Memandangkan wali nasab tidak dapat dikesan, aku terpaksa mengupah wali hakim untuk mengahwinkan aku.
"Muhammad Hamka bin Hamid, aku nikahkan dikau dengan Rose binti Idris dengan sepersalinan telekung solat dan seutas gelas emas tunai."
"Aku terima nikahnya Rose binti Idris dengan mas kahwin yang disebut."
Aku tidak dapat menahan air mata daripada tidak menitis apabila mendengarlan lafaz qabul yang terucap. Cukup dengan sekali lafaz, aku telah menjadi isteri Hamka yang sah.
Jantungku berdegup kencang saat Hamka duduk di hadapanku. Wajahnya ku tatap dengan perasaan cinta. Tangan kananku digapainya. Sebentuk cincin emas disarung ke jari kelingkingku. Satu perasaan yang tidak dapat ditafsir menjalar di dalam badanku saat bibirku menyentuh belakang tapak tangannya.
Dia menolak daguku ke atas selepas aku mencium tangannya. Wajahku terdongak memandang wajahnya. Matanya direnung tepat ke dalam mataku. Walaupun dia sudah biasa melakukannya sebelum ini, tapi perasaan yang bertandang pada hari ini tidak sama seperti sebelumnya. Bibirnya dilekatkan di dahiku. Perasaan tenang menjalar di dalam badanku. Aku berasa selamat apabila dia menciumku di situ. Lama dia menciumku. Kami seolah olah terbuai di alam yang dicipta oleh kami sendiri.
"Ehem."
Lamunanku dan Hamka terhenti tiba tiba apabila mendengar deheman seseorang. Semua tetamu yang hadir tersengih sengih melihat kami berdua. Apabila teringatkan adegan yang telah kami lakukan sebentar tadi, wajahku terasa berbahang. Aku cuba mengawal malu dengan pura pura bercakap dengan Husna.
Hamka berjalan ke arah dulang hantaran. Kasut tumit tinggi yang berwarna merah dicapainya. Tapi apa yang menghairankan, kasut itu hanya sebelah. Dan aku seperti mengenali kasut itu.
"Masih ingat kejadian malam tu? Rose tertinggal sebelah kasut Rose sewaktu cuba melarikan diri. Hamka terus terfikir jika Rose ialah Cinderella. Jadi, sudi Rose menjadi Cinderella Hamka?" Ujarnya. Kata kata yang keluar dari bibirnya cukup romantik. Sebelah tangannya dihulurkan kepadaku untuk turut berdiri.
Aku menyambut tangannya. Husna yang berada di sebelah menghulurkan sebelah lagi kasut tumit tinggiku yang telah lama dibiar tidak terusik di rak kasut. Hamka duduk dan menyarungkan kedua dua belah kasut itu di kakiku. Kasut merah yang dipakai kelihatan kontra dengan busanaku yang berwarna biru.
Semua tetamu yang datang menepuk tangan saat Hamka menyarungkan kasut itu ke kakiku. Cahaya dari kamera tidak putus putus menyinari kami berdua.
Tiba tiba terdengar muzik dimainkan. Seorang pemain biola sedang berdiri di sebelah aku dan Hamka. Hamka yang berada di depanku sedang memegang mikrofon. Sejurus selepas lelaki di sebelah kami memainkan biolanya, Hamka mula menyanyi.
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Semua tetamu yang datang, termasuk aku terpukau dengan kemerduan suara Hamka ditambah lagi dengan bait bait lagu itu yang menyentuh hati. Air mata yang menitis diseka agar tidak mencacatkan solekan di wajah. Tidak sangka lelaki di hadapanku ini mempunyai suara yang sedap didengar.
***
Aku yang sedang merenung ke luar tersentak apabila badanku tiba tiba dipeluk dari belakang. Tanpa perlu berpaling aku sudah dapat mengagak pemilik kepada tangan yang menjalar di pinggangku.
"Taknak tidur lagi ke?" Bisiknya lembut di telingaku.
Hembusan bayu yang menyapa wajah membuaiku yang sedang berada di dalam pelukan hangat lelaki yang telah sah menjadi suamiku.
"Sayang."
Aku segera membuka mata apabila terdengar bisikan itu menyentuh gegendang telingaku. Bibirku ibarat digam, langsung tidak dapat dibuka.
"Kenapa diam, tak suka abang panggil dengan mana sayang?" Ujarnya sayu. Pelukan di pinggang dilepaskan.
"Hamka, bukan macam tu. Tapi Rose tak biasa lah dengan panggilan macam tu." Perasaan bersalah mula menjalar di dalam diri.
Hamka hanya mendiamkan diri, mungkin marahkan aku. Aku segera duduk di sebelahnya yang sedang berbaring di atas katil. Wajahnya ku usap lembut. Hamka memejam matanya seolah olah dia terbuai dengan sentuhanku. Tiada suara yang keluar dari mulut kami, hanya gerak badan yang berbicara.
Hamka menarikku sehingga menyebabkan aku terbaring di atas badannya. Wajahnya cukup dekat dengam wajahku. Hembusan nafas dari hidungnya jelas terasa di wajahku. Dadanya turun naik dengan laju.
Aku mengalihkan badan daripada terus menindihnya, risau jika dia sesak nafas. Tempat di sebelahnya menjadi tempat untukku berbaring. Dia membetulkan posisi badannya agar berbaring mengiring menghadap wajahku.
Perasaan gementar mula menguasai diri. Entah mengapa perasaan malu timbul dalam diriku. Padahal selama ini aku sudah biasa berhadapan dengan keadaan seperti ini.
Saat bibir Hamka mula mendekat dengam bibirku, aku menolak badannya.
"Rose, kenapa?"
"Maaf, Rose masih belum sedia." Ujarku lalu bangun dan duduk di birai katil. Wajahku ditundukkan.
"Kalau Rose tak sedia lagi Hamka faham. Tapi kenapa?" Tanya Hamka. Dia yang duduk di sebelahku menarikku ke dalam pelukannya.
"Rose minta maaf. Rose takut perkahwinan kita hanya kerana nafsu. Rose taknak berkahwin dengan Hamka cuma kerana nafsu serakah Rose. Maafkan Rose, bagi Rose masa."
"Takpe, Hamka okay. Lagipun Hamka kahwin dengan Rose bukan kerana nafsu, tapi kerana Hamka ikhlas cintakan Rose."
Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua. Hamka membaringkan aku di katil. Dia memelukku erat sehingga aku terlena di dalam pelukannya.
Share this novel