BAB 2

Horror & Thriller Completed 3402

Tiba-tiba, telefon di pejabat suami berbunyi. Seperti biasa, suami saya mengangkat telefon kerana ianya sebahagian daripada tugas yang perlu dijalankan. Tetapi, suara kanak-kanak yang memanggil saya tempoh hari pula yang muncul di talian.

Kami berdua mendengar suara kanak-kanak itu secara bergilir-gilir. Sungguh sayu dan menyeramkan. Selepas itu, suami saya memutuskan talian dan membuat siasatan dari mana datangnya panggilan telefon tersebut.

Rupa-rupanya, setelah suami saya siasat, talian tersebut datang daripada telefon awam di daerah terpencil, iaitu daripada kawasan Segamat, Johor.

Apabila diperiksa lagi di internet memang sah ada kejadian yang menyayat hati berlaku di situ. Yang mana tempat itu selalu berlaku kemalangan. Sedangkan saya berada di Johor bahru.

Itulah yang menjadi tanda tanya saya sekeluarga, dari dulu sampailah sekarang. Apa tujuan kanak-kanak itu memanggil saya? Adakah simpati yang diharapkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience