Nadine yang baru saja balik dari rumah Ucop meninggalkan neneknya disana, terus mencapai towel didalam biliknya dan terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Azan di Masjid berkumandang. Dia mempercepatkan mandinya kerana tidak mahu melambat-lambatkan dirinya untuk menghadap sang Pencipta.
Selesai mandi dan bersiap, dia menutup segala jendela yang terdapat di rumahnya.
" Nenek bermalam kat sana. Takpelah aku masak meggie je bila aku lapar malam ni. " Kata Nadine dan teruselangkah ke beranda rumahnya.
Dia menutup dan mengunci pintu rumah. Dia melihat telekung terlipat didalam beg di bahunya.
Namun dia terlupa akan telefonnya yang diletakkan di tengah katil di biliknya.
Dia mengayuh basikalnya laju menuju ke masjid yang berada tak jauh dari simpang rumahnya.
Dalam sedangengayuh basikalnya, Tiba-tiba dia terdengar bunyi letupan kecil dan basikal yang dikayuh terlihat huyung hayang.
" Apahal pulak ni. Aku nak cepatlah. " Kata Nadine berhenti dan meningkat basikalnya ditepi jalan dibawah tiang lampu.
" Aduhhh, kau bocor tayar? Betul-betul buat hallah kau ni. Nasib aku masih mampu sabar. Kalau tak. Eeee. Aku humban kau dalam semak tu. " Marah Nadine pada basikalnya.
" Jangan di marah basikal tu Nadine. " Sapa seorang nenek dibelakangnya.
Nadine yang terkejut mengurut dadanya perlahan.
" Apa lah Nek Mah ni. Nasib tak berlari jantung Nadine ni keluar tinggalkan Nadine kat sini. " Kata Nadine melawak.
" Hahhh??? Kalau jantung Nadine lari, di kejar. Kalau tak tangkap masukkan semula jangan bagi lepas. ' Kata Nek Mah.
" Amboii Nek Mah. Lawak kasaq nampak. " Kata Nadine.
" Sapa guru dia? " Tanya Nek Mah.
" Nadine. " Kata Nadine lalu ketawa bersama Nek Mah.
" Dah lah jom. Tinggal ja basikal tu kat sana. " Kata Nek Mah.
" Jomlah Nek. Takut lambat. " Kata Nadine dan menyambung perjalanannya menuju ke masjid bersama Nek Mah.
" Nenek kau tak join ke malam ni? " Tanya Nek Mah.
" Tak Nek. Mak Abang Ucop jatuh. Jadi Nenek malam ni tidur sana. " Kata Nadine.
" Ooo... Patutlah Nadine je ke Masjid. " Kata Nek Mah.
" Haah Nek. Yang Nek Mah ni? Abang Jali tak hantar Nek Mah ke Masjid? " Tanya Nadine.
" Orang sibuk Nadine. Tak payah nak diharap sangat. Tinggal kat kampung, tapi kerja kat bandar jauh tu. Sama je dengan Eliana. " Kata Nek Mah.
" Alaa Nek, Takpelah rezeki mereka kat bandar. Biarlah. " Kata Nadine.
" Nadine ni? Taknak pergi sambung sekolah ke? " Tanya Nek Mah.
" Jom Nek. Dah sampai dah. " Kata Nadine mengubah topik yang ditanyakan Nek Mah padanya.
Topik yang paling dia taknak dengarkan buat masa sekarang. Niat hati memang nak sambung belajar. Namun melihat keadaan neneknya, dia batalkan niatnya dan membantu neneknya saja yang lebih baik baginya sekarang.
Selesai menunaikan solat Isyak, Nadine masih berada di tempatnya. Manakala jemaah yang lain ada yang sudah berganjak dari duduk dan pulang kerumah.
" Pernah tak kamu yang ada dalam masjid ni, memutuskan untuk mengisi hati atok dan nenek kamu dengan petikan datuk dan nenek yang menyentuh hati? Jika ada, tolong biarkan mereka merasai kasih sayang dan kemesraan bersama kita. " Kata Ustaz yang dikenali di kampung itu sebagai Ustaz Wadi.
" Bagi datuk dan nenek, bayi mewakili mereka, harapan dan aspirasi mereka untuk masa depan. " Kata Ustaz Wadi.
" Maaf Ustaz bertanya. " Sapa salah seorang jemaah.
" Apa dia Pak Haji. " Tanya Ustaz Wadi.
" Maaf Ustaz lari tajuk sikit. " Kata Haji Moksin.
" Takpe teruskan. Kita kongsi mana yang jemaah tak tahu, InsyaAllah saya akan rungkaikan mengikut pengetahuan saya. " Kata Ustaz Wadi.
" Andai budak tu memang takde Mak atau Bapak. I means anak luar nikah yang dibuang oleh mereka. Tapi dijaga oleh orang-orang yang bukan sedarah dengannya. Apakah nanti, pernikahannya sah disisi Agama? " Tanya Haji Moksin.
" Soal ni, jika budak tu lelaki memang tak ada masalah. Tapi jika budak tu perempuan, dia terpaksa lah mengikut prosuder yang ditetapkan oleh pihak Agama Islam. Perkahwinan yang dibuat sah disisi Agama dengan berwakil walikan wali Hakim. Atau orang panggil Wali Raja. " Kata Ustaz Wadi.
" Bermakna sah lah? " Tanya Haji Moksin.
" Sah. Jangan risau. " Kata Ustaz Wadi.
" Apalah si Moksin ni, tanya perkara yang bukan-bukan. " Kata Nek Mah.
Nadine hanya diam. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Haji Moksin. Dia juga tahu dia bukanlah cucu kepada Nenek Ayu.
Dia budak yang dimaksudkan Haji Moksin. Jika dia terserempak dengan Haji Moksin, dia akan selalu dikutuk habis-habisan oleh Haji Moksin dan isterinya.
Hinggalah sekarang. Dan itu yang membuatkan dia lagi kuat untuk tetap tinggal menjaga Nenek Ayu untuk membalas jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh Nenek Ayu padanya sejak dia lahir lagi hingga kini dia meningkat dewasa.
" Nadine jangan terasa tau. Macam tak kenal Haji Moksin tu. Busy body lebih. Suka sangat nak malukan orang. Biar dia. Biar Allah yang balas perbuatan dia tu. " Kata Mak Cik Kina disisinya.
" Takpe. Nadine dah biasa dengan semua ni. Nadine buat-buat tak kisah je. " Kata Nadine.
" Maafkan Nenek Ustaz. Nenek nak bertanya. " Kata Nek Mah.
" Apa dia Nek Mah. Tanya je. " Kata Ustaz Wadi tersenyum melihat Nek Mah.
" Apa hukumnya bagi seseorang yang suka membuka aib orang lain? " Tanya Nek Mah.
Berdesing telinga Haji Moksin mendengar pertanyaan Nek Mah pada Ustaz Wadi. Dan pertanyaan itu sah-sah untuk dirinya.
" Astaghfirullahalazim, Berdosa besar Nek. " Kata Ustaz Wadi.
" Dengar sini ye, Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat. (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya). " Kata Ustaz Wadi lagi.
" Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyiah yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. " Kata Ustaz Wadi lagi menyambung katanya.
" Dengar tu Moksin? Merangkak lah kau kat sana nanti. " Kata Nek Mah pada Haji Moksin.
" Baiklah, kita tutup ceramah malam ni dengan doa Al-Asr. " Kata Ustaz Wadi.
Selesai membaca doa, sedikit demi sedikit para jemaah keluar dari Masjid dan balik kerumah masing-masing. Nek Mah dihantar oleh Ustaz Wadi kerana rumah mereka hanya bersebelahan.
Manakala Nadine keluar dari Masjid sendirian dan berjalan kaki balik ke rumahnya. Jam di pergelangan tangannya menunjukkan pukul 10.45 malam.
Dalam meneruskan perjalanan, satu cahaya dari depan menyilaukan matanya dan apa yang berlaku mengejutkannya hingga membuat semua tulang-tulang nya bergetar hebat.
Sebuah kereta BMW terbabas lalu terbalik kedalam longkang di sebelah jalan. Melihat keadaan jalan yang kosong dan tidak ada orang disana melainkan dirinya, dia mengambil keputusan untuk mendekati kereta itu.
Terlihat ada empat orang didalam kereta dan salah satunya seorang budak perempuan.
" Ya Allah. Sabar ye, Nadine mintak bantuan. " Kata Nadine dan mencari-cari telefon didalam beg yang tersangkut di bahunya.
" Aduhhh mana telefon aku ni. " Kata Nadine cemas.
" Tolong..." Panggillan dari suara Nash yang duduk dibelakang.
Nadine tiada pilihan. Dia akhirnya membantu mengeluarkan mangsa kemalangan.
3 mangsa senang dikeluarkan daripada dalam kereta. Namun pemandunya yang tersepit membuatkan Nadine sukar untuk membantu.
" Sabar ye. Saya akan tolong awak. Bertahan. " Kata Nadine.
Nuh dapat dikeluarkan. Namun meninggalkan kesan yang takkan hilang pada Nadine. Di tumit kakinya koyak akibat terkena besi pintu yang tajam. Manakala pergelangan tangannya cedera parah akibat membantu lelaki itu daripada tersepit..
Selang beberapa minit lepas dia mengeluarkan lelaki itu, kereta yang dipandu lelaki itu meletup dan terbakar.
" Encik, Encik. " Panggil Nadine perlahan menepuk-nepuk pipi Nuh Zahran.
Nuh Zahran membuka matanya namun pandangannya kabur. Dan dia merasa sakit dibahagian Dada.
" Tahan ye. Saya bantu Encik. " Kata Nadine lalu meraba-raba saku jeans Nuh Zahran dan menarik keluar handphone milik lelaki itu lalu menghubungi Ambulans meminta bantuan.
" Atok, Na-nay... " Panggil Nuh Zahran lalu tidak sedarkan diri.
Nadine mencuba memangku si anak kecil kedalam pangkuannya.
" Adik tahan tau. Akak hanya mampu buat supaya luka adik tak bertambah parah. " Kata Nadine.
Dia duduk disana bersama-sama mangsa dan menunggu Ambulans dan polis untuk datang ke sana.
Share this novel