Bab 1

Mystery & Detective Completed 54756

Sekolah Air Merah Batu 3

Selepas aku memasuki ke pagar sekolah, dia rasa tidak sedap hati. Seperti ada yang tak kena. Tetapi dia tidak ambil peduli tentang hatinya itu.

Kelas 2A16

Cikgu yang bernama Mila sofea yang dipanggil oleh orang lain adalah Cikgu Mila. Aku mengikut langkahnya dari belakang Cikgu Mila yang sedang laju berjalan.

Sampai sahaja aku di dalam kelas. Aku ternampak seorang budak perempuan yang mungkin sebaya dengan aku. Aku melihatnya yang tidak langsung berganjak dari sudut hujung belakang kelas, aku hanya diam & memandang muka kawan kawan yang lain semula.

"Murid-murid, hari ini kita ada kawan baru, Fina kenalkan diri."

"Baik, cikgu Mila. Nama saya Fina Syamina ,boleh panggil saya Fina. Beri tunjuk ajar.."

"Fina, kamu duduk ditepi Hani. Pergi duduk disana. Sekarang ,cikgu ada mesyuarat penting. Kamu duduk diam-diam, jangan sampai bising . Saya minta diri dulu." Cikgu Mila meninggalkan kelasnya.

Fina bergerak ke sebelah Hani yang sedang membaca buku. Fina asik memandang muka Hani sambil menunjukkan senyuman.

Hani terus menegur sikap Fina yang pelik itu. " awak ini kenapa ? Sakit? Kalau sakit pergi bilik rawatan dekat bawah. Jangan kacau saya, saya nak baca buku."

"Saya tak sakitlah, saya nak tanya. Siapa perempuan yang duduk dekat hujung dinding sana itu?" Fina menunjuk jarinya ke arah hujung penjuru kelas.

" mana? Mana ada perempuan dekat situ. Saya tak nampak langsung orang dekat situ." Hani membuat muka takut .

"Saya rasa saya nampak budak perempuan tadi. Eh.?.. mana perempuan tadi ? Saya rasa dia ada di situ tadi." Fina melihat sekeliling kelasnya.

"Awak ini buat saya takutlah, jangan sampai orang lain tak kawan dengan awak nanti ,Fina. Nanti orang cakap awak ini gila. "

"Gila? Ramai dah cakap saya gila. Ada juga cakap saya kena sawan gila sebab mengamuk tiba tiba dekat depan orang ramai. Saya tak kesah pun apa yang orang cakap." Fina membuat muka selamba.

"Awak ini menakutkan sayalah. Saya minta diri dululah..." Hani meninggalkan Fina sorang sorang dimeja.

Fina masih memandang budak perempuan yang masih berdiri . Fina melihat tangan budak itu seperti menggegam sesuatu barang.

"Kring" "Kring"

Fina terus keluar untuk pergi ke tandas . Selepas 2 minit, dia keluar dari tandas. Fina ternampak seorang budak lelaki yang sedang bermain telifon sambil menyanyi. Dia datang menghampiri lelaki itu .

"Hi, saya Fina. Cantik betul girlfriend awak tu. .Patutlah tak ada dalam kelas tadi." Fina senyum kepada lelaki itu & jari telunjuknya menunjuk ke arah gadis yang berada di sebelah lelaki itu.

Lelaki itu memandang ke arah tepinya tetapi tiada sesiapa pun. Dia mula rasa takut & seram sejuk.

"Awak ini kenapa ? Sakit ke atau demam ? Kalau sakit pergilah bilik rawatan dekat sebelah bilik guru itu."Jawab lelaki itu.

"No, saya tak sakit. Cuma perempuan itu asik tengok awak saje. Dia cakap dia minta maaf banyak kali . "

"Apa ? Dia minta maaf? Mia ke ? " lelaki itu terus membuat muka serius.

"Betul itu. Eh? Mana perempuan tadi tadi? Dia dah hilang. Lagi sekali?"

Fina memandang sekeliling untuk mencari Mia. Lelaki itu memegang tangan Fina. Fina terkejut.

"Sebenarnya awak ini siapa ? Awak ini gila ke ?"

"Gila? Ramai dah orang cakap saya gila, sekarang awak. It's okay.. Saya Fina , nice to meet you!" Fina membuat muka comel .

"Ooooo.. Saya Haziq. Awak ini ada kuasa ke ? Sebab saya nampak awak ini pelik ."

"Memang saya ada kuasa, saya boleh......" Fina ingin menjelaskan yang dia ada sixth sense. Tetapi semasa dia hendak cakap, seorang perempuan menghampiri mereka berdua.

"Hello Awak! Awak ini siapa? Ooo, ini budak baru tu kan ? Hi~~Saya Alia." Alia membuat ala-ala gedik di tepi Haziq. Haziq yang melihat pun meluat.

"Saya minta diri dulu, Haziq. Bye." Fina memninggalkan Haziq bersama dengan Alia.

Selepas Fina selesai makan, dia ternampak Mia(hantu) sedang berjalan menuju ke sesuatu tempat. Fina mengekori dari belakang.

Selama 5 minit berjalan , Mia berhenti di depan sebuah bilik. Fina terus berhenti melangkah, dia melihat nama bilik itu. Bilik itu bertulis 'DILARANG MASUK' .

Fina memandang sekeliling , sambil itu dia membuka pintu bilik itu perlahan-lahan. Selepas saje dia masuk, dia ternampak sebuah buku di atas meja. Dia menghampiri meja itu & membuka buku yang banyak dipenuhi kertas surat khabar.

Dia terbaca satu helaian surat khabar yang lama, Surat khabar itu bertulis "Kematian Mengerikan " . Fina melihat tarikh dan tempat kejadian itu berlaku . (Tarikhnya: 17/9/2005 & Tempat kejadian: Sekolah Air Merah Batu 3)

"Sekolah ini? Dulu ada kejadian berlaku di sekolah ini ? Aku ingat sekolah ini baik sahaja, tapi bukan ? Aku kena siasat ini!" Fina mengambil dua helai surat khabar yang berada dalam buku itu dan berlalu pergi.

"Apa yang berlaku 11tahun & 2tahun lepas? Pada tarikh yang sama pulak itu? Sorang perempuan yang mungkin lingkungan 40-an & sorang lagi belasan tahun. Tapi perempuan ini macam Mia ? Apa yang sebenarnya berlaku di sekolah ini 12 tahun lalu? Siapa sebenarnya Mia?" persoalan itu asik berlegar di fikiran Fina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience