Chapter 6

Mystery Completed 11155

Surya : Bab 6

"Haa... Haa... Haa..."

Gadis itu berlari pantas membelah semak samun. Bagaikan lipas kudung. Merempuh secara rawak dan meninggalkan calar balar selain lebam yang membiru. Pada wajahnya terlihat terseksa. Seperti didera. Sesekali tubuhnya tersungkur mencium lantai hutan. Mengaduh kesakitan sambil mengusap-usap tempat luka. Langkah masih gah diangkat. Demi selamatkan diri.

BUK!

Dua tubuh terjelepok ke tanah.

"Aduh... Treler mana pulak langgar aku ni? Eh..." Haron mengusap-usap dagunya yang lebam selepas berlanggar dengan gadis itu.

Gadis itu masih tertiarap lemah. Seperti kereta yang sudah overheat enjinnya. Cuma tidak berasap. Longlai.

"Sis... Sis... Okay tak ni?"

"Ada... Ada.. O... Orang kejar..."

Haron memerhati arah datangnya gadis itu. Tiada apa. Cuma semak samun dan pokok-pokok hutan. "Tak ada pun, sis." Haron mencekak pinggang. Matanya memandang gadis itu. 'Macam budak bandar ni. Buat apa pulaklah dalam hutan ceruk ni.' Bebel hatinya. "Ahh... Sis, jomlah. Saya bawak sis balik rumah saya. Mak saya bidan urut." Haron memapah gadis itu. Terpaksa. Kerana dia sendirian ketika itu.

Motor kapcainya dituju sambil memapah gadis itu. Gadis itu hanya menurut kemana Haron bawa. Matanya sembab dan peluh membasahkan seluruh tubuhnya.

*

"Assalamualaikum, mak. Ooooiii..."

"Waalaikumussalam. Oiii... Awal kau balik Ron? Kenapanya? Astaghfirullah.... Anak dara mana kau culik ni Haron oiiii..." Membebel pula orang tua itu melihat anaknya memapah anak gadis sebaik saja dia membuka pintu. "Anak siapa ni, Ron?" Disoal lagi.

"Culik apanya mak. Kalau culik tak bawak balik. Haron simpan je kat pondok durian tu. Haron memberi tubuh gadis itu kepada maknya. "Tak tahulah mak. Budak bandar ni rasanya. Sesat agaknya. Dia keluar dari hutan tu tadi masa Haron pergi cari ulam."

"Oh... Tak apa. Meh, ikut makcik ya." Gadis itu dipapah ke bilik.

Mak Salima dan Haron. Dua beranak yang masih menetap di kampung itu. Ayahnya Haji Halim meninggal dunia tiga tahun lepas selepas dipatuk tedung selar yang masuk ke dalam rumah. Manakala anak-anak lain iaitu abang kakak Haron bekerja di bandar demi menyara keluarga di kampung. Setiap dua minggu sekali sejumlah wang akan dimasukkan ke akaun Haron. Haron yang anak bongsu, hanya memilih untuk teman ibunya kalau-kalau ibunya sakit atau apa-apa. Kehidupan dua beranak itu sangat sederhana. Duit yang dihulur diatur sebaik mungkin agar sentiasa cukup, malah lebih.

Mak Salima menidurkan gadis itu. Lemah sangat nampaknya. Dia sesekali keluar masuk mengambil ubat dari biliknya. Biasalah bila dah tua, mahu ambil itu terlupa yang ini. Mahu tak mahu gagahkan juga.

Haron pula menunggu diluar selepas selesai mengemas halaman rumah. Dia mengeluh penat selepas seharian di kebun, tak terjangka untuk bertemu gadis kota.

"Nak, nama anak siapa?" Mak Salima bertanya apabila gadis itu membuka mata, sambil tanganya mengusap-usap air asam di kepala.

"Su...surya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience