34

Romance Series 10716

Matanya bergetar saat bertatapan dengan lelaki itu.

"Sebenarnya..."

Fea menjengah memandang ke arah pintu biliknya.

"Papa" tegur Fea lemah. Serta merta dia mematikan hasratnya.

Taylor lantas berdiri bila mendengar Fea memanggil papa.

Rey melangkah masuk ke dalam bilik anak gadisnya.

"Anak papa dah bangun?" tegur Rey lantas duduk dibirai katil.

Fea bangun dan bersandar pada katil.

"Fea tak apa-apa" balas Fea yang rasa terlalu dimanjakan.

"Apa yang berlaku semalam, kenapa Fea buru-buru keluar?" Rey mula soal selidik anaknya.

Fea menjeling sekilas kearah Taylor. Dia menelan ludah bila mata lelaki itu terus menatap lekat kearahnya.

Pandangan yang sangat lembut, pandangan ambil berat, perhatian, tanggungjawab dan penyayang.

Fea melarikan pandangannya dari lelaki itu pantas.

"Fea cuma nak pergi kedai grocery, cari barang untuk Della. Dia kan nak balik esok" bohong Fea. Dia bersyukur kerana alasan itu terdengar agak kukuh dan tidak konyol.

"Kenapa awak tak hubungi saya saja, saya boleh bantu awak carikan sesuatu untuk Della" balas Taylor.

Fea memberanikan diri memandang wajah Taylor.

"Awak tahu ke nak belikan apa untuk dia? Saya nak pilih sendiri, sebab tu saya keluar dan pergi sendirian tanpa hubungi awak. Saya tak mahu susahkan awak."

"Dan Fea sudahpun susahkan papa dan Taylor tau, malah tindakkan Fea tu telah membuat kami berdua risau terutamanya Taylor" bidas Rey tegas.

Fea melongo. Apa maksud kata-kata papa? Gumam Fea dalam hati.

Fea teringat sesuatu. Dia bingkas turun dari katil lalu beranjak ke bilik mandi.

"Nak kemana pula terburu-buru macam tu?" tegur Rey dengan nada tinggi.

Langkah Fea terhenti seketika dimuka pintu.

Taylor? Dia sekadar menoleh memandang Fea dengan tatapan yang sukar ditafsir.

"Mandi. Flight Della jam 9 pagi nanti. Fea nak singgah kedai grocery dulu sebelum jemput Della dihotel." Fea mahu melangkah masuk ke dalam bilik mandi, kemudian mematikan langkahnya semula.

"Hah, perbicaraan jam 2 petang nantikan? Tunggu Fea ya, kita pergi sama-sama" ujar Fea lantas menghilang disebalik pintu yang dikunci rapat.

Rey menggeleng kepala
"Tak pernah serik" keluhnya.

Taylor yang mendengar keluhan majikannya sekadar tersenyum.

.

Fea sudah segak mengenakan suits winternya, dan bersepatu saat melangkah keluar dari rumah.

Saat kakinya menginjak peputihan salji yang terhampar gebu di tanah, langkahnya mati.

Taylor sudah siap menunggu kedatangannya di sisi kereta.

Melihat Fea keluar, dia lantas membukakan pintu kereta di bahagian belakang sambil menanti wanita itu berjalan dan masuk ke dalam kereta.

Fea menggigit bibirnya perlahan. Tatapan mata mereka beradu buat beberapa detik sebelum dia melangkah menghampiri Taylor, membuka pintu bahagian hadapan lalu masuk dan duduk di sisi seat pemandu.

Taylor terkedu.

Taylor masuk ke dalam kereta seraya menoleh memandang ke sisi.

Fea sedar lelaki itu sedang memandang kearahnya.
"Mulai hari ni, saya akan sentiasa duduk di seat depan walaupun ada papa" ujarnya tanpa menoleh memandang ke arah lelaki itu.

Sebenarnya, jantungnya sekarang berdetak sangat pantas seperti mahu pecah. Tapi, dia cuba mengawal sebaik mungkin dari dikesan oleh Taylor.

"Mana papa?" soal Fea hairan.

"Tuan Rey sudah keluar. Katanya ada hal. Nanti Tuan terus ke mahkamah" jelas Taylor.

Fea kemudiannya memberanikan diri, menoleh kearah Taylor.

"Kenapa awak tak ikut papa? Saya boleh pergi sendiri. Lagipun, Fiona juga akan ke sana" luah Fea perlahan.

"Tuan yang arahkan saya untuk ikut awak, Cik Fea"

Dahi Fea berkerut.
Panggilan lelaki ini terhadapnya begitu formal.

"Fea." ujar Fea

"Fea!" Tekan Fea buat kedua kalinya sehingga berjaya membuat Taylor tersenyum lebar.

..

Fea, Fiona dan Della berpelukkan, lama.

"Kami akan rindui kau, Della" ujar Fiona sebak.

"Jangan lupakan kami disini ya" tegur Fea dengan suara separuh berbisik.

Della mengangguk pantas sambil melepaskan pelukkan.

"Aku tak akan pernah lupakan korang. I will miss you" luah Della sebak.

Della menggenggam tangan Fea.
"Maafkan aku Fea sebab tak dapat hadir ke perbicaraan Abang Drake hari ni."

Fea mengangguk pantas. Dia faham keadaan Della sekarang. Della banyak membantunya dari segi sokongan fizikal dan mental. Jika tiada Della, mungkin dia tidak sekuat sekarang.

Della mendekatkan bibir ke telinga Fea;
"Aku happy lihat kau dengan Taylor bersama"

Fea menggigit bibir. Wajahnya bersemu merah. Dia malu Della berkata begitu padanya.

Della terkekeh ketawa.

"Taylor, saya pergi dulu. Ingat, jaga Fea baik-baik." pesan Della sebelum masuk ke ruangan pelepasan.

"Jangan risau. Saya akan menjaganya lebih dari saya menjaga diri saya sendiri" kata-kata Taylor membuatkan Fiona menganga.

Della terkekeh ketawa, sementara Fea menunduk malu. Dia sendiri tidak menyangka, Taylor akan menjawab begitu.

...

Perbicaraan akan bermula dalam beberapa minit sahaja lagi namun kelibat Fea, Taylor dan Fiona masih belum kelihatan.

Rey sesekali menilik arloji mahal di lengan kanannya. Dia kemudian mengeluh.

Kemana mereka bertiga pergi? Flight Della sudah lama berlepas, tapi bayang ketiga mereka masih belum kelihatan. Rey mula resah.

Peguam, pendakwa raya dan Hakim sudah masuk ke ruangan bilik perbicaraan. Begitu juga dengan tertuduh dan yang dituduh.

Drake memandang sekilas ke wajah Rey saat melangkah masuk.

Lelaki tua itu tidak memandang kearahnya.
Kening Drake berkeru, hairan.

Dia duduk disamping pendakwa raya Eun Sol. Sekali lagi dia menatap lekat ke wajah tua papanya, Rey.

Lelaki itu nampak kurang senang. Dia nampak resah. Sesekali dia menilik skrin iphone dan sesekali dia menilik jam ditangan. Semua itu tidak lepas dari pandangan Drake.

Drake memandang ke ruangan tetamu yang hadir untuk menyaksikan kes perbicaraan mereka. Tapi, dia langsung tidak nampak kelibat Fea dan Taylor.

'Adakah...? Tidak, tak mungkin' Drake ikut gelisah. Dia cuba membuang fikiran negative yang sedang berlegar-legar di ruang kepalanya.

Rey keluar dari bilik perbicaraan. Dia cuba menghubungi Taylor beberapa kali namun gagal.

"Tuan" panggil seseorang dari arah belakang.

Rey menoleh pantas. Melihat wajah lelaki itu membuat dia tergamam seketika.

Lelaki itu tersenyum lebar kearahnya sebelum wajahnya bertukar serius.

Wajah tua majikannya itu tidak kelihatan senang. Adakah Tuan Rey risau mengenai perbicaraan Drake? Atau mungkin dia risau jika Drake kalah dalam perbicaraan ini? Tidak...tidak. Drake akan menang dalam perbicaraan ini, dia betul-betul yakin!

"Andrew, bagaimana awak boleh berada disini?" soal Rey dengan wajah bingung.

"Panjang ceritanya, Tuan. Semua ini kerana Tuan Drake."

Rey semakin bingung. Adakah hal ini baik atau buruk?

"Tuan jangan bimbang, saya yakin Tuan Drake akan menang" ujarnya yakin.

"Bagaimana awak begitu yakin?" soal Rey hairan.

Andrew tersenyum.
"Tuan Drake mempunyai semua bukti yang menunjukkan Ed bersalah dalam hal ni. Dan dalangnya juga bakal diketahui seketika nanti" ujar Andrew.

Jika diikutkan, dia sudah memberitahu semuanya mengenai hal Tuan Drake dan majikannya ini tidak perlu khawatir lagi. Tapi sekarang, wajahnya langsung tidak berubah gembira malah terlihat murung dan susah hati.

"Tuan tak apa-apa?" soalnya.

"Fea. Dia keluar dari pagi tadi lagi, sampai sekarang ni, belum sampai lagi" adu Rey dengan wajah resah.

Raut wajah Andrew berubah.
"Cik Fea dengan siapa? Kemana Cik Fea pergi?"

"Fea ke Lapangan Terbang bersama Taylor dan Fiona. Mereka mahu menghantar Della pulang ke New York sebelum kawannya itu terbang semula ke Paris dan menetap disana buat selamanya"
Cerita Rey tanpa merahsiakan hal ini sedikit pun.

"Jika diikutkan, flight Della bertolak jam 9pagi tadi lagi. Sekarang sudah jam 2.30petang. Takkanlah perjalanan mereka selama itu? Kemana mereka pergi?" luah Rey tentang keresahannya.

"Tuan dah cuba hubungi mereka?" soal Andrew lantas mengeluarkan handfonennya.

"Sudah. Masuk voicemail" keluh Rey kecewa.

Andrew tidak berputus asa. Dia cuba menghubungi Taylor. Malangnya, panggilannya itu terputus begitu sahaja.

"Saya tak sedap hati" luah Rey mulai resah.

"Tuan masuk dulu. Biar saya yang handle hal ni." pinta Andrew lembut.

Rey sekadar mengangguk lemah.

..

Drake melihat papanya masuk semula ke dalam ruangan perbicaraan lalu duduk di ruang hadapan. Rey memandang sekilas kearahnya sambil dia sempat memberi isyarat kepala kepada Rey. Lelaki itu sekadar tersenyum kelat seraya menggelengkan kepala.

Drake tahu, papanya ada merahsiakan sesuatu.

Bersambung...

Apa sebenarnya yang telah berlaku? Walaupun Rey seorang ayah, namun firasatnya tidak pernah salah. Dia dapat merasakan seolah-olah ada perkara buruk yang menimpa anak gadisnya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience