Bab 24

Romance Series 80702

"KENAPA kau sibuk cari kami lagi?!". Mak Eton naik meradang.

"Kenapa? aku nak duit !! kau dengan anak kau sedap-sedap hidup mewah...aku ni korang campak tepi?."
Mencerlung mata Zabidi melihat Mak Eton.

"Tak ada ! yang kau tengok tu bukan hak kami. Kami menumpang aje."

Zabidi ketawa sinis.

"Menumpang? oh ya ya...orang kaya tu yang bela anak kau kan? Jadi perempuan simpanan?".

Pang !! Tamparan dari Mak Eton hinggap di pipi Zabidi.

Selama ni dia pun tahu pasal Jihan kerja di rumah besar Tuan Syed Iqwal ?

"Kau jangan nak hina anak aku ye. Anak aku baik.. bukan macam kau. Manusia tak guna hidup menyusahkan orang !"

Terus Zabidi mencekik leher Mak Eton.

"Aku nak duit. dalam masa beberapa hari lagi aku datang balik. Kalau kau tak bagi siap kau !"

Cengkaman di leher Mak Eton di lepaskan dengan kasar. Zabidi kembali menutup kepalanya dengan hoodie semula. Terbatuk-batuk Mak Eton mengurut lehernya yang terlalu sakit di cekik oleh bapa tiri Nurjihan yang hidup kembali !

"PERGH, teh ais cafe ni padu siak." Minuman itu di sedut puas oleh Nurjihan.

"Jangan minum selalu, potong kaki kang."

Wajah yang mencuka itu di sambut oleh ketawa Hawa.

Matanya Hawa menangkap kelibat seseorang yang menghampiri meja mereka.

"Psst ! lecturer kesayangan kau datang."

Nurjihan membuat muka bosan.

"Datang sini? buat apa laa...adeii".
Kepalanya di garu.

"Hai girls, awalnya habis makan?".
Kerusi di sebelah Hawa di tarik agar mudah dia menatap wajah Nurjihan.

"Ada orang tu lapar terketar-ketar nak makan."

Nurjihan menjeling. Perli aku la tu Hawa ni.

"Eh bab lapar jangan buat main tau. Boleh putus kawan." Kata-kata Nurjihan itu mengundang tawa oleh mereka.

"Macam tu ye awak Jihan, baru saya tahu." Dr.Haider mencelah.

Nurjihan mengeluarkan sebekas tupperware kecil berisi kuih seri muka di letakkan di hadapan Dr.Haider kiriman paksa oleh Mak Eton.

"Nah, makan sampai lebam."

Besar mata Dr.Haider memandang Tupperware itu. Kuih kegemarannya buatan oleh Mak Eton.

"Amboi Dr. sejak bila ada runner makanan berbekal ni?"

Bekas makananan dan Nurjihan di pandang bersilih ganti.

"Sejak saya dah anggap Mak Eton tu macam mak mertua saya sendiri." Dr. Haider mencucuk jarum.

Tersedak Nurjihan.

Hawa? usah di kata bila seksanya dia menahan ketawa. 'nice try Dr.'

Ada ke anggap mak mertua sendiri? tak pernah di buat orang la haishh.

"Dr. nak ke tak nak kuih ni? saya ambil balik karang..."

Kata-kata Nurjihan berhenti bila Dr.Haider
menarik laju tupperware itu rapat dengannya.

"Eh...eh..mana boleh ambil balik. Buruk siku tau."

"Tahu pun.." Nurjihan menjeling.

"Haa hampir lupa saya. sebenarnya saya datang ni ada hal penting nak bagitahu."

"Hal apa tu ?". Nurjihan kembali menyambung makan.

"Korang kan dah nak habis sem. So ada prom night. Prom night tu nanti saya yang handle. So..saya nak lantik Jihan dan awak sebagai ahli jawatan kuasa untuk uruskan prom night tu boleh?". Kening Dr Haider terangkat-angkat.

"Naib pengerusi siapa Dr.?" Tanya Hawa.

"Amran."

Ceh, si Amran tu? memang student favorite dia la ni. Nurjihan menggeleng.

"Boleh eh?" Dr.Haider mahukan kepastian.

"Ye..ye boleh Dr." Hawa dan Nurjihan menjawab serentak.

"SERONOK budak-budak ni sejak awak datang." Farid tersenyum melihat seorang budak perempuan yang sedang bermain-main dengan Pia.

Bahasa isyarat Pia : Saya pun suka melayan budak-budak.

"Awak student last year kan sekarang?". Farid inginkan kepastian.

Pia mengganguk.

"Ouh seronok la orang tu dah nak habis belajar. Lepas ni busy dengan kerja pulak. Rindulah budak-budak tu nanti".

Bahasa isyarat Pia : Tak apa. Saya akan cari masa datang sini. Saya dah sayang sangat dekat mereka.

"Saya pulak?". Tanya Farid.

Pia tergamam. Dia? dia tanya aku sayang dia ke?

Farid ketawa perlahan bila Pia tertunduk malu.

Mestilah. Aku dah suka kau lama kot !

"Sorry.. sorry saya bergurau je. Jangan ambil hati eh." Farid merasakan gurauannya keterlaluan pada Pia.

Pia hanya menggeleng dan senyum.

BENJAMIN mengerling ke arah pejabat Karlisa. Sudah setengah jam gadis itu melayan kunjungan Megat Rusydi. Dirinya begitu tidak betah bila asyik menilik-nilik dokumen perjanjian kerjasama antara MR HOLDINGS dan SYEDIQ GROUP untuk memberi bantuan dana bersyarat meneruskan projeks di Genting Highlands.

"Are okay uncle with our 80% authority atas projek dekat Genting tu?".

"No problem asalkan projek tu dapat di siapkan. Uncle percaya dengan kebolehan Syediq Group."

Karlisa mengganguk. Fahamlah dia bahawa Megat Rusydi ini sangat memerlukan bantuan sehingga memberikan kuasa lebih kepada Syediq Group untuk menguruskan projek dari syarikat itu.

"Okay sekejap saya panggilan Benjamin untuk bawakan agreement projek."

"Sure." balas Megat Rusydi.

Di sebalik alat perakam suara yang di pasang secara langsung itu, dengan mendengarkan kata putus dari Megat Rusydi itu. Tuan Syed Iqwal tersenyum sinis. Good job Karlisa !

Rancangan pembalasan dendamnya pada Megat Rusydi berjaya menapak dalam laluanya dan menunggu masa kemuncak.

"Erm, Uncle dah lama tak nampak Iqwal keluar news and megazine. Kemana dia ye sekarang?."
soalan dari Megat Rusydi itu mengejutkan mereka yang mendengar.

"Ouh Iqwal, dia manage outstation punya projek dekat Turki. So dia memang stay sana. I yang akan urus company dekat sini sementara dia tak balik lagi ni." Jawapan Karlisa itu mengundang rasa lega di hati.

Megat Rusydi tak pernah berjumpa dengan Tuan Syed Iqwal menjelang lelaki itu dewasa, Meskipun dia rakan yang berpura-pura baik dengan Tuan Syed Ibrahim.

"I see.."
Kagum dengan lelaki tersebut. Muda-muda lagi telah berjaya membangunkan sebuah syarikat ternama yang gah di mata dunia.

Setelah Megat Rusydi berjaya menandatangani dokumen perjanjian kerjasama projek itu. Karlisa menghulurkan tangannya berjabat dengan Megat Rusydi.

"Thank you very much for your help. Uncle harap kerjasama kita ni akan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda." Ujar Megat Rusydi.

"Don't worry uncle it will be."
Karlisa tersenyum menghantar kepergian Megat Rusydi dari pintu pejabatnya.

kemudian,
Pintu di ketuk dan Benjamin masuk ke dalam pejabat Kalisa.

"Hebat Karlisa...Tuan Syed kena bagi rewards pada Cik Nurjihan ni."

Karlisa tersenyum.

"Tak perlu rewards la. Saya buat kerja saya je."

"HUII bawa apa tu?" Tegur Syifa melihat bungkusan makanan di tangan Nurjihan.

"Bawak gado-gado ni ha tadi beli dekat luar. Favourite Jihan ni". Nurjihan berkata sambil menjilat bibirnya.

"Amboi.. nampak sangat favoritenya tu".
Ketawa Syifa melihat Nurjihan.

"Kak Syifa nak rasa sikit?".

Kak Syifa menggeleng.
"Tak apa lah. Saya dah makan tadi Cik Jihan."

"Tuan Syed marah tak kalau saya bawa makanan luar masuk sini?" Nurjihan ragu-ragu.

"Tuan Syed tu memang cerewet sikit bab makanan tepi jalan ni. Tapi taktau la kalau dia tak nampak tak apa kot. Ha makan la cepat-cepat".
Syifa memerhati keadaan sekeliling rumah jikalau terlihat kelibat Tuan Syed.

"Okay..okay"

Sedang dia menikmati makanan itu, tiba-tiba Nurjihan terasa kepalanya di sentuh seseorang.
Terhenti suapan kenikmatan.

Membulat mata Nurjihan memandang Tuan Syed Iqwal yang berada di bucu meja dapur itu.

"Er..Tuan Syed. Saya nak makan sekejap. Sorry saya bawa makanan luar masuk. Saya lapar sangat."

terketar-ketar Nurjihan berkata. Baru tadi Syifa berpesan padanya yang Tuan Syed ini pantang makanan dari luar di bawa ke dalam rumah. Lagi-lagi makanan tepi jalan. Bagi Nurjihan itu sudah sebati pada dirinya tidak memilih makanan. Tetapi kali ini untuk makan di rumah ini kena berhati-hati.

Kaku pandangan Tuan Syed Iqwal ke arah Nurjihan.

"Sedap sangat ke sampai saya ada dekat dapur ni pun awak tak perasan?".

"Err ye Tuan Syed sorry saya tak sedar. Sekejap ye saya buangkan dulu bekas makanan ni."

Syifa yang melihatkan keadaan itu dari ruang tamu berasa bimbang. Sayangnya makanan itu hendak di buang gara-gara Tuan Syed.

Tangan Nurjihan di tahan oleh Tuan Syed Iqwal.

"Kenapa nak buang? awak tak habis makan lagi kan?".

Nurjihan duduk semula di atas kerusi itu.

"Tapi Tuan Syed kan tak suka....."

"Saya nak rasa sikit boleh?".

Permintaan Tuan Syed Iqwal itu memeranjatkan Syifa. Tidak di sangka...

Nurjihan tergamam. Nak sikit? aik...

Nurjihan menolak bekas makanan itu sedikit ke tepi untuk dekat dengan Tuan Syed. Bagai tak percaya bahawa Tuan Syed makan dengan beberapa suapan.

Woii aku baru makan satu sudu kot.. Nurjihan menelan air liur melihat Tuan Syed yang berselera sekali makan gado-gado tersebut.

"Sedap la. Awak beli dekat mana ni?".

"Ar...tepi jalan depan kampus saya." Jujur Nurjihan.

"Nanti kalau rasa nak beli lagi bawak lebih eh?"

Senyuman ikhlas Tuan Syed membuatkan Nurjihan mengganguk perlahan akur dengan permintaan Tuan Syed Iqwal.

Aik kata tak layan makanan tepi jalan? Pening...

PIA menutup pintu rumah dan terkejut melihat Nurjihan di balik pintu.

"Awal balik?" Tanya Nurjihan lalu menunjukkan jam di dinding yang telah masuk pukul 12 tengah malam.

Bahasa isyarat Pia : Aku ada banyak kerja nak betulkan design projek aku tadi. Lambat habis.

"Kau ni Pia kan?."

Pertanyaan bodoh apakah ni?

Bahasa isyarat Pia : Kau ni hilang ingatan ke? aku memang Pia la.

"Aku kena pastikan kau ni orang atau tidak dulu".

Nurjihan mengangkang kakinya sedikit dan kepala di terbalikkan melihat Pia dari celah kakinya itu.

Pia menggaru-garu kepalanya melihat perkara tahyul apa yang di lakukan oleh Nurjihan ini.

"Haa betul.. betul..ada kaki pastu jejak tanah. Betul orang bukan hantu."

Terjegil bijik mata Pia mendengarkan apa yang di katakan oleh Nurjihan. lalu dia menendang punggung Nurjihan yang sudah berlari di kejar Pia.

Tak guna kau kata aku hantu?

***

DALAM kesamaran cahaya yang lampu tidur yang malap itu.. Nurjihan tersedar yang sekarang menunjukkan pukul 3 pagi. Lalu dia bergerak ingin ke tandas.

Kejap? terasa ada tangan yang memeluknya. Dia memusingkan kepalanya ke belakang dan melihat Mak Eton tidur di sebelahnya.

Aik mak tidur sini? Bila Mak masuk?

Hairan Nurjihan. Jarang emaknya memeluk waktu dia tidur. Selalunya akan terbalik. Dia yang memeluk emaknya sampai rimas Mak Eton.

Dia menarik semula selimut untuk menutupi badan Mak Eton dan bergerak perlahan turun dari katil.

Kenapa sejak dua tiga hari ini emaknya berkelakuan manja seperti ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience