Bab 3

Romance Completed 94920

Selepas dua lelaki yang datang ke rumah Khai pergi. Khai dan Harris pun masuk ke dalam rumah. Malam ini Khai merasa agak sukar untuk melelapkan matanya. Hatinya runsing memikirkan ia dan Harris bapa saudaranya terpaksa keluar dari rumah ini. Rumah yang telah banyak menyimpan kenangan Khai bersama arwah nenek dan ibunya. Esok Khai akan cuba mencari rumah yang mahu di sewakan. Atau mungkin juga mencari bilik untuk di sewa.

Kerana di negeri ini agak mahal untuk menyewa rumah. Jika menyewa bilik mungkin agak murah sedikit. Tapi masalahnya sekarang bapa saudaranya lelaki dan Khai pula perempuan. Ingin menyewa bilik penghuni rumahnya perempuan pastilah kurang sesuai.

Pagi ini seperti biasa Khai memasak terlebih dahulu untuk Harris. Selepas itu barulah Khai berangkat menuju ke tempat kerja. Khai pergi agak awal kerana ingin mencari jika ada rumah untuk di sewakan. Khai melihat ada sebuah rumah untuk di sewakan tapi agak mahal bayaran bulananya. Khai merasakan ia tak mampu untuk membayarnya. Lagi pun Khai hanya gaji hari saja. Kekadang Khai tak boleh bekerja bila hari hujan.

Bila melihat jam sudah hampir 8.20 Khai segera membawa motornya ke arah tapak pembinaan yang ia bekerja. Waktu masuk kerja Khai adalah jam 8.30 pagi. Sampai di tapak perumahan tempat kerja Khai pun mulalah melakukan tugasnya.

Petangnya Khai pulang dari kerja seperti selalu. Tapi kali ini membawa motornya berkeliling ke kawasan perumahan di sekitar daerah tempat tingggalnya. Untuk mencari jika ada iklan tentang rumah untuk di sewakan.

Khai agak hampa kerana bayaran deposit yang agak mahal. Khai tidak mampu untuk membayarnya. Dengan perasaan hampa Khai pun keluar dari kawasan taman perumahan tersebut. Semasa khai ingin keluar dari kawasan taman perumahan tersebut. Khai ternampak satu iklan di depan pagar rumah yang mencari orang yang ingin menyewa bilik. Iklan itu juga mengatakan hanya untuk lelaki saja. Khai melihat ada nombor telefon di iklan tersebut. Khai pun menyimpan nombor telefon tersebut.

Khai pulang ke rumah agak lewat dari selalu hari ini. Harris sudah menunggu Khai di depan pintu. Khai memati enjin motornya lalu mencabut kunci motor. Khai berjalan ke arah bapa saudaranya itu."Assalamualaikum, paksu dah makan?"

"Waalaikumusalam,Pakcu dah makan taadi... Kenaaapa balik lambat hari ni. Pakcu risaulah."kata paksu agak tergagap-gagap sedikit.

"Khai pergi cari rumah untuk kita tinggal nanti. Tapi semuanya agak mahal depositnya"kata Khai.

"Oo, ingatkan kenapa tadi"kata Harris sambil tersengih pada Khai anak saudaranya itu.

Jam menunjukkan sudah 8.30 malam. Khai mengambil telefon bimbitnya lalu ia mencari nombor yang telah ia simpan tadi. Khai menekan nombor tersebut. Ini je jalan terakhir Khai untuk mencari tempat tinggal. Tak kisahlah jika terpaksa tinggal bersama lelaki di satu rumah.

Kerana di iklan tersebut mereka hanya mahu lelaki saja. Jantung Khai agak bedebar-debar menunggu pangilan di jawab. Dalam berapa minit kemudian pangilan Khai pun di jawab oleh suara seorang lelaki." Hello".

"Hello, ni encik Mohd Hilal ke?"soal Khai bila mendengar ada suara menjawab pangilannya.

"Ya,saya Hilal ada apa ya"kata suara lelaki yang bernama Hilal.

"Saya Khairul... Saya telefon ni sebab ternampak iklan ada bilik kosong untuk di sewakan. Bilik tu masih kosong lagi tak?"kata Khai.

"Oo, bilik tu masih ada kosong lagi. Kalau awak nak sewa bilik tu boleh lah jumpa saya petang esok kita bincang." kata Hilal.

"Baiklah,esok petang lepas habis kerja baru saya datang rumah awak" kata Khai lalu ia pun memutuskan pangilan tersebut.

Paginya seperti biasa Khai pun berangkat ke tempat kerja. Petangnya habis kerja Khai terus menuju ke rumah tempat ia akan menyewa bilik untuk berbincang. Sampai di depan rumah tersebut Khai pun mematikan enjin motornya. Khai pun memberi salam. Tak lama kemudian keluar 2 orang lelaki. "Waalaikumusalam, masuklah."kata salah seorang lelaki tersebut.

"Awak ni Khairul yang telefon malam tadikan.Kenalkan saya Hilal dia ni pula Danish." kata Hilal sambil berjalan masuk. Khai pun mengekori Hilal dan Danish masuk ke dalam rumah.

Lalu mereka bertiga pun duduk di ruang tamu. "Saya nak beritahu ni. Nanti saya akan bawa bapa saudara saya sekali tinggal di sini."kata Khai memulakan bicara.

"Tak pa boleh je. Tapi satu bilik jelah"kata Danish.

"Deposit kira macam mana ni?"tanya Khai tanpa selindung.

"Deposit tiga ratus ringgit je. Bulan-bulan seratus setengah boleh kut. Khai awak ni kerja apa ya?"soal Hilal sambil memadang pakaian yang di pakai oleh Khai.

"Saya kerja buruh di tapak perumahan yang baru dibina tak jauh dari sini" kata Khai.

Selesai berbincang apa yang patut dengan Hilal dan Danish. Khai pun meminta diri untuk pulang. Khai juga memberitahu keadaan bapa saudaranya yang ada masalah lembam pada Danish dan Hilal.

Sampai di rumah hari sudah semakin gelap. Malamnya Khai mengemas pakaian dirinya dan juga Harris. Khai memasukkan pakaian yang ingin di bawa ke dalam beg. Lusa Khai dan Harris sudah boleh pindah masuk ke rumah yang di diami oleh Danish dan Hilal.

------------------------
Sementara itu di rumah yang bakal Khai dan bapa saudaranya tinggal. Kelihatan Hilal dan Danish sibuk dengan menonton pelawanan bola sepak. Itulah gelagat mereka berdua. Rumah ini adalah rumah Hilal sebenarnya. Sudah hampir 3 tahun Hilal membeli rumah ini.

Hilal bekerja sebagai kerani sekolah saja. Sudah hampir 8 tahun ia bekerja sebagai kerani sekolah. Umur Hilal pun sudah memasuki angka 30 pada tahun ini. Tapi masih belum bertemu jodoh.

Manakala Danish pula bekerja di sebuah kilang. Umur Danish 27 tahun dan sudah pun mempunyai tunang. Lagi 3 bulan mereka akan di ijab kabulkan. Selepas itu Danish akan berpindah keluar dari rumah Hilal. Kerana itu Hilal mahu mencari rakan serumah. Lagi pula masih ada satu bilik lagi yang masih kosong.

"Hey, kau rasa okay tak Khairul tu?"soal Hilal pada Danish sambil matanya menatap pada perlawanan bola di tv.
"Aku rasa okay je. Tapi kesian juga muda-muda dah terpaksa bekerja kena panas terik."kata Danish sambil tangannya mula mengopek kacang lalu memasukkan ke dalam mulutnya.

"Dah yang tu je yang dia boleh kerja. Sekolah pun tak habis."kata Hilal lagi.

"Okay lah, aku dah mengantuk ni. Aku masuk bilik nak tidur. Esok aku kena kerja pula nanti tak terbangun pulak."kata Danish lalu ia pun melangkah kakinya menuju ke bilik.

Hilal dan Danish tidak nengetahui bahawa sebenarnya Khairul adalah perempuan. Orang luar tidak akan tahu jika Khai itu sebenarnya seorang perempuan. Lagi pula rumah Hilal juga agak jauh dari tempat tingggal Khai dan Harris. Tempat Khai bekerja juga agak jauh dari rumahnya.Tapi jika Khai berpindah di rumah Hilal tempat kerjanya jadi semakin dekat. Jadi bolehlah Khai bertolak pergi kerja lewat sedikit dari selalu.

______________________

Hari ini Khai tidak bekerja, kerana hari ini Khai akan membawa Harris berpindah masuk ke rumah Hilal. Mereka berdua hanya membawa pakaian dan barang-barang yang penting. Sudah siap meletakkan beg di raga motor Khai pun menghidupkan enjin motor. Satu beg lagi Harris pegang. Melihat enjin motor sudah hidup, Harris naik ke atas motor sambil tangannya memengang beg. Lalu Khai membawa motornya menuju ke arah rumah Hilal dan Danish.

Lebih kurang 1 jam Khai dan Harris sampai di rumah Hilal. Khai melihat sudah ada Hilal menunggunya di rumahnya. Hilal pun membuka pintu dan menyambut ke datangan Khai dan Harris. Hilal hari ini mengambil cuti kerana Khai telah memberitahu hari ini ia akan berpindah masuk ke rumah Hilal untuk menyewa bilik bersama Harris. Danish pula hari ini tidak ada kerana bekerja. Selesai membawa beg masuk ke dalam bilik. Khai pun memberi duit deposit kepada Hilal.

Hati Khai sedikit lega kerana Hilal dan Danish tidak syak bahawa ia seorang perempuan. Khai pun tak pasti sampai bila rahsia tentang dirinya ini boleh di simpan. Malam ini Khai tidur satu bilik dengan bapa saudaranya. Dalam bilik ini ada katil dan tilam. Harris tidur di atas katil, manakala Khai tidur di lantai beralaskan toto yang ia bawa dari rumah. Mulai hari ini nampaknya Khai dan Harris terpaksalah menyesuaikan diri hidup bersama Hilal dan Danish di rumah ini.

Share this novel

kentang
2024-11-11 14:21:38 

best l novel ni??

Hawani Hashim66
2021-10-16 08:23:21 

sedihnya jln cerita novel ni...mcm realiti kehidupan ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience