BAB 38

Romance Completed 11647

Aku mengambil keputusan untuk bertolak ke Shah Alam hari ini juga. Malas hendak berlama lama di sini. Sebelum pergi, kami sekeluarga singgah di rumah Cik Da. Dia terkejut bukan kepalang kerana melihat aku tidak memakai baju pengantin.

"Hamka, kenapa tak bersiap lagi? Ainun dah siap, tunggu pakai tudung je." Ujar Cik Da.

"Eh, buat apa saya perlu bersanding dengan Ainun? Dia bukannya isteri saya lagi. Cik Da tak dengar ke apa yang saya cakap malam tadi?" Ujarku selamba.

"Hamka, tolong jangan malukan Cik Da. Cik Da merayu tolonglah bersanding dengan Ainun harini. Jangan malukan Cik Da."

Cik Da memegang tanganku. Raut wajahnya jelas menunjukkan kesedihan. Timbul perasaan belas terhadap insan di hadapanku ini. Tapi segera diusir perasaan belas itu jauh jauh.

"Takpelah Cik Da. Saya nak pergi jumpa Taufiq." Aku meninggalkan Cik Da sendiri. Sebelum beredar sempat aku bersalam dengannya.

Aku berjalan menuju ke arah Taufiq yang sedang duduk termenung. Dari kejauhan aku melihat emak dan ayah sedang berbual dengan Cik Da. Mujurlah orang tuaku masih punya hati, ingin memaafkan kesalahan keluarga mereka.

"Hamka, kau dah nak balik?" Ujar Taufiq. Dia terus berdiri dan memelukku erat apabila menyedari kedatanganku.

"Ha'ah. Aku dah nak balik. Buat apa aku duduk kat sini lagi, bukannya ada apa pun."

"Aku minta maaf sangat. Tak sangka jadi macam ni. Demi Allah, aku tak tahu adik aku mengandung. Kalau aku tahu, dah lama aku halang perkahwinan kau dengan dia. Aku minta maaf." Ujar Taufiq bersungguh sungguh.

"Kalau kau nak tahu, dalam hati aku ni sekelumit pun tak timbul perasaan dendam untuk kau. Aku yakin kau tak terlibat. Kau datanglah rumah aku hari Selasa, jangan tak datang. Aku tunggu kau."

Kami bersalaman sebelum berpisah. Aku memeluknya kejap untuk melepaskan rindu pada sahabat yang sudah bertahun tidak bersua muka.

"Abang Hamka!"

Aku terdengar satu suara yang tidak asing lagi di telinga. Siapa lagi kalau bukan Ainun, isteriku untuk lima jam. Aku langsung tidak mengendahkan panggilannya. Langkah tetap diteruskan menuju ke kereta.

"Abang Hamka, janganlah pergi." Ujarnya sambil memegang tanganku.

Aku yang terkejut dengan tindakannya segera menarik tanganku daripada terus dipegang.

"Apa lagi kau nak? Jangan berani sentuh aku." Aku cuba mengawal suara agar tidak didengari oleh orang lain.

"Abang, janganlah tinggal Ainun. Ainun masih ada hak dalam tempoh iddah ni. Ainun masih tanggungjawab abang."

"Bercakap tentang iddah, aku akan bagi duit untuk kau setiap bulan. Jangan risau. Oh lupa. Aku akan berkahwin dengan Rose hari Selasa ni, jemput datang. " Kataku lalu berjalan pergi.

Dia jatuh terjelupuk di atas tanah. Sempat aku berpaling seketika sebelum menyambung kembali perjalanan. Tanah yang becak akibat hujan yang turun lebat malam tadi mengotorkan baju pengantin di badannya.

Aku meninggalkan perkarangan rumah Cik Da dan memandu ke arah rumah Husna. Aku mengajaknya untuk tinggal bersamaku untuk sementara bagi menjaga Rose. Tambahan pula dia masih tidak bekerja, maklumlah keputusan SPM cukup cukup makan saja. Hendak harapkan emak, dia sudah tua.

Selepas selesai menguruskan urusan Rose di hospital, kami terus bertolak pulang ke Shah Alam. Persiapan untuk majlis hari Selasa nanti masih banyak yang belum disudahkan.

***

"Wah, cantiknya rumah kau!" Ujar Husna apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Mujurlah kami tiba di rumah sebelum Maghrib. Keadaan Rose sudah semakin sihat kerana aku melihat dia bergurau mesra dengan Husna. Syukurlah dia selamat.

"Hamka, bila Ainun datang Shah Alam? Malam ni ke?" Soal Rose kepadaku ketika kami bertembung di depan pintu bilik.

"Entah, dah tak datang kot." Jawabku sepatah.

"Habis tu, majlis sambut menantu macam mana?" Soalnya lagi.

"Majlis tu batal. Pergi bersiap, nanti Hamka nak ajak keluar." Kataku sebelum berjalan pergi.

Aku tersenyum lega kerana cincin dan kek sudah ditempah. Patutlah Rose tersipu malu saat bertatapan mata denganku, rupanya dia sudah tahu perkara sebenar daripada Husna. Tapi mujur juga Husna sudah memberitahu segala, tidaklah aku susah susah untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Husna, kau keluarlah dulu. Aku nak bercakap dengan Rose sekejap." Ujarku apabila sudah tiba di perkarangan rumah.

"Yelah yelah. Aku keluar." Husna merengus kasar sambil menggigit donut yang dibelinya di Big Apple Donuts and Coffea. Dari dulu sampai sekarang langsung tidak berubah perangainya yang sukakan donut.

"Rose." Panggilku lembut. Aku memandang tepat ke dalam anak matanya. Sudah lama aku tidak menatap gadis yang ku cintai seperti ini.

"Ye?" Dia menundukkan wajah. Mungkin segan apabila aku merenungnya sebegini.

"Pandang lah Hamka. Dah taknak pandang ke wajah Hamka yang kacak ni?" Ujarku. Sengaja hendak menceriakan keadaan.

"Eh takdelah."

Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Aku hairan melihat perubahan sikap yang terjadi kepada gadis di sebelahku ini.

"Jadi, pandang lah Hamka."

Perlahan laham dia memalingkan wajahnya memandangku. Cantik. Aku tidak sabar ingin menjadikan insan ini sebagai isteriku. Aku tidak kisah siapa dia yang dulu, apa yang aku kisah ialah siapa dia yang sekarang.

Sekarang, di sebelahku ialah seorang gadis yang sudah mengenali agama dengan mendalam. Seseorang gadis yang cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya, bahkan melebihi aku. Maruahnya dijaga rapi, langsung tidak membenarkan mana mana lelaki menyentuhnya. Dia yang dahulunya seorang yang terlalu dahagakan sentuhan seorang adam kini sudah dapat mengawal nafsunya.

"Hamka. Janganlah tenung macam tu."

Lamunanku mati apabila ditegur oleh Rose. Berbantukan cahaya daripada lampu jalan, aku dapat melihat wajahnya yang sudah merah.

Baru saja hendak mengusik Rose, pintu rumah dibuka.

"Bakal pengantin tak elok duduk berdua. Nanti ada yang ketiga." Ujar emak. Sindirannya tajam menusuk kalbu.

"I love you, Rose." Ujarku sebelum dia melangkah keluar dari kereta.

"I love you too, Hamka."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience