" abang nak bawa Calis ke mana?" Nia bertanya selepas Darin betul betul menjemputnya tadi di depan kampus.
Darin masih diam dan teruskan pemanduannya.
" bila nak langsungkan nikah?" daripada diam baik dia yang bercakap kerana sekarang Nia Calissa bukan dilahirkan untuk menjadi pendiam.
Darin menoleh sebentar dan kembali memandang jalan.
" insyaallah dalam masa terdekat ini"
"dia dah tahu abang dah kahwin?", saja ingin bertanya kerana dia harus tahu siapa dia di sisi Darin.
"tak.." deg!! getaran jantungnya kini kembali berdegup kencang ibarat berlari seratus kilometer perjam.
Nia menghela nafas perlahan dan melirik senyum.
Ternyata dia bukan sesiapa di hati Darin Ashraff.
Suasana kembali hening dan Nia melayani perasaannya sendiri dan Darin pula meneruskan pemanduan'
'adakah aku salah cakap tadi" gumam Darin sendiri bila lihat Nia terdiam.
Tapi ternyata wanita di sebelahnya begitu tenang dengan raut wajah selambanya.
"bagus juga sebab Calis tahu siapa Calis sebenarnya"Nia kembali berbicara.
Darin hanya diam tanpa membalas dan keretanya berhenti di perkarangan restoran NS yang merupakan restoran mewah yang dimiliki oleh keluarganya .
"jom" belum sempat Nia membuka pintu kereta ternyata sudah dibuka dari luar.
"silakan Puan muda" Andi sudah siap membuka pintu untuknya dengan membongkok kan badannya.
"fuh..terkejut saya ingatkan tadi saya tak tutup pintu rapat" ujarnya melangkah keluar.
"awak memang selalu ada dengan bos awak eh",soal Nia melangkah keluar dan seketika berdiri di samping Andi yang juga masih membongkok kan badannya.
'iya Puan...mengikut arahan"
"jomlah",ajak Darin dan Nia membuntuti langkah Darin yang sudah siap melangkah menuju ke pintu restoran itu.
Dengan langkah yang machonya berjalan pasti semua mata tertumpu ke arahnya dan Nia dapat merasai aura suaminya itu
"cik Nia,lama tak datang", tegur salah seorang pekerja yang menyambut kedatangan kami.
"sibuk sikit..awak semua sihat", itulah kebiasaanya,sudah lama dia tidak kemari selepas kematian orang tuanya.
Nia terus menuju ke arah Darin yang sudah pun duduk di satu sudut VVIP.
"nampaknya ramai yang kenal awak", ujar Darin tanpa,memandang ke arah Nia.
"ini tempat favourite papa,dia selalu bawa Calis dulu"rupanya Darin tidak tahu bahawa restoran ini adalah miliknya.
Banyak perkara yang suaminya tidak tahu pasal nya.
"hai cik Nia..lama tak jumpa,makin cantik", sapa seorang manager yang bertugas iaitu Amar.
Nia sempat memberi isyarat jari di tangan agar tidak begitu meramahkan diri menegurnya di situ dan nasib baik Darin masih bermain dengan telefonnya
'"ada nak pesan apa apa ker?" soalnya mengubah topik dan mengangguk faham.
"tak..kami tunggu seseorang ,kejap lagi kami order" Ujar Darin .
"baiklah nanti bila nak apa apa just tekan button'" manager itu berlalu meninggalkan mereka.
"tunggu Syakila ker?", soal Nia.
"ya,abang nak kenalkan dengan Calis"
Nia hanya mengukir senyum dan mengangguk.
Baru dia faham kenapa dia di bawa ke sini.
"kan kalau tadi cakap awal awal kan senang"bisiknya dalam hati.
"hai sayang" satu suara kedengaran dari belakang dan Nia tahu siapa empunya suara itu.
Pastinya perempuan gedik pengarang jantung suaminya.
"hai,jom duduk" Darin bangun membuka kerusi dan mempersilakan gadis itu duduk.
Syakila memandang ke arah Nia yang dari tadi melebarkan senyum.
Beruntung menjadi wanita itu belum jadi isteri tetapi diberikan hormat sedemikian.
"wah...siapa si cantik ini?" tegur Syakila sambil menatap tepat ke arah Nia.
"hai..saya Nia..adik sepupu abang Darin Ashraff." sambil menghulurkan tangannya.
Darin menatap seolah terkejut bila Nia perkenalkan dirinya sebagai sepupu.
"Ash ,awak tak pernah cerita pun kat I yang You ada sepupu secantik ini"
" awak lagi cantik Nur Syakila Adnan,selebriti terkenal yang sedang mencipta nama di persada tanah air dan akan mengembangkan sayap ke luar negara", ujar Nia dengan ketawa kecil.
Darin dan Syakila menoleh dan berpandangan sesama sendiri.
" ah..tak payah buat muka terkejutlah,sekarang ni kan zaman teknologi canggih...tak hairan apa pun semua yang berlaku akan segera orang tahu" sekali lagi Nia tertawa.
"that'sright...", balas Syakila bangga.
'"how about your study ?", tambah Nia lagi kerana dia tahu siapa perempuan yang akan jadi madunya itu.
"awak tahu banyak pasal saya nampaknya" telah Syakila agak tidak selesa dengan setiap pertanyaan dari Nia.
"you are my senior Syakila...you study tempat yang sama dan tiga tahun yang lalu baru graduate, awak tak cam saya,tapi saya cam awak" ujar Nia sambil menjeling ke arah Darin yang tadi hanya mengikut perbualan mereka.
'emmm...sorry tak cam.."
" orang famous masa belajar ,antara top di kampus mana nak pandang kita yang tenggelam ni" balas Nia menghangatkan lagi suasana.
Andi yang dari tadi memerhati turut sembunyi senyum.
" tak apalah..tak penting pun..yang penting saya cuma nak ucapkan tahniah untuk awak berdua atas perkahwinan tu nanti" Nia tahu tidak seharusnya dia membuka segala cerita kerana tiada apa yang penting pun tentang hidupnya melainkan dia sendiri yang akan melakarnya sendiri kini.
", thanks..."
", dah habis cakap?" soal Darin memandang ke arah Nia dan berganti ke arah Syakila.
Dua wanita yang cantik berada di depannya.
Seorang yang sudah sah menjadi isterinya dan seorang lagi akan menjadi isteri keduanya.
"dah..."serentak dengan itu telefon Nia berbunyi.
Tadi sebelum keluar sempat dia menghantar mesej kepada Mira untuk menghubunginya.
Saja dia mencari helah untuk pergi daripada menatap muka Darin dan Syakila.
" ya...ok...saya ke sana " sengaja dia menekan suara agar terdengar oleh si suaminya.
", sorry abang Darin...Syakila,ada emergency...my husband baru balik dari London ,so dia nak saya balik.." Darin melirik ke arah Nia dan dengan wajah terkejutnya memandang Nia.
Matanya membulat mendengar ucapan Nia.
"oh...dah kahwin..."ucap Syakila seolah tak percaya bahawa perempuan muda itu sudah berkahwin.
"emm...baru tiga bulan dan dalam fasa honeymoon,dia rindukan I lah tu..tak sabar ",Andi yang mendengar turut tergelak melihat reaksi muka tuannya seolah terkejut.
"bukan ker aku suami dia...suami mana yang dia maksudkan?", gumam Darin hairan.
"sorry eh..next time kita jumpa lagi",Nia bangun dan berlalu meninggalkan mereka .
"Calissa tunggu!! langkah Nia terhenti dan menoleh.
Darin menghampirinya .
"suami mana yang awak.maksudkan",
Nia tertawa kecil.
"suami kontrak" Nia mencuit dagu Darin yang terkejut dengan jawapan dari mulut Nia.
Dia mengetap bibir geram seolah dipermainkan oleh Nia.
Nia berlalu sambil melambaikan tangannya dari belakang.
"sayang...jomlah makan,I lapar ni" renggek Syakila manja
"Andi,kau cari tahu", Andi yang dari tadi tergelak melihat tuannya dikerjai oleh Nia terus membuntuti Nia.
" Puan muda nak ke mana?", soal Andi hairan bila melihat isteri bosnya itu sedang menunggu seseorang di seberang jalan.
", kenapa awak selalu ikut saya? tak penat ker?" soal Nia membuang muka ke arah seberang jalan.
" bos suruh saya ikut.." Nia menjeling dan merengus geram,buat apa suruh ikut aku kalau aku tak penting pun dalam hidup dia.
" jom" Andi memandang Nia hairan.
" mana kereta...bawa saya jumpa husband...rindu" Nia melebarkan langkah berlalu pergi dan dengan cepat Andi turut mengikuti perempuan tuannya itu.
Andi bingung sekejap ,apakah betul isteri tuannya ini miliki dua suami.
" Puan tunggu sini,saya ambil kereta" Nia hanya mengangguk dan membiarkan Andi berlalu ke parkir kereta.
" masuk puan " Nia masuk ke dalam perut kereta dan melemparkan pandangan ke arah luar.
" puan ,kita nak ke mana?"
" bawa saya ke taman...nak jumpa Mira" ucap Nia datar.
" tadi puan kata nak jumpa sua...."
belum habis Andi menghabiskan katanya Nia memotong.
"suami...kau ingat aku ni apa..ada suami dua...yang sorang pun susah nak dapat...nak cari lagi sorang...", ujar Nia dengan perasaan bercampur baur.
"sorry puan..saya salah.."
Andi terasa bodoh seketika dengan ucapan Nia.
Mana ada orang perempuan suami dua,lainlah suami boleh miliki isteri lebih dari satu.
Nia menggelengkan kepala ,rupanya lelaki juga ada kebodohan dan ternyata dia berjaya memperbodohkan mereka
"dia ingat aku ni apa", rungut Nia.
"awak boleh balik",Nia menyuruh Andi balik selepas menghantarnya ke taman tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan Mira.
Dia sendiri pun tidak pasti kenapa dia datang ke sini.
"tapi Puan,tuan suruh saya selalu ada dengan puan", ujar Andi jujur.
"kenapa tidak awak saja yang jadi suami saya,awak selalu ada dengan saya..temani saya...",suara Nia sedikit sebak.
Andi memandang sayu,dia faham kata kata isteri tuannya itu.
Andi hanya diam dan menunduk.
Nia melangkah ke arah Mira yang dari tadi memanggil ke arahnya.
"lambat kau sampai"
"emmm...biasalah waktu petang jalan jem...jom kita ke sana" mereka menuju ke arah bangku yang menghadap ke arah taman permainan kanak kanak.
Taman itu adalah tempat biasa dia lepak bersama Mira pada waktu petang selepas kuliah habis.
Dia terasa tenang di sini tatkala melihat anak anak kecil tanpa dosa itu bermain main.
Gelak ketawa,membuat hatinya terhibur dan kadang kadang turut bermain.
"hei..girl..kenapa dia selalu ada hah?" bisik Mira bila rasa tidak selesa seolah diperhati.
'hahah..kau buat jer dia tu transperant,macam tak nampak" jawab Nia sambil tergelak.
Sudah seminggu Andi diarahkan agar mengikuti Nia ke mana sahaja.
Sudah dua jam Nia dan Mira menghabiskan masa di situ sambil berbual dan gelak ketawa.
Andi pun kekadang turut ketawa mendengar celoteh nakal dua sahabatnya itu.
"Puan...sudah lewat" Andi yang dari tadi turut duduk diam akhirnya bersuara bila memandang jam tangannya .
"oklah my husband ,I pergi dulu...esok jumpa lagi" mereka kembali Ketawa teringat tadi Nia menceritakan reaksi terkejut suaminya bila Nia berkata berjumpa suami.
"punya lah cantik suami saya kan Andi",Nia memandang Andi yang turut tersenyum.
Baru Nia perasan yang jejaka yang bernama Andi itu mempunyai senyuman yang cukup manis.
"kan elok kalau awak sentiasa senyum...manis" ujar Nia bila sudah berada di dalam perut kereta.
Andi kembali memasang wajah ketatnya.
"emmm...baru puji sikit dah kembali pasang muka ketat,sebiji macam tuannya"
Share this novel