Bab 26

Vampire Series 4523

Dia memandang sekeliling tempat itu . Berkerut dahinya melihat tempat ini . Ianya seolah-olah berada di dalam bilik yang agak gelap dan hanya diterangi oleh cahaya bulan .
Pelik.. Aku tak pernah pergi tempat ni . Ya aku tau aku tengah bermimpi sekarang . Tapi ini bukanlah tempat yang biasa aku berjumpa dengan Cealyn mahupun Cleo . Kalau bukan , pembunuh tu .
Lupa nak cakap.. masa pembunuh tu serang Cealyn , aku sempat tengok sekeliling tempat tu . Macam dekat rumah usang . Tapi bila Cleo meraung nama Cealyn , tempat tu macam dekat taman dalam hutan pula . Apa pembunuh tu ingat nak buat drama bersiri ke sampai guna taman tu jadi tempat perpisahan .

Matanya meliar semula memandang bilik yang kosong itu sehinggalah matanya bertembung dengan mata Demon . Macam mana aku tahu ? Hah sebab muka dia aku tak nampak , mata merah dia saja yang terang benderang dalam bilik ni .

GULP..

How can aku mimpi pasal Demon malam ni ? Dia ni saudara Cealyn ke apa sampai nak masuk mimpi bagai .
Atau dia yang bunuh Ce

“ Saya cintakan awak Cealyn ! Kenapa awak tak pernah berikan saya peluang ?! Kenapa ! ” jeritnya lantang .

Uish kau ! Tak boleh ke slow talk sikit !

“ Saya cintakan awak.. ” sambungnya lagi dengan suara yang semakin perlahan . Dia melutut . Kedua tangannya menggengam kepala sendiri .
Amboi.. Stress nampak bang .

Aku pelik . Ni bukan suara Cleo . Maknanya ada makhluk lain yang cintakan Cealyn !
Tapi aku rasa dia bukan pembunuh tu . Sebab aku rasa pembunuh tu cintakan Cleo , jadi sudah semestinya dia seorang gadis . Takkanlah lelaki ni dengan Cleo gay kot . Hish meremang !

Demon itu mula berdiri lalu perlahan-lahan mengorak langkah menuju ke arah Cealyn .
Perasaan takut mula menguasai diri , tapi tidak juga dia melarikan diri ke tempat lain . Dia masih statik berdiri di tempatnya .

Kini dia sudah berdiri betul-betul di hadapan cinta hatinya Cealyn .
Mata mereka saling berpandangan . Namun entah mengapa Emelyn tidak dapat melihat dengan jelas rupa paras Demon itu .
Perlahan kedua tangan Demon itu memaut lembut bahu Cealyn . Wajahnya didekatkan ke telinga gadis itu .

“ Kau akan jadi milik aku . ”

Serta merta matanya terbuka luas . Dia terduduk dari perbaringannya . Jantungnya mula berdegup kencang . Kata-katanya seperti tidak mahu melepaskan Cealyn .
Dia mengeluh kecil . Wajahnya diraup perlahan . Cuba menenangkan si jantung yang mula buat marathon di awal pagi ini .
Emelyn berdiri lalu membuka langkah menuju ke bilik air . Cuba untuk menepis segala ketakutan yang mula memuncak di jiwa .

Usai membersihkan diri , Emelyn tercegat di hadapan jendela .
Masih awal lagi ni . Baru pukul tujuh pagi . Habis sekarang nak buat apa ? Nak kejutkan Lya ? Huish memang tak lah . Kalau tidur dia terganggu , berubah terus watak dia dari lemah lembut jadi naga .
Kita pergi taman bunga nak ?

Emelyn mula melangkah menuju ke arah pintu apabila idea itu muncul di mindanya .
Namun langkahnya terhenti di anak tangga teratas apabila melihat sepasang kekasih yang lagi membuat drama di tengah jalan .
Ish ! Dah tak ada tempat lain ke nak berdrama ? Emelyn mencebik seketika sebelum meneruskan langkahnya .
Awal pagi lagi kena hadap dua orang sepasang kekasih ni .

“ Ala Cleo , jom lah pergi sana ! Please.. ” pujuk Alyaa tanpa henti . Bukan apa . Dia ingin membawa Cleo pergi ke taman yang menjadi tempat mereka bermain dulu . Cuba mengimbas kembali ingatan mereka yang dulu sekali gus meluangkan masa bersama gitu .
Cleo mula menggaru belakang kepalanya . Bingung harus bagaimana lagi cara untuk dia menolak pelawaan gadis itu . Sudah banyak alasan dia berikan , tetap juga tidak berhasil . Huh !
Namun tiba-tiba satu idea terlintas di akal fikirannya apabila melihat Emelyn yang melintasi mereka tanpa sebarang reaksi . Lantas tangan sasanya menarik tangan kecil gadis itu .
Emelyn berpaling dengan kerutan di dahi . Dah kenapa dia ni ? Nak aku jadi pelakon tambahan ke ?

“ Sorry Alyaa . Saya baru teringat yang Emelyn nak saya temankan dia hari ni . ” kata Cleo perlahan .

Belum sempat Alyaa mahupun Emelyn berkata apa-apa , laju saja Cleo menarik tangan Emelyn lalu keluar dari rumah itu . Alyaa hanya mampu melihat mereka sehingga hilang dari pandangan .

Taman bunga menjadi destinasi mereka pada pagi itu . Wah ! Kau macam tau tau saja kan aku nak pergi sini .
Cleo melepaskan genggamannya lalu memandang ke belakang buat seketika . Takut jika Alyaa mengejar mereka sampai ke sini .
Emelyn menjeling sekilas wajah di sebelahnya itu lalu menjongket kedua bahunya . Whatever lah . Janji aku dah sampai sini .
Baru saja dia ingin membuka langkah menuju ke destinasi yang sebenar benarnya , terasa tangannya digenggam lagi dan membuatkan dia berpaling semula .

“ Kenapa ? ” soal Emelyn perlahan . Bola matanya jatuh memandang tangannya yang digenggam oleh Cleo .

“ Kau nak pergi mana ? ” soal Cleo semula . Soalan berbalas dengan soalan . Bagusnya perangai .

Jari telunjuk Emelyn dihalakan ke arah bunga rose ditanam . Disana lagi best . Ada buaian lepas tu ada bunga yang digemari lagi .
Cleo mengangguk lalu mula membuka langkah menuju ke arah tempat yang ditunjuk oleh gadis itu tanpa melepaskan genggaman di tangan kecil itu .
Emelyn hanya menurut . Namun matanya dari tadi memandang tangan mereka yang saling berpegangan ehem . Tak nak lepas ke ? Jangan risau sayang , aku takkan lari hehe .
Dia menekup mulut sendiri . Cuba untuk menahan senyumannya yang semakin melebar apabila mimpi sudah sampai ke bintang rasanya .

Setibanya mereka disitu , Cleo terlebih dahulu mengambil tempat duduk berhadapan dengan bunga rose manakala Emelyn masih statik berdiri .
Cleo mengalihkan pandangannya ke wajah Emelyn yang turut memandangnya .

“ Nak kaki tu patah dulu baru nak duduk ? ” perli Cleo .
Wah wah . Manisnya ayat .

Emelyn mengecilkan matanya , menahan geram di dalam hati . Tangan yang dari tadi digenggam oleh Cleo diangkat sedikit .

“ Nak tunggu tangan tu patah dulu baru nak lepas ? ” perli Emelyn semula .

Cleo mengetap bibirnya . Geram ! Dia kenakan aku balik !
Akibat geram yang teramat , dia menarik tangan gadis itu untuk duduk . Namun tidak dijangka yang tarikannya terlebih kuat sehingga membuat gadis itu terdorong ke arahnya .
Situasi kini adalah , aku tengah tindih badan dia . Nasib bukan dia yang tidih aku . Mata terpejam rapat , masih terkejut dengan situasi sebentar tadi . Semakin rapat matanya terpejam apabila bibirnya terasa sejuk seperti mengenai sesuatu .
Argh ! Aku harap bukan pipi dia ! Harap harap bukan pipi dia ! Malu aku nanti kalau bibir aku ni sentuh pipi dia !
Perlahan-lahan matanya dibuka . Cuba mengenalpasti apa yang disentuh oleh bibirnya itu . Dan erkk..
Bulat matanya apabila melihat Cleo yang turut tergamam kerana bibir mereka saling bersentuhan .
Huaaa ! Yang ni lagi teruk !

Emelyn menjarakkan semula wajahnya . Dia mengambil tempat duduk di sebelah Cleo . Diam tidak berkutik langsung . Serupa macam patung hidup .
Dia menyentuh perlahan bibirnya menggunakan belakang tangannya . Jatung berdegup kencang . Muka mula bertukar warna merah padam menahan malu . Ahh ! First kiss aku ! Dengan Vampire pula tu !

“ Panas ke ? ” soal Cleo selamba . Macam tak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi .

Emelyn menggeleng perlahan . Kekok rasanya . Bercakap pun rasa malu masa ni .

“ Habis kenapa muka tu merah habis ? ” soal Cleo lagi .

Laju saja kedua tangan kecilnya meraba-raba wajahnya sendiri . Dah agak ! Malunya !
Cleo ketawa kecil melihat perangai Emelyn . Kalut sangat . Comel je aku tengok .

“ Kenapa awak tinggalkan Alyaa seorang diri dekat situ ? Dia nak awak temankan dia kan ? Dan sejak bila pula saya suruh awak temankan saya hari ni ? ” bertubi-tubi Emelyn menyoal . Ah lantaklah !

Lama Cleo berdiam diri sebelum dia mula mengukir senyuman nakalnya .

“ Aku nak dekat dengan kau ? Tak boleh ? ” soal Cleo semula .

Emelyn merengus kecil . Orang tanya betul betul , dia main main pula !
Pandangannya dihalakan ke depan . Memandang bunga bunga rose yang lagi mekar disitu . Tangan kecilnya gatal cuba untuk menyentuh bunga itu .
Lama Cleo memandang wajah yang lagi khusyuk menyentuh bunga rose itu sebelum wajahnya didekatkan ke telinga Emelyn .

“ Aku cuba elakkan perkara yang buat kau sedih . Kalau dekat dengan Alyaa buat kau sedih , aku akan jauhkan diri dari dia . ” bisiknya cukup perlahan di telinga Emelyn . Diulangi kembali kata-kata itu .

Sepantas kilat Emelyn menoleh ke sebelah dengan senyuman yang cuba disorok .

“ Kesian dia tau ! ” marah Emelyn . Walaupun aku tak suka tengok diorang punya drama , tapi aku kesian pula bila dia diperlakukan macam tu .

“ Lagi kesian bila tengok kau cemburu . ” kata Cleo selamba .

Amboi kau.. Perli nampak .

“ Mana ada saya cemburu ! ” marah Emelyn .

Cleo yang mendengarnya terus menjongketkan bahunya lalu berdiri .
Namun niatnya untuk melangkah pergi terbantut apabila terasa tangannya ditarik dari belakang .

“ Awak nak pergi mana ? ” soal Emelyn perlahan .

“ Aku nak pergi tempat Alyaa lah . Kau tak cemburu kan ? ” kata Cleo tanpa memandang wajah di sebelahnya .

Emelyn mencebik sebelum mengeluh kecil . Tangannya yang menggengam tangan Cleo dilepaskan .
Suka hati kau lah nak pergi tempat Alyaa . Peduli apa aku .
Ehem.. Merajuk ke wak ?

Cleo ketawa kecil lalu duduk semula di sebelah gadis itu . Emelyn menoleh .
Aik ? Yang kau duduk balik ni dah kenapa ?

“ Aku baru teringat yang aku nak temankan kau hari ni . ” kata Cleo tanpa dipinta .

Wajah yang sedih tadi bertukar gembira . Happy semacam saja bila dia berdekatan dengan aku ni hehe .
Lama suasana menjadi sepi . Pandangan Emelyn hanya difokuskan ke arah bunga rose merah itu . Macam ada sesuatu ingatan yang terlintas di fikirannya .
Namun dia tidak dapat melihat dengan jelas . Memori apa lagi yang Cealyn nak tunjukkan kali ni ? Dah lah memori ni hidup segan mati tak mahu saja gayanya .

“ Kenapa awak tak pernah bagi saya peluang Cealyn.. Kenapa ? ”

Suara asing mula menerpa ke pendengaran Emelyn . Berkerut dahinya . Ni bukan suara Cleo .

“ Saya anggap awak sebagai kawan . Tak lebih dari itu . ” kata Cealyn perlahan .

Baru Emelyn teringat . Mimpi tu ! Siapa sebenarnya lelaki ni ?

“ Bagilah saya peluang.. Kali ni saja . Saya janji saya akan bahagiakan awak ! ” kata lelaki itu lagi .

Memaksa pula dia ni . Cintakan tak boleh dipaksa . Hadeh . Aku pula yang sakit hati .

“ Awak masih tak faham ke ? Saya tak pernah mencintai awak . Saya sayang awak tak lebih dari seorang kawan . Tolonglah jangan paksa saya untuk mencintai awak Henry.. ”

Wahhh cantiknya nama ! Henry.. Macam nama artis pula dah .
Dia ada kaitan ke dengan kematian Cealyn ?

“ Henry.. ” disebut perlahan nama itu .

“ Kenapa dengan dia ? ” soal Cleo . Nadanya kedengaran tidak puas hati .

Emelyn menoleh . Terkebil-kebil dia memandang Cleo sebelum dia menepuk dahinya sendiri .
Macam mana aku boleh lupa keberadaan dia di sebelah aku ni .
Cleo mengerutkan dahinya . Pelik dengan sikap gadis ini . Namun dia masih setia menanti jawapan .

“ Erhh.. Tak ada apa . Saya teringatkan seseorang bernama Henry saja . ” kata Emelyn sambil tersenyum kambing lalu mengalihkan pandangannya ke depan . Kang kalau tengok lama-lama , banyak pula soalan dia .

Semakin berkerutlah dahi Cleo mendengar jawapan gadis itu .
Buat apa dia ingat tentang lelaki tu ? Dia sudah lupa ke tentang apa yang dia buat dengan aku ?
Baru saja Cleo ingin berkata-kata , laju saja kedua tangan Emelyn menekup mulut lelaki itu .

“ Kalau awak nak soal tentang Henry , baik tak payah . Saya sendiri pun tak kenal dia . ” kata Emelyn lalu melepaskan tangannya dari terus menekup mulut Cleo .

Cleo tersenyum sinis . Macam tau tau saja dia nak soal pasal tu .

“ Malam ni ikut aku . ” kata Cleo perlahan .

“ Pergi mana ? ”

Dah kenapa dia nak bawa aku jalan malam malam ni ? Bahaya tau tak !

“ Tak payah banyak soal . Ikut saja . ” kata Cleo lalu berdiri dan meninggalkan Emelyn .

Emelyn masih statik di tempatnya duduk . Blur jap .

Dia nak bawa aku pergi mana ? Dating ? Ehh kesitu pula aku .
Jangan jangan dia nak makan aku tak malam ni ??

Emelyn menepuk dahinya sendiri apabila mendengar kata hatinya yang mula berfikir bukan-bukan .
Dia menggeleng perlahan lalu berdiri dan melangkah masuk dengan fikiran yang penuh tanda tanya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience