Tiara Adriana membuka laci mejanya untuk mengambil gula-gula getah yang dia simpan. Disebabkan banyak barang yang berada di dalam laci itu, dia terpaksa mengeluarkan sikit barang untuk mencari gula-gula getah yang kecil itu.
"Ni pun" kata Tiara apabila dia menjumpai apa yang dicarinya. Dia mengambil plastik gula gula itu dan melihat isi dalamnya.
"Dah nak habis lah pulak. Nak pergi beli lah. Alang-alang aku pun bosan ni"
Selesai bersiap, dia keluar dari bilik dan turun ke bawah. Dia melihat sekeliling. Hanya senyap sahaja.
"Mak cik keluar tadi. Hawa dalam bilik. Hadi pun maybe dalam bilik. Ah, keluar je lah. Pergi kedai runcit je pun" omel Tiara sendiri.
Selepas 15 minit perjalanan, Tiara sampai di hadapan kedai runcit. Disebabkan hari itu hari hujung minggu, isi dalam kedai agak penuh dengan pelanggan.
Semua ingin membeli barang dapur yang sudah habis digunakan.
Kunci kereta disimpan di dalam beg tangan yang disangkut di bahu setelah kereta dikunci. Tiara melangkah masuk ke dalam kedai dan mencari apa yang ingin dibeli nya.
Sesudah itu, dia beratur di kaunter untuk membayar. Tiara berdiri di belakang seorang lelaki yang berada dalam lingkungan umur 30-an yang badannya tinggi lampai.
Mata Tiara hanya melihat juruwang yang bertugas itu 'scan' semua barang-barang yang dibeli lelaki itu.
"Semua sekali 15.10 sen" kata juruwang itu selepas selesai 'scan' barang terakhir lelaki itu.
Lelaki itu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sekeping duit 50 ringgit lalu diserahkan kepada juruwang itu.
Setelah memberi baki wang, lelaki itu berlalu keluar dari kedai dengan duit yang masih tidak disimpan di dalam poket seluar.
"Terima kasih" ucap Tiara setelah juruwang itu memberinya baki wang. Dia mengambil barang-barang dan keluar dari kedai.
Sebaik sahaja dia keluar, matanya tertumpu pada sekeping wang 20 ringgit yang terletak elok di atas lantai tengah jalan. Tiara mengutip duit itu dan mencari orang yang berada berdekatan di situ.
Dia ternampak lelaki yang berada di hadapannya semasa di dalam kedai sebentar tadi sedang berjalan melangkah pergi.
"Encik!" panggil Tiara. Sambil memegang plastik barangnya dan duit 20 ringgit itu, Tiara berlari anak ke arah lelaki itu.
Mujur lelaki itu mendengar panggilan Tiara lalu memusingkan badannya ke belakang mencari suara yang memanggil nya. Dia melihat Tiara berlari ke arahnya.
"Ye, kenapa cik?" tanya lelaki itu dengan penuh sopan.
"Ini duit encik ke? Terjatuh dekat sana. Mungkin encik tercicir" Tiara menunjukkan tempat duit berada tadi.
Lelaki itu terus memeriksa poket seluarnya dan benar kata Tiara. Duit itu kepunyaan lelaki itu.
"Betul lah. Duit ni saya punya. Sibuk sangat dengan barang-barang ni, itu yang sampai duit pun tercicir. Terima kasih ya" ucap lelaki itu sambil memandang ke arah wajah Tiara.
Entah mengapa dia seakan pernah melihat wajah Tiara itu. Tapi dimana ya?
"Sama-sama"
Tiara menghulurkan duit 20 ringgit yang dipegangnya kepada lelaki itu tetapi lelaki itu menggeleng kepala.
"Tak apa. Cik ambil duit tu. Anggaplah saya sedekah dekat cik sebab sifat cik yang jujur tu" kata lelaki itu.
"Eh, saya ikhlas tolong encik" tolak Tiara dengan baik.
"Saya pun ikhlas bagi duit ni dekat cik. Cik terima lah ya. Saya sedekah. Rezeki jangan ditolak" Semakin lama, semakin kuat lelaki itu rasa yang dia pernah bertemu dengan Tiara. Dia pernah mendengar suara Tiara.
Secara tiba-tiba, ingatan yang samar-samar tentang Tiara sebelum itu menjadi jelas. Ya! Dia sudah ingat. Memang benar dia pernah bersua dengan Tiara sebelum ini.
"Cik. Tak silap saya, saya pernah jumpa dengan cik. Cik ni anak kepada... Allah, saya lupa pulak nama nya. Sekejap. Ha! Wardah kan? Puan Wardah" kata lelaki itu.
Tiara terkesima. Bagaimana lelaki yang dia langsung tidak kenali boleh mengenali ibunya?
"Haah. Betul, saya anak dia. Tapi ibu dah tak ada dah. Boleh saya tahu encik ni siapa? Kawan dia ke?" tanya Tiara.
"Bukan, bukan. Saya bukan kawan dia. Cik ingat lagi tak masa encik datang hospital malam tu? Kan cik ada berjumpa dengan saya dekat depan bilik bedah hari tu. Ingat?"
Tiara mengerutkan dahinya untuk mengingati peristiwa itu. Sesaat kemudian, dia teringat akan keadaan itu. Betullah, lelaki yang berada di depannya itu ialah lelaki yang sama yang dia jumpa tempoh hari.
"Betul-betul. Saya baru teringat" kata Tiara, tersengih.
"Saya Farish. Cik?" soal lelaki itu.
"Tiara"
"Ouh, Tiara. Mak kepada Cik Tiara macam mana? Saya tak sempat nak tahu haritu sebab saya ada hal"
Air muka Tiara berubah ketika Encik Farish bertanya tentang ibunya. Senyuman memudar sedikit.
"Ibu dah tak ada. Masa dibedah tu, tak dapat diselamatkan" jawab Tiara dengan tenang.
"Innalillahiwainnalillahirajiun. Maaf, sebab tanya. Niat saya cuma nak tahu sahaja"
Kelihatan rasa bersalah Encik Farish kerana bertanyakan tentang itu.
"Eh, tak apa. Benda pun dah lama dah. Saya dah okey"
Tiba-tiba Encik Farish teringatkan sesuatu perkara.
"Cik Tiara sempat ke jumpa dengan lelaki yang bawa arwah mak Cik Tiara ke hospital hari tu? Kan saya kata haritu yang ada lagi seorang lelaki yang bawa mak Cik Tiara tempoh hari. Dia yang bayarkan bil hospital semua" kata Farish.
"Tak sempat lah pulak. Saya pun nak jumpa dengan dia sebab nak cakap terima kasih bayarkan bil hospital"
Entah kenapa tiba-tiba hati Tiara terdetik ingin tahu nombor plat kereta lelaki itu.
"Erm, kalau Encik Farish ingat. Apa nombor plat kereta lelaki tu ya?" tanya Tiara. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia bertanyakan perkara itu.
"Nombor plat kereta. Tak silap saya WAN 0512. Nombor tu saya ingat pun sebab tarikh hari jadi saya. Huruf pulak saya ingat sebab macam nama orang" kata Encik Farish sambil tersenyum.
"WAN 0512" ulang Tiara perlahan. Dia seakan akan pernah melihat nombor plat kereta itu. Tapi dimana? Sedang dia cuba mengingati, tiba-tiba satu kereta terlintas di fikirannya.
"Tak kan lah..." bisik hati kecil Tiara.
"Er, kereta tu kereta BMW warna kelabu ke?" tanya Tiara dengan hati yang gugup.
Encik Farish sedikit terkejut mendengar jawapan yang dikatakan oleh Tiara.
"Macam mana Cik Tiara tahu? Cik kenal ke dengan lelaki tu?" soal Encik Farish.
Dalam hati, Tiara menafikan apa yang dia rasakan ketika itu.
Lantas, dia terfikir untuk tunjukkan pada Encik Farish gambar lelaki pemilik kereta BMW berwarna kelabu yang bernombor plat WAN 0512 atau dengan lebih tepat lagi ialah ayah Hadi, Encik Irwan.
Tiara membuka telefon pintar nya dan mencari gambar keluarga Encik Irwan yang pernah diberikan oleh Hadi.
Tangan Tiara menggeletar ketika dia ingin menunjukkan kepada Encik Farish gambar itu. Harapannya setinggi gunung supaya Encik Farish katakan yang bukan lelaki itu yang dimaksudkan.
"Ni ke lelaki tu?" tanya Tiara. Dia sudah besarkan gambar Encik Irwan supaya nampak dengan lebih jelas.
Encik Farish merendahkan sedikit badannya untuk melihat gambar di telefon itu. Setelah melihat gambar itu, Encik Farish mengangkat wajahnya dan memandang Tiara.
"Betul. Itu lah lelaki yang sama-sama dengan saya hari tu. Macam mana cik ada gambar dia? Dia keluarga cik ke? Nama dia saya tak sempat pula tahu" kata Encik Farish tanpa mengetahui apa-apa.
Tangan Tiara jatuh ke sisi. Dia terdiam seribu bahasa.
Sungguh dia tidak sangka tentang perkara ini. Soalan Encik Farish dibiar tidak berjawab.
"Ayah Hadi..." bisik Tiara perlahan.
thankyou sangat-sangat sebab sudi lagi bace novel ni•́ ‿ ,•̀ sorryy sebab sibuk sikit lately ni. apepun, sorry atas kekurangan bab kali ni sebab sikit sangat. saya akan update bab baru secepat mungkin :):)
Share this novel