Bab 2

Mystery & Detective Completed 1539

“Ibu, petang nii Hani nak jalan-jalan tengok kampung boleh?”

“Boleh tapi ibu tak boleh nak temankan. Ibu nak buat kuih keria. Atuk kamu nak makan. Kita pergi esok ya? Esok ibu boleh temankan.”Risau juga Puan Faridah nak melepaskan anak tunggalnya itu berjalan sekitar kampung bersendirian. Anak dara. Bahaya.

“Ala ibu.. Takpelah Hani boleh pergi sendiri. Hani jalan-jalan dekat-dekat sini je. Hani janji tak pergi jauh. Boleh ya, ibu?”pujuk Hani. Entah kenapa hatinya teringin sangat nak jalan-jalan. Sebab dah lama tak pulang barangkali.

“Tapi.. Hmm yelah. Tapi janji tak pergi jauh-jauh. Balik awal.”pesan Puan Faridah.

“Yess! Terima kasih ibu.”Hani memeluk ibunya. Gembira betul hatinya bila dapat kebenaran ibunya. Hajat di hati nak pergi ke tempat yang dia selalu bermain waktu kecil dulu.

Hani menyanyi kecil sambil berjalan-jalan. Matanya liar melihat sana sini. Awan nipis menutupi separuh bukit di hujung kampung. Tak lama berjalan Hani sudah sampai ke sawah yang selalu menjadi tempat permainannya waktu kecil dulu bersama Lili. Tapi sekarang Lili sudah tidak tinggal di kampung itu. Berhijrah ke negeri lain.

Hani duduk di atas titi buluh sambil menjulurkan kakinya ke bawah. Tenang. Cuaca juga mendung.
Srett srett.. Telinga Hani menangkap bunyi. Bunyi seperti orang berjalan sambil menyeret selipar. Makin lama makin dekat bunyi itu. Hani melihat sekeliling jikalau ada orang selain dia disitu. Tapi tiada kelibat orang lain. Siapa agaknya? Atau apa?

Hari makin senja. Lekas-lekas Hani bangun lalu pulang. Laju langkahnya. Macam berlari tapi tidak. Senja-senja begini adalah waktu kesukaan makhluk itu. Risau juga bunyi tadi adalah milik salah satu makhluk Allah yang seram tersebut. Berpeluh-peluh Hani ketika sampai kerumah. Hampir semput dibuatnya.

“Hah.. Kamu nii kenapa Hani? Tercungap-cungap.”tegur Puan Faridah.

“Takde apalah ibu. Hani jogging tadi.”Hani memberi alasan. Tak mahu ibunya tahu tentang apa yang berlaku.

‘Jogging? Tak mungkin ibu percaya. Takkanlah berjogging tapi pakai baju kurung.’

Malam tersebut Hani tidur awal. Penat dia rasakan. Lenguh-lenguh kakinya. Kesan dari berjalan tadi agaknya. Dah lama tak berjalan kaki. Di bandar semuanya ada pengangkutan.

Hani melelapkan matanya. Namun tak boleh. Silau. Seakan ada cahaya di depan. Hani bangun ingin mencari cahaya tersebut. Mungkin ibu terlupa tutup.

“Astaghfirullahalazim!”Hani sedikit meninggi suara. Terkejut. Tadi dia di bilik kenapa pula sekarang sekelilingnya hutan? Macam mana boleh sampai ke sini?
Sekelilingnya gelap. Sesekali bunyi angin menderu.

Srett srett..

Bunyi siang tadi! Hani melilaukan matanya. Risau ada binatang buas menerkamnya. Dari jauh ada sesuatu yang menghampirinya. Makin dekat dan makin dekat. Hani menggigil. Ketakutan yang teramat dia rasakan.

“Arghhh!”Tanpa sedar Hani menjerit memecah keheningan malam.

“Assalamualaikum.”sapa satu suara.

“Wa.. Waalaikumussalam. Awak siapa?”jawab Hani tergagap-gagap.

“Saya Soleh. Jangan risau, tuan hamba selamat disini.”

“Saya dimana? Tempat apa ni? Macam mana saya boleh ada disini?”

“Jangan risau. Tuan hamba masih didalam bilik tuan hamba. Tuan hamba hanya bermimpi. Tempat ini ialah kampung hamba. Kampung Tasik Melur.”

“Mimpi? Saya tak faham.”Hani kebingungan. Takkanlah mimpi. Tempat ini nampak nyata. Tapi mungkin betul juga mimpi sebab tadi aku tidur.

“Bangun. Ayuh ikut hamba. Nanti tuan hamba akan faham.”arah Soleh lembut. Hani hanya mengikut. Masih tidak dapat dicerna apa yang sedang berlaku.

Dirumah pula Puan Faridah dan Tuan Kamal sudah risau tidak keruan. Anaknya masih belum bangun. Hari sudah menginjak tengahari. Dikejut tapi tidak sedar. Seakan koma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience