“ Pak cik! Tolong!” pekik Sam hingga ke puncak suaranya.
Pemandu tadi terpaksa menoleh kebelakang membuatkan dia hilang tumpuan
pada jalanraya. Pandangan mata mereka bertembung dan kali ini Sam
menjerit semakin nyaring. Apa yang dilihatnya lebih menakutkan.
Wajah lelaki tadi tidak ubah seperti wajah perempuan yang berada diluar
tingkap tadi. Sepasang matanya merah.Wajahnya pucat. Bibirnya jelas
kehitaman. Rambutnya yang panjang dan hitam pekat menerawang seperti
ditiup angin kencang. Tersenyum ngeri kearah Sam. Bila dipandang kearah
luar bayang perempuan berambut panjang disisi tingkapnya sudah lesap.
Kini ia berada dibahagian pemandu. Mana pak cik tadi?
Belum pun sempat Sam melakukan apa-apa, tiba-tiba terdengar bunyi
dentuman yang cukup kuat.
“ Arghhh.....!” Tubuhnya segera melayang dan terhumban kedepan sebelum
suasana menjadi gelap. Terasa bagaikan nafasnya terputus.
*****
Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan. Terus dia tersentak dan cuba
menegakkkan badannya. Kyle segera memaut bahunya sambil tersenyum.
“ Rilek Sam.....bawak rehat dulu,” ucap anak muda itu dengan tenang.
Dengan wajah kelat Sam menelan air liurnya. Sempat dia berkalih dan
memerhatikan kearah beberapa orang lelaki yang agak berusia duduk tidak
jauh dari tempat perbaringannya. Tilam nipis yang mengalas badannya juga
ditenung dengan hairan.
“ Kyle ,” segera dia memaut lengan Kyle . “ Aku dimana ni?” jelas kulit
mukanya masih pucat. Tidak bermaya.
“ Rilek. Kau ada di rumah aku sekarang ni,” dengan tidak menghiraukan
Sam yang berada didalam keadaan terpinga-pinga itu Kyle tetap
mengukirkan senyumnya.
“ Tapi.....tapi aku,” anak muda itu cuba mengimbas kembali apa yang dia
lalui sebelum ini. Serta-merta bulu roma diseluruh tubuhnya merinding.
“ Aku tau apa yang dah jadi pada engkau,” tutur Kyle lagi. Cuba
meredakan perasaan rakan baiknya itu.
“ Kau tau?”
Kyle angguk.
“ Kami jumpa kau dalam teksi rentung diselekoh tak jauh dari kampung ni.
Bila kau tak sampai ke rumah aku, aku dah mula cemas. Aku takut kau
lewat sampai. Kan aku dah pesan dengan engkau dulu. Jangan lewat sampai
kekampung aku.”
Sam memutarkan mindanya dan seketika kemudian dia mula mengangguk.Masih
dia ingat pada pesan rakan karibnya itu.
“ Aku rasa kau memang dah lewat sampai dibandar tu. Malam tadi kau naik
teksi puaka tu. Ramai orang luar yang dah kena. Orang tempatan dah tau
cerita tak akan naik kereta sewa terakhir tu. Sebab dia orang memang dah
tau,” Kyle tersengih.
“ Ada cerita disebalik teksi terakhir yang kau tumpang tu,” sambung
Kyle lagi. Sam menegakkan badannya. “ Cerita apa?”
“ Teksi kau naik tu dulu mengalami kecelakaan. Terbabas dan melanggar
pokok serta meletup. Pemandu dan penumpangnya mati ditempat kejadian,”
sejurus kemudian dia terdiam.
“ Menurut cerita ada cahaya terang mengejar teksi tu dalam perjalanan
balik. Cahaya itu dikatakan adalah jembalang yang mendiami kawasan
tersebut. Memang dah ramai yang kena. Cahaya itu akan cuba memotong
kenderaan yang mereka naiki,” salah seorang dari lelaki berusia tadi
mencelah cerita Kyle .
Kyle berpaling semula pada Sam dan menyambung kata-katanya “ Bila
cahaya tu dapat memotong kenderaan seseorang, serta-merta cahaya itu
terpadam. Keadaan akan gelap seperti sediakala. Ketika itulah ada
sesuatu yang melintas didepan jalan. Ramai yang mendakwa ada perempuan
atau orang tua melintas. Dek kerana hendak mengelak kenderaan mereka
akan terbabas dan mengalami kecelakaan. Kalau nasib baik mereka selamat.
Tapi apa yang berlaku pada pemilik teksi terakhirnya itu adalah
sebaliknya. Dia maut ditempat kejadian. Dan malam tadi kau adalah
mangsanya yang terbaru.”
Sam merasakan yang tekaknya tiba-tiba kering.
“ Mangsa akan ditemui didalam teksi rentung tu dibawah pokok mati
diselekoh sebelum sampai kekampung ni,”tutur Kyle lagi. Bahu Sam
ditepuknya mesra.
Sunguh, Sam kehilangan kata-katanya. Matanya bulat mengambarkan rasa
tidak percaya. Memang dia mahu bercuti dikampung Kyle dan mengharapkan
agar ada kenangan yang bakal dia perolehi. Tapi dia tidak menyangka
bahawa kenangan yang bakal dia bawa pulang nanti adalah sesuatu yang
menyeramkan. Sam perlahan-lahan menatap wajah Kyle . Bibirnya terus
kelu. Lepas ini entah apa lagi yang menantinya dikampung sahabatnya itu.
Share this novel