" Nah " ainul menghulurkan sebotol air kepada lelaki itu sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelah nya.
" thanks " jawab pendek lelaki misteri itu.
" hmm" gumam ainul sebelum dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melihat jamnya, 11.55 p.m. Automatik, dahinya dia tepuk
" Alamak, sara. Mintak maaf ye sara " bisik hati nya. Lelaki itu yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tersenyum kecil melihat perbuatan spontan Ainul.
" Kenapa? awak lupa something ke?" soal lelaki itu
" oh, takde apa lah. " jawab ainul sebelum dia mengosok lehernya . Lantas, dia membuka telefonnya untuk memaklumkan sara bahawa misinya untuk membeli kicap terpaksa dibatalkan.
* tit * mesej dihantar
" ermm ok, kau punya lama nak beli sampai aku pun tertidur " marah sara di ruangan chat itu.
" hehe sorry la sara. Ada something jadi tadi nanti balik aku cerita " pujuk ainul. Suara si sara ni pun dh serak semacam mungkin dia tertido. Selesai sahaja mesej itu dihantar, dia menutup kembali telefon jenama apple nya itu. Sekarang ini fokus diberikan kepada lelaki dihadapannya ini.
" Nama awak apa? " soal ainul mengharapkan respon dari lelaki dihadapannya ini.
" Raffal" jawab pendek lelaki itu. Kepala yang tadi menunduk diangkat menghadap ainul
" oh, awak ok dah ke? apa yang jadi sampai awak boleh pengsan dekat situ?" soal ainul bertubi- tubi mana la tau dia ni mangsa penculikan ke. Eh, tak mungkin lah, pakaian tak macam mangsa culik pun. Fikir ainul sendiri.
" hmm ok " jawab pendek lelaki itu atau dikenalkan sebagai " Raffal ". Ainul yang tadi tersenyum perlahan lahan memudarkan senyumannya.
" Ish, dia ni aku punyalah caring risau centu je dia jawab kat aku." bisik ainul sendiri
" Oh yeke, kalau macamtu takpela awak dah ok kan saya balik dulu lah macamtu" Balas ainul. Dia ingin segera meninggalkan lelaki ini. Menyesal betul tolong, dahla sombong. Ishh dhla apa nak jadi, jadi lah aku dah tak kisah. Bisik Ainul lagi. Dia segera bangun untuk meninggalkan lelaki itu. Tiba tiba langkahnya sekali lagi dihentikan lelaki itu. Ainul merengus geram. Dia menoleh kearah lelaki itu sambil memerhatikan tangannya yang telah dipegang oleh lelaki tidak beradab lagi kan biadap ini.
" macam tu je ke awak nak tinggalkan saya, ha?" soal lelaki itu. Ainul merenung tak percaya. Biar betul dia ni aku dah tolong pun dah cukup baik tau tak.
" Saya rasa baik saya balik sekarang tak elok rasanya kita duduk berdua macam ni. Lagi pun, awak dah sedarkan diri rasa nya awak dah mampu kot nak cari jalan balik." kata ainul laju sambil merentap lengannya. Segera, dia menuturkan langkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Dia tahu lelaki itu pun tergamam dengan kata kata nya tadi. Dia tidak berniat untuk biadab tetapi itu lah hakikatnya dia sendiri pun tidak selesa berdua duaan dengan lelaki pada lewat malam begini.
* Dang, hati nuraninya sekali lagi menguji. Terlupa pula nak bagi duit tambang balik. Takkan lah dia nak balik jalan kaki dengan keadaan macam tu. Ainul berkata sendiri. Kakinya sekali lagi terpaksa dihentikan. Dompet dikeluarkan kemudian badannya dipusing ke arah lelaki tadi yang berada di belakang nya *
" Aish, apa punya bala la hari ni " kata ainul perlahan. Dengan segera ainul menghulurkan sekeping not duit lalu disuakan ke lelaki itu.
" Nah, buat survive " ujar ainul tegas. Dia ingin cepat cepat pulang. Badan dah letih otak dah sakit. Mujurlah esok dia tidak ada kelas. Cuti semester selama dua minggu telah bermula. Disebabkan itulah, dia keluar belajar di perpustakaan milik university nya itu.
lelaki itu hanya merenung sepi duit yang dihulurkan ainul. Ainul mendengus geram, apa pula ujiannya kali ini.
dia segera mengambil tangan lelaki itu lalu meletakkan duit itu kemudian digenggam lelaki itu.
" Ambik tu, saya nak balik" kata terakhir ainul sebelum dia benar - benar meninggalkan Raffal.
Share this novel