BAB 6

Humor Completed 10496

Hari ini aku sah menjadi isteri kepada Fadil Shah. Berbekalkan doa dan harapan aku berharap perkahwinan kami kekal ke Jannah. Aku berharap Fadil Shah dapat membimbingku ke arah jalan yang diredhaiNya. Hatiku semakin gementar apabila saat dia mencium dahiku. Dan saat itu dia berkata “I love you until jannah.”

Aku tersenyum simpul. Dapat aku rasakan cintanya dan keikhlasannya. Alhamdulilah, Jodohku bersama lelaki yang aku cintai.kepada Fadil Shah

“ I love you too untill Jannah.” Kata hati yang berbisik ini.

“Sayang jom kita solat sunat supaya kita mendapat barakah oleh Allah. Abang harap pernikahan kita ini sampai ke Jannah. Abang harap juga moga hati kita tetap tidak berubah. Tetap sama menyintai antara satu sama lain.” Aku memandang wajah suci milik Fadil. Ya Allah tenang sungguh aku memandang wajahnya. Dia lelaki yang sungguh baik untuk aku. Sampaikan aku tidak layak untuk dia.

“Sayang?” lembut suara Fadil sehingga mengetuk pintu hatiku. Aku senyum dan mengganguk memandangnya.

Selepas melaksanakan solat sunat. Fadil meragkul pinggangku. Hembusan nafasnya membuatkan aku gementar. Kepalanya dilentukkan di atas bahuku.

“Abang sayang sangat pada isteri abang ni. Cinta abang hanya untuk sayang seorang. Tiada orang lain selain sayang.” Lama-lama macam ni aku boleh cair dengan suara lembut Fadil, suamiku. Gugup aku dibuatnya.

“Sayang pun sayangkan abang. Kalau dulu sayang banyak fikir yang bukan bukan pasal abang dengan Eda. Tapi sekarang tak lagi” Jelasku. Nada cemburuku masih ada. Kalaulah Eda ada hubungan cinta dengan Fadil, aku sendiri tak tahu nak kata apa.

“Wait ! abang dengan Eda?” Fadil melepaskan tangannya dari pelukan. Dia turut terkejut dengan ungkapanku sebentar tadi.

“Yelah. Eda marahkan sayang waktu tu. Dia kata sayang ni tak pandai selami hati dan perasaan abang. Sampai sayang ni syak yang bukan bukan pasal abang dengan Eda tu.”

“Oh pasal tu. Tak ada apa-apalah sayang. Memang dia marah. Sebab abang luahkan segala masalah kita dekat dia.” Aku memandang Fadil.

“Apa yang abang cerita buruk pasal sayang dekat Eda?” aku meninggikan suaraku.

“Aish. Tak baik meninggikan suara dekat depan suami. Nanti tak bau syurga tau.” Dia mencuit daguku. Aku menundukkan wajah. Malu dan rasa segan dengan tindakan aku sebentar tadi.

“Abang tak cerita buruk pun pasal sayang. Kami kawan baik masa dekat universiti dulu. Maafkan abang sebab tak cerita benda ni dari awal. Masa tak mengizinkan.” Barulah aku faham kenapa Eda banyak sangat info mengenai Fadil. Rupanya mereka kawan baik. Aku saja yang tak tahu.

“Eda tahu tak kita dah nikah?” tanyaku. Aku pun hanpir lupa tentangnya. Mana taknya, Kahwin secara mengejut. Mak dengan abah pun komplot sama dengan Fadil. Tahulah mereka lebih sayangkan Fadil dari anak sendiri. Apa pun tak boleh.

“Abang dah bagi tahu diorang. Nanti masa bersanding nanti diorang datang. Kita nikah pun ajak orang dekat-dekat je. Kawan sayang pun tak tahu kan kita dah kahwin?”

“Itulah semua salah abanglah ni. Nak sangat kahwin cepat! Tengok sekarang apa dah jadi? Ramai saudara mara dah tag gambar dekat fac. Nanti sayang nak cakap apa dengan kawan sayang? Ei, abang ni teruk tau!” marahku. Dia tergelak. Makin aku marah makin dia gelak. Apa yang lucu aku pun tak tahu.

“Biar jelah. Apa yang penting, sayang dah jadi milik abang yang sah. Abang bersyukur sangat dapat isteri yang boleh terima abang apa adanya. Maklumlah abang ni kan kadang-kadang menjengkelkan di mata sayang.”

“Sayang pun sama juga. Beruntung dapat jadi isteri kepada abang yang hensem ni.” Aku mencubit pipinya. Rasakan! Dia mengaduh sakit.

Pintu diketuk dari luar.

Aku dengan suamiku memandang silih berganti. Gelak kuat sangatkah sampai ada yang menganggu?

“Bukak cepat. Abang long ni.” kedengaran suara garau abang longku. Fadil membuka pintu.

“Amboi hang. Dah dapat adik aku lupaq agenda kita hari ni?” Aku merapati mereka. Agenda apa pula ni?

“Sejak bila kau pandai longhat kedah ni?”

“Haha. Engkaukan asal orang kedah. Ni kawan kau datang jauh nun dari kedah datang mai sini. Katanya ada bisnes pasal durian crepe. Jumpa dekat depan.” Aku diam membantu. Dari tadi hanya mendengar perbualan mereka. Bisnes lagi rupanya.

“Apa lagi ni? tak habis habis pasal bisnes durian crepe. Naik boring dengar. Dahlah tak sedap.” Aku tempiaskan marahku pada Fadil. Rasa Fadil lebih pentingkan durian crepe dari aku sendiri.

“Sayang nak cemburu sangat ni kenapa? Salah ke abang buat bisnes dengan durian crepe? Benda makanan bukan manusia tau. Kalau sayang nak tahu, durian crepe ni lah yang tolong mempercepatkan jodoh kita. Sayang kena berterima kasih tau. Kalau tak sayang, dari hujung tahun ke hujung tahun sayang masih tak bersama dengan abang.”

Aku menlonggok memandangnya. Aku harus berterima kasih dengan durian crepe? Aku tahu selama ini, duit pendapatan Fadil banyak bergantung kepada perniagaan durian crepenya. Aku tahu itu. Sebab abah dah cerita dari A sampai Z. Memang betul kata Fadil. Duit banyak melabur bila nak berkahwin. Aku juga faham situasi Fadil.

Fadil memintaku menemaninya di ruang tamu. Selepas banyak kali aku menolak. Bukan apa, aku langsung tak kenal kawan dia yang mana, sebabnya kawannya satu universiti dengan dia bukan satu universiti dengan aku. Naik angin aku waktu tu. Tapi setelah dipujuk. Akhirnya aku ikut juga. Perintah suami kenalah aku turutkan. Apa pun tak boleh.

“Saya pergi buat airlah.” Aku bangun dari kerusi. Rasa segan pula dengan kawan Fadil. Kenapalah kawan dia ramai sangat? Naik segan pulak.

“Tak payah nak mengada. Duduk sini. Teman abang borak. Tak ramai pun. Dua orang je. Biar kak ngah buat air.” Melampaulah. Geram hati aku ni. Depan kawan dia pun nak bermanja dengan aku. Tengok! Kawan dia tersengih-sengih. Gila malu!

“Wei Fadil. Dah lama tak jumpa kau sejak kau sibuk kahwin ni. Jarang-jarang kita nak jumpa. Tahulah perniagaan kita dah sampai ke negara London.” Aku diam. Memandang Fadil. Kalau dah jumpa kawan tak ingat bini dekat sebelah ni. Aku mengomel dalam hati.

“Apa yang lama? Baru berapa minggu kita tak jumpa. Ni, aku kenalkan isteri aku. Namanya Laura Asmarina. Panggil dia Laura. Kau jangan panggil dia sayang pula. Naik merah muka kau nanti.” Aku tahan gelak. Boleh tahan lawak suami aku ni. Aku senyum saja dengan kawan dia.

“Oh.. Patutlah semua gadis kau tolak. Rupanya isteri kau ni cantik sangat. Hai,bilalah aku nak kahwin. Semua gadis tak suka dengan aku.” aku memandang dia. Dia boleh tahan hensem. Lebih hensem dari suami aku ni. Apa yang dia kata semua gadis tak suka dengan dia pun aku tak tahu.

“Engkau ni kan Mad, Nazril sama je. Dua-dua sama. Kau tahu tak. Dekat luar tu berlambak perempuan minat dekat kau orang. Kau orang je yang jual mahal. Kan sayang?” aku memandang Fadil. Suka sangat kenakan aku.

“Betul jugak tu. Buat apa nak jual mahal. Nanti harga turun jugak.” Kataku.

“Isteri kau ni memang pandailah. Tapi kita orang nak yang cantik macam Laura. Baik, sopan santun, pandai masak, hormat orang tua dan yang paling penting cun melecun.” Nazril dengan Mad gelak sakan.

Tiba-tiba kak ngah datang dari belakang membawa air kopi. Dia pelik memandangku. Aku buat biasa. Tahu sangat apa yang ada di dalam otak kak ngah. Sempat lagi dia mencuitku.

“Kenapa ni sayang? Sakit ke?” aku sakit sebab kak ngah cubit lengan aku.

“Kenapa wei, isteri kau sakit perut ke? mengandung?” aku terbeliak kejut dengan soalan Mad. Amboi. Baru semalam aku nikah, dah nak mengandung pulak. Kak ngah tergelak menuang air. Aku lagi tahan gelak. Suami aku? dia lagilah. Gelak sakan.

“Bila masa pulak isteri aku mengandung? Kau ni. Baru semalam kita orang kahwin.” Fadil menahan gelak.

“Mana tahu kan. Bunting pelamin.” Nazril menambah.

Kak ngah memintaku untuk ke dapur. Katanya ada hal nak dibincangkan. Aku meminta kebenaran suamiku sendiri. Mana tahu dia tak izinkan. Nasib baik dia izinkan. Aku kemudiannya mengikut kak ngah dari belakang. Apa yang kak ngah marah sangat?

“Engkau ni, kenapa ikut sangat laki kau tu. Akak nampak si Mad tu tak habis-habis pandang kau. Kau patut duduk diam dalam bilik. Berhias untuk laki kau.” Aku tak tahu pulak Mad tu asyik curi-curi pandang ke arah aku. Melalut lah kak ngah ni. Apa yang nak dihiaskan. Tudung selendang dah cantik aku pakai. Bedak, gincu,dan celak. Semuanya perfect. Apa yang tak cukup lagi?

“Mana ada kak ngah. Dia tak pandang Laura pun. Adui, akak ni buat tambah tensionlah. Dahlah Laura nak masuk bilik.”

Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Malas nak bergaduh dengan akak sendiri. Rasanya Fadil masih lagi bersembang dengan Mad dan Nazril di ruang tamu. Sampai aku pun dah diabaikan. Rasa cemburu mula menerjah. Aku baring ke atas katil. bonsan sangat. Jam menunjukkan 12 .00 malam. Suasana hening malam mula dirasai. Aku menyelimuti badanku. Membiarkan dari menunggu Fadil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience