Deringan telefon Blackberry Z10 milik Humaira membantutkan misinya untuk memenuhkan perutnya yang kosong itu. Secepat mungkin Humaira menyelongkar tas tangannya. Skrin telefon itu dipandangnya dengan penuh persoalan. Rupa- rupanya ibu yang menelefonnya. Humaira memandang Ilyas seperti ingin menyatakan sesuatu.
Ilyas yang perasan akan mata bundar Humaira yang memerhati hanya mengangukkan kepala. Dia tahu Humaira ingin beredar bagi menjawab panggilan itu. Humaira tersenyum. Kakinya segera dihayunkan untuk ke tempat yang dirasakannya sesuai. Sebaik sahaja sampai di suat tempat yang sistematik, Humaira menjawab panggilan itu. Pelbagai perkara bermain di benak fikirannya.
“ Hello ! Assalamualaikum, ibu ! ” Ucap Humaira.
“ Waalaikummussalam ! ” Suara ibunya kedengaran di corong telefon.
“ Ada apa ibu ? ” Soal Humaira. dia benar- benar ingin mengetahui tujuan sebenar ibu menelefonnya.
“ Tak ada apa- apa. Maira balik tak hujung minggu ni ? ”
“ Balik ! Kenapa ? ” Soal Humaira lagi. Selalunya dia yang akan menelefon ibunya jika pulang ke kampung. Tapi, hari ini lain pula jadinya. Mungkin ibu ada hal yang penting untuk dimaklumkannya.
“ Oh… ! Tak apalah… Assalamualaikum ! “
“ Waalaikummussalam ! ” Ibu Humaira segera memutuskan talian. Humaira berasa pelik kerana tidak sampai 30 saat pun ibunya berbicara dengannya. Selalunya, 3 jam pun belum tentu ibunya akan berhenti. Apakah perkara yang sedang dikejar ibunya ?
Humaira kembali mendapatkan Ilyas yang sedang menikmati hidangan makan tengah hari itu. Berselera sekali dia ! Humaira melabuhkan punggungnya dan kembali meneruskan sesi menghabiskan makanan.
“ Siapa yang telefon tadi ? “ Tanya Ilyas. Air Milo di hadapannya diteguk beberapa kali.
“ Ibu ! ” Pendek sahaja jawapan yang diberikan Humaira.
“ Ooo.., patutlah ! Apa yang ibu mertua saya cakap ? ” Ada riak nakal pada wajah Ilyas. Sudu besi yang sedang dipegang Humaira mendarat di dalam mangkuk mihun supnya menyebabkan percikan sup itu melompat keluar. Ilyas tersengih. Usikannya berjaya lagi menjedakan gadis comel di hadapannya. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Doktor Ilyas yang kacak bergaya ini.
“ Apa ? Ibu mertua ? ” Soal Humaira. Dia bagaikan tidak percaya akan apa yang diucapkan bibir Ilyas.
“ Oh…, maksud saya bakal ibu mertua ! ” Ilyas ketawa besar. Selaju kilat Humaira mencubit lengan jejaka di hadapannya. Geram ! Usikannya langsung tidak mengusik kalbu Humaira.
“ Aduh ! Ganas betul bakal isteri saya ni ! ” Ilyas mengaduh kesakitan. Tangannya menggosok- gosok lengan yang menjadi mangsa cubitan Humaira.
“ Padan muka ! Tu lah…, akibatnya kalau perasan. Muka tak malu ! ” Rungut Humaira.
“ Sayang…, kenapa ganas macam ni ? Sakit abang tahu ? ” Humaira dapat merasakan tekaknya loya. Mungkin muntah hijau akan keluar! Bukan setakat muntah hijau… Muntah merah jambu pun boleh keluar bila- bila masa di mana sahaja.
“ Oh, please ! Saya dah nak muntah ni… ” Ilyas mula ketawa terbahak- bahak bagaikan ada seseorang sedang menggeleteknya. Siapakah gerangan yang menggeleteknya ?
Share this novel