Bab 57

Romance Completed 207871

Caden masih lagi tidak percaya yang Intan sudah sedar dari koma.

Pelukan masih lagi erat di tubuh itu. Carlos pula masih dengan ketawa yang tidak sudah.

Intan pada waktu itu tegak memandang Caden di sebelahnya.

"Sayang, kenapa pandang abang macam tu. Sejak dari sayang mula buka mata tadi. Sayang macam marahkan abang" kata Caden pada Intan.

Pelik dengan pandangan Intan yang tajam padanya. Sejak dari mula sedar hingga sekarang.

"Siapa perempuan tu?" perlahan soal Intan pada Caden.

Caden pelik dengan soalan Intan.

"Perempuan mana?" soal Caden dengan dahi berkerut.

Intan kemudian mengalih pandang pada Carlos.

"Kau cakap apa pada Afrina ni, Carl?" soal Caden.

"Aku cakap, ada housekeeper baru yang bersihkan bilik rehat kau kat hotel tu, muda dan cantik. Hari-hari masak bagi kau makan" jawab Carlos selamba.

"Hah? Housekeeper mana pulak ni? Amira je la yang bersihkan bilik rehat tu. Itu pun seminggu sekali. Kau merepek apa ni" tanya Caden keliru.

Ketawa Carlos.

Intan di sebelah Caden pula tak habis-habis memandang Caden.

"Eh, tapi Intan baru je sedar, bila pula kau cakap perkara tu? Ish, tak faham aku" pening Caden.

"Sayang.. Mana ada orang lain, Amira je yang bersihkan bilik tu, tak ada housekeeper baru pun" terang Caden.

"Dah-dah, sekarang ni aku nak cari makan. Lapar pula perut ni bila tengok Intan dah sedar. Kau nak apa-apa tak?" tanya Carlos pada Caden.

"Kau beli air dah la. Kenyang rasanya bila tengok Afrina dah sedar macam ni. Tapi belikan bubur la untuk dia" pinta Caden.

"Okey pretty, saya pergi dulu. Dah, jangan fikir bukan-bukan. Kalau saya tak cakap macam tu, mungkin pretty masih lagi tidur tak nak bangun" kata Carlos lalu meninggalkan bilik itu.

"Sayang nak duduk, abang betulkan bantal" tanya Caden.

Intan tidak membalas sebaliknya, perlahan cuba bangun dan mahu duduk bersandar di kepala katil.

Caden yang melihat tindakan Intan, pantas membantu Intan untuk duduk dengan selesa.

"Sayang.. Abang bersyukur sangat sayang dah sedar" kata Caden sambil memegang erat jemari Intan.

"Betul tak ada housekeeper lain yang bersihkan bilik rehat abang?" soal Intan perlahan.

Tekak masih lagi perit tetapi mahu juga bertanyakan soalan itu. Cuma apa yang Intan tidak faham, bagaimana soalan itu boleh timbul dalam fikirannya sebaik dia terjaga.

"Sayang jangan dengar apa Carlos cakap tu. Tak betul"

"Eh, tapikan, sayang baru je sedar dari koma. Bila pulak Carlos cakap macam tu?" soal Caden.

"Abang cakap apa tadi? Sayang koma?" Intan pula yang mengajukan soalan.

"Ye sayang, sebulan sayang koma. Abang ingat, abang dah hilang sayang" jawab Caden jujur.

"Betul ke apa yang abang cakap ni?" soal Intan tidak percaya.

"Iya.. Buat apa abang nak tipu" jawab Caden.

Kemudian Caden keluarkan telefon bimbit dan tunjukkan tarikh yang tertera pada skrin telefon tersebut.

Pucat wajah Intan sebaik melihat tarikh pada skrin telefon bimbit Caden.

Terdiam Intan. Diputarkan kembali apa yang berlaku, bermula dari dia dan Cleine bergelut di dalam kereta hinggalah Caden berjaya selamatkannya.

Setakat itu sahaja ingatannya.

"Maksud abang, sayang baru sedar dari koma selama sebulan?" ulang Intan tidak percaya.

"Ye sayang. Abang bersyukur sangat sayang dah sedar" kata Caden lalu dilabuhkan ciuman di pipi cengkung Intan.

"Apa jadi pada Cleine?" soal Intan.

"Cleine sekarang berada di.."

"Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan, mahkamah tidak tawarkan jaminan" laju Intan menuturkannya.

Bukan sahaja Caden terkejut dengan apa yang dituturkan tapi Intan sendiri turut terkejut.

"Eh, macam mana sayang tau?" soal Caden pelik.

"Sayang macam pernah dengar abang cerita pada sayang" jawab Intan sambil membuang pandang pada Caden.

Terkelip-kelip mata Intan.

"Sayang jangan takutkan abang" kata Caden pula.

Intan hanya memandang Caden di sebelah. Tiba-tiba daun pintu ditolak dari luar.

"Hai pretty. Sorry lama tunggu" kata Carlos sebaik melangkah masuk.

Masam wajah Caden, Carlos pula hanya buat tidak tahu. Dah masak dengan perangai sahabatnya itu.

Bubur dan air diserahkan pada Caden untuk disuapkan pada Intan. Carlos pula mengambil tempat di sofa berhampiran katil.

Gembira hatinya apabila melihat Intan yang sudah kembali pada pangkuan Caden cuma tidak tahu lama mana mereka akan bersama.

Kasihan pada sahabatnya itu, baru sahaja ingin merasakan kebahagiaan tetapi ada pula yang ingin musnahkannya.

Tersenyum sendiri Carlos di sofa.

"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang kat situ?" soal Caden pada Carlos.

"Tak, aku gembira tengok korang berdua" balas Caden.

"Malam ni kau nak stay sini atau nak balik?" soal Carlos pada Caden walaupun jawapan sudah dapat diagak tetap juga diajukan soalan itu pada Caden.

"Aku stay sini teman Afrina. Kau balik la dulu cuma nanti datang awal sikit bawakan pakaian untuk aku tukar" pinta Caden.

Carlos sudah berdiri di sisi katil Intan dan bersedia untuk pulang.

"Okey, esok aku bawakan"

"Pretty, saya balik dulu. Makan banyak-banyak supaya cepat sembuh okey" pesan Carlos.

Intan hanya menggangguk dan melemparkan senyuman buat Carlos.

Caden di sebelah sudah senget-senget bibirnya tidak puas hati.

Carlos hanya tersenyum dan terus melangkah keluar. Tidak mahu berlama di situ. Biarlah pasangan itu melepaskan rindu mereka.

Baru separuh bekas, Intan sudah menggeleng tidak mahu. Tekaknya masih perit dan perutnya baru mahu menerima makanan, jadi tidak dapat makan terlalu banyak. Cukuplah untuk mengalas perut.

"Sayang dah kenyang?" soal Caden sambil mengesat bibir Intan dengan tisu yang dibasahkan. Kemudian disapu dengan pelembab bibir.

Mujurlah Kak Sal berpesan pada Caden supaya kerap menyapu pelembab bibir pada bibir Intan supaya tidak pecah dan kering.

"Abang, sayang nak mandi boleh tak?" soal Intan.

Iyalah, badan rasa tidak selesa dan rambut sudah rasa keras macam penyapu.

"Mandi? Dah malam sangat ni. Nanti abang tanyakan pada jururawat dulu ya" kata Caden lalu melangkah keluar untuk bertanya pada jururawat yang bertugas.

Tidak lama Caden masuk semula bersama pakaian hospital yang baru.

"Mari abang bantu sayang" ajak Caden lalu mahu mencempung Intan ke bilik air.

Sebaik tiba di pintu bilik air, perlahan Caden mendirikan Intan di atas lantai bilik air.

Laju tangan Intan mahu menutup pintu. Tapi lekas dihalang Caden.

"Eh, biar abang bantu sayang" kata Caden.

"Ha! Bantu? Tak payah la. Tak apa, sayang boleh mandi sendiri" ucap Intan yang sudah memerah wajahnya.

"Sayang nak malu apa, sepanjang sayang koma, abang yang bersihkan badan sayang dan tukar pakaian. Lagipun sayangkan isteri abang" kata Caden.

Takkan dia nak biarkan Intan seorang di dalam bilik air, tenaga Intan masih belum pulih. Silap hari bulan, terjatuh pulak dalam tu nanti.

"Tapi.." kata Intan mahu mengelak.

"Sayang.. Dah, kalau tak nak abang mandikan, sayang tak payah mandi terus" kata Caden.

Intan mengeluh perlahan.

"Okey.. Tapi abang tak nak naughty-naughty tau" pesan Intan.

Bukan boleh percaya Caden ni. Ikut kepala gatal dia karang, lain pulak jadinya.

Tersungging senyuman gatal di bibir Caden.

Kau ni Intan, tak baik buruk sangka pada suami. Kau kan sakit, takkan dia nak buat pelik-pelik pulak..

Hampir setengah jam, Intan selesai membersihkan diri dan mencuci rambutnya.

Ringan rasa kepala dan segar rasa badan. Caden mencempung Intan dan meletak perlahan Intan di atas katil.

"Sayang duduk sekejap, abang nak bersihkan bilik air" kata Caden.

Intan hanya memerhatikan Caden ke bilik air.

Sementara menunggu Caden, Intan mengeringkan rambutnya dengan tuala. Perlahan sahaja gerakannya. Tenaga belum pulih, otot-otot lengan juga masih keras kerana lama tidak bergerak.

Sebaik Caden keluar dari bilik air, pantas dia ke katil dan mengambil tuala di tangan Intan.

"Sayang.. Kan abang dah cakap, tunggu sini diam-diam. Biar abang yang buat" kata Caden lalu perlahan rambut Intan dikeringkan.

Terharu Intan dengan apa yang dilakukan Caden. Menitis air mata di pipi.

Caden yang menyedari keadaan itu pantas bergerak ke hadapan Intan.

Kedua-dua pipi Intan dipegang.

"Hey.. Kenapa ni, sayang sakit ke?" soal Caden. Bimbang juga andai ada tingkahnya menyebabkan Intan sakit.

Perlahan Intan menggeleng.

"Tak.. Sayang terharu sangat. Terima kasih abang kerana tidak putus asa dengan sayang" teresak Intan.

Pantas Caden meraih Intan ke dalam pelukannya.

"Kenapa cakap macam tu. Sayang isteri abang. Abang sayang dan cintankan sayang. Tolong jangan cakap macam tu lagi" dikucup ubun-ubun Intan.

"Dah, tak nak sedih-sedih. Sekarang ni sayang tidur. Sayang kena pulihkan tenaga sayang. Kena banyak rehat. Okey" pujuk Caden.

Air mata di pipi Intan dikesat dengan jari besarnya. Dikucup dahi Intan, lama.

Tangan Intan naik memeluk tubuh sasa itu.

"Sayang tidur ye" pinta Caden.

Intan perlahan membaringkan diri setelah rambut dikeringkan dan kepala ditutup dengan tuala.

Intan mengesot ke tepi dan menarik tangan Caden supaya tidur bersamanya.

"Sayang nak peluk abang" pinta Intan.

Caden mengangguk lalu memanjat katil perlahan, ditarik Intan rapat dalam pelukannya.

Malam itu, lena Caden tidur. Sepanjang Intan sakit, ini adalah malam paling nyenyak buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience