BAB 1

Family Completed 6946

Di sini adalah tempatku, hari-hari yang tersisa penuh kebebasan ku habiskan di sini. Mendengar ritma dan nyanyian penuh semangat dari jalanan ini mengajar aku untuk lebih menghargai. Bagiku, ini bukan sekadar penghibur jalanan, bahkan lebih dari itu. Rentak di jalanan inilah yang menghilangkan lelah seharian. Bagiku ia membawa makna besar.

***

Dari jauh mata aku dah menapak pada pada pemain gitar yang berada di seberang jalan. Dah dekat sebulan la jugak aku usha dia. Ha ha ha. Aku bukan gatal tapi ada sesuatu yang aku tertanya pada dia. Dari arah jejantas aku perhatikan. Aku menongkat dagu dipalang besi. Hari ini dia nyanyi lagu English. Setiap hari isnin, selasa dan jumaat dia akan nyanyi lagu dalam bahasa melayu. Hari rabu lagu English. Hari lain dia kan nyanyi bebas tak kira bahasa. Tengok hebat tak aku skodeng dia.

Lollipop dalam poket aku ambik. Selagi tak habis lollipop selagi itu aku akan usha dia. Beg tenis aku capai. Nak balik. Hampir setengah jam aku lepak tengok dia. Balik nak tenangkan diri. Banyak lagi benda yang perlu aku buat.

Abang PJ adik Adn balik dulu.

“Adn dah balik” jerit aku.

Beg tenis diletakkan belakang pintu. Kasut sukan diletakkan didalam almari yang khas untuk meletak kasut. Biar kemas. Tahu dekat mak kasut tak simpan dalam almari memang semua kasut aku kena rendam. Memang berkaki ayam la aku sehari suntuk nanti. Sebelum pekara tersebut berlaku baik aku ambil langkah berjaga-gaya.

“Assalamuaikum” tubuh mak keluar dari dapur. Siap memakai apron. Cik Siti Wan Minah, itu la nama mak aku. Aku sengih. Dah biasa duduk dekat Jepun dulu cakap macam ini. Dah terbiasa gitu. Orang jepun memang beradab. Sama macam orang Malaysia jugak, cuma tutur kata yang berbeza. Maklum la dulu duduk dengan keluarga Jepun itu yang terikut budaya sana. Sebab itu sebaik sahaja mendarat di tanah Malaysia mak aku dah bukak kelas adab orang Malaysia. Hohoho. Tapi masih tak khatam lagi. Hahahaha.

“Dari mana?”

“Dari main tenis dekat kelab” mak dah ambik tempat sebelah aku. Bahu mak jadi tempat aku beristirehat. Selembut bantal kekabu. Lama tak
manja-manja dengan mak. Adalah dekat 10jam yang lalu. Anak tunggalkan.

Aku la ratu aku la puteri. Kat mana lagi mak nak bermanja kalau bukan dengan aku. Erk betul ke? Betul la.

“Dah jumpa dia?” soal mak dengan senyuman. Dia mak terbaik yang aku pernah ada. Tahu semua aktiviti aku, tak kira la aktiviti gelap ataupun terang. Makanya memang tak boleh nak rahsia apa-apa dari mak. Mak dah bela ‘saka’ untuk perhatikan aku. Huhuhu. Seram. Mana taknya bila setiap aktiviti aku, aku update dekat mak. Nak masuk jamban pun sama la. Hahaha.

“Dah.”

“Macam mana? Terhibur tak? Lulus ujian tak?”

“Lulus kot”

“Kenapa kot?”

“Sebab kot yang dia pakai hari ini cantik” aku ketawa. Telinga aku mak tarik. Ha ha ha. Tak payah Tanya lulus ke tak, jawapannya sentiasa lulus. Dulu, sekarang dan selamanya. Aku mengekori langkah mak menuju ke arah dapur. Nak tolong mak masak tengahari. Sementara aku tak berapa nak ada kerja boleh la aku menyemak dekat rumah masa ini. Nanti bila dah kerja susah pulak. Jom kita practice jadi isteri yang mithali di dapur!

Kertas nota berwarna biru aku titipkan pada Abang PJ. Kertas yang aku pass pada budak lalu lalang dekat tempat dia. Aku ketawa kecil Abang PJ menoleh kiri kanan. Aku nak usha dia. Tekad! Langkah pertama perlu dilancarkan. Tiada istilah perigi cari timba dalam Islam. Yes! Kata-kata uh aku kutip dalam twitter UAI. Hahaha. Dengan tak malunya aku akan jadi timba. Jodoh tak datang bergolek tapi perlu usaha. Jadi aku tengah usaha. Ini usaha pertama aku. Abang PJ bukan la sombong sangat. Bukti, setiap benda yang aku bagi dia mesti dia simpan. Dekat situ dah tertulis nilai menghargai yang begitu tinggi. Untung siapa dapat dia. harap-harap jangan ada pesaing sudah. Puas aku nak bertinju nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience