BAB 27

Romance Completed 43245

Anis Raihanna termenung sendirian. Dia sibuk memikirkan bagaimana dengan hidupnya selepas berpisah dengan Afiq Raihan. Bagaimana dengan kerjanya nanti?

Status janda yang akan dipegang pada usia yang masih muda. Bagaimana dia nak lalui kehidupannya? Anis mengeluh kecil.

"Kalau ikutkan dah nak dekat seminggu aku kahwin dengan dia." omel Anis Raihanna perlahan.

"Cik..boleh saya jumpa Afiq Raihan?" tegur seorang lelaki kepada Anis Raihanna tiba tiba.

" Erk..Ya, ada apa yang saya boleh bantu?" jawab Anis Raihanna.

Terperanjat dia apabila ditegur sebegitu. Lamunannya tadi dilupakan begitu saja. Dia bingkas berdiri.

Lelaki tersebut tergelak kecil dengan kelakuan Anis Raihanna. Comel!

"Saya nak jumpa Afiq Raihan boleh?" balas lelaki tersebut lagi. Dia mengukir senyuman.

"Oh..Encik ada buat appointment ke?" balas Anis Raihanna.

Dia mengambil buku catatannya. Mahu memeriksa sekiranya lelaki tersebut telah mengatur appointment bersama Afiq Raihan.

"Oh saya tak ada buat appointment. Please bagi la saya jumpa dia." rayu lelaki itu.

Anis Raihanna mengerutkan dahi. Pelik dengan kelakuan lelaki itu. Wajahnya seperti pernah dilihat sebelum ini. Tapi tak ingat di mana.

"Urmm..saya cuba tanya Encik Afiq dulu yer. Boleh saya tahu encik ni siapa? Saya akan maklumkan sekali pada Encik Afiq juga nanti." balas Anis Raihanna. Bibirnya menguntum senyuman.

"Saya kawan dia. Dia kenal saya. Awak bagitahu saja yang saya kawan dia." balas lelaki itu lagi. Dia tak mahu identitinya terbongkar dari awal.

"Oh baiklah. Encik jemput duduk. Tunggu sekejap ye." balas Anis Raihanna sebelum mengatur langkah pergi.

Pintu bilik Afiq Raihan diketuk. Risau sekiranya dia menganggu lelaki itu.

"Masuk!"

Anis Raihanna segera masuk ke dalam bilik Afiq Raihan. Kelihatan lelaki itu sedang sibuk memeriksa fail di meja kerjanya.

"Ha kau nak apa?" soal Afiq Raihan tanpa memandang wajah isterinya.

"Ada orang nak jumpa kau. Dia tak buat appointment. Tapi dia tetap nak jumpa kau." jawab Anis Raihanna panjang lebar.

"Haih mestilah orang yang nak jumpa aku. Takkan hantu pulak. Siapa dia? Kenapa tak buat appointment pulak?" soal Afiq Raihan lagi. Seperti tadi, matanya kekal pada skrin komputer. Manakala, tangannya ligat menaip.

"Manalah aku tahu! Dia kata dia kawan kau." balas Anis Raihanna tak puas hati.

Geram apabila Afiq Raihan tak menghiraukan dirinya. Dia berpeluk tubuh. Menunggu jawapan daripada suaminya.

Afiq Raihan menghentikan kerjanya. Dia menoleh ke arah Anis Raihanna. Dahinya dikerutkan.

"Kawan? Kawan mana pulak kau ni. Lelaki ke perempuan? Apa dia nak dengan aku?" soal Afiq lagi.

Anis Raihanna mengeluh. Dia menepuk dahi. Susah cakap dengan orang tak faham bahasa ni.

"Kan aku dah cakap tadi. Manalah aku tahu. Yang aku tahu dia nak jumpa kau dan dia lelaki. Nak bagi dia jumpa kau ke tak ni? Aku ada banyak kerja lagi." balas Anis Raihanna.

Buang masa betul cakap dengan mamat ni. Dia mencekak pinggang.

"Suruh dia masuk" arah Afiq Raihan tanpa teragak agak. Dia juga mahu tahu siapakah gerangan yang menyamar sebagai sahabatnya.

"Baik boss!" balas Anis Raihanna. Dia melangkah keluar.

"Encik silalah masuk. Maaf sebab terpaksa tunggu lama" kata Anis Raihanna kepada lelaki tersebut.

"Eh tak apa. Terima kasih ya." balas lelaki itu pula. Dia mengatur langkah ke bilik Afiq Raihan.

Anis Raihanna menghantar pemergian lelaki itu dari ekor mata. Dia cuba mengingat kembali sama ada dia pernah berjumpa dengan lelaki tu.

Namun ingatannya samar samar. Akhirnya dia putus asa.

"Ah baik aku tak payah sibuk fikir pasal dia. Kerja aku ni nanti siapa nak buat? Mengamuk mamat tu nanti" bebel Anis Raihanna sendirian.

Dia kembali menyambung kerjanya semula.

???

"Siapa agaknya 'kawan' aku tu? Takkanlah.." Afiq Raihan tiba tiba teringat kepada seseorang.

"Han!" jerit Adam Syahmi sebaik masuk ke dalam bilik Afiq Raihan.

"Aihh. Dah agak dah. Mesti lah mamat ni. Siapa lagi kalau bukan dia" omel Afiq Raihan sendirian. Dia mengukir senyuman.

"Woi, sejak dah kahwin tak nak lepak dengan aku eh? Bahagia sangat ke wei" kata Adam Syahmi. Dia memeluk Afiq Raihan.

Macam tak jumpa dua tahun saja lagaknya. Padahal baru beberapa hari.

"Lepaskan aku lah gila! Sesak nafas aku ni." rungut Afiq Raihan. Dia cuba meleraikan pelukan.

"Ish kau ni. Aku baru nak lepas rindu." balas Adam Syahmi. Dia mencebik.

"Eleh, rindu konon. Padahal bosan kan. Tak ada aku nak lepak dengan kau lagi" kata Afiq Raihan.

Dia melagakan bahunya dengan bahu sahabatnya. Bibirnya dah mengukir senyuman mengejek.

"Hahaha tau pun." balas Adam Syahmi. Dia tertawa.

"Ha ada apa sebenarnya jumpa aku ni. Selama aku kahwin ni, baru sekarang nampak muka." sindir Afiq Raihan.

Dia melabuhkan punggung di kerusinya. Adam Syahmi turut melakukan perkara yang sama.

"Aku sibuk sikit. Baru sekarang free. Tu aku jumpa kau ni. Lama tak jumpa. Nak jumpa pun kena buat appointment kan. Hmm." sindir Adam Syahmi pula.

"Kau tu yang berahsia sangat kenapa? Cakap je la kau nak datang. Ini tak saja nak buat surprise kan." balas Afiq Raihan.

"Hehe. Best lah kau. Kerja dengan isteri. Boleh berkepit 24 jam. Aku yang single ni. Hshshs" sayu Adam berkata. Heh

"Alah kau. Beratur perempuan nak dekat kau. Tapi kau yang memilih sangat. Lepas tu mengadu itu la ini la" selamba Afiq Raihan membalas.

"Mestilah memilih. Kahwin ni bukan boleh buat main. Kau fikir dah elok kahwin lepas tu cerai? Tak semudah tu bro." bidas Adam Syahmi bersungguh-sungguh.

Afiq Raihan tersentak. Kata kata sahabatnya seperti memerli dirinya. Tepat terkena batang hidungnya.

"Eh,Han. Aku tak ada niat nak perli kau ke apa. Aku cuba nak bagi pendapat aku. Sorry bro." kata Adam Syahmi. Silap dia juga terlepas cakap.

"Eh, aku okay jerlah. Jangan risau." balas Afiq Raihan. Dia tersenyum nipis.

"Tapi macam mana kau sekarang? Bahagia?" soal Adam Syahmi ingin tahu.

"Biasa je. Tak ada pun yang berubah." tenang Afiq Raihan menjawab. Dia berkata tanpa riak.

"Alah takkan tak ada apa apa yang berubah. Kau kan dah ada isteri. So takkan kau tak pernah rasa.." Adam Syahmi tak meneruskan kata katanya.

"Cinta? Suka?" sambung Afiq Raihan.

Dia menjongketkan keningnya.

"Ha itulah aku nak cakap." kata Adam Syahmi mengiyakan kata kata sahabatnya. Tersengih dia dibuatnya.

"Kau tahu aku tak boleh. Kenapa kau tanya lagi?" balas Afiq Raihan. Riak muka tanpa perasaan dipamerkan.

"Erk..aku saja nak tahu. Mana tahu kan. Perasaan manusia ni sentiasa berbolak balik tau." balas Adam Syahmi. Dia menggosok belakang tengkuknya.

"Mungkin bukan perasaan aku. Nak tak nak, aku memang tak boleh ada perasaan kat dia. Kau sendiri pun faham kan?" jawab Afiq Raihan.

Dia memandang muka Adam Syahmi. Adam mengangukkan kepalanya tanda faham. Padahal tak faham pun. Suka pada isteri pun salah ke? Namun hanya terluah di hati.

Tanpa mereka sedari, perbualan tersebut didengari oleh Anis Raihannna.

???

Anis Raihanna kembali ke tempatnya semula. Dia membatalkan niatnya untuk menyerahkan dokumen yang memerlukan tandatangan Afiq Raihan.

Entah mengapa, hati dia bagai disiat-disiat apabila mendengar perbualan suaminya tadi. Salah dia juga tak ketuk pintu.

Menyesal dia curi dengar perbualan mereka kalau tahu dia akan sakit hati sebegini. Anis memegang dadanya.

"Kenapa aku sakit hati? Kalau mamat tu sendiri yang tak nak cintakan aku. Aku pun tak ingin lah nak suka dia atau apa! " gumam Anis Raihanna sendirian. Dia meyakinkan dirinya.

Anis Raihanna menarik nafas dalam dalam. Lalu, hembus dengan perlahan. Tenang sikit hatinya. Anis kau boleh! Katanya pada diri sendiri.

"Wei mak cik. Nak ikut aku lunch tak?" pelawa Afiq Raihan. Adam Syahmi berada di sebelahnya.

Anis Raihanna memberikan jelingan maut kepada suaminya. Dipandang lelaki itu atas bawah. Matanya dikecilkan.

Tadi bukan main kata tak nak ada perasaan dekat aku la apa la. Sekarang ajak aku lunch? Gila lah mamat ni.

"Oi, aku tanya ni. Nak ke tak nak?" soal Afiq Raihan lagi.

Pelik dengan jelingan tajam daripada isterinya. Dia ajak lunch je kot. Bukan cari gaduh.

"Anis, jomlah. Saya nak kenal jugak isteri kawan saya ni." pelawa Adam Syahmi pula.

Yelah, sepasang suami isteri tu macam nak gaduh saja gayanya. Baik dia selamatkan keadaan dulu.

Afiq Raihan menjeling Adam Syahmi. Tanda tak puas hati lelaki itu menyibuk dengan urusan dia.

"Oh boleh jugak. Saya pun nak tahu perangai SUAMI saya dekat luar macam mana. Jom!" balas Anis Raihanna teruja.

Sengaja ditekankan perkataan suami tu. Nak memerli Afiq Raihan sebenarnya. Dia mengatur langkah bersama dengan Adam Syahmi. Afiq Raihan ditinggalkan.

Afiq mengeleng kepala. Dia mengikuti langkah mereka dari belakang. Rancak betul mereka berdua bersembang.

"Aku ada buat salah apa apa ke?" gumam Afiq Raihan sendirian.

???

"Jomlah cepat. Lembab lah kau ni." rungut Anis Raihanna. Dia mencekak pinggang.

"Jalan macam siput. Entah- entah siput lagi laju dari kau. Tengok aku ni jalan laju. " bebel Anis Raihanna.

Dia dah nekad untuk memastikan yang dia takkan jatuh cinta pada Afiq Raihan. Kalau lelaki itu boleh berbuat sedemikian, kenapa dia tidak boleh kan?

"Diam boleh tak? Lantak akulah nak jalan laju ke lambat ke. Bebel macam mak nenek!" marah Afiq Raihan.

Dari tadi telinga dia panas mendengar bebelan Anis Raihanna. Runsing dia dibuatnya. Dia segera membuka pintu kereta.

"Oh ya? Mak nenek ni jugak la isteri kau!" bidas Anis Raihanna. Dia memboloskan diri ke dalam kereta.

"Alahai, kesiannya aku dapat isteri mak nenek macam kau ni." perli Afiq Raihan.

Dipandang muka isterinya disebelah. Satu jelingan diberikan. Dia menghidupkan enjin kereta.

Anis Raihanna membulatkan mata. Dia jeling aku?! Ish nak kena dia ni!

Tiba-tiba telefon Afiq Raihan berdering. Afiq segera menjawab panggilan tersebut. Seraya itu, dia keluar dari kereta.

"Hello,assalamualaikum Fiq" kata Haiqal Iskandar sebaik panggilan disambungkan.

"Waalaikumusalam, Is. Ada apa kau call aku ni? Ada apa apa jadi ke?" soal Afiq Raihan. Dia tertanya tanya.

"Aku nak cakap yang kawan aku dah jumpa orang yang sabotaj kereta Anis. Tapi tu lah dia kena upah rupanya." terang Haiqal Iskandar.

"Ohh. Jadi macam mana sekarang ni? Aku dah tak benarkan Anis bawak kereta dia sendiri" kata Afiq Raihan pula.

"Kawan aku kata dia akan pantau keadaan korang berdua. Supaya senang nak tengok kalau ada orang yang ikut kau. Jadi kau jangan risau eh. Kau jaga jer Anis untuk aku" balas Haiqal Iskandar.

"Baik bro. Aku kena pergi dulu ni. Nanti bising minah tu kang. Assalamualaikum." kata Afiq Raihan sebelum menamatkan panggilan.

Dia tersenyum gembira. Nampaknya selepas ni keselamatan Anis Raihanna akan terjamin. Afiq memboloskan diri ke dalam kereta semula.

"Siapa call?" soal Anis Raihanna. Tertanya tanya dia dibuatnya apabila terlihat senyuman yang terukir dibibir Afiq Raihan.

"Madu kau." selamba Afiq Raihan menjawab.

Anis Raihanna terlopong. Secepat ini dia diduakan. Baik berpisah sekarang je!

"Kau cakap pasal madu lagi, jangan tanya kenapa kita accident nanti." ugut Anis Raihanna. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.

Afiq Raihan mengukir senyuman. Baru usik sikit dah sentap. Huhuhu

???

Mereka berdua menjamah makanan dengan begitu berselera. Lebih-lebih lagi, Afiq Raihan.

Dia sekarang dah reti memasak sikit sikit. Itu bangga gila tu. Anis Raihanna pula sekadar mengiyakan saja apabila lelaki itu memuji dirinya sendiri. Malas nak gaduh.

"Malam ni, aku nak tengok tv tau. Kau pergi la berkurung dalam bilik macam anak dara tu" kata Anis Raihanna. Dia melangkah ke dapur untuk membasuh pinggan.

"Suka hati aku lah. Nak berkurung ke tak nak ke. Nak tengok tv ke tak. Ini rumah aku." balas Afiq Raihan. Dia meletakkan pinggan ke dalam singki.

"Fine. Tapi jangan kacau aku tengok tv. Faham!" tegas Anis Raihanna berkata.

"Tengoklah macam mana" balas Afiq Raihan. Dia melangkah ke ruang tamu.

Anis Raihanna mendengus geram. Dia nak tengok tv pun tak senanglah macam ni. Dia turut melangkah ke ruang tamu menyertai suaminya.

"Aku nak tengok cerita Hindustan ni. Kalau tak suka, boleh angkat kaki dan berambus dari sini" kata Anis Raihanna.

Dia memandang Afiq Raihan. Namun lelaki itu langsung tak mengendahkan dirinya. Lelaki itu ralik bermain dengan telefon pintarnya.

Anis Raihana berdecit. Dia menghempaskan dirinya di sofa. Remote control dicapai lalu ditukarkan kepada saluran yang dimahukan.

"Kau kalau ya pun nak tengok tv. Tak payah nak hempas badan kat sofa aku ni " marah Afiq Raihan tak puas hati. Dia menjeling tajam isterinya.

"Oh ada mulut nak cakap. Tadi aku tanya diam macam orang bisu" perli Anis Raihanna. Dia mencebik.

"Lantak kau lah." balas Afiq Raihan. Tak ada guna dia bergaduh dengan isterinya. Pada akhirnya dia tahu dia yang akan kalah.

Anis Raihanna tersenyum kemenangan. Puas hati dapat sakitkan hati mamat tu. Siapa suruh pulaukan aku tadikan. Huh.

Anis khusyuk menonton filem Hindustan tersebut. Lagi lagi itu ialah filem kegemarannya. Apa lagi kalau bukan cerita Kuch Kuch Hota Hai.

Filem yang dibintangi oleh pelakon terkenal Shah Rukh Khan dan Kajol. Mengisahkan kisah cinta tiga segi antara Rahul, Anjali dan Tina. Kisah yang dapat membuatkan para penonton ketawa dan sedih pada satu masa.

"Wei apa tengok cerita ni? Aku dah muak la tengok." rungut Afiq Raihan. Dia baru tersedar filem yang sedang ditonton oleh isterinya.

"Kan aku dah cakap. Kalau tak suka, angkat kaki dan berambus dari sini." marah Anis Raihanna.

Dia masih menonton filem tersebut dengan penuh perhatian. Adegan yang sedih akan mula dipaparkan sebentar lagi. Oleh itu, Anis sedang cuba menghayatinya agar dapat mengalirkan air mata.

"Kau dah tahu kan penamat cerita ni. Akhirnya Rahul tu akan kahwin juga Anjali." balas Afiq Raihan. Dia cuba menerangkan kepada isterinya.

"So what? Kalau aku dah tahu pun penamat cerita dia macam mana, salah ke kalau aku nak tengok lagi?" bidas Anis Raihanna.

Geram apabila tumpuannya diganggu oleh Afiq Raihan. Nak tengok sekali lagi pun salah.

"Fine. Tengok la tengok. Kau fikir setiap cerita akan ada penamat yang menggembirakan? Itu cerita jer la Hana. Dunia realiti tak sama macam tu.

Takkan la tunang Anjali tu senang senang bagi Rahul kahwin dengan Anjali. Padahal tunang dia cintakan Anjali. Tolonglah faham realiti kehidupan." kata Afiq Raihan panjang lebar. Dia melangkah ke bilik tidurnya.

Anis Raihanna terkedu. Kolam air mata yang ditahan tadi mengalir laju. Seraya itu, dia menyeka air matanya.

"Salah ke kalau aku mengharapkan penamat yang membahagiakan." omel Anis Raihanna sendirian.

Dia melangkah ke bilik tidurnya. Air mata yang mengalir tadi bukan kerana kata kata suaminya tetapi kerana babak sedih yang dipaparkan.

Walaupun begitu, kata kata Afiq Raihan masih berlegar-legar di ruang fikirannya. Akhirnya, dia terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience