BAB 18

Romance Completed 18284

"Abang! Cepatlah nanti lambat pulak".

Jerit Mariam Syuhada dari halaman rumah. Rencananya ingin membeli sedikit barangan dapur. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Hafiy, namun kelibatnya tetap tak muncul.

"Sorry2! Abang lambat sikit". Hafiy muncul terkocoh2.

"Apa abang buat lama sangat?".

"Sakit perut la, sayang!".

Hafiy mengangkat tangan memohon maaf. Sempat dia melemparkan senyuman manis buat isterinya.

"Berak batu ke?". Perli Mariam Syuhada. Dahi Hafiy yang berpeluh sempat diseka.

"Dah, jom!".

Hafiy mengiring Mariam Syuhada ke kereta. Pintu kereta dibuka, bagaikan membawa bidadari dari kayangan.

"So, harini nak beli apa je?". Hafiy mengerling Mariam Syuhada disebelahnya. Isterinya sedang sibuk membuat kira2. Ditangannya terdapat senarai barang2 yang akan dibeli.

"Banyak sangat!". Sengaja dileretkan suaranya.

"Banyak sangat ke? Bajet berapa tu?".

"Erm.. dalam dua ratus".

Hafiy terkejut. Barang apa banyak sangat yang nak dibeli tu?

"Sayang, bekalan setahun ke macamana? Kenapa sampai dua ratus?".

Kepala digaru. Hidup cuma berdua, tapi barang dapur sampai beratus. Tak mungkin gst mempengaruhi sebegini dahsyat sekali!

"Apalah abang ni! Barang dapur untuk Ara sekali la. Syu yang volunteer nak belikan sekali". Jawabnya dengan senyuman manis.

"Cakaplah awal2". Balas Hafiy selamba.

Dia meneruskan pemanduan. Baru dia teringat bulan ni dia belum membawa Zahara keluar membeli barang dapur. Mujur juga isterinya yang seorang ini begitu memahami dan bertimbang rasa. Beruntung dia mendapat isteri sebaik Mariam Syuhada.

"Abang, nanti kena masuk sekali. Jangan mengelat nak duduk kedai mamak, eh!". Gertak Mariam Syuhada.

Menjadi kebiasaan Hafiy untuk lepak di warung mamak sementara menunggu isterinya membeli belah. Bukan apa, kalau menunggu isterinya beli barang, mahu tertidur dia dibuatnya. Pilih bawang pun kena belek lama2. Apa kes?

"Nasib badan lah! Baik bos!". Hafiy membuat muka masam. Terpaksa juga dia menurut kata isterinya.

Kereta yang dipandu membawa mereka ke pasaraya berdekatan. Hafiy mula memarkir kereta dan mereka beriringan keluar.

"Setengah jam je".

"Eh, ingat nak beli apa? Banyak ni tau. Dah, jangan nak merungut". Lengan Hafiy dipaut. Mariam Syuhada mengekek suka melihat wajah cemberut suaminya.

Dengan langkah berat, mereka masuk ke dalam pasaraya bersama troli. Seperti biasa, Mariam Syuhada pasti akan ke bahagian bawang. Tempat favourite!

"Tunggu jap. Syu nak cari bawang. Abang jangan pergi mana2".

Hafiy mengangguk setelah melihat isterinya menuju ke bahagian bawang merah. Bersinar anak mata isterinya melihat bawang yang besar2 dan cantik kulitnya. Geli hati pula Hafiy melihat. Satu persatu bawang dibelek dan dipilih. Sesudah itu, Mariam Syuhada menuju ke tempat bawang putih pula.

"Abang, harini abang nak buka puasa lauk apa?".

"Apa2 aje, asal Syu yang masak".

Mariam Syuhada berfikir sejenak. "Mee kari, boleh?".

Hafiy mengangguk. Mereka bergerak ke tempat mee. Dua bungkus mee kuning diambil termasuk barang2 lain yang berkaitan. Ayam segar juga dibeli. Seekor buat Zahara dan seekor lagi buat simpanan mereka. Satu persatu barang yang sudah dibeli di tanda di dalam kertas. Mariam Syuhada tak mahu ada yang tertinggal.

Hampir satu jam mereka di pasaraya, akhirnya barang yang dicari telah diambil semuanya. Troli ditolak menuju ke kaunter pembayaran.

"Macam nak raya". Perli Hafiy. Mariam Syuhada hanya membuat muka selamba. Biasalah, orang perempuan kan!

"Pergi beli ayam penyet, nak?". Ajak Hafiy.

"Kata nak buat mee kari".

"Ala, esok ajelah. Harini kita beli makanan kat luar. Lagipun dah nak waktu berbuka".

Mariam Syuhada menggigit hujung bibir. Baru nak menunjukkan skill memasak.

"Boleh lah. Jom!".

Mereka segera masuk ke dalam perut kereta. Hafiy memandu menuju ke sebuah restoran ayam penyet. Perutnya mengidam ayam penyet pula.

"Harini Syu nak order banyak pun takpe". Ujarnya sambil membelek menu makanan.

"Order untuk Ara sekali". Mariam Syuhada mengingatkan. Hafiy tersengih.

Mereka memesan makanan yang sama. Sementara menunggu makanan siap, mereka sempat berborak mengisi masa lapang. Sejak Hafiy beristeri dua, masa nya bersama Mariam Syuhada agak berkurang dek kerana giliran untuk Zahara.

"Teringin nak bercuti lagi kat tempat Hafiza. Abang tak pernah pergi lagi, kan?".

"Mana pernah lagi. Dulu tu kan, Syu sorang2 aje. Taknak bawak abang". Rajuk suaminya.

"Hehe.. ok2. Nanti ada masa kita bercuti kat sana. Dah, tak payah nak merajuk konon! Buruk la". Usik Mariam Syuhada. Tergelak Hafiy dibuatnya.

"Buruk pun, laki siapa!".

Mariam Syuhada mencebik. Mengada2 datang dah!

"Syu, kan?".

Soal satu suara secara tiba2. Wanita tinggi lampai yang sedang tersenyum manis kearahnya.

"Ya, saya. Siapa eh?". Puas sudah dia memerah otaknya. Seraut wajah itu seperti tidak dikenali.

"Akulah, Mila! Kawan masa kolej dulu. Amboi, cepat betul lupa aku!".

Mariam Syuhada berkerut. Sekejap dia memandang suaminya.

"Kau ni! Aku la Mila, Shamila! Dulu orang panggil aku Mak Jemah sebab banyak sangat gosip hangat. Lupa ke?".

"Oh.. Mila! Aku ingat dah!".

Serentak Mariam Syuhada bangun dan memeluk erat Shamila. Riuh seketika restoran tersebut dengan gelak tawa mereka berdua.

"Eh, jemputlah duduk. Ni aku kenalkan suami aku, Hafiy".

Hafiy tersenyum lalu mengangguk kecil.

"Dah kahwin tak cakap, eh! Sampai hati kau. Berapa lama dah kahwin ni?".

"Sorry la. Aku memang tak sengaja. Lagipun, majlis kecil2 aje. Eh, kau datang dengan siapa ni?".

"Sorang aje. Rumah aku area sini je. Teringin nak buka dengan ayam penyet, keluar jela beli. Ni, aku tak boleh lama.. ni nombor telefon aku. Senang2 call la. Nanti bagitau alamat kau, aku datang".

Kertas putih yang tertulis nombor telefon bertukar tangan. Mariam Syuhada melipat lalu diselitkan ke dalam beg tangan.

"InsyaAllah. Nanti aku mesej kau. Nanti, jangan tak datang pulak!".

"Eh, mestilah datang! Kawan kan".

Mereka bersalaman sebelum Shamila beredar.

"Siapa tu?".

"Kawan kolej. Syu pun lupa dah. Dia tu dulu paling kecoh dalam kelas".

"Kawan baik ke? Sekali dengan Hafiza?".

"Eh, taklah! Kawan biasa aje. Fiza tak kenal pun dia. Dulu, kalau lecturer tak datang, dia la yang paling awal tau and tolong inform kan kat kami semua. Senang kerja!". Ujarnya disertakan dengan gelak tawa. Memori di kolej menerjah ke kolam ingatan seraya dia tersenyum.

"Ohh, macamtu. Apa tadi dia cakap, mak jemah?". Hafiy mengulang panggilan tersebut.

"Memang mak jemah! Kalau bab gosip, nombor satu! Ada aje yang nak digosipkan. Biasalah perempuan kan. Tapi, study memang hebat dia tu".

"Syu takde join ke group gosip dia?".

"Ek? Buat apa nak join. Syu tak berminat la".

"Mana la tau! Kata perempuan". Hafiy memerli kembali. Sempat dia tersengih suka dapat mengenakan isterinya.

"Menyampah tau cakap dengan abang ni!".

Mariam Syuhada mencebik. Kebetulan bungkusan nasi sudah siap. Mariam Syuhada segera bangkit meninggalkan Hafiy.

Hafiy tergelak kecil. Dia segera ke kaunter pembayaran. Setelah itu, mereka bersama menuju ke kereta.

"Merajuk la lama2. Mengigau nanti malam2". Usik Hafiy lagi. Mariam Syuhada tetap membatu. Malas nak melayan usikan suaminya.

"Syu?". Hafiy cuit hidung isterinya.

"Ush, apa ni cuit2 hidung orang".

"Ada suara pun! Ingat dah bisu tadi". Sakatnya lagi. Bertambah muncung isterinya.

"Allah! Lupa la abang nak beli barang kat supermarket tadi!". Hafiy menepuk dahi nya kuat.

"Lupa apa?".

"Reben! Nak ikat muncung Syu".

Mariam Syuhada mengetap bibir kuat. Uish, sabar ajelah!

Sepanjang jalan, Hafiy tak henti gelakkan isterinya. Lucu melihat wajah cemberut Mariam Syuhada. Hafiy sempat singgah ke rumah Zahara untuk menghantar barang2 yang sudah dibeli. Kelihatan isterinya terkejut kerana tiba2 berplastik2 yang muncul.

"Syu yang nak tolong belikan". Ujar Hafiy ketika mereka di dapur.

"Mana Syu? Tak turun sekali?". Anak mata Zahara tercari2 kelibat madunya.

"Ada tu.. merajuk dengan abang!". Hafiy tersengih. Zahara pula berubah riak wajah.

Cemburu kah aku?

"Er.. sorry. Abang tak sengaja".

"Kenapa pulak? Ada2 aje abang ni". Zahara kalut. Dia segera ingin ke halaman rumah tapi dihalang Hafiy.

"Abang tak patut buat macamtu. Ara cemburu ke?".

Zahara menelan air liur yang dirasakan pahit saat ini. Tak berani dia ingin bertentangan mata dengan suaminya.

"Ara ok".

Hafiy diam. Wajah Zahara jelas berubah. Dia lupa bahawa hati setiap isterinya patut dijaga. Hafiy terleka seketika. Lengan Zahara dipegang kemas. Seperti tak mahu dilepaskan.

"Dahlah, abang balik la. Kesian Syu tunggu lama dalam kereta. Ara ok. Ara faham".

Pegangan tangan Hafiy dilepaskan. Zahara melemparkan senyuman manis sebelum bergerak ke halaman rumah untuk bertemu Mariam Syuhada. Hafiy pula masih menyalahkan dirinya. Tak patut dia berkata begitu.

"Syu! Susah2 aje belikan". Tegur Zahara ketika bertemu Mariam Syuhada di kereta.

"Ala, susah apa. Alang2 Syu keluar, belikan aje sekali". Mariam Syuhada tersenyum.

"Banyak sangat tu".

"Lusa kan giliran Ara, masak la sedap2. Takde banyak la".

Hafiy muncul kemudian. Rancak dia melihat isteri2nya berborak. Dari jauh dia melihat wajah Zahara yang tiada senyuman.

"Abang balik dulu".

Zahara menoleh seraya mengangguk. Pandangannya segera dilarikan kearah lain. Entah! Mungkin betul dia cemburu. Dia juga wanita.

"Kitorang balik dulu, ye! Jumpa lagi".

Zahara melambai Mariam Syuhada sehingga hilang dari pandangan. Serta merta dia memegang kedua belah pipinya.

"Nampak sangat ke aku cemburu?". Gumamnya. Zahara mengeluh berat.

Beginilah dugaan orang hidup bermadu. Nampak seperti tenang walhal didalam hati umpama tsunami yang bakal meledak.

"Ya Allah, kuatkan imanku. Jangan dekatkan aku pada sesuatu yang buruk". Doanya. Hanya itu yang mampu dipanjatkan kepada Tuhan yang Esa.

***

Usai solat isyak, Zahara mencapai Al quran yang terletak diatas meja solek lalu membuka helaian terakhir yang dibaca. Dengan bimbingan dari Hafiy, Zahara sudah membiasakan diri membaca ayat suci Al quran setiap malam sebelum tidur. Jika Hafiy ada, dialah yang akan menyemak bacaan Zahara.

Harini Zahara terasa tidak selesa. Semua yang dilakukan seperti tak kena. Sejak kes petang tadi, hati Zahara tak mampu nak tenang. Puas dia cuba membuang perasaan yang bukan2 dalam hatinya. Al quran ditutup setelah masuk ke helaian ketiga. Telekung yang tersarung juga dibuka lalu disangkut di dalam almari. Zahara duduk di birai katil.

Gambar perkahwinan mereka menjadi tatapan matanya saat ini. Zahara terlalu rindukan Hafiy malam ini. Perasaan Zahara menjadi sesak. Terasa kosong.

"Abang, Ara dah mula sayang abang". Perlahan suaranya. Dielus frame gambar tersebut seolah2 gambar itu hidup.

Salahkah dia mencintai suami sendiri? Dia sedar bahawa dirinya hanyalah menumpang kasih suami orang. Zahara tak mungkin akan melebihi batas. Tapi, dia juga wanita biasa. Dia ingin merasa disayangi. Hafiy banyak memberi dia tunjuk ajar dan kasih sayang. Zahara bimbang dirinya akan disalah erti lagi. Tujuan asalnya hanya untuk melarikan diri dari bekas suaminya. Tapi, Hakim sudah menjauh kini Hafiy pula yang semakin mendekat. Dia buntu.

"Apa patut Ara buat?".

Zahara mengeluh. Frame tersebut dibawa ke pelukan.

"Abang suami orang. Tak mungkin Ara akan cintakan abang. Macamana dengan Syu nanti. Ara ni hanya menumpang hidup je dengan abang".

Zahara berbaring. Anak matanya tertancap pada siling bilik. Berkali2 dia menghembuskan keluhan berat. Kenapa Tuhan berikan dia perasaan ini? Kenapa mesti dia jatuh cinta pada Hafiy?

Tak lama selepas itu, henset Zahara berbunyi menandakan mesej masuk. Zahara mencapai malas hensetnya. Mesej dari Hafiy.

Ara dh tdo? Abg mtk mf psl hal ptg tadi.
~hafiy~

Zahara memandang kosong mesej yang baru diterima. Disebabkan kebaikan suaminya ini, hati Zahara semakin lama semakin terpikat.

Belum. Ara xngntuk lg. Ara ok je. Abg jgn la risau.
~Ara~

Abg btl2 xsgja. Ara dh mkn?
~hafiy~

Dah. Abang?
~Ara~

Sudh. Nseb Ara ckp dh mkn, kalau x, kena lah bebel abg nnt. Ingt tau, kalu xnk kena gastrik lg, jgn skip mkn
~hafiy~

Zahara tergelak kecil. Suaminya tak lupa menjaga dirinya walau mereka berjauhan saat ini.

InsyaAllah, Ara xlupa. Thanks abg. Ara nk tdo ni. Slmt mlm.
~Ara~

Zahara meletakkan henset kembali ke meja solek. Entah kenapa bibirnya tak mampu berhenti untuk terus tersenyum. Seperti malam nya ini diterangi cahaya kebahagiaan. Zahara tersebyum bahagia.

"Terima kasih, Ya Allah. Kau berikan aku suami yang terbaik".

Frame gambar diletak ditepi. Selimut ditarik sehingga ke pinggang. Zahara ingin tidur lena malam ini. Lena bersama mimpi indah.

***

"Assalamualaikum!".

Jerit Mila, dari luar pintu rumah. Harini Mariam Syuhada mengajaknya ke rumah untuk berborak2. Lama benar tak berjumpa kawannya itu. Hafiy baru sahaja ke pejabat. Harini suaminya masuk lewat gara2 sakit perut.

Mariam Syuhada terkocoh2 menuju ke pintu pagar. Mila yang tegak berdiri menunggu Mariam Syuhada tersengih melihat susuk tubuh kawannya. Mujurlah cuaca tak berapa panas harini.

"Jemputlah masuk!".

Pelawa Mariam Syuhada. Mereka beriringan masuk kedalam rumah.

"Laki kau kerja ke?".

"Ha'ah! Tinggal aku sorang la. Susah tak cari rumah aku?". Soal Mariam Syuhada ramah.

"Tulah! Nasib ada pakcik rumah hujung tu. Rumah kau pun jauh agak2lah!". Ketawa Shamila.

"Laki aku punya rumah. Bedal ajelah".

Mereka berdua tergelak kecil.

"Eh, sebenarnya tadi masa aku tengah pusing2 cari rumah kau, aku macam ternampak laki kau kat rumah taman sebelah. Dengan seorang perempuan. Bukan main mesra lagi!". Mila mula membuka topik hangat. Mariam Syuhada terhenti seketika.

"Laki aku?".

"Ha.. laki kau!".

Mariam Syuhada tersenyum. Pasti rumah Zahara.

"Salah tengok kot!".

Shamila menggeleng laju. "Aku ingat la rupa laki kau! Aku kan kuat daya ingatan. Laki kau siap peluk cantik punya perempuan tu. Takkan kau tak tau?". Mila sengaja menambah asam garam dalam cerita.

"Kalau laki aku pun kenapa? Biarlah". Mariam Syuhada tergelak kecil. Lucu melihat wajah Shamila yang terkejut.

"Kau gila?! Laki peluk orang lain, takkan rasa biarkan?". Lantang suara Shamila. Makin galak Mariam Syuhada gelak.

"Bini dia jugak". Selamba Mariam Syuhada menjawab.

"A..apa?!".

"Bini dia jugak. Ha.. dengar tak?". Mariam Syuhada sengaja menguatkan perkataan 'bini'.

"Maksudnya, laki kau kahwin satu lagi?".

Mariam Syuhada mengangguk. Dia masih tersenyum manis.

"Kau biarkan?".

Shamila tak berpuas hati. Lengan kawannya dipegang kejap.

"Kenapa pun? Aku yang izinkan. Eh, kau ni.. biarlah".

Shamila ternganga. Pasti bukan manusia kawan aku ni!

"Beb, hati2 sikit. Selalu madu ni over sikit!". Ujarnya setelah lama mendiamkan diri.

"Kau jangan nak macam2, eh!". Lurus jari telunjuknya menghala Shamila. Ada2 sahaja kawannya ini.

"Aku tak macam2. Aku cuma cakap berdasarkan pengalaman! Bukan pengalaman aku la semestinya. Madu ni macam lebih sudu dari kuah aje".

Mariam Syuhada tergelak kecil. Dia langsung tak ambil pusing kata2 Shamila. Baginya, itu sesetengah kehidupan bermadu yang tak cantik jalan ceritanya. Untuk dia, setakat ni masih baik dan cantik.

"Aku tak nafikan, ada yang macamtu. Tapi, kami ok! Bahagia je. Kau tak payah risau la". Bidas Mariam Syuhada tenang.

"Mungkin sekarang ok lah".

"Mila, tak baik tau! Apa salahnya laki aku nak kahwin lagi satu?".

"Takdelah! Kau sikit punya cantik. Takkan dia masih nak cari lain?". Shamila bersandar di sofa.

"Ada sebabnya".

"Erm, tak kisahlah apa2 pun sebabnya. Aku nak ingatkan kau aje. Hati2 dengan madu kau tu. Tak salah jugak kan kalau kita sentiasa hati2 and ambil tahu lebih sikit pasal laki kita. Mana dia pergi, dengan siapa, buat apa kat luar tu".

Mariam Syuhada mengangguk. Pesan kawannya disimpan kemas dalam ingatan. Mariam Syuhada beranggapan Shamila hanya menunjukkan rasa ambil berat terhadap dirinya sahaja.

"Eh, kau sekarang duduk dengan siapa?". Mariam Syuhada menukar topik perbualan.

"Dengan mak aku. Berdua ajelah kami. Ayah aku dah meninggal tahun lepas".

"Oh, sebab apa?".

"Sakit tua. Umur tak panjang, kan? Senang2, datang la rumah aku. Dekat aje pun. Memandangkan kau kawan aku, takdelah aku bosan kan. Bolehlah kita hang out sama2. Kadang tu aku selalu bawak mak aku keluar makan aje. Dia nak jalan jauh pun, tak larat dah".

Mariam Syuhada tekun mendengar.

"Bila nak kahwin ni? Dah cukup la tu membujang nya". Soal Mariam Syuhada sengaja menyakat.

"Aku belum ada calon. Kalau kau ada pilihan, roger2 la aku!". Seloroh Shamila pula. Mengekek mereka berdua ketawa.

"Eh, ok lah! Lama dah ni. Kesian mak aku kat rumah tu. Ada masa, aku singgah lagi. Thanks la jemput aku yang kecoh ni datang rumah kau".

"Ish, kau ni! Tetamu tu kan bawa rezeki. Senang2 datang lagi. Aku ok aje".

Mereka bersalaman sebelum Shamila melangkah keluar. Sempat dia mengingatkan Mariam Syuhada tentang pesanannya tadi.

Pintu ditutup. Mariam Syuhada tergeleng seketika. Tak mungkin Zahara akan lebih sudu dari kuah. Tak mungkin!

***

"Lambat abang balik".

Tegur Mariam Syuhada yang baru selesai solat Asar. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Dia mendekati suaminya yang tersandar lesu di sofa.

"Ada meeting. Tu yang lambat tu. Sorry". Senyuman manis tetap dihulurkan.

"Abang dah solat?".

Hafiy mengangguk. Sebelum dia bergerak pulang, dia siap mengerjakan solat.

"Abang mandi la dulu. Ara dah sediakan baju kat atas katil".

"Abang nak rehat kejap. Lima minit lagi abang mandi. Oh ye, Ara kirim salam".

Mariam Syuhada menoleh. Sebaris nama madunya memecah gegendang telinga.

"Abang jumpa Ara?".

"Abang nampak tadi. Dia nak ke bazar. Abang ajak dia buka sini, dia taknak".

"Oh yeke. Syu baru nak jemput dia buka sini. Takpelah gitu".

Mariam Syuhada memicit2 lengan Hafiy. Pasti suaminya penat.

"Terima kasih, sayang abang".

Mariam Syuhada masih mengurut lembut lengan Hafiy. Dalam masa yang sama, matanya tak lekang memandang seraut wajah Hafiy. Wajah yang sentiasa dirindukan.

"Abang, tadi masa sebelum pergi kerja, abang singgah rumah Ara, ye?". Soalnya tiba2. Entah kenapa, mulutnya gatal mahu bertanya.

"Kenapa?".

Hafiy tersentak. Pelik mendengar soalan isterinya. Ada apa2 yang berlaku ke?

"Takdelah, tadi kawan Syu ternampak abang. Terkejut la dia. Pelik tengok suami Syu peluk orang lain". Perlahan suara Mariam Syuhada dihujung ayat.

Hafiy mula tak senang. Isterinya cemburu kah?

"Sorry, abang tak sengaja. Syu cemburu ke?".

"Ish, apa pulak cemburu! Kan Ara isteri abang jugak. Abang berhak nak buat apa pun".

Mulut cakap lain, hati cakap lain!

Hafiy perasan riak wajah isterinya. Dia salah lagi! Kali ini pada Mariam Syuhada pulak. Sekalipun beribu alasan isterinya beri, hati wanita pasti ada perasaan cemburu itu.

"Sorry, ok? Abang dah buat isteri abang sedih". Dagu isterinya dicuit. Mariam Syuhada tersenyum kelat.

Ah! Kau pun kenapa mengada sangat ni? Tak pernah pulak sebelum ni nak buat hal. Jangan macam2 Mariam Syuhada!

"Syu ok. Erm, abang.."

"Hurm..?"

"Er.. Ara tu.. masih belum ada tanda2 ke?". Soalnya berhati2. Sekilas wajah suaminya dipandang.

"Maksud Syu?".

"Tanda2.. pregnant?".

Hafiy bergerak menjauh dari Mariam Syuhada. Rambutnya dikuak berulang kali. Lama rasanya isu ini tak berbangkit.

"Maaf kalau abang.."

"Abang dah cakap kan jangan sentuh pasal ni lagi".

"Tapi.. Syu cuma tanya". Dia ketakutan. Bimbang suaminya marah.

"Sayang, sampai ke harini abang tak putus cuba segala mungkin usaha yang ada. Kenapa? Syu dah give up ke?".

Hafiy sesak. Suaranya seakan tersekat di kerongkong. Wajah Mariam Syuhada diamati lama.

"Bukan macamtu.."

"Sudah tu? Kenapa Syu tak habis2 nak bangkitkan soal ni?".

"Syu pun usaha jugak. Usaha buat abang dan Ara". Ringkas jawapannya. Dia tertunduk.

Hafiy menghela nafas berat. Serabut tiba2 otaknya.

"Kenapa dengan Syu ni? Abang dah kata yang kita akan dapat jugak anak satu hari nanti. Cuma kena sabar aje. Takkan tu pun Syu dah tak mampu?".

"Kalau ada. Kalau Syu ni memang tak boleh mengandung?".

Bergetar jantungnya saat menuturkan ayat itu. Risau juga kalau betul2 berlaku terhadap dirinya.

"Syu! Kenapa ni? Kan abang dah pernah cakap dulu, sepuluh tahun pun kalau masa tu baru dapat zuriat, abang sanggup tunggu".

"Kalau ada! Masalahnya, kalau Syu ni ditakdirkan untuk tak dapat merasa benda tu semua.. abang tetap nak tunggu? Berapa lama? Kenapa abang nak sia2 kan peluang abang depan mata?".

Hafiy mengeluh kuat. Dia bersandar di sofa. Kepalanya berpusing.

"Abang percaya pada kekuasaan Allah!".

Mariam Syuhada mengalirkan air mata. Sedih hatinya. Tangan kasar suaminya dipegang erat.

"Allah bagi jalan pada abang dengan Ara. Jangan terus2 tunggu pada Syu. Anak Ara tetap darah daging abang, anak Syu jugak".

Hafiy melepaskan keluhan berat. Tangannya dilepaskan dari genggaman isteri. Dia tak mahu berbincang soal ini lagi. Hafiy terus bangun meninggalkan Mariam Syuhada sendiri di sofa. Dengan berat hati, Hafiy mencapai tuala dan terus membersihkan badan. Dia perlu menenangkan hati.

Mariam Syuhada mengesat air mata yang bersisa. Dia lantas bangun untuk menyiapkan hidangan berbuka puasa. Lagi lima belas minit azan maghrib bakal berkumandang. Dalam hati dia berdoa agar suaminya memenuhi permintaannya yang satu ini.

Usai mandi, Hafiy hanya berkain pelekat dan berbaju melayu. Tanpa banyak bicara, Hafiy melabuhkan punggung di kerusi. Pinggan berisi nasi diletakkan di hadapan Hafiy. Dia hanya diam sambil menunggu azan maghrib.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Doa buka puasa pun dibaca. Mariam Syuhada menadah tangan mengaminkan bacaan suaminya. Mangkuk kurma dihulurkan kepada Hafiy. Suasana di meja makan sunyi. Tiada senyuman atau gurauan antara mereka.

"Abang tidur rumah Ara malam ni". Perlahan suaranya namun cukup untuk didengari.

Pergerakan Hafiy terhenti. Hilang selera nya.

"Syu memang takkan berhenti ke?".

"Takkan.. selagi abang tak layan Ara sepatutnya".

Hafiy mendengus. Entah macamana lagi cara untuk dia memahamkan isterinya itu bahawa Zahara langsung tak cintakan dirinya dan tak mungkin mereka bersama.

"Abang taknak cakap apa2. Better abang diam. Abang ke masjid dulu". Hafiy bangun terus keluar rumah. Bunyi deruman enjin motor kedengaran.

Mariam Syuhada masih tak berkutik di meja makan. Air mata kembali bersisa.

"Maafkan Syu, bang. Ampunkan aku, Ya Allah. Aku dah buat suami aku sedih".

Motor berhenti dihalaman rumah Zahara. Niatnya untuk ke masjid terpaksa dibatalkan. Pintu pagar dibuka. Kelihatan susuk tubuh Zahara muncul di muka pintu.

"Abang? Kenapa ni?". Soal Zahara hairan melihat wajah suaminya yang masam.

Hafiy langsung tak menjawab. Dia terus ke bilik tidur untuk menunaikan solat maghrib. Zahara tak pula bertanya lanjut. Memandangkan dia juga baru nak mengerjakan solat, Zahara terus menjadi makmum Hafiy.

Usai doa, tangan Hafiy dicium lembut. Hafiy membalas dengan ciuman di dahi isterinya.

"Abang ok?".

Soalan kembali menerjah. Kopiah dibuka. Wajah Zahara dipandang.

"Abang pening la. Boleh tolong urutkan kepala abang?".

Zahara mengangguk. Dia segera memberi ruang Hafiy agar berbaring di ribaannya. Perlahan2, Zahara memicit dahi suaminya. Mulutnya seakan terkunci untuk bertanya lagi.

"Pelik ke abang datang sini?".

"Ha? Er.."

"Abang tidur sini, boleh? Abang tak larat la". Ujar Hafiy dengan mata yang masih tertutup.

"Tapi, malam ni kan abang dengan Syu?".

Diam. Hafiy langsung tak menjawab. Zahara terpaksa membiarkan soalannya tak berjawab. Tangannya masih lincah mengurut Hafiy. Tenang sekali. Hafiy lena seketika.

Zahara tak mahu campur urusan mereka berdua. Kalau suaminya memerlukan dirinya, Zahara hanya akan mengikut sahaja rentak Hafiy. Hampir setengah jam lamanya Hafiy di riba Zahara. Kakinya lenguh dek tak bergerak dari tadi.

Perlahan2 Hafiy tersedar. Cepat2 dia bangun dari pembaringan.

"Sorry2! Abang tertidur pulak. Kesian Ara". Tangannya memegang kaki Zahara yang kebas.

"Takpe, kesian abang penat". Balasnya ringkas. Tangannya mula memicit2 kakinya. Dia tersenyum tipis memandang Hafiy.

"Abang dah makan ke?".

"Dah. Ara?".

Zahara menggeleng. Dia hanya berbuka kurma dengan air kosong saja tadi. Niatnya ingin makan setelah selesai solat maghrib.

"Laa.. kenapa tak cakap? Kesian Ara terpaksa tunggu pulak. Dah, jom! Makan cepat, nanti perut masuk angin pulak tu". Hafiy memaut lengan isterinya lalu menarik ke meja makan.

Lauk sup sayur dan ikan goreng menjadi menu buka puasa isterinya harini.

"Duduk cepat. Abang ambilkan nasi kejap". Hafiy kalut ke periuk nasi. Dia menceduk nasi ke pinggan.

Zahara hanya mampu memandang. Dia tak mampu nak berkata apa2. Sudahnya, dia biarkan sahaja Hafiy melayan dirinya. Zahara kekok.

"Maaf Ara terpaksa berlapar. Kesian isteri abang ni".

"Takpelah. Ara ok aje. Abang tak payah la kalut semacam". Gelak Zahara. Dia menyuap nasi yang dihulur oleh Hafiy.

Senyum, Ara! Kau suka kan laki kau suap!

"Yelah, buatnya Ara kena gastrik lagi, semua salah abang nanti".

Zahara tersenyum. Lucu melihat wajah suaminya seperti ini. Muncung itik!

"Dah kenapa sengih2 dari tadi?".

Zahara kalut. Terkantoi pulak menghendap laki sendiri.

"Syu tak kisah ke abang tidur sini? Kan masih giliran dia". Soalnya perlahan. Hafiy terdiam.

"Kita tak payah cakap pasal ni, boleh? Abang datang sini, dah jangan tanya apa2. Please?".

Zahara bersalah. Raut wajah suaminya dipandang lama sebelum dia mengangguk.

"Maaf". Sepatah Zahara menjawab.

Suasana kembali sepi. Zahara meneruskan mengisi perut hasil suapan suaminya. Sesekali, Hafiy akan turut serta makan. Mengenangkan Hafiy yang tak mahu berbicara soal itu, Zahara langsung tak bertanya apa2 lagi. Biarlah, asalkan suaminya bahagia.

"Ara selalu masak ni je ke?".

"Erm, boleh lah. Kenapa?".

"Sikit sangat".

"Laa.. kan Ara je yang ada kat rumah ni. Bukan ada orang lain pun". Balas Zahara ringkas. Pinggan kotor dibawa ke sinki.

Hafiy hanya mendengar sahaja jawapan isterinya. Bermakna, setiap kali Hafiy tiada, Zahara hanya makan lauk ringkas seperti ini.

"Lain kali masak sedap2, untuk Ara jugak. Takkan hari2 makan lauk sama macamni. Kan barang dapur dah beli".

"Memang la. Tapi, takkan la Ara nak habiskan macamtu aje. Cukuplah buat isi perut. Abang penat2 cari duit, takkan Ara nak joli sakan pulak".

Hafiy tersenyum manis. Pandai sungguh isterinya menjawab. Hafiy mendekati Zahara yang leka membasuh pinggan.

"Terima kasih". Ujarnya. Zahara berkerut memandang.

"Laa.. kenapa pulak?".

"Sebab memahami abang. Ara isteri yang baik".

Zahara terkedu. Semudah itu dia dilabel isteri baik. Tak mungkin! Hafiy punyai isteri yang jauh lebih baik dari aku.

"Syu lagi baik dari Ara". Perlahan suaranya hampir tak kedengaran.

"Abang sayangkan Ara". Redup pandangan Hafiy tepat ke anak mata Zahara.

Dia kalut. Jantung bagai nak tercabut dari tempatnya. Hafiy pula tak sudah memandangnya.

"Er.. dah masuk waktu! Jom solat isyak. Ara tunggu kat bilik". Zahara segera berlalu meninggalkan Hafiy.

Lagi lama disitu, dia boleh pengsan. Hafiy pula cuma mampu menghela nafas panjang. Dia dibayangi kata2 Mariam Syuhada. Dinding ditumbuk kuat melepaskan amarah. Hafiy kembali ke bilik tidur untuk menunaikan solat isyak dan terawih.

Zahara sudah bertelekung. Dia sempat membaca Al quran sementara menunggu Hafiy.

"Ara selalu mengaji?".

Al quran ditutup. Zahara mengangguk memandang suaminya.

"Baguslah. Jom, kita solat".

Hafiy pun mulai mengimami solat mereka berdua. Dari solat fardhu hinggalah ke solat terawih. Semuanya dilakukan penuh tertib. Zahara semakin khusyuk ditambah lagi kemerduan suara suaminya.

Usai salam dan doa, Zahara menyalami tangan suaminya. Sempat dia menuturkan kata maaf andai melakukan kesilapan sepanjang menjadi isteri Hafiy. Telekung dibuka dan disangkut di hanger. Zahara terus ke meja solek. Rambutnya disikat rapi. Hafiy hanya diam memandang.

"Kenapa abang pandang macamtu?". Soalnya kekok. Zahara sudah cuak. Hafiy tak lepas memandangnya.

"Er.. takde apa2. Abang nak cakap sikit, boleh?".

Zahara menoleh pandang suaminya lantas mendekati Hafiy yang duduk di birai katil. Bau shampoo yang dipakai Zahara semerbak menusuk ke rongga hidung.

"Hakim ada kacau Ara lagi?". Soalan yang mengejutkan dari suaminya. Zahara sudah melupakan sebaris nama itu.

"Kenapa abang tanya?".

Hafiy tersengih. "Ara masih ingatkan dia?".

Zahara canggung. Mulutnya terkunci rapat. Orang kata cinta pertama sukar untuk dilupakan. Tapi, Zahara bukan orang itu. Dek kerana kisah hitam antara dia dan Hakim membuatkan Zahara memadamkan terus lelaki itu dari ingatannya. Sebaris nama ataupun sekilas wajahnya langsung tak mahu diingatkan. Zahara inginkan kehidupan baru.

"Ara dah lupakan kisah lama".

Hafiy menarik nafas lega. Peluangnya semakin cerah. Hafiy memegang erat jemari Zahara lalu dikucup mesra.

"Ara masih tak terima abang ke?". Soalan itu ditanya penuh hati2. Zahara semakin terkejut.

"Ke..kenapa.. abang tanya macamni?". Tersekat2 suaranya.

"Ara masih tak sayangkan abang?". Hafiy ulang kembali. Biarlah dia menebal muka bertanya soalan itu pada isterinya. Dia perlukan jawapan.

Zahara tergagap. Dia tak tahu mahu menjawab apa. Memang dia mula sayangkan Hafiy. Tapi, mengenangkan Mariam Syuhada, hatinya cuba untuk sentiasa mengingatkan letak kedudukan dirinya. Tak mungkin dia mencintai Hafiy. Dia hanya menumpang kasih semata2, tak lebih dari itu!

"Abang nak dengar jawapan Ara. Selagi Ara tak jawab, abang akan tetap tanya".

Zahara masih membisu. Jawapan apa yang sesuai buat suaminya tika ini.

"Ara.."

Hafiy setia menunggu. Wajah Zahara dipandang dalam2.

"Ara tak mungkin sayangkan abang".

Hafiy kecewa. Berubah riak wajahnya. Zahara menyalahkan diri sendiri kerana memberi jawapan palsu buat suaminya. Maafkan Ara!

"Walaupun abang suami sah Ara?". Ada nada sedih pada suara Hafiy. Dia tertunduk sayu.

"Maafkan Ara".

Hafiy berkali2 melepaskan nafas. Hatinya sedih tapi dia perlu berpijak diatas bumi yang nyata.

"Ara cuma menumpang hidup pada abang. Ara cuma nak selamatkan diri dari bekas suami Ara. Ara langsung tak terfikir pasal ni".

"Sikit pun tak pernah terfikir?". Soal Hafiy lagi.

Zahara diam. Mulutnya tak mampu nak menipu lagi. Tapi, dia tak boleh nak menerangkan perkara sebenar. Wajah Hafiy ditatap lama.

"Ara sayang abang kan sebenarnya?". Tebak Hafiy tiba2. Hampir sahaja Zahara terlopong. Macamana suaminya boleh mengagak?

"Kan? Abang betul kan? Ara sayang abang kan?".

Zahara menggeleng laju. Dia menjauhkan diri dari Hafiy. Sebolehnya Zahara cuba melarikan pandangan matanya.

"Jangan tipu abang. Pandang abang sekarang. Ara mula sayang abang, kan?". Pipi Zahara dipaut mesra. Cuba mencari anak mata isterinya.

Tuhan, bantu aku!

"Cakaplah Ara!".

Zahara tersepit. Bibirnya diketap sekuat yang boleh. Apa yang bakal terjadi kalau dia menyatakan sayangnya nanti? Hafiy bukan milik dia.

"Ara ni cuma menumpang kasih abang".

"Tak! Abang tak pernah fikir macamtu. Ara isteri abang yang sah. Ara bukan menumpang kasih atau.. apa2 jelah. Tak boleh ke Ara bagi abang peluang untuk sayang Ara and Ara pun sayang abang?".

Zahara menghembus nafas perlahan. Memang itu yang dia mahu. Tapi..

"Ayah tak suka Ara".

"Kenapa Ara nak fikir pasal tu? Abang ni suami Ara".

Zahara bangun dari birai katil. Kata2 Hafiy langsung tak masuk kedalam benak fikirannya.

"Abang dah cakap kan yang abang akan bersikap adil dan sayang sama rata. Abang tetap akan cintakan Ara sama macam abang cintakan Syu".

"Takkan sama. Syu lain, Ara lain".

Hafiy mendengus kuat. Rambutnya dikuak kasar.

"Abang tak larat dah. Abang nak tidur".

Hafiy terus naik ke katil. Selimut ditarik hingga ke dada. Segera dia cuba melelapkan mata. Kepalanya yang terasa ringan tadi kembali berpinar.

"Abang, maafkan Ara".

Hafiy membuka kelopak mata sedikit. "Tidur jom!". Tilam disebelah ditepuk lembut. Zahara menurut. Selimut ditarik hingga ke pinggang.

"Abang tetap sayangkan Ara sampai bila2". Hafiy memaut pinggang isterinya lalu mula untuk tidur.

Zahara terpinga2. Berdosa kah dia membuat suaminya seperti tadi? Wajah suaminya yang sesekali berkerut dipandang.

"Abang pening lagi ke?".

Hafiy diam. Suaminya tak menjawab. Zahara menolak tangan Hafiy di pinggang. Dia kemudiannya duduk menghadap Hafiy.

"Abang pening lagi ni. Ara picitkan, ye?".

Tangan Zahara cepat2 ditahan. Hafiy menggeleng laju tanda tak perlu.

"Tidur je".

"Tapi kepala abang sakit lagi tu".

"Biarkan.."

Zahara mengeluh. Suaminya tetap dengan pendiriannya. Wajahnya sudah memerah menahan sakit.

"Abang, jangan macamni. Ara risau la". Zahara kembali ingin memicit tapi tangan Hafiy masih menahan lengannya.

"Takpe, abang ok aje".

"Ya Allah! Jangan buat Ara macamni. Ara tak sedap hati nak biar abang sakit macamni. Ara isteri abang, takkan Ara nak biar je? Please, bagi Ara picit".

"Ara sayang abang?".

Zahara melongo. Sempat lagi suaminya menyoal seperti itu.

"Ish, iye! Ara sayang abang! Sayang sangat! Puas hati? Ara tak nak abang sakit!". Dalam terpaksa, Zahara menyuarakan juga isi hatinya. Dia mengetap bibir geram lagi2 bila Hafiy sudah tersengih nakal.

Suaminya kembali bersandar di kepala katil. Bibirnya masih tersengih nakal. Hilang segala kerutan dia wajahnya sebentar tadi.

"Cuba ulang balik, abang macam tak berapa jelas lah!". Hafiy sengaja mendekatkan telinganya ke wajah Zahara.

"Abang pening ke tak sebenarnya ni?".

"Pening la ni". Tiba2 dia memicit kepalanya. Zahara memandang geram. Nampaknya, Hafiy sengaja nak mengenakan dirinya.

"Tak nampak macam pening, pun!".

"Ara sayang abang, kan?". Hafiy tersengih tak bersalah. Terserlah senyum nakal diwajahnya.

Zahara mengetap hujung bibir. Geram pula dengan Hafiy saat ini.

Sebal!

"Benci abang!".

Hafiy pula sudah tergelak besar. Mengekek2 dia mentertawakan Zahara yang sudah malu. Mahu sahaja dia menyorok di dalam dinding sampai bila2. Aish!

"Benci? Yeke benci? Tak nampak macam benci pun".

Usiknya lagi. Serta merta Zahara menghadiahkan cubitan bertubi2 dia tubuh suaminya. Menjerit2 Hafiy mengaduh sakit. Geram tak hilang lagi.

"Ok2! Sorry2! Abang mintak maaf!". Ujarnya dalam sesak. Kedua2 tangan isterinya dipaut kuat.

"Lepaskan!".

"Cuba lah!".

Zahara meronta pinta dilepaskan. Tangan Hafiy lebih kuat memegang tangannya. Zahara mengeluh geram.

"Dah hilang ke pening abang?". Perli Zahara. Hafiy buat muka tak bersalah.

"Picitkan la".

"Picit sendiri". Lidahnya dijelirkan. Puas hati.

"Eei, dosa tau buat suami macamtu".

"Habis tu, abang baik la buat Ara macamtu? Main tipu!".

"Kalau abang tak buat macamtu, abang takkan dapat dengar luahan Ara tadi".

Zahara terdiam. Dia kembali merona merah. Malu! Dalam terpaksa dia menyatakan sayangnya. Betulkah apa yang dia lakukan ini?

"Ara sayang abang?".

Hafiy menyoal sekali lagi. Dia menarik tubuh isterinya ke dakapan. Zahara tak mahu menjawab. Dia memeluk erat Hafiy. Senyuman sedikit demi sedikit terlakar di bibir. Mungkin ini permulaan yang baik untuk mereka berdua.

"Terima kasih. Abang sayang Ara sampai bila2".

Zahara tersenyum malu. Hafiy mengucup dahi Zahara lama. Terima kasih Tuhan atas nikmat Mu yang terindah!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience