HARIS leka bermain dengan Haziq. Pulang saja dari out station, terus dia mendapatkan Haziq. Khaty ke dapur untuk menyediakan juadah minum petang.
Juwita duduk di sofa bertentangan dengan Haris. Tersenyum dia melihat Haris melayan Haziq.
"Tak lama lagi bolehlah manjakan anak sendiri pula." Haris pandang Juwita. Terpinga-pinga dia mendengar bicara Juwita. Berkerut seketika dahinya cuba mencerna apa yang disampaikan oleh Juwita. Juwita mencebik melihat reaksi Haris.
"Bila kali terakhir kau call tanya khabar Khaty?" soal Juwita serius. Dia tahu sudah hampir seminggu Haris dan Khaty hanya berbalas Whatsapp. Haris terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk menghubungi Khaty. Whatsapp pun adakalanya malam baru dibalas. Kelihatan Haris melepaskan keluhan berat.
"Kau kena jaga hati Khaty. Aku tahu kau sayangkan dia. Tapi dia juga perlukan perhatian kau. Jaga emosi dia. Emosi ibu mengandung ni lain sikit." Haris garu kepala. Seakan blur dengan apa yang cuba disampaikan oleh Juwita.
"Lembablah kau ni. Khaty pregnant!" luah Juwita geram. Haris ternganga. Segera dia menghulurkan Haziq kepada Juwita lalu mendapatkan Khaty di dapur yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk minum petang.
Pinggang Khaty dipeluk dari belakang. Tersentak Khaty dengan kelakuan Haris. Tangan Haris ditepuk lembut.
"Saya tengah siapkan minum petang ni. Nanti-nanti pun boleh peluk," ucap Khaty bahagia. Haris memusingkan badan Khaty mengadapnya. Dahi Khaty dikucup lembut.
"Betul ke apa abang dengar?" Khaty jungkit kening kiri.
"Sampai hati rahsiakan berita gembira ni dari abang." Haris pura-pura merajuk. Khaty tayang muka cemberut.
"Jangan salahkan saya. Abang busy sangat sampai tak ada masa nak luang walau sikit pun untuk saya. Lima minit pun abang tak call saya." Khaty mula merajuk. Haris diburu rasa bersalah.
"Maafkan abang, baby. Abang busy sangat. Abang janji lepas ni abang akan luangkan lebih masa untuk baby abang sorang ni." Haris memujuk. Khaty tersenyum.
"Dah tu. Saya nak siapkan minum petang. Kejap lagi papa balik." Haris mengucup lembut dahi Khaty. Tangannya pantas membantu Khaty menyusun cawan dan piring di atas meja.
"Aku keluar kejap. Lan dah sampai tu. Nanti bagitahu ibu lepas maghrib aku datang ye." Khaty kalih pandang pada Juwita yang berdiri di tepi pintu dapur.
"Tak minum sekali Ju?" Khaty menyoal. Mujur saja Juwita cuti hari ni. Ada juga Khaty teman di rumah.
"Tak apa. Ju nak keluar dengan Lan. Memang dah janji nak keluar semalam. Nak beli barang si kecil tu sikit." Juwita beralasan. Walhal dia ingin memberi ruang pada Khaty dan Haris. Kebetulan orang gaji mereka telah dua hari bercuti pulang ke kampung.
"Hati-hati Ju." Juwita tersenyum sebelum melangkah pergi meninggalkan merpati dua sejoli itu. Tersenyum dia melangkah ke kereta.
"Amboi, senyum lebar wife abang ni ye." Zailani mengusik. Haziq di dalam pelukan Juwita dikucup lembut.
"Abang dah janji nak dating dengan Ju, kan? Mestilah Ju senyum lebar." Ketawa Zailani mendengar ucapan Juwita.
"Ala... dating bawa Haziq kenapa?" Zailani sakan mengusik. Juwita tersengih. Ada je akal Zailani ni.
"Kita pergi beli barang Haziq, lepas tu abang bawa sayang pergi shopping barang sayang pula ye. Macam mana check up Haziq tadi?" Tangannya pantas menghidupkan enjin kereta. Matanya terarah ke jalan raya.
"Okey. Takde masalah pun. Berat, tinggi normal." Zailani sekadar mengangguk. Sedikit kesal kerana tidak dapat menemani Juwita untuk membawa Haziq membuat check up rutin. Juwita yang dapat mengesan riak wajah mendung Zailani segera menyentuh lembut lengan suaminya.
"Janganlah sedih. Next check up abang ambil cuti okey." Zailani tersenyum hambar mendengar pujukan Juwita.
* * * * *
HARI ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Juwita. Zailani telah pun merancang untuk membawa Juwita keluar.
Haziq telah pun dihantar ke rumah orang tuanya. Orang sayang cucu. Mana mungkin ditolak permintaan Zailani.
Alto Sky Lounge merupakan tempat pilihan Zailani untuk candle light dinner bersama isteri tercinta. Tempat makan romantik yang popular di Melaka. Ianya terletak di tingkat 22, Hotel Hatten Melaka.
Juwita tersenyum lebar saat melangkah masuk ke lounge itu. Hatinya berbunga riang.
Sungguh, itulah makan malam paling istimewa buatnya. Steak yang cukup segar dan sedap. Benar-benar membuka selera Juwita.
"Happy birtday sayang. Maaf, ni je yang abang mampu buat untuk sayang." Tangan kiri Juwita digenggam erat oleh Zailani. Sempat Juwita menampar lembut tangan Zailani.
"Jangan cakap macam tu. Sayang tak suka. Apa pun abang buat untuk sayang, sayang sangat hargai. Ni lebih dari cukup abang. Sayang tak minta pun semua ni. Abang ingat birthday sayang pun dah memadai." Juwita tersenyum manis. Zailani mengelus lembut jari jemari Juwita.
"Abang harap, sayang akan tetap setia disisi abang sampai ke hujung nafas kita." Juwita ketawa. Sungguh dia terasa bahagia.
"I love you, abang. Forever. Until Jannah." Zailani turut kulum senyum. Terasa betapa bertuahnya dia memiliki Juwita sebagai isteri.
Malam itu mereka meluangkan masa bersama. Menyemai kasih serta cinta yang tidak berbelah bahagi. Dalam hati masing-masing memanjatkan doa agar Allah sentiasa memberkati, merahmati dan memelihara ikatan perkahwinan mereka.
Share this novel