Bab 5

Romance Series 59136

Adam masih leka dengan lukisannya. Tidak mahu menjadi pengganggu, aku membiarkan dia terus hanyut dalam dunianya sendiri. Tangannya lincah melorek, melakar dan menggaris setiap apa yang diperhatikan oleh mata. Fikirannya seperti telah bersatu dengan tubuhnya. Kelakarnya, Adam langsung tidak sedar keadaan sekeliling sekiranya pensel di tangan sudah melakukan kerjanya.

Aku meletakkan novel di atas meja. Tanganku lincah mengetuk – ngetuk meja plastik dengan rentak lagu yang berada di fikiranku, cuba untuk menarik perhatian Adam dalam diam.

Tak berhasil.

“Ehem,” aku berdehem kali ni.

Adam mengangkat wajahnya. Dia menumpang dagu menggunakan tangan kirinya dan memandang wajahku. Menunggu aku memulakan bicara.

“Urm.”

“Yer?” keningnya terangkat. Masih menunggu aku membuka mulut.

“Dah siap ke lukisan tu?”

Adam menolak hasil lukisannya kepadaku. Perlahan aku mengambil lukisan tersebut, melihat kepakaran dia melakar setiap perkara dilihatnya. Aku cuba mencari objek nyata yang telah dilukisnya itu.

“Tu,” dia menunjuk tepat di mukaku. Aku jadi kebingungan memahami maksudnya. Dia menahan senyum sambil menunjukkan insyarat jari padaku lagu sekali. Oh, dengan malunya aku menoleh ke belakang. Burung – burung merpati tu kat belakang rupanya.

Aku membandingkan kedua – dua lukisan dan burung merpati tersebut. Hampir mirip dan nyata. “Wow.” Aku tak dapat melindungi perasaan kagumku. Pandanganku beralih kepada Adam semula. Dia tersenyum memeerhatikan aku.

“Awak memang pelukis ke? Ada buka galeri lukisan? Mesti pelukis. Hampir setahun ni Mia perhatikan, lukisan awak memang professional.”
Dia menggelengkan kepala mendengar telahanku.

“Bukan.”

“Dah tu?” aku masih tidak berpuas hati. Melihat dia hanya mendiamkan diri membuatkan aku mengeluh. “Kita dah kenal hampir setahun tau. Selain nama panggilan awak dengan kemahiran melukis tu, tu jer saya tahu pasal awak. Selain tu, kosong. Masih misteri.”

Adam tertawa kecil. Tangannya menggapai lukisan yang dilukisnya tadi. Anak matanya melihat – lihat tanpa sebarang riak. Kemudian, Adam meletakkan lukisannya di atas meja bersama pensel.

“Kau rasa lukisan ni sesuai untuk diletakkan kat galeri?” dia menggelengkan kepala. “Lawak Mia.”
Persoalan apa tu? Aku tak pasti. Betul – betul tak pasti.

“Mungkin kalau awak lukis atas kanvas lukisan, lepas tu warnakan. Mungkin memang dah boleh pamer kot?” aku menjawab persoalan dia.
Dia menggeleng kepalanya sekali lagi. “Mia, aku tak pandai nak mewarna lukisan. Ni macam hiburan masa lapang aku.”

Okay, jadi dia mahir melukis tapi bukan mewarna lukisan dia tu. Lukisan hitam putih sahaja. Tapi tetap juga lukisan dia memang aku yakin, boleh letak buat pameran dan laku bila dijual.

Adam membetulkan posisi duduknya, matanya masih tidak lepas dari memandang diriku. “Macam ni lah.” Dia menyedut airnya sehingga habis sebelum menyambung, “apa yang ada dalam fikiran kau tentang aku, Mia?”

Aku mengetuk – ngetuk meja sambil memikir. Apa yang aku fikirkan pasal Adam. “Hmm, yang awak ni pelukis yang ada letak lukisan awak kat galeri?”

Adam menggeleng. Jadi bukan?

“Tak ada galeri?” aku bertanya untuk kepastian.

“Tak.”

“Jadi awak siapa? Maksud saya, kerja awak Adam. Keluarga awak, dan benda – benda remeh lain?”

Adam masih tidak bersuara. Dia kemudiannya menyimpan segala pekakas ke dalam begnya. Aku hanya mampu memerhati. Apa ni? Dia tak nak jawab ke? Bukan tadi dia nak tahu, jadi bila aku tanya, jawablah. Janganlah mengelak.
Jam di tangan menunjukkan pukul 6.30, sememangnya waktu begini masa untuk pulang. Aku mengambil novel dengan rasa kecewa melihat Adam tidak mahu.

“Mia.” Aku menoleh. “Perlu ke kalau kawan tahu segala benda ‘remeh – temeh’ tu? Penting ke?”
Aku tergamam seketika.

“Ada larangan ke untuk tahu?”

Adam duduk semula di kerusinya. “Mia, ada perkara lebih baik kekal misteri. Setuju?”

Merepek. Kenapa nak kekal misteri? Ingat hebat ke kalau setiap perkara jadi misteri? Benda misteri begitu buat kepercayaan seseorang hilang.

“Tapi kalau kekal misteri macam mana orang lain nak faham awak?”

Adam menghela nafas panjang. “Mesti kau ada masalah dengan orang tak berterus terang kan?”

Terkadang, aku tertanya. Siapa Adam sebenarnya? Makin lama aku habiskan masa dengan dia, semakin aku tak faham dia. Dia sukar dibaca, tapi dia boleh baca diri aku seperti buku. Tak, dari pertama kali aku kenal dia, dia begitu. Dia seperti boleh tahu cara pemikiran manusia. Paling tidak pun, dia tahu apa yang aku fikirkan.

“Mia.”

Aku menoleh memandang Adam. Dia tersenyum, mungkin tahu fikiranku tengah kusut dengan seribu satu persoalan mengenai dirinya.

Dia mengerling jam ditangan. “Hari ni kau balik lewat 20 minit.” Adam memandangku kembali. “Sampai rumah jangan lupa makan, lepas tu terus makan ubat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience