Bab 35

Romance Completed 78329

“Jer…kau dah kenapa nak jumpa aku tiba-tiba ni? Sampaikan sanggup fly datang Kuala Lumpur?” Setahu aku, bukan ke Jericho sekarang ada kerja dekat Filipina? Dah kenapa pulak hari ni dia datang sampai Kuala Lumpur? Tak ada kerja ke?

“Aku peninglah Gia.”

“Pening? Pening sebab apa?” First time ni Jericho mengadu dekat aku yang dia pening dengan masalah dia. Selama ni dia tak ada masalah ke? Ada tapi tak adalah sampai down macam ni. Ni aku nampak Jericho macam betul-betul hadap masalah besar. Masalah family ke?

“Aku pening dengan perangai Lisa.”

Ohhhh…ada masalah dengan makwe rupanya. Hahaha! Adat dalam relationship mesti ada masalah yang akan timbul.

“Nak pening kenapa pulak?” Lisa buat apa dekat Jericho sampai pening macam ni. Tapi, aku tak rasa yang Lisa tu sejenis buat masalah since dia tengok Lisa masa dekat Thailand tu seorang yang lemah-lembut.

“Kau tahu tak dia jeles dengan kau?”

“Hah?” Dah kenapa pulak jeles dengan aku? “Aku tak faham.”

“Haritu dia ada check chat aku dengan kau dekat fon aku. Lepas tu dia jeles dia kata aku ni lebih utamakan kau dari dia sedangkan aku kadang-kadang kerap kali jugak fly ke Thailand sebab nak jumpa dengan dia.”

Hmmm…tak masuk dek akal alasan yang Lisa bagi. “Dia tahu kan yang kita berdua ni kawan dari kecik lagi?”

“Tahu tapi tak tahulah kenapa dia jeles sampai macam ni sekali. Dah tu sekarang ni merajuk dengan aku.”

“Yang kau pun bijak tak pujuk dia?”

“Nak pujuk macam mana? Chat aku dia tak reply, aku call dia tak angkat dan kadang-kadang off fon terus. Kau rasa aku nak buat macam mana lagi? Nak fly ke Thailand lagi? Gila lah…jet lag teruk aku dibuatnya. Dalam bulan ni saja aku dah fly ke Thailand hampir sepuluh kali sebab dia. Takkan dia tak nampak yang aku lebih utamakan dia dari kau?”

“Entahlah Jer. Aku pun tak faham sebenarnya masalah kau dengan dia ni. Apatah lagi bab-bab jeles ni lagilah aku out. Apa-apa pun bincang elok-elok dengan dia.”

“Aku tengah try. By the way, how was your day? Dah beberapa hari dekat sini. Ok?”

“Ok je. Best. Thank you once again sebab uruskan rumah tatay aku ni.”

“Luqman?”

“Luqman?” Kedua-dua kening Gia terjongket ke atas.
“Kenapa dengan Luqman?”

“Kau tak ada jumpa dengan Luqman ke?”

Gia mengemam bibirnya. Gila lah kalau aku cakap aku tak pernah terserempak atau terjumpa dengan dia selama ini.

“Ada lah jugak waktu aku pergi rumah ibu Dariya. Dia betul-betul marahkan aku Jer.”

“Teruk ke dia marahkan kau?”

“Teruk tak teruk aku je yang tahu Jer. Tapi semarah mana dia pun dekat aku, aku takkan putus asa nak tolong ibu Dariya. Memang dia marah gila-gila kalau aku rapat dengan ibu Dariya.”

Muka bengis Luqman masih terlayar dalam kepala otaknya. Kalau nak ikutkan pada pandangan matanya, memang gerun wajah bengis Luqman tapi dia kentalkan jugak hatinya untuk terus menolong ibu Dariya apa yang patut memandangkan ibu Dariya sendiri dah anggap aku macam anak dia. Takkan aku nak hampakan permintaan dia semata-mata kebencian Luqman terhadap aku?

“Aku harap kau tabah Gia.”

“Thanks Jer…”

LUQMAN memandang sebuah kereta yang parkir di luar pintu pagar rumah Puan Aminah. Ini kalau tak bukan ni mesti Gia yang datang. Haih! Kau memang tak serik-serik kena dengan aku kan? Kali ni kau nak buat apa lagi datang sini! Langkah kakinya diatur masuk ke dalam rumah.

Suara tawa Puan Aminah dan Gia menarik perhatiannya. Pantas dia menuju ke dapur. Matanya dijamahkan dengan tawa riang mereka berdua sambil memasak hidangan di dapur. Masih tak sedar dengan kehadirannya di dapur.

“Ehem!” Luqman berdehem kecil untuk menarik perhatian mereka berdua. Terus aktiviti Gia dan Puan Aminah terbantut.

“Luq? Bila Luq sampai?” Tanya Puan Aminah. Pisau di tangannya diletak lalu dia menghampiri Luqman.

Mata Luqman masih lagi trehala ke arah Gia yang buat bodoh dengan kehadirannya di sini. Tiba-tiba Luqman rasa tercabar. Puan Aminah mula tak senang hati bila Luqman hanya perhatikan Gia.

“Luq…”

“Kenapa ibu biar dia datang sini lagi? Ibu dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat Dariya?” Gia macam biasa buat bodoh dengan apa yang Luqman kata tapi telinganya tetap terpasang dengar apa yang Luqman nak cakap tentang dirinya lagi.

“Luq…benda yang dah lepas tu biarkanlah lepas. Lagipun benda ni dalam siasatan kan? Kalau betul pun Gia yang bersalah dalam hal ni, ibu dah maafkan dia. Lagipun Gia dah mintak maaf dengan ibu.”

“Huh! Dia mintak maaf dengan ibu? Luq tak percaya yang dia boleh mintak maaf dengan ibu semudah tu! Dia ni hipokrit!” Perkataan hipokrit ditekan dengan tujuan sengaja nak sakitkan hati Gia. Tapi, dia pulak yang sakit hati bila Gia masih lagi buat bodoh. Seolah-olah tak terkesan dengan apa yang dia cakap.

“Hey! Kau tak dengar ke apa yang aku cakap?!”

“Hipokrit!” Gia membalas balik dan nadanya ditujukan kembali pada Luqman.

“Apa?”

“Tak dengar ke?”

“Kau sengaja nak cari pasal dengan aku ke?!” Lah…dimarahnya pulak si Gia walhal siapa yang cari pasal dulu? Bukan kau ke Luq?

Gia yang tadinya mengacau tomyam di dalam periuk menoleh memandang Luqman dengan pandangan bersahaja. Tak ada riak yang dipamerkan di wajhanya.

“Siapa yang cari pasal dulu? Awak ke saya? Siapa yang mula cakap bukan-bukan dulu? Awak ke saya?”
Kedengaran bersahaja nada Gia tapi cukup meninggalkan kesan yang mendalam pada hati Luqman. Dia terasa seolah-olah Gia sedang psiko dia sekarang ni.

“Kau!”

“Luq. Sudahlah tu…sekarang ni ibu masak makanan tengahari. Luq makan dekat sini ya? Kalau ada lauk lebih, tapau bawak balik dekat mama dengan adik Luq ya?” Puan Aminah cuba menenangkan keadaan yang mulai tegang antara Gia dengan Luqman. Haih…sampai bilalah mereka berdua ni nak bergaduh?

“Makan dekat sini? Dia ada sekali ke?”

“Ya. Apa salahnya kan? Kalau ramai-ramai lagi ibu suka walaupun ada Luq dengan Gia je. Ok Luq?”

“Luq tak nak makan dekat sini selagi dia ada dekat sini!”

Hek eleh! Kereknya lah mamat ni! Aku simbah dengan tomyam kang apa pun tak jadi! Hilang kerek-kerek kau tu! Macam budak-budak je perangai! Bak kata orang Filipina, para kayang bata! Apa maksud? Tu masudnya kebudak-budakkan.

“Luq…tolong timbangkan permintaan ibu ni? Ibu tak mintak banyak Luq. Sejak ibu kehilangan Dariya, ibu rasa sunyi. Jadi, time-time macam ni biarlah Gia ada sekali dengan ibu untuk ubat rasa sunyi ibu pada anak perempuan ibu yang dah tinggalkan ibu. Boleh?”

Ucapan dari Puan Aminah membuatkan Gia berasa sebak. Air matanya yang bertakung di kelopak mata pantas diseka dengan jarinya. Mesti ibu sunyi selama Dariya dah pergi tinggalkan dia. Dia tahu rasa macam mana sunyinya sama macam dulu dia ditinggalkan di Pulau Bantayan seorang diri. Jauh dari keluarga dan terpaksa hidup sendiri cari duit. Untung jugak orang-orang di situ semuanya baik dengannya. Kalau tak, tak tahulah Gia macam mana nak hidup waktu tu.

MAKANAN tengahari sudahpun siap terhidang di atas meja. Menu yang dimasak hari ni tomyam seafood, kangkung goreng belacan dan beberapa ketul ikan goreng. Menu yang simple tapi cukup menyelerakan.

Gia mencedok nasi ke dalam pinggan lalu diserahkan kepada Puan Aminah. Puan Aminah mengucap terima kasih. Satu lagi pinggan yang dah dicedok nasi diserahkan kepada Luqman namun Luqman hanya memandangnya dengan pandangan buat bodoh. Langsung tak ambil huluran pinggan nasi dari Gia.

Aku cepuk jugak dengan pinggan ni jugak. Tak habis-habis dengan perangai kerek kau! Depan makanan pun nak buat muka. Akhirnya, pinggan nasi tersebut diletakkan di hadapan Luqman sebelum dia mencedokkan nasi ke dalam pinggannya. Lantak kau nak makan ke tak! Orang dah tolong cedokkan pun tak puas hati.

“Yang kau rajin sangat nak tolong cedokkan nasi dah kenapa? Nak ambik hati? Nak tunjuk yang kau ni baik? Macam tu?” Haih! Negatif betul pemikirannya!

“Ha arrr…dekat nasi awak tadi tu sempat saya pakai jampi siam. Biar awak ni jatuh dalam tangan saya! Senang saya nak handle!”

Terus terbeliak mata Luqman tersebut. “Kau jangan nak berlawak Gia Vatanika!”

“Ada nampak saya tengah berlawak sekarang ni?”
Keningnya dijongketkan. Hah! Tahu pun takut bila aku cakap jampi siam! Gelabah bewak kau dibuatnya!

“Kau…!”

“Apa? Makan jelah! Awak ingat saya ni gila sangat ke sampai nak kena jampi awak? Jampi siam pun saya tak tahu macam mana! Dah! Makan!” Gia mencedokkan tomyam bersama dengan seafood ke dalam pinggannya dan pinggan Puan Aminah.

“Nak tak seafood?” Luqman masih diam.

“Haih awak ni! Saya main-main jelah! Bukan saya buat betul-betul pun!” Kuah tomyam dengan seafood dicedok ke dalam pinggan Luqman. Kau nak makan, makan. Tak nak sudah! Biar lapar sampai ke sudah!

“Luq…makan jelah. Gia berlawak je tadi.” Ujar Puan Aminah bila Luqman masih lagi tak sentuh makanannya.

“Betul ni kau tak jampi apa-apa dalam makanan aku?”

“Sumpah!” Gia angkat tangannya seperti bersumpah.

Akhirnya, barulah Luqman makan. Nasi beserta seafood disuap ke dalam mulutnya. Tergamam seketika Luqman dibuatnya bila rasa tomyam ni sedap. Serius sedap! Rasa pekat dengan rempah tomyam dia sama seperti tomyam Thai asli.

“Sedap tak Luq?”

“Sedap ibu. Dah ibu masak…mestilah sedap!” Pujinya. Seronok dia makan hidangan tersebut tanpa tahu gerangan siapa yang masak.

“Bukan ibu yang masak. Gia yang masak.”

“Uhuk! Uhuk!” Terus terbatuk Luqman dibuatnya. Puan Aminah segera menghulurkan segelas air ais kepada Luqman. Luqman meneguk laju air sejuk tersebut. Fuh! Perit bila tersedak dengan pedasnya lagi.

“Kenapa Luq?”

“Tiba-tiba tak sedap!” Ceh! Tiberr kau ni Luq! Walhal tadi puji melambung habis tomyam ni sedap.

“Eleh! Awak sengaja cakap tak sedap kan? Walhal sedap!” Gia menjulingkan matanya ke atas. Seperti memprovok Luqman. Dengar je aku yang masak, terus kata tak sedap walhal tadi puji sedap!

Luqman memandang Gia dengan pandangan tak puas hati. Apahallah ibu tak cakap awal-awal yang tomyam ni Gia yang masak!

“Halal ke tak?” Wah! Sensitif nya soalan kau Luqman!

“Mungkin saya ni non-muslim dan tak tahu halal haram menurut Islam tapi sebelum saya masak tomyam ni, saya dah refer pada ibu. Awak jangan risau. Tomyam ni halal untuk dimakan.” Balas Gia.

“Ok then…” Luqman kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya. Apa-apa pun rezeki jangan dibazirkan. Elok dimakan sampai habis. Hek eleh! Iyalah tu Luqman!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience