Bab 85

Romance Completed 78329

Gia memandang rumah banglo dua tingkat di hadapannya. Aduh! Nak langkah pun aku rasa seram sebab ni pertama kali aku berjumpa dengan mama Luqman. Buatnya dia halau aku macam mana? Aduh Gia! Kau ni fikir yang bukan-bukan sangat! Kau tak masuk lagi macam mana kau nak tahu mama dia tu macam mana orangnya.

Zahirah terpandangkan gerangan perempuang yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya melalui tingkap. Siapa pulak yang datang tu? Dia berjalan ke arah tingkap dan menghendap sedikit. Eh??? Kak Gia!!!
Bingkas kakinya berjalan ke arah pintu lalu pintu dibuka.

Gia yang ralit dengan dirinya sendiri tadi terkejut bila pintu rumah tiba-tiba saja dibuka dari dalam. Dia memandang ke arah perempuan yang agak sebaya umur dengannya ataupun muda sikit darinya. Hmmm…ni mesti adik Luqman.

“Hai!” Zahirah melambaikan tangan kepadanya. Gia tersenyum melihat telatah Zahirah.

“Hai…what’s your name?”

“Zahirah. Panggil Ira je.”

“Ohhh…Ira.”

“Ira? Sapa yang datang tu?” Ungku Maria menghampiri anaknya sebelum memandang tetamu yang sedang berdiri di luar rumah.

“Eh…Gia dah sampai? Masuklah…” pintu rumah dibuka luas lagi. Teragak-agak jugak Gia nak masuk. Segan.

“Kenapa tercegat depan pintu lagi? Kenapa? Segan ke? Alah…tak payahlah segan. Mak cik ok. Tak makan orang.” Sempat jugak dia buat lawak. Gia melangkah kakinya masuk ke dalam rumah.

“Gia duduklah dulu ya? Mak cik nak siapkan makanan.”

“Nak Gia tolong?”

“Tak payahlah…mak cik boleh buat. Gia kan tetamu?”

“Tapi…Gia seganlah mak cik kalau Gia duduk je walaupun sebagai tetamu. Lagipun Gia dah biasa kerja menolong ni.”

“Tak apa…kali ni Gia tak payah segan dengan mak cik ok? Duduk sembang dengan Ira. Luqman pulak dia cakap kejap lagi dia baliklah.”

“Ok mak cik…” Gia menuju ke arah sofa jenis cabriole dan melabuhkan punggungnya di situ. Zahirah pula duduk di sebelah Gia.

“Kak Gia dah lama ke kenal dengan abang Luq?”

“Hampir setahun jugaklah. Sejak kejadian Dariya meninggal…”

“Ohhh…Ira ada benda nak tanya akak ni. Akak sungguh-sungguh ke nak kahwin dengan abang Luq tu?”

“Kenapa Ira tanya macam tu?”

“Tak ada lah. Abang Luq tu garang tau! Macam mana akak boleh suka dekat dia? Kalau Ira lah…Ira reject!”
Sempat ye kau mengutuk abang kau, Zahirah? Ini kalau
abang kau dengar kau kutuk dia, silap-silap kena ketuk kepala.

“Bagi akak…dia tak ada lah garang sangat. So-so. Akak boleh handle…”

“Huish tererlah akak! Kalau Ira dah cabut lari dah bila abang Luq tu mengaum!”

“Hah! Harimau mengaum dah balik!” Suara Luqman menjengah percakapan mereka. Zahirah tersengih kambing. Aduh! Mengata abang tak kena timinglah pulak!

“Ayokkkk…” Gia naik kaki sama mengusik.

“Alah angah…achik saja je melawak. Hehehe…tak bermaksud dari hati,” dia dah tersengih serupa kerang busuk.

“Yalah tu.”

“Hah Luq…dah sampai pun. Ira, tolong mama hidangkan lauk atas meja.”

“Ok ma…” Zahirah pantas berlari menuju ke dapur.
Sempat jugak dia tayang senyuman menang kepada
Luqman. Tak jadilah abang Luq nak buli aku balik!!!

“Ira cakap apa lagi dekat kau?”

“Tak ada apa. Biasa-biasa je. Ira tu boleh tahan kelakar jugak.”

“Macam abang dia.” Eh! Perasannya kau Luqman! Kau bukan kelakar tapi kejung!!! Kira nak berangin je sepanjang masa.

“Tak ada maknanya awak ni kelakar. Awak ni bengis tahap apa lagi sampaikan saya pun kadang-kadang sakit jiwa dengan perangai awak.”

“Tu pun nak kahwin dengan aku jugak.”

“Ehhh???!”

“No eh eh! Macam mana photoshoot kau hari ni?”

“Alhamdulillah…good. Everything smooth. Kenapa?”

“Tak ada apa. Saja nak tahu. Yelah, aku kan bakal suami
kau jadi aku kenalah tunjuk sikit aku ni caring pada bakal isteri aku. Kang kalau aku serius je memanjang, murung pulak kau nanti.” Hah! Tahu pun orang boleh murung dengan perangai tak cool kau tu. Singa pun mengalah dengan kau.

“Tiberrr nak caring bagai. Selama saya kenal awak, awak tak pernah nak caring pasal siapa pun Luq.”

“Alah kau ni! Potonglah! Salah ke kalau aku nak caring? Aku debik jugak kang kau ni. Bersyukurlah aku ni rajin nak caring dekat kau.”

“Caring dekat saya sebab rajin je? Are you serious Luq?”

“Tak kahwin lagi. Nanti dah kahwin aku caringlah 24 jam!” Hek eleh! Ayat cover line sangat!

“Yelah Luq!” Malas aku nak layan. Mamat ni bukan boleh kira sangat. Kejap-kejap ok kejap-kejap tak ok pulak.

“Luq, Gia…marilah makan. Dah siap hidang dah ni,” panggil Ungku Maria sambil menuang air oren ke dalam gelas. Nasi pula sudah dicedok oleh Zahirah. Rajinnya anak dara ni.

Luqman dan Gia sama-sama menuju ke meja makan. Luqman memandang hidang masakan yang dimasak oleh mamanya. Ada ikan siakap tiga rasa, masak lemak cili api ayam, dan sayur campur.

“Gia boleh makan makanan Melayu? Mak cik mintak maaflah sebab tak pandai nak masak makanan Filipina untuk Gia.”

“Tak apa mak cik…Gia boleh makan.” Jawabnya sopan.
Lagipun dia tak memilih makanan. Dah nak dekat dua bulan dia duduk di Malaysia, jadi tak ada hal lah untuk dia makan makanan yang macam mama Luqman dah masak.

“Yakin ke? Entah-entah kau muntah.”

“Luq! Apa pulak cakap macam tu?” Tak suka Ungku Maria mendengar anaknya cakap kasar macam tu.

“Saja nak menyakat…” Menyakat pun kasar bunyinya Luqman oi!

“Awak jangan menangis pulak kalau saya habiskan masak lemak cili api ayam tu.”

“Yakinnya kau.”

“Yakinlah. Saya boleh makan pedas!”

“Oh? Boleh? Geng!!!” Zahirah berhi-5 dengan Gia. “Kalau akak nak tahu, abang Luqman tak makan pedas sangat. Kalau makan pun, mesti menangis lepas tu!”

“Achik!” Satu kelemahan aku dah terbongkar.

“Ye ke? Tak pa…lepas kahwin nanti akak masak pedas-pedas dekat dia. Biar menangis setiap hari!”

“Set!!!” Sekali lagi mereka berdua berhi-5. Seronok sangat tu bila ada geng sekepala.

Kepala Zahirah disekeh perlahan. “Jangan nak seronok sangat!” Luqman dah buat muka black face.

Gia mencedok masak lemak cili api ayam ke dalam pinggannya. Dia memandang Luqman di hadapannya.
“Nak jugak ke?”

Luqman dah tayang muka tak puas hati. “Nak perli aku ke?”

“Eh taklah! Saja tanya…manalah tahu teringin kan? Kang menangis pulak tak dapat makan masak lemak cili api ni.”

Ungku Maria pula cover ketawa bila Luqman disakat kaw-kaw dengan Gia. Melihat cara layanan dan perangai Gia buatkan dia yakin yang Gia mampu untuk bahagiakan anaknya. Lagipun sekarang ni Gia dah menganut agama Islam. Jadi, dia tak risau sangat berkaitan tu bila Puan Aminah cakap sekarang ni Gia memang rajin belajar nak tahu lebih pasal Islam.

“Gia…Luq cakap dekat mak cik yang minggu depan Gia baru free. Betul ke?”

“Betul mak cik. Minggu ni busy dengan photoshoot saja. InshaAllah minggu depan saya free sikit.”

“Tak apalah kalau macam tu sebab mak cik dah booking tarikh minggu depan untuk temu janji dengan orang butik.”

“Ohhh…inshAllah minggu depan boleh.”

“Baiklah.”

“LUKA awak dah mengering. For sure awak boleh discharge esok kalau tak ada apa-apa masalah selepas ni. Tapi, ubat awak kena consume jugak ya?” Ujar Ariff sebelum penyepit diletakkan kembali ke dalam bekasnya.

“Baiklah doktor. Terima kasih,” ujar pesakit tersebut.
Lama-lama duduk terbaring je dekat hospital pun boring jugak. Dia dibenarkan berjalan pun dalam kawasan wad sahaja.

“Saya mintak diri dulu,” Doktor Ariff bersama nurse di situ melangkah keluar dari wad. Doktor Ariff menuju ke arah kaunter register dan menyerahkan fail pesakit untuk disimpan.

Ariff menegur Vitalika yang kebetulan lalu di situ. “Vi!”

Vitalika berhenti melangkah dan memandang Ariff yang menghampirinya. “Ya?”

“Macam mana dengan dahi tu?” Dahi Gia yang luka haritu masih lagi ditampal dengan plaster.

“Ok je. Cuma saya letak paster ni sebab ada bekas luka yang dah kering. Rasa gatal sikit. Nak elak dari garu terus baik saya letak plaster.”

“Good to hear that. So…I ada dengar pasal kembar you datang hospital hari tu. Too bad sebab I busy dengan patient apa semua. Tapi I dengarlah rumours cakap kakak kembar you sebijik sama dengan you.”

“Hahaha…memang sama pun doktor. Saya dengan dia kembar seiras. Cuma, boleh beza tanda lahir saya dengan dia je. Dari segi badan dia kurus sikit dari saya. Saya berisi. Kenapa? Doktor minat kakak saya ke macam mana?”

“Tak adalah. I cuma tanya je. Yelah, kecoh jugak bila kembar you datang hospital hari tu. Siap ada yang nak bergambar lagi.”

“Ohhh…tak apalah doktor. Saya nak pergi makan lunch dulu. Kalau lambat nanti perut ni meragam.”

“Why not you lunch dengan I?”

“Saya lunch dengan doktor? Isy! Terima kasih jelah doktor. Tak pasal berparut pulak dahi saya yang sebelah ni.” Cukuplah satu ni dah luka. Takkan aku nak tambah lagi.

“You jangan takutlah. I dah warning Juliana. Kalau dia buat jugak kali ni, I akan report terus pada pihak atasan. Senang.”

“Tak apalah doktor. Saya selesa makan sorang diri. Saya pergi dulu,” Vitalika melangkah pergi.

“Dah Vi tak nak lunch dengan kau, kau lunch jelah dengan aku!” Seloroh Amirul dari belakang.

“Bila masa pulak kau muncul ni?”

“Tadi. Jomlah makan! Aku lapar ni!”

“Jom!” Mereka sama-sama menuju ke kafeteria.

“Ariff! Aku nak tanya kau something boleh?”

“Apa dia?”

“Kau suka dekat Vitalika eh?”

“Apa pulak kau ni? Sejak bila aku cakap aku suka dekat dia?” Merepek je lebih!

“Kau tak payah cakap pun aku tahulah. Bukan aku je tau…nurse dengan doktor yang lain pun perasan. Alah…kau cakaplah terus-terang yang kau memang suka dekat dia kan? Kan?” Kepala Amirul ditepuk perlahan dari belakang.

“Ni! Kau jangan nak cakap yang bukan-bukan eh! Kalau ye pun aku suka dekat dia tapi benda tu mustahil sebab dia dengan aku berlainan agama. Faham tak?”

“Alah…susah apa? Suruhlah dia convert?”

“Cakap senanglah weyh! Kau ingat senang-senang ke nak suruh dia convert macam tu je? Sebelum dia convert dia kena kenal dulu agama kita. Siapa Tuhan kita dan dia percaya tak bahawa Allah itu wujud? Banyak benda yang kita kena tengok tau. Bukan suka-suka suruh dia convert sebab cinta apa semua tu. Buatnya bila dia dah convert tapi dia masih lagi ikut ajaran dia dan dia tak nak ikut ajaran Islam? Berdosa tau!”

“Betul jugak apa yang kau cakap tu. Nasib baik kau ni fikiran panjang.”

“Memanglah! Tak macam kau! Fikiran pendek!” Nah! Ambik kau! Kena setepek dengan Ariff. Hahaha!!! Sentap tujuh keturunan.

“Fuh! Pedas! Sepedas cili tabur ni,” dia memandang ke arah cili tabur yang dah ditabur ke dalam bihun supnya.
Aduh! Terlajak taburlah pulak cili ni! Ni mesti kejap lagi aku menangis tak berlagu makan bihun sup ni! Huhuhu!

Alamatnya selepas itu? Aku berkawan dengan tandas hospital! Sakit perut punya pasal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience