Rate

BAB 1

Spiritual Completed 387

Hujan. Sangat lebat aku kira kerana langsir bilikkusedikit berombak
ditiup angin yang menerobos masuk melalui celah-celah dinding.Jam di
celah bantal aku tarik. Sudah hampir enam tiga puluh pagi. Dia hanya
separuhsedar sewaktu Pak Bilal melaungkan azan subuh tadi. Akhirnya, dia
terbabasmelayan mimpi yang tiada kesudahan. Bangunnya mula sedikit malas
memikirkanhujan yang menyejukkan. Mahu tidak mahu hanya beberapa timba
dia menceduk airkolah buat membersih diri disusuli dengan mengambil wuduk.

Solat subuh disudahi dengan doa ala kadar. Walaupun tidakperlu
tergesa-gesa ke sekolah pagi ini, matanya seperti sudah ditarik-tarik.
Mimpiyang tiada kesudahan minta disudahkan. Baru sahaja tangannya mahu
menarikselimut, suara emak keras memanggil di luar bilik.

“Wan, emak buat pulut gaul nyior hari ni. Pergi hantardekat Pak Tua
sedikit. Dah lama dia teringin nak makan.” Butir kata emak kuatbergema
di luar bilik. Nampak gayanya terbantutlah niatnya untuk mengulit
mimpinyakembali.

Dia bangun malas. Baju serta seluar track yang tergantungdi dinding dia
capai lalu disauk ke tubuh. Kenapalah hari ini emak buat pulutnyior?
Bukan esok? Bukan pada hari yang bukan hujan macam hari ni?

Tapi bukan ke pulut nyior memang sesuai makan hari hujan?Aduh. Dengan
kaki yang berat dia menolak daun pintu untuk keluar. Emak sudah didapur
dengan tenong di tangan.

“Banyaknya bagi pulut dekat Pak Tua? Kembung nanti PakTua makan pulut
hujan-hujan ni mak.” Aku mengambil tenong di tangan emak.

“Kamu makan sekali lah dengan Pak Tua. Teman dia pagini.” Aku mengangguk
pendek.

Hujan makin mencurah-curah turun daripada dada langit.Sekarang sudah
penghujung bulan Ogos. Sudah terasa angin monsun timur laut yangbakal
menjengah lagi dua bulan. Tinggal di negeri pantai timur membolehkan
diamenikmati curahan hujan yang banyak pada penghujung tahun dan
kadang-kadangmembawa kepada permulaan tahun baharu. Seperti tinggal di
Eropah lagaknya.Menikmati salji di akhir tahun menjelang Krismas.

Payung yang tersangkut di kayu ampaian baju diambil laludikibas-kibas
sedikit bagi membuang sarang labah-labah yang sudah mulamenumpang. Rumah
Pak Tua hanya berselang dua buah rumah, namun kedudukan rumahitu sedikit
jauh ke bawah lembah.

Siapa Pak Tua bagi dirinya? Dan boleh dia kata kepadaseluruh penduduk
kampung sebenarnya. Pak Tua tinggal seorang diri di rumah yanghanya ada
sebuah bilik, bilik air, dapur dan ruang hadapan yang kecil. Pak
Tuabukanlah orang kaya, ternama dan punya tanah yang banyak untuk dia
mendapatpenghormatan yang bukan sedikit daripada penduduk kampung. Pak
Tua hanyaseorang lelaki tua yang umurnya jika dia agak sudah melepasi
angka 100. Namun,Pak Tua masih kuat. Masih gagah untuk ke masjid yang
terletak lebih kurang 300meter daripada rumahnya dengan hanya berjalan
kaki. Masih cergas jika diajakuntuk bermain baling selipar, dan jika
bernasib baik, Pak Tua pula yang menangmengalahkan anak Ucu Temah yang
sekolah rendah itu. Maka menangis kuatlah siRykal itu berjalan balik ke
rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience