Chapter 30

Romance Completed 35261

“Hi Sofi. Aku ni Wina.” - Wina

“Eh Wina. Dah lama tak mesej aku. Kau sihat?” - Sofia Amelia

“Aku sihat. Kau free tak sekarang?” - Wina

“Free je. Kenapa ?” - Sofia Amelia

“Aku baru je sampai Shah Alam. Aku tengah cari rumah sewa.” - Wina

“Rumah sewa? Why not kau tinggal dengan aku je?” - Sofia Amelia

“Aku tak nak lah bebankan kau. Boleh tak kita jumpa nanti? Kita cari rumah sewa sekali.” - Wina

“Baik lah. Nanti kau send location. Aku datang ambil kau.” - Sofia Amelia

Wina dan Sofia Amelia adalah sepupu. Wina baru sahaja tamatkan pengajian ijazah. Dia pindah ke Shah Alam disebabkan mendapat tawaran kerja.

“Lama aku tak jumpa Wina ni. Dah lama tak gosip dengan dia. Aku rindu kau Wina. Tak sabar aku nak jumpa dia.” tutur Sofia Amelia. Dengan semangat Sofia Amelia bangun dari katil dan menuju ke arah bilik air.


*******************************

Christina sibuk memasak nasi goreng kampung di dapur. Sekejap lagi Christina dan Rohani akan keluar untuk tengok wayang di Central I-City Mall.

Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila di sampingmu
Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa
Akulah rindu yang kau bawa pergi
Tenggelam bersama senja hari
Dan malamku penuh dengan emosi
Kupendamkan walau parah 'ku sembunyi

Mulut Christina menyanyi lagu Ernie Zakri yang berjudul Gundah siap menari di dapur sambil mengaul nasi di kualinya. Aroma nasi goreng menusuk ke dalam hidung Rohani.

“Wahhhh. Sedapnya bau. Perut aku dah tak boleh tahan lapar.”

“Tengok lah siapa masak. Chef Christina lah. Mestilah sedap.” Christina tanpa segan memuji dirinya.

“Cepatlah hidangkan. Aku tunggu kat dining table.” kata Rohani. Rohani meninggalkan Christina dan duduk di meja makan dengan sepantas kilat. Tak dapat nak tahan lapar kan.

“Jemput makan Cik Rohani. Komen lepas menjamu selera.” Christina mencedok nasi goreng kampung yang baru dimasak ke pinggan Rohani. Tengok gayanya seperti rancangan Master Chef!

Rohani tanpa melengahkan masa masukkan sesudu nasi goreng kampung ke dalam mulut. Nasi gorengnya dikunyah perlahan. Setelah beberapa saat, sudu keduanya masuk ke dalam mulut. Christina setia menunggu terima pendapat nasi goreng kampung yang dimasak. Tetapi Rohani pula sibuk makan.

“Rohani, cakaplah macam mana dengan nasi goreng kampung aku. Aku tunggu kau tapi kau pulak sedap makan je.” Christina memuncungkan bibirnya tanpa merajuk.

“Tak la. Sedap sangat. Tak sampai hati untuk bercakap sebelum habiskan nasi goreng dalam pinggan aku ni.”

“Betul ke? Sedap?” tanya Christina teruja. Nasi goreng kampung yang ada dalam pinggan diambil dan menyuap ke dalam mulutnya.

“Kalau Sofi ada dengan kita sekarang mesti seronok kan.” kata Rohani tiba-tiba.

“Betul. Aku rindukan dia.” luah Christina. Sudah dua hari mereka tidak berjumpa dengan Sofia Amelia.

“Pity her. Sebab aku dia kena hadap kemarahan uncle Johari sekarang.”

“Janganlah sedih Rohani. Benda dah jadi. Harap-harap uncle tak marah Sofi lagi dah.” pujuk Christina.

“Nanti lepas our movie show, boleh tak kita jumpa dengan Sofi?” soal Rohani.

“Boleh. Tak ada hal. Aku bungkus nasi goreng aku ni untuk Sofi lah.”

“Baik. We call her later.” kata Rohani dan sambung makan.


***************************

Sofia Amelia menurun ke tingkat bawah selepas bersiap untuk berjumpa dengan sepupunya. Sempat lagi Sofia Amelia menjenguk ke dalam bilik ayahnya. Puas Sofia Amelia mencari Dato’Johari dalam biliknya untuk memberitahu ke mana dia akan pergi sekejap lagi. Tetapi Dato’Johari sudah pun pergi ke pejabat awal pagi lagi.

“Mak Ziah.” panggil Sofia Amelia.

“Cik Sofi. Nak makan ke? Kejap ye saya hidangkan makanan.”

Sofia Amelia mengangguk dan duduk di atas kerusi. Kenangan makan bersama ayahnya bermain di mindanya. Sungguh dia merindukan saat-saat bersama ayahnya.

“Mak Ziah, awak dah makan?”

“Dah makan tadi cik Sofi.” menjawab Mak Ziah.

“Boleh tak teman saya makan?”

“Cik makan lah. Saya berdiri sebelah cik Sofi.” Mak Ziah tak sampai hati untuk menolak permintaan anak majikan.

“Duduk lah. Tak perlu berdiri. Lama tau saya habis makan.” kata Sofia Amelia. Sofia Amelia menarik lengan Mak Ziah lalu menarik kerusi di sebelahnya.

“Terima kasih cik Sofi.”

Mak Ziah gembira dengan perubahan Sofia Amelia. Namun, layanan Dato’Johari terhadap Sofia Amelia membimbangkan Mak Ziah.

“Saya nak pergi jumpa Wina. Kalau daddy dah balik, tolong inform dia ye Mak Ziah.”

“Baik cik.”


**********************

“Wina! I miss you so much!” laung Sofia Amelia apabila Wina membuka pintu kereta.

“I miss you too. Dah lebih 4 tahun kita tak jumpa.”

“Ye. Masa cepat je berlalu kan. Kau dah makan ke belum?” tanya Sofia Amelia sambil lap air matanya.

“Belum. Kau kenapa nangis ni?”

“Sebab terlalu rindu kat kau. Ni air mata sebab happy.” balas Sofia Amelia.

“Kita pergi makan dulu okay?”

~ Unicorn Cafe ~

“How is mak dan ayah?”

“They are fine. Macam mana pak cik?” soal Wina.

“He is fine.” suara Sofia Amelia berubah ke suara sedih.

“Sofi, kau okay tak? Is there any problem? Don’t you want to share with me?”

“Nanti lah aku cerita kat kau. I don’t want to make you down. Kita baru je jumpa lepas 4 tahun. Let we both spend some quality time together.” Sofia Amelia menukar topik.

“Lepas makan apa program kita?” Wina faham akan perasaan sepupu itu. Sebab itu Wina tidak lagi menyoal pasal Dato’Johari lagi. Biar Sofia Amelia yang bercerita sendiri.

“Depend on you. Kau nak pergi mana?”

“Cari rumah sewa, boleh? Tak akan lah aku nak stay kat hotel untuk berminggu. Mau botak kepala aku ni !” bebel Wina sambil menunjukkan rambut yang panjang bahu itu.

“Boleh tapi bukan mudah untuk cari rumah sewa kat area sini.”

“Kau cubalah tanya kat kawan-kawan. Mana tahu mereka tahu pasal rumah yang disewa.” cadang Wina.

Sofia Amelia diam sejenak. Bayang Iskandar Faiz muncul di otak fikiran. Iphone milik dikeluarkan dari beg tangan dan mendailkan nombor Iskandar Faiz. Panggilannya dijawab tidak sampai 3 ring.

“Assalamualaikum Sofi.” dengar suara Iskandar Faiz yang memberi salam.

“Waalaikumsalam Is. Awak busy ke?”

“Tak ada. Saya free je.”

“Saya nak minta tolong awak, boleh?”

“Boleh. Nak tolong apa?”

“Sepupu saya tengah cari rumah sewa. Awak tahu tak mana area yang ada rumah untuk disewa?” soal Sofia Amelia.

“Ada banyak rumah untuk sewa. Apa kata kita jumpa? Susah nak berurusan melalui handphone. Lagi senang kalau meet face to face.”

“Boleh. Nanti awak share location, kita jumpa.”

“Alright.”


**********************

“Sorry Is. Kami lambat.” Sofia Amelia meminta maaf sebab kelewatannya. Disebabkan sesak jalan, mereka tiba lambat ke tempat perjumpaan.

“It’s okay Sofi. Duduklah.” pelawa Iskandar Faiz.

“So, how can I help you?” tanya Iskandar Faiz.

“Macam saya cakap dalam call tadi, sepupu saya tengah cari rumah sewa. By the way, this is my cousin, Wina.” Sofia Amelia memperkenalkan Wina kepada Iskandar Faiz.

“Salam perkenalan.” jawab Iskandar Faiz. Mereka bertiga mula membincangkan pasal tujuan perjumpaannya di restaurant itu.


*************************

“Mak Ziah, Dato’ ada dekat sini ke?” tanya James setelah masuk ke dalam rumah milik Dato’Johari.

“Bukan ke Dato’ dah keluar awal pagi tadi. Bila saya tanya Dato’ kata pergi pejabat.” cerita Mak Ziah. Agak hairan yang Dato’ Johari tidak masuk ke pejabat memandangkan jam pun menunjukkan pukul 11 pagi.

“Betul ke ni Mak Ziah? Kenapa Dato’ dah tak macam selalu? Dah berubah. Sekarang ni kalau saya mula cakap pasal cik Sofi, Dato’ terus mengamuk. Saya pelik lah dengan perubahan Dato’Johari.” kata James tidak puas hati.

“James tak tahu ke apa dah berlaku antara Dato’ dan cik Sofi?”

“Tak. Dato’ tak cerita apa-apa pun kepada saya. Apa dah jadi?”

Mak Ziah pun bercerita tentang rancangan Sofia Amelia terhadap Iskandar Faiz dan Wahidah Tiara. Bukan sahaja itu, Mak Ziah turut bercerita tentang perubahan dalam diri Sofia Amelia. Bagaimana Sofia Amelia sejak kebelakangan ini akibat layanan dingin ayahnya. James mendengar dengan sepenuh perhatian.

“Patutlah Dato’ marah pagi tempoh hari. Ni lah sebabnya. I have to cool down Dato’. Saya kena buat sesuatu. Aku tak sampai hati tengok cik Sofi terseksa.” berbisik James. Hatinya berasa sayu apabila mendengar cerita dari Mak Ziah.


***********************

“I will go for this Mr Is. Boleh tak kami tengok rumah ini dulu?” Wina bertanya kepada Iskandar Faiz setelah selesai memilih rumah sewanya.

“Boleh. Bila nak tengok rumah ini? Saya akan berhubung dengan owner rumah ini.”

“Sofi, macam mana? Bila kau free?” Wina menyoal Sofia Amelia.

Sofia Amelia yang duduk sambil memikirkan tentang ayahnya, tidak dapat dengar apa yang dikata oleh sepupunya itu.

“Sofi, Sofi…” Wina menepuk pipi gebu Sofia Amelia.

“So… sorry… ap… apa… aw...awak… cakap...tadi?” gugup Sofia Amelia. Terkejut kerana tiba-tiba pipinya dirasa seperti ada orang ditepuk.

“Are you okay Sofi?” tanya Iskandar Faiz. Dia perasan perubahan pada diri Sofia Amelia sejak dari malam tayar pancit hari itu.

“I’m fine. Sorry. Apa kau cakap tadi Wina?”

“Aku bukan cakap, aku tanya tadi.” balas Wina dengan nada geram.

“Hey! Sofi. What a pleasant surprise?” dengar satu suara garau di belakang Sofia Amelia.

“Amir?”

“Dah lama kita tak jumpa. You are so pretty in this red dress.” puji Amir. Tergamam Amir apabila jumpa Sofia Amelia dalam dress warna merah itu.

“Thank Amir.”

“Hi Is. Sihat?” bertegur Amir.

“Sihat. Amir sihat?”

“Sihat. Can I join you guys?”

“Boleh. Duduk lah.” ajak Iskandar Faiz.

“Ni Amir, kenal lagi tak siapa sebelah aku ni?”

“Nampak macam pernah jumpa je.” kata Amir mengerutkan dahinya.

“Wina lah. Lupa ke?” duga Sofia Amelia.

“Wina Elmira?” tanya Iskandar Faiz bagi kepastian.

“Yes. She is.”

“Ya Allah. Dah lama kita tak jumpa Wina.” Amir dan Wina mula berbual. Mula-mula mereka berdua rasa kekok, lama-lama dah biasa. Iskandar Faiz dan Sofia Amelia pula memerhatikan gelagat Amir dan Wina.


*********************

Jam menunjukkan 11 malam. Iskandar Faiz menonton filem Rocky. Deringan telefon bimbit mengacau Iskandar Faiz yang sibuk menonton filemnya.

“Assalamualaikum Tia. Kenapa call? Dah lewat malam.”

“Dah muak layan saya ke Is?” tanya Wahidah Tiara dengan nada sinis.

“Aduh. Kenapa pulak kali ini? Hari itu elok je masa jumpa.” Iskandar Faiz mula naik angin.

“Dah dapat girlfriend baru, dah mula bosan dengan tunang sendiri?”

“Apa pulak girlfriend baru ini Tia? Apa awak merepek ini?”

“Tak payah nak tipu saya Is. Pagi tadi awak jumpa siapa?”

“Jumpa Sofi. Kenapa?” soal Iskandar Faiz benggang.

“Tengok. Kan saya dah cakap. Awak dah ada buah hati baru. Tunang ini awak tak nampak dah. Saya ini umpama tunggul bagi awak Is.” suara Wahidah Tiara naik seoktaf.

“Tia, listen. Jangan tuduh sebelum siasat. Saya dengan Sofi tak ada apa-apa. We are just friends.”

“Mula-mula kata friends. Lepas sebulan kawan jadi kekasih.”

“Tia, tadi saya jumpa Sofi sebab urusan kerja. Bukan suka-suka kami jumpa. Lagipun bukan kami dua sahaja yang berjumpa, sepupu Sofi juga ada sekali.” Iskandar Faiz cuba untuk menjelaskan kepada tunangnya.

“Sebab kerja konon. Kenapa tak bagitahu saya?”

“Perlu ke saya bagitahu awak pasal urusan kerja saya?” Iskandar Faiz menyoal balik.

Wahidah Tiara terus diam. Hati rasa sakit sebab tunangnya masih lagi jumpa dengan wanita yang Wahidah Tiara tidak suka.

“Selepas ini saya tak nak awak jumpa dengan Sofi, Is.” arah Wahidah Tiara.

“Kenapa?”

“Sebab saya tak suka dia.”

“Don’t control me Wahidah Tiara!” Iskandar Faiz pantang kalau ada orang yang cuba kawal hidup dia.

“Kenapa? Tak boleh ke tak jumpa dengan betina gatal itu?”

“Mind your words Tia!”

“Kenapa awak marah bila saya kutuk Sofia Amelia? Awak cinta dia ke?”

Iskandar Faiz meraup wajahnya. Tidak tahu dengan cara apa lagi membuat Wahidah Tiara percayakan kesetiaannya.

“You know what Tia? Better stop the conversation now! Saya tak nak gaduh dengan awak. Pergi tidur.” terus Iskandar Faiz mematikan talian.

“Jangan buatkan aku menyesal sebab pilih awak Tia!” kata Iskandar Fiaz lalu mengenggam telefon bimbitnya erat.

*Follow ig saya miz.kikki_novelplus untuk tengok teaser dan watak-watak, okay :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience