Bab 1

Mystery & Detective Series 2014

Pagi hari yang dingin, jam menunjukkan pukul 4.50 pagi.Aku bingkas bangun dari tilam yang empuk dan selimut yang tebal tempat yang paling selesa bagiku selepas kami sekeluarga berjalan jauh.Setelah mengikat rambut dan mengemas katil, aku segera mencapai tuala yang ku sangkutkan di belakang pintu semalam.

"Selamat pagi, bu." ucapku kepada ibu yang sibuk menyiapkan sarapan untuk kami tiga beradik. "Haa, sudah bangun tu pergi dulu mandi, habis tu solat baru turun sarapan." arah ibu. Aku tanpa banyak karenah terus sahaja masuk ke bilik mandi yang kelihatan usang dengan warnanya sudah semakin pudar dan agak sedikit suram.

Setelah satu jam lebih bersiap, Aku keluar dari bilik dan segera sarapan bersama ibu dan adik-adikku. "wah, kakak nampak lain sedikit dari sebelum ni." tegur adikku, hanna. "Apa yang lainnya.Sama ja pun akak rasa." kataku sambil kening sedikit terangkat. "nampak cantik dari biasa." sampuk adik bungsuku,Amira. "Oh, maksudnya sebelum ni akak ni tak cantikla?!" suaraku sedikit meninggi dalam keadaan bergurau. kami bertiga ketawa memecah kesunyian pagi pada hari pertama kami berada di kampung. "Eh, Cepat sikit sarapan tu, nanti lewat pula sampai sekolah." tegur ibu.

Jam menunjukkan pukul 8.45, setelah selesai ibuku mendaftar kedua-dua adikku di sekolah rendah yang tidak jauh dari rumah. Tiba masanya Aku pula melihat suasana sekolah baruku. Aku agak sedikit kagum melihat sekolah tersebut. Walaupun sekolahnya berada dikawasan pendalaman tetapi tidak ada beza dengan sekolahku yang dulu jika hendak dibandingkan.
Hampir setengah jam berada di bilik guru, akhirnya aku ditempatkan dalam kelas 4Geografi. kelasnya berada ditingkat dua berdepan dengan blok kelas tingkatan tiga. Dalam perjalanan menuju ke kelas yang aku ditempatkan. Aku melewati beberapa kelas, pelajar-pelajar yang berada dikelas yang aku lewati memandangku tanpa menghiraukan guru yang mengajar dihadapan.

"Selamat pagi cikgu Nurin, ni ada pelajar yang baru mendaftar tadi." kata cikgu Faizal, guru yang mendaftarkanku sebentar tadi. Cikgu Nurin senyum memandangku dan menyuruh aku masuk ke dalam kelas. Setelah cikgu Faizal meminta diri untuk balik ke biliknya, Cikgu Nurin menyuruh aku memperkenalkan diri dihadapan pelajar-pelajar yang lain. Sesudah itu cikgu mengarahkan aku duduk. Aku melihat tempat duduk kosong bersebelahan dengan seorang perempuan dengan berpakaian seragam sekolah yang kelihatan lesu. Aku senyum kepadanya sambil mengambil tempat di sebelah. Aku menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengannya, dia menyambut tanganku dan memperkenalkan dirinya sebagai Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience